Saya melihat ramai di kalangan rakyat Malaysia berjaya dalam perniagaan berasaskan MLM dan mendakwa menjadi jutawan biarpun 'stigma' berhubung perniagaan terbabit kekal sehingga kini.
Siapakah antara kita tidak berkeinginan menjadi kaya raya? Janggal andai ada menjawab 'saya' sebagai jawapan kepada soalan itu.
Limpahan harta berjuta tentunya lebih memudahkan kita semua untuk membebaskan diri daripada masalah hutang sekaligus memiliki 'financial freedom'. Maksudnya kita mampu untuk berbelanja secara bebas tanpa otak berserabut memikirkan kekangan kewangan.
Lazimnya peserta perniagaan MLM memerlukan downline untuk mereka bergerak dan meraih keuntungan berbentuk bonus. Justeru setiap peserta disarankan untuk mencari seramai mungkin rakan, sudi menjadi downline atau business partner mereka. Tanpa downline, perniagaan terbabit tidak menghasilkan keuntungan berganda.
Jika diperhatikan beberapa teknik klise digunakan oleh majoriti pihak pengurusan syarikat MLM untuk memancing perhatian prospek mereka.
Antara kaedah itu ...
Antara kaedah itu ...
1. Mempamerkan kenderaan mewah.
Bagi saya tidak salah untuk berkongsi bukti kejayaan tetapi biarlah berpada. Usah bertindak keterlaluan sehingga sampai ke tahap seperti menunjuk-nunjuk. Perhatikan, sudah menjadi kelaziman, deretan kereta mewah berharga jutaan ringgit dipamerkan di hadapan pejabat MLM atau berhampiran lokasi ceramah dianjurkan agar dapat dilihat oleh prospek, majoriti orang muda.
Adakah kaedah menampilkan kejayaan dan kekayaan sebegitu 100% berkesan untuk menarik perhatian dan minat prospek menyertai mereka?
Adakah peragaan kenderaan mewah itu boleh dijalin dengan kejujuran dan keikhlasan? Atau peniaga MLM terbabit sebenarnya mengharapkan pujian dan sanjungan daripada mereka melihat?
Adakah peragaan kenderaan mewah itu boleh dijalin dengan kejujuran dan keikhlasan? Atau peniaga MLM terbabit sebenarnya mengharapkan pujian dan sanjungan daripada mereka melihat?
Barangkali peniaga MLM sudi berkongsi fakta keberkesanan teknik itu bersama kita semua.
2. Penampilan bergaya.
Mata saya berasa sejuk melihat ramai anak muda berpenampilan bergaya sewaktu mendengar ceramah berhubung produk MLM. Mereka berkemeja, bertali leher dan memakai kasut berkilat. Tentunya mereka berhasrat menjadi kaya-raya sedaya-upaya mempersiapkan diri untuk memenuhi tuntutan status sebagai jutawan biarpun bukan semua akan mengecapi status itu.
Pengalaman peribadi bertemu dengan seorang speaker ternama syarikat MLM di Kuala Lumpur memahatkan seribu persoalan di minda saya.
Sebelum jam 9 malam, saya sempat duduk bersembang bersama beberapa pegawai dan bekas pegawai polis di ruang legar di bawah dewan ceramah. Tetamu VIP itu hadir untuk mendengar ceramah bakal disampaikan oleh top speaker syarikat terbabit. Manakala saya pula datang untuk mendengar dan menilai cara penyampaian speaker ulung syarikat sama. Sebaik speaker itu tiba, dia kemudian bersalaman dengan speaker lain dan tetamu VIP mereka duduk berhampiran saya.
Tidak pula dimaklumkan kepada saya, untuk berada di situ, setiap peserta dimestikan berkemeja. Sedangkan saya hanya memakai t-shirt hitam dan berseluar jeans. Tidak hairan, sewaktu bersalaman, top speaker itu tidak langsung melihat wajah saya.
Saya menyambut tangannya sambil tersenyum. Tersenyum memerhatikan tatacara tahap beradaban individu bergelar jutawan dengan pendapatan harian didakwa mencecah RM300,000.
Kita semua tahu, lebih molek sewaktu bersalaman, kita melihat wajah individu berjabat tangan dengan kita. Tidak terjejas maruah mahupun martabat andai perlakuan itu dipraktikkan. Usaha sesekali menilai tetamu hanya berlandaskan kepada penampilan luaran mereka.
3. Menampilkan asas perbandingan tidak sesuai.
"Tiga tahun dahulu, saya bekerja sebagai pencuci kereta. Setiap hari saya membanting tulang empat kerat mencuci purata 15 buah kereta. Selain baju dan seluar dipakai jarang kering, kerja itu amat memenatkan dan lebih malang lagi, hanya dipandang sebelah mata oleh orang ramai. Sesekali saya berasa amat terhina kerana bergaji ciput, hanya sekadar cukup untuk melangsaikan bil bulanan dan membeli sedikit barang makanan untuk ahli keluarga. Di pertenghan bulan, wang gaji habis dan saya melopong. Namun lihat keadaan saya sekarang, setelah menyertai MLM, tahukah berapa harga tali pinggang saya pakai sekarang ini? Tahu? Harganya RM3,000. Itu baru tali pinggang, belum lagi saya kongsikan harga rumah banglo saya. Sekarang saya tidak lagi perlu mencuci kereta orang kerana orang lain melakukakan kerja mencuci kereta saya bernilai lebih sejuta ringgit ..."
