Saya percaya, pembaca setia blog ini tahu mengenai kegiatan Pusat Tahfiz Amal di Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah. Bertahun pihak pengurusan mengerahkan pelajar mengadakan 'jualan amal' di seluruh negara.
Sila baca di sini, jika anda berkebetulan melawat blog ini buat kali pertama.
Tentunya dalam tempoh lebih 10 tahun beroperasi, jutaan ringgit wang derma telah dikumpul oleh pihak terbabit.
Kenalan lelaki saya, berasal dari utara Semenanjung Malaysia menawarkan khidmat selama ini saya nantikan.
"Biar saya pergi ke sana dan merakamkan gambar pusat tahfiz itu supaya masyarakat tahu keadaan sebenar," katanya.
Berikut antara gambar dirakamkan oleh LENSA kamera rakan itu dan kemudian dihantarkan kepada saya.
Menurut penduduk tempatan ditemui, pusat tahfiz ini dihuni kira-kira 100 pelajar dan mereka tidak pernah bercuti.
"Saya pergi ke sana pada hari Sabtu, kira-kira jam 12 tengahari, peliknya tidak kelihatan pelajar," jelasnya.
"Tentunya menghairankan. Setiap hari pelajar diperkudakan menjual pelbagai jenis barangan di lokasi berbeza, pulang selepas lewat malam tetapi terlalu banyak tingkap pecah tidak diganti," kata rakan itu lagi.
Sekaligus timbul persoalan, kemanakah perginya wang selama ini disumbangkan oleh orang ramai kepada pelajar pusat tahfiz terbabit?
Adakah gambar di bawah, tandas selama ini digunakan oleh pelajar lelaki dan perempuan?
Kurang berpuas hati dengan gambar direkodkan sehari sebelumnya, rakan saya memperuntukkan masa melakukan tinjauan kedua pada hari Ahad, hari persekolah biasa di negeri Kedah.
Namun, pusat tahfiz itu tetap kelihatan lengang.
Di manakah pelajar pada hari mereka sepatutnya bersekolah?
"Saya hanya nampak sebuah MPV memasuki pusat tahfiz itu dan tiada langsung kelibat pelajar," ujar rakan.
Adakah itu layak digelar pagar?
Tidak kira parti mana sekalipun menerajui negeri Jelapang Padi, dahulu BN, kini PR, tiadakah pemimpin mengambil tahu mengenai kebajikan pelajar di pusat tahfiz itu? Mereka remaja dan kanak-kanak di bawah umur.
Tidakkah ada pihak sudi menyiasat, kemanakah wang dikutip selama ini disalurkan? Sekaligus memeriksa samada perbelanjaan wang diterima, diaudit secara sempurna atau sebaliknya?
Sebelum ini, setiap kali bertemu pelajar kononnya membuat jualan amal, saya difahamkan mereka belajar mengaji Al-Quran selepas waktu subuh. Seawal jam 8 pagi, mereka mula dihantar oleh 'ustaz' ke pelbagai lokasi untuk menjual barangan.
"Tidak hairan jika pada waktu tinjauan, petang Ahad, pelajar tiada di pusat terbabit kerana tenaga mereka dikerah di luar," itu tanggapan saya.
Rakan saya terdiam.
Molek benar jika Kementerian Dalam Negeri atau pihak bertanggungjawab melakukan siasatan terperinci kerana sesetengah pihak mula melihat kegiatan memperkudakan pelajar oleh pihak pengurusan pusat itu menjuruskan ke arah perhambaan kanak-kanak.
Bertindaklah.
Selama ini sebilangan pihak sibuk menuntut hak asasi manusia. Remaja dan kanak-kanak, berteduh di pusat terbabit juga manusia dan rakyat sah negara ini.
Bagaimanakah dengan hak mereka? Hak wajib dilindungi oleh kita, sekian lama menggelar diri sebagai manusia dewasa.
Mengintai siapa? Klik di sini.


















25 ulasan:
SMTI: Sangat pelik kan? Dimana2 je kita sering ternampak/terserempak kelompok ini memohon derma.. tp kemanakah sumbangan orang ramai disalurkan??
