Ruang Iklan Zone A

Ahad, Januari 20, 2013

'SB' DI MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN ZAKIAH ANAS

Saya tiba awal untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan Zakiah Anas dan suaminya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar.

"Zakiah tengah make up," kata Azmi.

Sebaik masuk ke bilik, saya perhatikan Zakiah sedang disolek oleh dua wanita berasal dari Indonesia.


Manakala Azmi sibuk meneliti senarai tetamu mengesahkan kehadiran mereka di majlis bermula pada jam 8.45 malam itu.


Selepas berbincang buat seketika mengenai perjalanan majlis, saya keluar dari bilik dan terlihat lelaki berbaju putih di bawah.

Beg silang dan cara dia berdiri tidak ubah seperti anggota polis Cawangan Khas,  Special Branch atau lebih dikenali sebagai 'SB'.


Saya kemudian beredar melihat pelamin mempelai di Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur itu.


Lelaki sama kelihatan lagi dan dia bak mencari sesuatu ...


Ketika kakitangan syarikat penyedia makanan, D'Saji sibuk menjalankan latihan untuk food presentation, 'SB' terbabit kelihatan mundar-mandir di kawasan sama.


Gerak-gerinya amat mencurigakan. Dia kelihatan seperti memeriksa peralatan muzik bakal digunakan oleh kumpulan  Acoustic Fourplay untuk menghiburakan tetamu di sepanjang majlis.

Kira-kira jam 8.45 malam, tirai majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Hafiz Shafi' ai sebelum Zakiah dan Azmi saya persilakan bergerak ke meja utama untuk majlis makan beradap.


Vokalis, Eddy Ash mendendangkan lagu Ombak Rindu untuk menghiburkan para tetamu.



Berikutan perminataan ramai, Zakiah mendendangkan lagi 'Mencinyai Mu' dan kemudian berduet dengan Azmi, membawakan lagu dipopularkan oleh Bunga Cinta Lestari dan Ari Loso, Aku Dan Diri Mu.


Tiba-tiba lelaki berbaju putih agak lama tidak kelihatan, muncul kembali. Kali ini menyelak alas meja di hujung lokasi majlis berlangsung.


Lalu saya menghampirinya dan bertanya ...

"Awak mencari apa?"

Dan hanya mendiamkan diri sambil tunduk memerhatikan lantai dan kemudian kelihatan amat gembira.


Hahahahahahah! Razali Harun rupanya! Dia kehilangan penutup lensa kamera! Bukanlah SB! Apapun, semua gambar di entri ini dirakam oleh Razali kerana saya menjadi pengacara majlis.

11 ulasan:

Betty Zurina berkata...

buat suspen jer abg mazidul nie..hihihi

leman akhlaken berkata...

heh ingatkan cari bom ke apa.kihkihkih wakenabeb!

Cipher berkata...

Chisss!! Saspen sungguh entry ni.

minn_mizi berkata...

hahahaha, terbaik... ingatkan siapalah tadi

ejaescobart berkata...

adeh... mujur tak dak sakit jantung...~!

mazeer mohamad berkata...

ARGHHH!!

saya ingat penjenayah mana la tadi!!

LAWAK:RITUAL MANDI BUNGA DI AFRIKA!
AMARAN:BERHATI-HATI KETIKA MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM!
GEMPAR:APA YANG SAYA TAK SUKA PASAL BURGER BAKAR ABANG BURN!

pinkytigress berkata...

hahahaha....abg razali rupanya..suspen tau...hehehe....

AFIQ zainal berkata...

ok tgk atas tu...ada kamera....wakenabeb..!!!

mami berkata...

pergh....suspender betui lahhh....

Mila@Rimbun berkata...

cantiknya zakiah anas, nampak mcm muda remaja gitu

anna style berkata...

bikin panas la abg,,,tp cam ne pun mmg steady la,,,hehehe