Ruang Iklan Zone A

Selasa, Februari 28, 2012

GAMBAR MANGSA DIBAKAR HIDUP HIDUP (EKSKLUSIF)

Hari ini, akhbar tempatan menyiarkan kes remaja Melayu, 19 tahun, dibakar dan kini dia masih berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Baca laporan kes terbabit di sini.

Petang tadi saya berpeluang menonton rakaman kamera litar tertutup pada kira-kira jam 9 malam, Sabtu lalu di restoran, lokasi mangsa kerap bertemu rakannya.

... rakaman 9 jam sebelum dia dipukul dan dibakar hidup hidup.


Selepas keluar dari restoran terbabit, mangsa dilihat beredar.

Semoga polis mampu menyelesaikan kes ini dengan kadar segera dan mengungkap fakta kejadian. Pasti ramai ingin mengetahui siapakah 3 lelaki Melayu sanggup bertindak sekejam itu.

KERETA DIHEMPAP POKOK ... PEMANDU ...

Jam 4 petang tadi, hujan lebat, kilat sambar menyambar.


Kira-kira sejam kemudian, saya dihubungi oleh penduduk Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Bang, kereta abang saya kena hempap dek pokok," ujarnya.

Pantas saya bergerak ke lokasi.


Jika dilihat keadaan kenderaan ditimpa kemalangan itu, saya pasti ramai pembaca meneka pemandu mengalami cedera parah. 

Namun dia hanya cedera ringan di tangan.


"Masa itu hujan lebat dan saya ternampak pokok di hadapan tumbang. Saya perlahankan kereta dan kira-kira 2 saat kemudian, pokok lain menghempap kereta saya. Tangan saya cedera akibat terkena cermin depan pecah," ujar Izwan Zulkifli Rosli, 38 tahun.

Berikut pokok pertama rebah ke bumi, kira-kira 10 meter di hadapan.


Berikut pula, pokok kedua menghempap kenderaan dipandu oleh Izwan.


"Syukur! Syukur! Saya terselamat, barangkali kerana doa ibu," ujar ayah kepada 3 anak itu.

Berulang kali dia menyatakan kesyukurannya kepada Allah, biarpun tangannya masih berdarah pada ketika itu.


"Saya membaca blog Mazidul tentang arwah Faris, sedih," katanya.

Tidak disangka, dalam keadaan sebegitu dia masih sudi berkongsi pengalamannya bersama saya.

"Kali ini kisah awak pula akan masuk blog," balas saya.

Perhatikan keadaan kereta Perodua Kancil milik ahli perniagaan itu.


"Mujur tiang elektrik itu tumbang dahulu dan sekaligus menongkat pokok, jika tidak pasti akibatnya lebih buruk. Apapun umur awak memang panjang," kata saya.

Pantas Izwan meneliti tiang dimaksudkan.


"Kalau kita langgar pokok dan tumbang, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ akan saman kita tetapi dalam kes ini, kita boleh claim dari MBPJ," ujar adik Izwan.

Barangkali ramai tidak mengetahui fakta itu.

100 BOLA SEPAK PERTAMA DITERIMA (PROJEK FREE BALLS)

Ada bola sepak mahal, ada bola sepak tidak berapa mahal.

Tanpa mengira harga, bola sepak dilihat mampu menceriakan kehidupan ramai kanak-kanak tanpa mengira bangsa dan agama.

Baca pandangan saya berhubung Projek Free Balls di sini.

Pagi tadi sewaktu bersarapan pagi bersama kru 666 (klik di sini), Razali Harun, saya menerima berita gembira.

"Sahabat kita dari Melaka menyumbangkan RM1,000," katanya.

"Berapakah harga sebiji bola?," soal saya.


"Sepuluh ringgit pun ada bro," balas Razali.

"Berapa banyak bola kita perlukan?," tanya saya lagi.

"Sebanyak mungkin. Saya tidak sanggup melihat, jika waktu kita agihkan nanti, kanak-kanak terakhir terpinga-pinga bila kita cakap, bola sudah habis," jawabnya.

Semua kru 666 bersedia menjayakan projek istimewa ini. Sila like page Penyingkap Fakta 666 untuk mengetahui perkembangan projek ini.

Kepada pembaca ingin menyumbang, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812.

TOLONG HEBAHKAN

MELAYU MEMBAKAR MELAYU? BUKAN TREND JENAYAH KITA

Kes remaja berusia 19 tahun, dibakar sehingga kritikal di ladang kelapa sawit, di Sungai Tengi, Gedangsa, Hulu Selangor, Selangor, menarik perhatian saya sejak 2 hari lalu.