Seingat saya sejak lebih 10tahun yang lalu kegiatan kutipan amal ini telah mula beroperasi di kawasan sekitar Danau Kota, Setapak... sepanjang lebih 10tahun takkan begini sahaja bangunannya??
Apa tiada sumbangan dr orang ramai utk anak2 inikah?atau... Sumbangan ini 'terbang' masuk poket individu2 tertentu...?
MOga semuanya dapat dirungkaikan segera.. kesian sgt sekiranya anak2 ini diperhambakan demi kepentingan orang lain.
Salam..saya baru ja bertemu dgn pelajar sekolah tahfiz tersebut malam kelmarin ketika sedang menjamu selera bersama keluarga di Putra Permai, Seri Kembangan. Kesian saya tengok pelajar perempuan ditinggalkan oleh 'cikgu' utk mengutip derma pd waktu malam.
budak pompuan yang pernah abg mazidul tangkap gambar yang menjual produk suami isteri tu kini giat menjalankan perniagaan/penipuan di Putrajaya... diorang aktif di presint 9... dah 3 kali terserempak kat restoran yang sama.... takde sebarang tindakan oleh pihak berwajib....
aku sangat benci dengan manusia yang suka menggunakan anak2 yatim demi kepentingan peribadi.
WOW:GAMBAR NORA DANISH DICIUM ANUAR ZAIN!
SADIS:VIDEO KEJAM TERBARU PEMBANTU RUMAH MENDERA BAYI!
PENGAJARAN:SESALAN MENGHIDAP HIV DI USIA MUDA!
MasyaAllah...
Persoalannya, kenapa masih ada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka belajar di pusat tahfiz ini? Apa latar belakang mereka?
Ibubapa ni tidak pernah mengambil tahu ke tentang pelajaran anak-anak, perkembangan sahsiah anak-anak?
Sejak saya baca entri-entri pasal pusat tahfiz ni, saya mendapat gambaran seolah-olah pelajar-pelajar ini anak yatim piatu.
Saya percaya bahawa kalau takde demand, takkan ada supply. Kalau ibubapa tidak menghantar anak-anak mereka belajar di sini, apa lagi yang mereka boleh buat?
SMTI
Dah dua malam saya terserempak dengan budak2 ini di Kota Bharu, Kelantan. Yang sorang tu maki saya bila saya tanya macam2 kat dia dan btau mazidul dah banyak kali dedahkan hal mereka di blog dan tv. Kesian... budak2 diperkudakan untuk kepentingan ntah berapa ekor haiwan bertopengkan manusia ini. Tahfiz konon... Tahfiz kepala bapak dia.. Sekali lagi aku jumpa gerenti aku pegang dan heret ke balai polis.
Saya pun berfikir sama macam AUDRA SAZREENA .. tak kan ler mak bapa begitu dayus atau tutup mata .. buat tak per je .. anak-anak mereka dibiar berniaga merata tempat tanpa batas waktu dan hari. Nak kata mak bapa tak tahu; mustahil juga. Ok ..maybe dia org anak yatim piatu. Takkan lah pula tak der mak pak sedara ke yang ambil tahu. Dah lama masalah ni berlaku .. bukan sejak KEDAH di bawah pentadbran PAS .. so jangan nak menyangka salah pemmpin negeri KEDAH sekarang sahaja. Saya rasa pihak pentadbr sekolah agama ni tentunya seorang yang ada kepentingan atau kabel besar dengan ' somebody ' atau dia ada baca ' ayat power ' :) sehinggakan KITA nampak apa yang berlaku tapi kita macam hanya boleh buat TAK TAHU je ... ntah lerrr ..
Selagi kanak2 ni tak hilang atau tak belaku pekara di ingini selagi tu lah kegiatan ni akan beterusan.. Bila 1 musibah belaku barulah pihak2 atasan..
Terima kasih Mazidul kerana konsisten mengetegahkan isu Tahfiz Amal ini. Kami bekas pengajar dan pelajar di tapak ini yang dulunya adalah SMA AlFalah hanya mampu memerhati dan bernostalgia.... Bagi saya, JHEAINK dan MAIK yang kena bertindak. tapi, entahlah..... saling menuding agaknya..