Pada hemat saya, speaker syarikat MLM, tidak perlu menghamburkan kenyataan perbandingan sebegitu riak. Justeru saya kongsikan kenyataan lebih sedap diperdengarkan ...
"Tiga tahun dahulu, saya bekerja sebagai pencuci kereta. Setiap hari saya membanting tulang empat kerat mencuci purata 15 buah kereta sehari. Biarpun baju dan seluar dipakai jarang kering tetapi saya berasa amat berpuas hati kerana melakukan tugasan itu secara ikhlas sekaligus meraih rezeki halal. Apapun saya bersyukur kerana berpeluang menempuh cabaran sebegitu dan mampu membayar bil bulanan serta menyara keluarga. Namun Allah membukakan pintu rezeki lain kepada saya sekeluarga. Menyertai perniagaan MLM ini memberikan saya peluang untuk meraih LEBIH pendapatan dalam keadaan LEBIH lebih selesa dan halal. Alhamdulillah. Apapun, walau rezeki bertambah, kekadang baju saya pakai masih lagi dibasahi peluh tetapi peluh dingin sewaktu bercakap di pentas awam kepada prospek ..."
4. Tayang wang
Gambar wang berkepuk seperti di bawah ini juga dianggap sinonim untuk menarik perhatian masyarakat. Mungkin kerana itu apabila gambar sama di tag di laman Facebook ramai berasa meluat melihat.
Ramai antara kita ingin memiliki wang berjuta tetapi kaedah hard sell diaplikasikan dalam busines MLM itu kelihatan keterlaluan.
Gambar wang berkepuk seperti di bawah ini juga dianggap sinonim untuk menarik perhatian masyarakat. Mungkin kerana itu apabila gambar sama di tag di laman Facebook ramai berasa meluat melihat.
Ramai antara kita ingin memiliki wang berjuta tetapi kaedah hard sell diaplikasikan dalam busines MLM itu kelihatan keterlaluan.
Konsep itu saya lihat lebih kurang sama dengan peragaan kereta mewah.
5. Laungan 'hebat!' dan 'luar biasa!'
Lazimnya manusia hebat tidak melaungkan kehebatan mereka. Biarlah orang lain melabelkan kita begitu, bukan bertindak bak masuk ke dalam bakul dan mengangkat sendiri. Kehebatan dan keluarbiasaan perlu dibuktikan, itu pandangan saya.
6. Menjerit bak orang terkena sawan
Saya akur, bukan semua speaker MLM mengamalkan kaedah komunikasi sebegitu. Sebilangan lebih tenang sewaktu berkongsi pengalaman diraih dalam perniagaan MLM bersama prospek mereka. Malangnya ramai berteriak dan menjerit bak terkena sawan di pentas pengucapan awam kononnya untuk menaikkan semangat penonton.
Barangkali speaker seperti itu kurang arif membezakan di antara nada jeritan dan intonasi untuk menaikkan semangat prospek duduk termanggu di hadapan mereka. Hemat saya, pemilihan perkataan tepat disokong nadi dan bahasa tubuh antara elemen utama mampu membangkitkan semangat penonton.
Sila klik di sini untuk mengasah kemahiran dan bakat dalam bidang pengucapan awam.
Saya menulis entri ini bukan untuk mengutuk pengamal busines MLM tetapi untuk berkongsi pandangan. Jika pembaca mempunyai pengalaman berhubung kaedah perniagaan MLM difikirkan kurang sesuai dipraktikkan selama ini, sila catatkan buah fikiran di sini.
Isu berhubung perniagaaan MLM banyak dihuraikan oleh Aidid Mu'addib, klik di sini.
5. Laungan 'hebat!' dan 'luar biasa!'
Lazimnya manusia hebat tidak melaungkan kehebatan mereka. Biarlah orang lain melabelkan kita begitu, bukan bertindak bak masuk ke dalam bakul dan mengangkat sendiri. Kehebatan dan keluarbiasaan perlu dibuktikan, itu pandangan saya.
6. Menjerit bak orang terkena sawan
Saya akur, bukan semua speaker MLM mengamalkan kaedah komunikasi sebegitu. Sebilangan lebih tenang sewaktu berkongsi pengalaman diraih dalam perniagaan MLM bersama prospek mereka. Malangnya ramai berteriak dan menjerit bak terkena sawan di pentas pengucapan awam kononnya untuk menaikkan semangat penonton.