Entri pertama, saya nukilkan semalam, baca di sini.

Ketika entri itu ditulis, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, masih tidak membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung kes itu. Justeru, tiada media elektronik atau cetak memaparkan perincian kes terbabit.


Mangsa dipercayai dibakar oleh tiga lelaki berbangsa MELAYU dan kini dilaporkan masih tidak sedarkan diri.

Rujuk laporan di sini.

Saya percaya, hari ini, majoriti akhbar tempatan memaparkan kes sama selepas disiarkan oleh Jabatan Berita TV3.

September tahun lalu, pelajar institusi pengajian tinggi dibakar dan mangsa berbangsa Melayu, meninggal dunia.

Baca laporannya, di sini.

Justeru, kes terbaru ini berbeza. Mangsa berjaya melarikan diri selepas dibakar pada kira-kira jam 6.40 pagi semalam. Dia juga dikatakan berpeluang menghubungi bapanya beberapa minit kemudian sebelum tidak sedarkan diri.

Saya amat yakin, jika mangsa pulih sedikit dan tersedar, dia mampu berkongsi identiti sebenar penjenayah cuba membunuhnya bersama pihak polis.

Mengapakah mangsa dibakar?

Jelasnya bertujuan untuk menghapuskan bukti jenayah dilakukan, sekaligus mengelakkan motif kejadian terbongkar. Kes mangsa dibakar sewaktu masih bernyawa ini bakal menarik perhatian pelbagai pihak. 

Pada masa sama, saya percaya, pihak polis sedang berusaha gigih untuk menyelesaikan kes jenayah kejam terbabit dan kemudian mengheret pesalah ke muka pengadilan. 

Saya berasa simpati terhadap keluarga dan rakan mangsa. Sebelum ini saya kerap terserempak dengan remaja terbabit sewaktu menjamu selera di restoran berhampiran rumah samada pada waktu siang atau malam.

Isnin, Februari 27, 2012

SEPAGI BERSAMA KAK JEE

"Kerusi dua lapis," katanya kepada pekerja restoran Bestari Maju, di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Melihatkan wajah dan gaya dia bercerita barangkali tiada siapa mampu menjangka, usianya kini mencecah 57 tahun. 

Kak Jee, bekas wartawan, penulis skrip dan pelakon drama televisyen.

"Suami Kak Jee ini, Abang Pali muda dari Kak Jee, 13 tahun, Mazidul 12 tahun," ujarnya.

Turut serta bersarapan pagi bersama kami anak gadis Kak Jee, Nadia.


Kami bukan makan nasi lemak berlaukkan paha ayam dimasak rendang tetapi sekadar makan roti canai kosong sahaja. 

Saya juga teringin benar mempelawa sebilangan pembaca blog ini untuk bersarapan pagi bersama tetapi adakah masa mereka? Sudikah?

Dalam kesibukan berpindah ke rumah baru, sama sekali tidak saya menduga Kak Jee sekeluarga sudi makan bersama. 

"Dulu Kak Jee berkerusi roda selama kira-kira 2 tahun. Selepas itu diperkenalkan dengan produk 4life Transfer Faktor, sekarang ini Alhandulillah Kak Jee sudah mampu berjalan seperti biasa," ujarnya.

Suami Kak Jee kelihatan lebih pendiam berbanding dia. Nadia pula barangkali boleh diletakkan di tengah tengah, di antara pendiam dan petah berkata-kata. 

Sewaktu kami rancak berbual, Pali berjaya menghabiskan 2 keping roti canai kosong serta 2 gelas teh ais.


Mari kita lihat ulang tayang aksi suami Kak Jee secara close up.


Nadia, pelajar jurusan Perbankan Islam pula lebih tertumpu mendengar celoteh ibu kesayangannya.


"Gambar hand phone Kak Jee, cantik," katanya.


Tenyata insan seni terbabit mampu melakukan tiga kerja dalam satu masa, multi tasking. Merakamkan gambar, makan dan berkongsi pelbagai cerita.

"Nanti bila free, datang ke rumah Kak Jee, kita bakar ikan, makan sama-sama," pelawanya.

"Lebih molek kalau sebelum itu, kita pergi dahulu ke Kuala Selangor, beli ikan segar dan bakar," cadang saya kepadanya.

"Kak Jee sekarang ini menjual acuan kuih jala. Ada antara pelanggan berkata betapa senangnya membuat kuih jala," terangnya.

"Kalau setakat acuan sahaja, kuih jalanya tidak dimasak, tidak berguna," gurau saya. 

Kami ketawa bersama.

