Ruang Iklan Zone A

Khamis, Disember 27, 2012

ALERT! SILA PERIKSA SECURITY CODE KAD KREDIT DAN DEBIT DAN .. (MESTI BACA)

Semalam, saya menukilkan fakta berhubung kegiatan sebuah agensi telemarketing sekian lama dilaporkan memperdaya pemegang kad kredit dan debit di negara kita.


Menurut Elis, kakitangan telemarketer menghubungi pemilik kad menggunakan senarai lengkap data peribadi perbankan pelanggan.

Semua nstitusi perbankan tidak sepatutnya mendedahkan informasi sulit terbabit kepada pihak ketiga.

Berikut antara contoh data dipercayai dijual oleh individu tertentu dan kini digunakan oleh agensi telemarketing untuk mengaut keuntungan secara tidak sah.


Antara maklumat didedahkan kepada pihak ketiga, nama penuh pemilik kad kredit, jawatan, alamat, nombor  untuk dihubungi, bank dan security code.

Justeru, sila periksa security code di belakang setiap kad kredit dan debit berpandukan kepada nama bank dan bandingkan dengan 50 nombor tiga digit  hujung setiap paparan. 


Jika sama, sila hubungi bank anda dengan kadar segera.





Agensi telemarketing sepatutnya tidak memiliki senarai seperti di atas namun kejadian sebaliknya berlaku.

18 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

Apa hak kita sebagai pengguna?
Pengguna boleh saman bank tak?
Atau boleh buat aduan ke BNM? ke Kementerian berkenaan?

Izni Hafiz Abdul Rashid berkata...

Pihak bank perlu mengambil tindakan atas pendedahan ini.

plain83 berkata...

pemecah amanah mmg ada kat mana2.. org dalam yg makan duit haram mcm ni mmg amik masa nak detect, skali dapat tu hukum cukup2.. kasi org lain takut nak ikut jejak langkah dia lepas tu..

Carlos Santiago berkata...

Pihak bank perlu mengambil tindakan menambah security hasil dripada penemuan ini.

anyss berkata...

Assalamualaikum,
Hal sebegini dah lama berlaku, tapi pengguna tak ada pilihan. Bukan semua orang sanggup nak bertekak bagai, tak ada perubahan apa2pun kalau "kita" bukan sesiapa.

anti scam berkata...

kalau tengok kebanyakannya pelanggan dari bank M

salfhi berkata...

yg sya dgr, takde akta yg melarang transaksi pnjualan mklumat sebegini.. sori kalau info sya salah..

Prince of Noob berkata...

sekarang ni saya senang je, kalau ada org call pastu tanya macam2 pasal kad kredit, saya cakap je dah terminate, pastu mesti terus dia letak telefon.

http://buasirotak.blogspot.com/

mazeer mohamad berkata...

thanx 4 d info! lepas ni saya akan lebih berhati-hati. insyaallah.

AMARAN:BERHATI-HATI KETIKA MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM!
LAWAK:RITUAL MANDI BUNGA DI AFRIKA!
GEMPAR:GOLLUM MENGGUNAKAN PRODUK COLGATE WHITE!

Zara Zainudin berkata...

SMTI.. terima kasih.

tsyhll berkata...

Secara rambang tengok semuanye orang melayu/islam je dalam list tu.

Orang dalam tu sendiri cakap, telemarketer ramai orang melayu, ada india sikit, cina takde langsung.

So ape kesimpulannya? Orang melayu tipu orang melayu, dan orang melayu senang kena tipu.

Ke orang cina ada company telemarketer orang cina jugak?

shaty berkata...

yang bekerja sebagai telemarketer tu pula tak tahu kerr ... buat-buat tak tahu yang syarikat tersebut atau apa yang mereka sedang lakukan adalah PENIPUAN belaka ? Kalau tahu, kenapa mendiamkan diri. Sebagai orang awam sememangnya kita tak sangka apatah lagi tahu .. penipuan sedang berlaku. Kita rugi di dunia .. tetapi MEREKA ..para telemarketer dan yang ' sewaktu' dengannya dan beragama Islam .. RUGI BESAR DI AKHIRAT !! PENGAJARAN untuk kita semua dan perlu kita sebarkan pada mereka yang lain .. anak-anak;saudara mara dan rakan taulan ... sentiasa berwaspada.

Myeza Dean berkata...

Hubby sya penah kena gak abg.bygkan jam 6 ptg ada pihak call kata dr bank guna hp minta security code credit card.personal detail hubby individu tu tahu a to z.bila hubby tny utk apa security code tu,individu tu kata utk kemas kini data.hubby berkeras tak mahu bg.individu desak gak.tp hubby tetap tak mahu bg.esk hubby pigi bank tu tanya pasal benda ni. Pihak bank nafikan ada call pemegang card n nasihatkan hubby tukar kpd kad baru.menakutkan.

The Red Rambutan berkata...

SMTI

kesumakreatif photography berkata...

utk kes Myeza Dean, nape bank minta tukar kad? sepatutnya bank siasat dan amik tindakan selanjutnya atas suspect penipuan dan pecah amanah memberi data pelanggan kpd pihak ketiga..........

ateyzah berkata...

Nsib baik bank sya tiada dlm list..

fuzza nissa berkata...

Perkara pertama kalau mendapat panggilan sebegini jus jgn layan dan matikan telefon.....
manusia akhir zaman semakin kejam!!!

www.mummysayf.blogspot.com

Mozaiwari Mohamad berkata...

kalau sy dah dedahkan security code ni kpd mereka..apa yg patut sy lakukan??sy baru menerima kad kredit dan belum mengaktifkan kad kredit ini.apakah kesan sekiranya sy mengaktifkan kad ini setelah security code tlh didedahkan..