Barangkali speaker seperti itu kurang arif membezakan di antara nada jeritan dan intonasi untuk menaikkan semangat prospek duduk termanggu di hadapan mereka. Hemat saya, pemilihan perkataan tepat disokong nadi dan bahasa tubuh antara elemen utama mampu membangkitkan semangat penonton.
Sila klik di sini untuk mengasah kemahiran dan bakat dalam bidang pengucapan awam.
Saya menulis entri ini bukan untuk mengutuk pengamal busines MLM tetapi untuk berkongsi pandangan. Jika pembaca mempunyai pengalaman berhubung kaedah perniagaan MLM difikirkan kurang sesuai dipraktikkan selama ini, sila catatkan buah fikiran di sini.
Isu berhubung perniagaaan MLM banyak dihuraikan oleh Aidid Mu'addib, klik di sini.

30 ulasan:
assalamualaikum bro, merujuk point no 3, bagi aku, speaker tersebut seolah-olah tidak bersyukur apa yang telah dilakukan sebelum ini. sebaliknya, dia terlalu megah atas kemewahan yang dia sedang kecapi. kita tidak tahu perasaan peserta ketika itu, mungkin mereka sedang mempunyai masalah. apa-apa pun keterangan bro untuk menegur mereka ini memang terbaik.
Assalamualaikum,
Cuba bro check MLM Hai o under- skim Profesional- kesian byk doktor2 muda termakan kata, terkena akibat , beli korset byk2, hutang RM 20,000 lepas tu tersedai begitu sahaja.Suruh cari downline...
Salam,
Pasal MLM ni banyak yang ingin saya kongsikan bersama. Kalau nak publish komen saya ni, silakan, tapi saya minta semua orang faham situasi yang telah saya alami selama ini.
Saya ialah bekas pengamal bisnes ala-MLM (lebih tepat lagi, MBS)selama 6 bulan, dan juga seorang mahasiswa tahun kedua di IPTA tempatan. Suatu hari di Facebook, ada seorang kawan lama ingin mengajak saya ke sebuah tempat, 'nak kuruskan badan' katanya. Jadi saya pergilah. Tempatnya di The Weld, Bukit Bintang, lokasi ibu pejabat syarikat tersebut. Jadi, itulah peluang pertama saya mencuba produk pertama mereka, suatu alat kesihatan elektronik bertaraf dunia, ada pengesahan ISO dari Eropah. Dakwanya mampu merawat pelbagai jenis penyakit, tapi harganya, RM 31250. Satu sesi bernilai RM 50. Kebetulan, pada waktu itu ada 'talk'. Tak pula menyangka pada hari itu rupa-rupanya dia nak bawa saya menyertai bisnes ini.
Kenapa? Selepas talk tersebut ada satu sesi perkongsian satu-hala dalam bulatan. Semuanya berlagak macam gembira sakan. Semuanya menunjuk-nunjuk kebekersanan produk tersebut. Dia dan kawan-kawannya berusaha untuk memujuk saya menjadi seorang 'Happy Member' syarikat tersebut. RM 250 untuk 15 baucar rawatan, keahlian dan juga satu fail mengandungi semua maklumat produk. Dua minggu selepas itu, mereka membawa saya ke suatu seminar. Apa lagi, semualah tunjuk happy bagai nak rak dalam dewan tu, siap menari lagi. Agenda seminar itu, semua tentang bisnes, cari duit dan sebagainya.
Macam-macam 'teori palsu' yang mereka gunakan. 'pendapatan pasif' lah, 'pendapatan eksponen' lah, dan banyak lagi. Jadi saya rasa 'excited' sangat. Jadi saya bertanya kepad yang berkenaan, macam mananak berbisnes ni? Dia tanya saya, 'kenapa kau nak buat bisnes ni?'. Sentap habis. Dia nak brainwash saya. Dia nak brainwash saya dengan cara menyuruh saya mencari dorongan untuk buat bisnes ini.
Dua hari selepas itu saya di'open mind' oleh salah seorang mereka. Dalam sesi tersebut, diceritakan semua tentang bisnes dari cara bisnes sampai lah sistem pangkat dan produk2 mereka. Pada akhirnya, dia meminta saya mencari RM 3000. Dua hari saya ke sana ke mari mencari RM 3000. Akhirnya berjaya, saya bergelar 'Independent Franchisee' (IF). Kata mereka, itu tak cukup lagi. Kau mesti jadi 'Area Franchisee' (AF), kata mereka. Macam mana? Beli produk RM 31250 itu!
Jadi saya bertanya lagi pada mereka bagaimana. Apa mereka jawab? 'Kenapa kau nak banda tu?'. Menyumpah-nyumpah juga hati saya. Itulah cara mereka brainwash orang lain. Cakap sajalah kata saya, kenapa nak kedekut ilmu? (Nanti saya sambung balik)
(part 2)
Sejak itulah kami, golongan IF ini dikutuk-kutuk, dipinggirkan oleh AF-AF yang lain, kami yang menaikkan mereka, kami yang dihina.