Saya perhatikan sejak dari kecil, sebilangan wanita contohnya gemar membeli pelbagai jenis pinggan mangkuk dan peralatan dapur lain tetapi kemudian hanya disimpan sebagai koleksi di dalam almari. Sewaktu makana bersama keluarga, masih menggunakan pinggan dan cawan lama.

Itu antara perkara bermain di minda saya pada ketika itu.


Saya kemudian bercerita megenai kegiatan tinjauan paranormal bersama kru 666.

"Emak memang penakut," celah Nadia.

"Kak Jee, kalau menonton TV, tiba-tiba keluar promo drama kisah hantu, mesti spontan Kak Jee akan menutup mata dan bertanya, sudah habis ke? Sudah habis ke?," kata ibu kepada 2 anak itu.

Lalu dia dihadiahkan sebotol minyak Kasturi Syifa', minyak telah diaurakan dengan bacaan Al-Quran.

Klik di sini dan di sini, jika ingin mengetahui khasiat minyak wangi terbabit.

"Lepas ini, balik semburkan minyak Kasturi Syifa' di dalam rumah banglo baru itu, InsyaAllah tiada gangguan," ujar saya kepada mereka sekeluarga.


Kekadang sebilangan manusia tanpa disedari hanya dihantui perasaan mereka sendiri.

Sesi makan pagi bersama kemudian bertukar menjadi kegiatan butter trade. Kak Jee menghadiahkan saya sekotak teh 4life Transfer Factor.

"Mazidul minum tahu, InsyaAllah boleh mengawal kandungan gula dalam darah. Ada juga pelanggan Kak Jee membeli barangan 4life Transfer Faktor mampu membantu pesakit kanser. Cara Kak Jee mudah, cuba dahulu, kapsul buatan Amerika Syarikat dijual dengan harga berpatutan, kalau berkesan dengan keizinan Allah, Alhamdulillah," ujarnya bak seorang kakak menasihati adik.

"Ini susu kambing, sedap. Ada collagen, baik untuk kulit," balas saya.

Kak Jee dan Nadia meminum susu kambing terbabit.

Wanita peramah itu kemudian bercerita mengenai tilam dan sofa baru dibeli di kilang Ah Chai.

"Memang murah, tilam dia, bila Kak Jee baring memang tidak turun (mendap), best," jelasnya.



Tanpa disedari jam tangan menunjukkan hampir jam 12 tengahari.

Hampir 3 jam kami berbual, ketawa dan bergembira sambil berkongsi pelbagai maklumat. Terima kasih Kak Jee dan keluarga kerana sudi meluangkan masa.

Baca coretan Kak Jee di sini.

Lain kali kita bersarapan pagi, makan tengahari dan malam bersama.

It's on me.

DIBAKAR HIDUP HIDUP

"Pada jam 5 pagi, ada India mencuci kereta ternampak dia masih berada di bawah blok (rumah). Kira-kira jam 6.45 pagi, dia menelefon ayahnya dan berkata, ayah tolong, saya kena bakar," ujar sumber. 

Mangsa terbabit berusia 19 tahun dan tinggal di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Dengar ceritanya, dia dipukul oleh sekumpulan lelaki di Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru, Selangor. Selepas itu badan dia dipercayai dicurahkan dengan minyak tanah sebelum dibakar. Dia kemudian berjaya melarikan diri dan terjun ke dalam anak sungai atau parit, macam itulah. Selepas itu terserempak dengan janda berbangsa India dan sempat memaklumkan wanita itu nombor telefon bimbit ayah dia. Wanita itu kemudian menghubungi pihak polis sebelum mangsa dibawa ke hospital," tambahnya lagi.


Mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dilaporkan 80% tubuh mengalami kesan kebakaran.

Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Baru setakat ini gagal dihubungi.

Kepada mereka mengetahui maklumat berhubung kes ini, diminta menghubungi balas polis berhampiran untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

Sabtu, Februari 25, 2012

USTAZ MENANGKAP USTAZ BERKHALWAT?

Di zaman ini pelbagai kejadian tidak dijangka mampu berlaku.

Ustaz menangkap ustaz berkhalwat?

Lazimnya, penguatkuasa Jabatan Agama dipanggil 'ustaz'. 

Sewaktu menonton Buletin Utama malam ini, saya terdengar berita penangkapan individu bergelar 'ustaz' di Pahang.

Ustaz beristeri dua.

Kini berita itu telah tersebar.

Baca di sini.

Apapun, biarlah Jabatan Agama Islam Pahang menjalankan siasatan terlebih dahulu. Sebelum itu mari bersama kita mendengar ceramah ini ...