Izinkan foto di sini disimpan untuk kami terus bernostalgia dengan sekolah yg sedang dijajah itu.... di dalam blog dan fb.
12.30 tghari tadi, makan di shah alam. ada pelajar dr Pusat Tahfiz Amal mengutip derma dan menjual produk. Fasiha bt Azman katanya. Umur 14 thn. Dtg dr Kedah. kesian tengok mukanya. tak takut pd polis. Bila ditanya, ada saje jawapannya. Saya pelik, saya bekas guru tahfiz. takdepon kes pelajar saya kena buat kutipan. takdepon kena jual produk.. Macamana nak basni benda ni En.Mazidul? apa ikhtiar kita?.. ada sesiapa ke yg boleh paparkan aktiviti mereka ni dan tayang kat Majalah 3?.
Salam Saudara Mazidul
Saya pun pernah jumpa budak-budak 'Tahfiz Amal" ni kt Kuching Sarawak. Bila ditanya..ada saja jawapan..dan diaorg kata tak takut polis sbb tak buat apa-apa kesalahan.
Saya cadangkan Saudara Mazidul bawa isu ni ke Tv pulak..baru pihak berkenaan bukak mata.. T kasih
Permasalahan ini telah lama berlaku, betul tu telah berlaku lebih drpd 10thn, saya bukan sahaja pernah bertanya dgn budak2 ni malahan hampir bertumbuk dgn ustaz mereka di hadapan CIMB Sec9 shah alam disaksikan oleh org ramai. Sy ada membuat laporan kpd pihak berkuasa tapi tak ada tindakan. Saya cadangkan utk memastikan tindakan diambil oleh pihak berkuasa, duit kutipan yg akan disita nanti akan di kongsi bersama dgn pihak berkuasa barulah akan selesai masalah ini.
wahai orang-orang kampung semua...jeng...jeng...jeng...senang ja, kita pakat2 jangan huloq la kat budak2 tahfiz ni. kalau betul kita nak beramal, carilah tempat yang sesuai. mulai harini kita stop huloq kat budak2 tahfiz yang dok merayap ni!!!!
Terima kasih bro mazidul atas pendedahan demi pendedahan ini.saya cukup simpati dgn anak2 malang ini.yang peliknya mrk betul2 dah di brain wash oleh guru2 sbb mrk langsung x takut dgn undang-undang.kalau ada org nasihat pun mrk x ambil peduli.habis kuat,ustaz alihkan pusat operasi mrk ke tmpt lain.itu saja.tapi masih ada lagi kes ni,hingga skrg x selesai.sy kdg2 dipandang sinis oleh bbrp org kwn bila enggan bagi sumbangan kt budak2 ni.sy dah tegaskan byk kali,kalau hasil sumbangan ni utk bdk2 ni,demi Allah sy akan bagi.tpi dek memikirkan hasil sumbangan ni pergi ke poket 'pihak lain',mmg sy tak akan keluar sesen pun.mslh nya org Msia pemurah sgt.tanpa usul periksa terus bagi kononnya sedekah sdg kan inilah yang merangsang lebih ramai lagi sindiket seumpama ini berleluasa.
Saya pun bru terkena kerana kesiankan budak yg dtg untuk minta derma. Kat kluang kol 10mlm..pelajar form 1l...plajar lelaki..Atas dasar kesian saya hulurkan derma tapi bila bg resit bru saya perasan pusat tahfiz amal kat kedah ni kali ke2. Nampak gaya saya x boleh murah hati pada org...nak derma baik derma kat surau aje...
saya rasa ibu bapa g mengantar anak2 mereka ke sana mungkin yg dari golongan susah dan miskin..yg mmg tak mampu nk jaga anak mereka. jadi mungkin 1-2 org anak dihantar ke situ. apa yg berlaku pd anak mereka, tak byk yg mereka boleh buat, sbb nk jaga sendiri pon tak mampu.mungkin la, ini pendapat saya. dan memang kita boleh stop hulur derma pada budak2 ni, tapi concern utama kita sekarang adalah nasib budak2 ni yg digunakan sama spt peminta sedekah..kesian diorg ni. kalau boleh kita nk tumpaskan la sindiket ni dan budak2 ni dpt teruskan hidup secara normal, belajar..bukan dr pagi smp mlm gi mintak derma..tak pegi sekolah..harap encik mazidul dapat cara utk dedahkan hal ini kepada pihak berwajib..