Ada AF yang sudi berkongsi. Katanya mereka dapat RM 25000 (harga IF dan ke atas) daripada ibu bapa mereka. Mereka kata, kita kena minta, minta dan minta. Jangan ada sifat malu, takut, simpati, bersalah. Buang semua kata mereka. Kurang ajar juga, kata hati saya. Berkali-kali saya cuba, tapi tak dapat.
Itu satu hal. Mereka ini, kononnya nak jaga bisnes, kena datang ke The Weld tiap hari. Maklumlah, upline top di dunia, faham-fahamlah. Buang duit, habis duit saya.
Selama 6 bulan dalam bisnes ini, banyak sangat unsur menunjuk-nunjuk, unsur brainwah berlaku. Tahulah dah jadi 'District Franchisee' (DF). Menunjuk-nunjuk ada koleksi Semua minyak wangi berjenamalah, pakai baju mahal-mahallah, pakai beg LV lah, buat parti hari jadi kat hotellah, macam-macam. Sampai suatu hari beg duit saya hilang pun saya memaksa diri pergi ke The Weld. Bisnes punya pasal!
Sampai suatu hari, golongan IF-IF yang lama berkumpul dalam satu bulatan pada 19 April 2012. ada sorang Challenging District Franchisee (CDF) ni, kutuk-kutuk, maki-maki, siap ugut untuk tumbuk perut kami. Dia anggap saya sampah. Dia kata saya ni sampah! Sampah!! Hati saya dah menyumpah-nyumpah waktu itu. Di situlah, demi maruah saya, saya tarik diri dari bisnes itu. Saya dah nampak dah tembelang mereka.
Sedari itu saya terpaksa bersihkan kembali perbuatan saya dalam enam bulan tersebut. Sedih mengenang wang yang dihabiskan. Saya ingin buat pengakuan di sini, ibu bapa sayalah tempat saya meminta RM 3000 tersebut, dan juga tempat saya meminta RM 2500 membeli salah satu produk mereka. Ibu bapa saya jugalah yang menyokong saya dalam bisnes ini, bukan mereka. Dan apabila saya keluar dari bisnes, ibu bapa saya juga yang menyokong. Kini saya di bawah pemerhatian universiti kerana result peperiksaan yang teruk. Saya dah tak sanggup lagi berbisnes kini. Apa yang saya dah lalui, akan dirasai oleh mahasiswa yang lain. Saya cukup menyesal dengan apa yang berlaku. Nasib baik, nasi belum jadi bubur lagi. Saya tak sanggup maruah saya dihing sebegitu rupa. Kepada Mahasiswa, lebih baik anda fokus tentang pelajaran anda. Andalah harapan negara, jangan sia-siakan peluang yang ada. Kalau nak berbisnes pun, tunggulah hingga anda konvo nanti.
Dan kini, banyak yang menyertai bisnes itu dah 'mati' (keluar bisnes). Sebab? Tak tahan perangai AF, CDF dan DF yang melampau. Kawan saya pun rasanya dah tak berbisnes lagi dah, dan dengar kata dah dibuang universiti pun. Wallahu a'lam.
(Part 1)
Salam,
Pasal MLM ni banyak yang ingin saya kongsikan bersama. Kalau nak publish komen saya ni, silakan, tapi saya minta semua orang faham situasi yang telah saya alami selama ini.
Saya ialah bekas pengamal bisnes ala-MLM (lebih tepat lagi, MBS)selama 6 bulan, dan juga seorang mahasiswa tahun kedua di IPTA tempatan. Suatu hari di Facebook, ada seorang kawan lama ingin mengajak saya ke sebuah tempat, 'nak kuruskan badan' katanya. Jadi saya pergilah. Tempatnya di The Weld, Bukit Bintang, lokasi ibu pejabat syarikat tersebut. Jadi, itulah peluang pertama saya mencuba produk pertama mereka, suatu alat kesihatan elektronik bertaraf dunia, ada pengesahan ISO dari Eropah. Dakwanya mampu merawat pelbagai jenis penyakit, tapi harganya, RM 31250. Satu sesi bernilai RM 50. Kebetulan, pada waktu itu ada 'talk'. Tak pula menyangka pada hari itu rupa-rupanya dia nak bawa saya menyertai bisnes ini.
Kenapa? Selepas talk tersebut ada satu sesi perkongsian satu-hala dalam bulatan. Semuanya berlagak macam gembira sakan. Semuanya menunjuk-nunjuk kebekersanan produk tersebut. Dia dan kawan-kawannya berusaha untuk memujuk saya menjadi seorang 'Happy Member' syarikat tersebut. RM 250 untuk 15 baucar rawatan, keahlian dan juga satu fail mengandungi semua maklumat produk. Dua minggu selepas itu, mereka membawa saya ke suatu seminar. Apa lagi, semualah tunjuk happy bagai nak rak dalam dewan tu, siap menari lagi. Agenda seminar itu, semua tentang bisnes, cari duit dan sebagainya.
Macam-macam 'teori palsu' yang mereka gunakan. 'pendapatan pasif' lah, 'pendapatan eksponen' lah, dan banyak lagi. Jadi saya rasa 'excited' sangat. Jadi saya bertanya kepad yang berkenaan, macam mananak berbisnes ni? Dia tanya saya, 'kenapa kau nak buat bisnes ni?'. Sentap habis. Dia nak brainwash saya. Dia nak brainwash saya dengan cara menyuruh saya mencari dorongan untuk buat bisnes ini.
Dua hari selepas itu saya di'open mind' oleh salah seorang mereka. Dalam sesi tersebut, diceritakan semua tentang bisnes dari cara bisnes sampai lah sistem pangkat dan produk2 mereka. Pada akhirnya, dia meminta saya mencari RM 3000. Dua hari saya ke sana ke mari mencari RM 3000. Akhirnya berjaya, saya bergelar 'Independent Franchisee' (IF). Kata mereka, itu tak cukup lagi. Kau mesti jadi 'Area Franchisee' (AF), kata mereka. Macam mana? Beli produk RM 31250 itu!
Jadi saya bertanya lagi pada mereka bagaimana. Apa mereka jawab? 'Kenapa kau nak banda tu?'. Menyumpah-nyumpah juga hati saya. Itulah cara mereka brainwash orang lain. Cakap sajalah kata saya, kenapa nak kedekut ilmu? (Nanti saya sambung)
(Part 3)
Satu lagi. Saya kebelakangan ini amat kecewa dengan pengurusan universiti yang seolah-olah membuka pintu seluas-luasnya kepada MLM untuk masuk. Dahulunya, ada Pusat Niaga Siawa untuk pelajar cari duit, tapi sekarang dah tiada. Sebaliknya, mereka membenarkan MLM ini berleluasa. Nak sebut- One Community (yang saya telah ceritakan tadi), Elken, Herbalife, Linguaphone, QNET, Score A, syarikat hartanah dan macam-macam lagi, dan mereka berselindung di sebalik agensi-agensi universiti sendiri. Siap ada syarikat (Elken) yang buat seminar di universiti! Seolah-olah pihak universiti menghancurkan masa depan pelajar secara tidak langsung. Saya harap Kementerian bertanggungjawab silalah ambil tindakan. Kalau tak, ramailah lagi yang jadi macam saya. Bukan sikit, ramai yang dah terkena.
Saya ....say no ..utuk MLM. Pengalaman mengajar saya ....rezeki yang sedikit ...tetapi berkat membuat hidup kita tenang ......dan aman
Saudara Mazidul ....dpt mengupas juga penindasan yg berlaku dlm MLM ..... byk segi .....
Salam bro..
Apa yang bro utarakan itu, memang benar.
Cuma saya nak tambah satu lagi point, kepada kita yang Islam ni, fikirkan lah samada MLM itu(atau apa apa jua bisnes/pekerjaan yg kita lakukan), adakah ianya patuh syariah? Dalam erti kata lain, adakah sumber pendapatan kita itu halal, tiada syubahah, tiada gharar..
Kita risau andai 'rezeki' kita makin lama makin meningkat, tapi sebenarnya itu bukan nikmat Allah...tapi itu ialah istidraj dari Nya...
Di kesempatan ini, saya ingin pinta pandangan bro (kalau belum menulis lagi tentang hal ini)tentang isu Geneva. Tolak ke tepi dahulu tentang scam/penipuan nya..Yg saya sedih ialaha tgk bagaimana kita, Melayu Islam yg terlibat dlm 'bisnes emas' ini dikaburi mata..tolak semua hukum, atas nama utk kekayaan...Hukum jual beli emas itu terang..dan perlu kita patuhi...
Wallahulam
sy pun selalu di ajak..bg sy cukuplah sekadar hidup bersederhana..xpyh la nk kaya raya sgt..sy kurang percaya pd MLM ni..tp bila di jawab cmtu..terus dikatakan sy ni bodoh sombong...manusia yg rugi...sabar jer la...
MLM..satu lg mcm MLM...kursus tok usahawan jadi jutawan....saya pernah ikot 1 comp yg beria2 konon nk bntu usahawan jadi jutawan..tp hampes...speaker hebat tp yg managed program macam haram jadah...
datang ke kem da la bayar mahal...dtg2 nk maki2...dengan xbg air mineral masa pendaftaran...dah la tu...bila kita sakit dia boleb pulak kata kita buat2...kurang ajar dorang ni...
dah la xde pengalamam dalam jurulatih outdoor...pandai2 buat senaman sendiri..and yg nk gelak suruh tarik nafas then tahan tp dalam tahan nafas buat kiraan sepuluh....
sudah2 la membohong..mmg ramai usahawan yg perlukan bimbingan tp bukan ambik duit org tp pengisian macam sampah....
xsemua mcm tu ...tpi biasela manusia..ade yg terlupe..or perhaps mereka xsedar cr mereka itu menunjukkn mereka riak..