saya ada dapat nombor ustaz barden yang ada budak bagi kat saya kat dalam resit dia. dipersilakan check: 019-475-2050.
http://m.ak.fbcdn.net/sphotos-b.ak/hphotos-ak-ash3/563770_4046786347335_496228314_n.jpg
Sgt kesian smpaikan sye&suami kerap mberi je tnpa tye pape..xsmpai hati kot..shgga baru2 ni kami ke seremban & benti isi myk..didatangi seorg budak lelaki..nk minta derma..suami sye tye pd budak tu..bkn tu ari die ada di putrajaya ke?..bdk tu jwb..dieorg pegi ke semua tmpt..& ble suami sye tye mcm2..bdk tu cuma ckp trima kasih&pergi..haihh..pihak bkuasa yg bkenaan takkan xde yg prasan ttg mslh ni..xde tindakan lgsg ke??
Ya Allah..hati bercita2 hendak htr anak ke pusat tahfiz...belajar ilmu hal elwal Al-Quran dan dunia...x sangka ada segelintir manusia yg memperkudakan anak2 tahfiz...mohon kerajaan ambil tindakan sewajarnya...mazidul....anda pelopor dan penyelamat kepada mereka yg berhak utk dpt hak sebenar mereka...ayuh teruskan mission anda sehingga terbongkar rahsia pihak yg tidak bertanggunghjawab :)
Entri yang menarik dan sememangnya masalah ni perlu diatasi.Persoalannya siapa yg perlu dipersalahkan ?
(a) Ibu Bapa - ramai ibu bapa sibuk mengejar wang untuk menampung beban yang perlu ditanggung setiap bulan. kelekaan mencari wang ini menyebabkan ramai ibu bapa terlepas pandang dengan pendidikan anak mereka samada di sekolah mahupun di rumah
(b) Pihak berkuasa - perlu menjalankan lawatan untuk memantau prestasi sekolah. Samada Kerajaan atau Persendirian, mereka perlu turun untuk mengenalpasti sekolah yang "bermasalah" supaya sekolah ini dapat dibungkus lebih berkesan. Pemantauan ini bergantung kepada kuasa diberikan kepada mereka (cth : Sklh Kerajaan - PPD, Sklh swasta - PPD, JAI Negeri (Sklh Agama))
c) Kerajaan - Asas kepada permasalahan. bantuan perlu disalurkan kepada mereka yang layak. Jangan jadikan bantuan itu sebagai teknik pancing undi tatkala PRU semakin dekat. Pemantauan berkesan dan pemberian kuasa yg secukupnya perlu diberikan kepada pihak berkenaan untuk menjadi pemudahcara antara kerajaan - sekolah - ibu bapa. Kerajaan juga wajib memikirkan kaedah dan program yg sesuai untuk mengurangkan beban dan menjana isi pendapatan rumah rakyat agar ibu bapa mempunyai masa yang cukup untuk memantau anak mereka.
d) orang ramai - seperti biasa, membantu pihak berwajib melaksanakan tugas dengan memberikan maklumat yang konkrit (photo, video) so that maklumat itu bukan hanya berbentuk lisan
Kesimpulan : Kita semua tidak terlepas dari tanggung jawab untuk memakmurkan negara.
Siapalah kita nak lapor pd pihak berkuasa...wahal pekara ini telah didedahkan oleh mazidul..tp masih ada budak2 yg dipergunaka..MANA PERGINYA PEMIMPIN KERAJAAN N PEMBANGKANG adakah mereka tak terperasan akan perkara ini...atau tidak ada kepentingan POLITIK bg mereka..SIAPA SEBENARNYA SM AMIN???
Ini bukan masalah baru...dah lama sebelum PR ambil alih Kedah lagi..harap jgn tuding menuding..kena sama2 cari jalan dan ambil tindakan.
On 6th May 2013 di Paparich Shah Alam Section 13, a young boy asked for donation. I gave and was curious on the pusat and came across this blogpost. I am writing to the Kedah MB via twitter in case he has not known of the pusat.
Thanks.
Suhana.
Catat Ulasan