Saya pn pernah mengalami masalah yang sama mcm Prince Righty I.. tp saya lagi malang.. nasi dah jadi bubur.. saya drop pengajian diperingkat degree slps alami tekanan yg kuat. Saya x dapat cari downline kerana x banyak student yg berminat. (entah kenapa sy berminat) Saya merayu ayah utk mmbuat pinjaman peribadi sbyk lbh kurang 40k.. demi 'membeli' pangkat.. kononnya utk mendapat pulangan yg lebih lumayan.. sumpah saya menyesal.. skrg ayah trpaksa tanggung hutang saya.. syukur ayah x pernah bersungut. Tapi sy tahu, dia msti sedih ats apa yg berlaku.. akibatnya skrg, saya trpaksa mncari kerja guna sijil spm saya.. (lepas spm sy masuk matrikulasi,then trus sambung degree. Sijil matrikulasi x layak utk pohon apa2 kerja) sedihnya hanya Allah s.w.t yg tahu.. Jadikan pengalaman saya sbg pengajaran utk rakan2/anak anda. Seperti kata Prince Righty I, dahulukan pelajaran sebelum mengejar wang ringgit.
SMTI
SMTI-seorang tokoh MLM (konon), pendapatan sehari katanya...katanya ye mencecah 100 ribu sehari, tapi hutang bank lebih RM90ribu dah tertunggak hampir 3 tahun dan telah dibawa ke mahkamah. Mengikut cerita adik saudara saya yang menjaga akaun Tokoh MLM tersebut. Alasan yang selalu diberikan ialah " meniaga lais pagi makan petang". Buat rayuan di mahkamah mampu bayar sebulan RM200.00. Gambar gambar kereta mewah Ferrari, BMW, Mercedes, Lamboghini didakwa kereta sewa untuk sessi penggambaran sahaja. Apa cerita????????? MLM penipu!
dulu saya hampir terkena. Untuk pengetahuan anda, target market mereka adalah student yang kesempitan wang. Bukan nak tolong. MEMBONGAK je banyak.. Kawan saya terkena. Nasib baik saya ni susah nak masuk orang janji3.
SERAM:PEMBEDAHAN TUKAR JANTINA DARI PEREMPUAN KEPADA LELAKI!
MISTERI: HANTU PARAKANG/HANTU PENANGGAL!
RAHSIA:KISAH SEBENAR DI SEBALIK ‘HARIMAU MALAYA’
As salam BRO..
Bagi saya tak semua MLM gitu. Sya harap Bro cari lagi syrkt MLM yang berpotensi dan yg berjaya.Untuk pengalaman saya. Saya byk TERKENA dengan MLM. Tapi saya tidak putus asa. Kalau nak berjaya harus lah tempuh dugaan yang mencabar. Saya akui saya masuk ZHULIAN.Saya bersyukur.Syarikat ZHULIAN banyak mengubah cara dan perilaku saya. Tak semua MLM gitu. Apa yang saya baca kesah yang BRO ceritakan tu.Memang betul.Saya pernah dengar mamat sombong tu bagi talk.Tapi tak perlulah saya cerita panjang. Allah maha kuasa. Jika beliau begitu ada kebaikan dan keburukan yang beliau alami.Tapi takkan beliau nak story kann.Bro carilah story pasal Agensi Zhulian di PJU. ALhamdulillah.Memang terbaik untuk umat Islam. Dan percayalah kawan-kawan blogger sekalian.Tak semua MLM BURUK.PERCAYALAH.
Hi All..
Saye cuma bernasib baek sbb terjumpa blog ni http://aididmuaddib.blogspot.sg/
kalau x,sure asye pn jebak dgn MLM ni..
Thanks Dr Aidib..
Salam,
Saya tak kisah kalau seseorang individu untuk menceritakan kejayaan dan kekayaan mereka tapi jangan sampai riak.
Tetapi yang paling tak setuju tentang MLM ni ialah mereka selalu pandang rendah dengan kerjaya orang lain terutamanya yang makan gaji atau berpendapatan rendah. Sedangkan itu hak masing-masing asalkan tidak melanggar hukum agama dan undang-undang Malaysia
TQ
Salam...
saya ak berkongsi satu blog
dalam ni banyak hujah2 dan fakta untuk memotong lidah lembut si penganut MLM ni.
Walopon tuan blog da berhenti menulis atas sebab2 yg sensitif tapi hasil tulisan beliau masih dapat diakses.
Sila abaikan gaya bahasa beliau dan ambillah input yang berguna..
bersama perangi MLM
aididmuaddib.blogspot.com
MLM telah menyebabkn kawan sy menjadi musuh sy. Hanya kerana sy berhenti dr MLM, terus x contact langsung. Agaknye itu y di ajar dlm MLM. Cari kawan, makan kawan.
aidid tak tulis lagi...huhuhu
Saya pernah kenal mcm2 jenis mlm. Banyak yang hard sell dan cepat sgt nak kaya. sampai minta buat loan puluhan ribu ringgit. alahai.. jgn la teruk sgt sampai mcm tu. Produk tak terjual pun.
Kalau tgk pada company sebuah produk kesihatan ni, orang2 dlm bisnes ni memang low profile. tak ada yang riak dan sombong. yang kurang ajar lagi la jarang berlaku. cuma kalau berkongsi pengalaman dll tu ada la.
company ni memang diyakini. majlis2 besar banyak kali dihadiri dan dirasmikan sendiri oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri.
Permulaan perniagaan pun xde la sampai ribuan ringgit, ratusan ringgit pun xperlu kalau tak berkemampuan. Cuma RM60 untuk pendaftaran je. kalau dapat jual 2 @ 3 kali dah pulang modal. Produk memang laris dan berkesan.
Modal sgt rendah, tp memang ramai yang dah bebas hutang ataupun ekonomi keluarga yg stabil. mana2 mlm pun ada jutawan. company ni tak terkecuali. cumanya modal cuma RM60.. :)
Tak semua MLM kejam. Cuma nak @ tak je
Assalam En Mazidul,
Lama sudah tidak catat komen di sini,semua nukilan En Mazidul saya tetap baca...( samada lambat atau cepat )
Sy ada mengikuti blog Aidid sblm ditutup dan mmg ada byk benarnya...Sejak awal 90an bekerja di KL ni byk juga MLM yg saya dgr secara "paksa rela",sehingga satu tahap sy dh boleh agak bila rakan ajak berjumpa, ianya berkaitan dgn bisnes MLM jua...
Terpulang pd individu, suka join, tak suka/tak minat tak payahlah namun tidak perlulah join jika sampai membuat loan dr ibubapak/BANK/sedara mara/kkwn dll
Sy pasti ramai yg terlibat dgn jayanya di MLM akan katakan " saya seorang yg tidak berpikiran positif, tidak berani mencuba dan berusaha" ( ini statement yg selalu sy terima dr rakan yg mengajak sy join MLM,bila sy menolaknya )
Jawapannya "YA" kerana sy tidak sanggup mengajak rakan/sahabat lain turut serta sbgai downline saya, titik dan tiada koma lagi (end of story bak kata Shrek)
Pada rakan2 dan semua yg berjaya dgn MLM, tahniah sy ucapkan...
Alhamdulillah, walaupun masih ada hutang dibank, saya gumbira seadanya dan semoga rezeki yang ada diberkatiNYA selalu, AMIN!!
Saya sangat setuju dengan pandangan en. mazidul mengenai perbandingan speaker mlm tu. Sebaiknya perlu bercakap dengan positif tak perlu riak. sebab rezeki semuanya datang dari Allah. Kesusahan dan kesenangan juga datang dari Allah.bila2 masa Allah boleh tarik nikmat itu. Sepatutnya ajarlah orang menghargai pemberian dari Allah walaupun sedikit bagi kita. Bila kita mensyukuri nikmat Allah. Allah akan berli lebih dan lebih lagi pada kita. itu yang sebaiknya.
Lagi satu pasal adab berjabat salam juga tidak patut dibuat oleh speaker mlm itu. kelihatan tidak bijak dan tidak mampu mengawal emosi dia. Sepatutnya dia tunjukkan dia berfikiran positif dengan melayan anda sama rata walaupun anda berpakaian tidak menepati syarat. cubalah berfikir seperti "oh, mungkin dia tidak sempat tukar pakaian" @ "oh, mungkin dia terlupa".
Saya pernah menghadiri satu kursus yang mengajar saya perlu menghargai setiap orang yang sedang bercakap dan berjabat salam dengan saya seperti memandang tepat ke matanya, genggaman berjabat salam seerat mungkin, dan ulang balik apa yang dia perkatakan menandakan kita prihatin dengan si dia.
lagi satu saya juga baru menceburkan diri dalam bisnes MLM. Menariknya group saya ini diketuai oleh masters2 yang sangat merendahkan dirinya pada Allah s.w.t. Setiap ilmu yang diajari pada kami mereka akan berkata berusaha perlu seiring dengan amalan rohani.InsyaAllah setiap impian kami akan tercapai dan sudah tercapai^_^
sebut mlm ni, tringat zmn bljar kat u dlu. ade sorang member budak tganu ajak gua budak pahang join mlm. alasan nak tlg member sama2 negeri. adoi kantoi betul lah mamat tu. trus aku smile n bla...
Salam En.Mazidul..
Pengisian dan info yang amat berguna..mohon share..
Thanks.
encik mazidul,
sila siasat modus operandi MLM Zhulian di Kota Damansara, panggil orang pergi function, lepas tu pujuk prospek:-
1) Keluarkan wang ASB
2) Swipe Credit Card
3) Gadaikan barang kemas yang dipakai di pusat Zhulian itu sendiri.
Ini semua dilakukan dengan 'memaksa dalam memujuk' dan apa boleh saya cakap, diaorg mmg bullshit dan kriteria dia sama mcm bro Mazidul maksudkan.
Salam saudara saya rasa terpanggil utk invite saudara dtg & menilai sendiri apakah sebenarnya yg positif tentang perniagaan berkonsepkan sistem MLM. Dan sy harap kalau saudara sudi hadir ke sesi bersama speaker kami saudara boleh buat entri baru utk menjelaskan masyarakat beza antara skim cepat kaya & MLM. perlu diingat jgn hanya event sesebuah syarikat dihadiri org ternama maka itulah syarikat yg betul. cth terbaru event Genneva Malaysia dulu pun Tun Dr Mahathir dtg tp last2 apa jd? harap saudara mazidul boleh reply ke emel sy adzman86@gmail.com.
sambungan... cerita3:-
Lepas tu sya belilah Maharani dan sabun dia. Sikit2 saya cuba produk dia utk kegunaan sendiri dan saya dapati produk dia bagus TETAPI oleh sebab permainan group2 yg main skim, barang yang baik jadi hampeh di mata orang!!!!!
Dan saya lihat kwan saya (pengusaha frozen food tu) berubah daripada biasa2 kepada seorang yg sgt bermotivasi padahal dia ni sebelum ni hanya suri rumah yg buat kuih donut dan pau segera jer......
Pada bulan disember 2012, kawan saya tu ajak saya sertai kursus Minda Magnet Rezeki yg dibuat oleh group yg dia sertai, so sayapun pergi sbb saya ni bekas pelajar dr azizan, dr fadzilah kamsah, dr ibrahim (aura seri) jadi kalu kursus macam tu mmg saya suker sangat....... Ialah nak cari 5 K dlm kehidupan.....
Dan semasa kursus itu saya diajar secara teknikal NLP dimana satu sessi NLP oleh dr kasmah adalah 2k dan dr kasmah ni memang pakar NLP. Di situ juga dia memberi sedikit ilmu yg amat berguna daripada dr Azhar hj sharif dan dr mohd jantan(kedua2 mereka adalah kolumnis Mingguan Wanita) dan selepas pulang drp kursus tersebut, saya dapat rasakan bahawa ilmu yg disampaikan ini amat berguna utk kehidupan saya, anak2 saya dan juga bisnes sedia ada saya.... saya amalkan dan nampak keberkesanannya....
Dan dari situ saya jadi pengamal tegar ilmu ini dan entah bagaimana saya kini dah naik pangkat SSM dlam masa yg singkat walaupun saya mula promote pada kawan2 pada bulan Januari 2013 tanpa saya bermodalkan berpuluh2 ribu... dan kini walaupun tak sebanyak 7k seperti sepupu2 saya dapat dahulu tetapi adalah sikit utk menambah membayar kos tuisyen KUMOn 5 org anak saya dan beli apa2 yg patut.... Dan saya rasakan dengan group saya ini saya telah menemui MLM yang disarankan oleh Dr azizan Osman & Robert Koyisaki iaitu:-
1. Produk (produk dia mmg bagus dan kini dgn adanya BVSM, ianya semakin dapat menambah nilai kehidupan org lain)
2. syarikat ( Hai-O sudah 20 tahun dan sudah didagangkan di BSKL)
3. Ilmu (ilmu MMR yg diberikan oleh group ini mmg menambah nilai kepada kehidupan saya, bisnes sedia ada saya dan juga dengan bisnes pasif income saya iaitu MLM)
4. Sistem (saya ikut sistem yg betul dimana saya kena usaha bukan bermain skim sehingga hilang kawan dan sedara-mara malah kini saya dapat menambah nilai kehidupan kawan2 saya yg nak cari pasif income tapi syarat utama saya ialah DUIT - doa, usaha, istiqamah & tawakal
5. Mentor - ada org yg guide sy asalkan saya nak belajar dan mahu diajar......
sebenarnya banyak MLM yang betul tetapi disalah dan dicarcamarbakan oleh skim2 yang dibuat oleh group2 yg nak cepat kaya.... Dan kenapa saya pilih Hai-o tidak syarikat antarabangsa yang lebih gah sebabnya org sibuk taknak makan MC D dan minum coca cola tetapi bila bab bisnes MLM semua boleh sedangkan saya tak tahu bangsa apa dan agama apa pemegang2 saham terbesar syarikat tersebut... Hai-o memang kepunyaan cina tetapi sy tahu dia beragama budha dan kesemua upline saya berbangsa melayu dan beragama islam..... berbanding dgn company yg kukuh lain, sudahlah kepunyaan bangsa lain selain melayu, upline2 semuanya cina....
Maafkan saya kalau ada yg terasa tetapi saya berkongsi apa yg saya tahu dan kenapa saya terjebak dgn MLM walaupun dahulu saya tak suker dan apatah lagi dgn company yg paling saya pobhia dan trauma dulu.....
Semoga kita semua di sini sihat, bahagia, kaya & berjaya di dunia dan di akhirat!!!!!
Bagaimana dari segi hukum islam ttg MLM ne...
Catat Ulasan