Selasa, Ogos 14, 2012

KEJAM! DIA BERDIRI 8 JAM

Saya dan jurukamera bergerak meninjau lokasi sasaran kedua, ruang pejalan kaki di hadapan institusi perbankan.


Setelah beberapa minit merakamkan gambar remaja itu dari jauh, saya menghampirinya.

"Berasal dari mana?," soal saya.

"Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor," jawabnya lembut.

"Buat apa di sini?"

"Membuat jualan amal, bantuan anak yatim," katanya.

"Pelajar sekolah Tahfiz Amal di Yan, Kedah ke?," soal saya.

Dia menganggukkan kepala. 

"Umur anak ini berapa?," soal saya lagi.

"Tiga belas," balasnya.

Wajahnya manis dan pelajar berusia 13 tahun itu menjawab setiap soalan saya kemukakan secara beradap.

"Anak ini lebih muda daripada anak sulung pak cik. Pak cik minta anak beri tahu perkara sebenar dan tidak perlu menipu pak cik," pinta saya.

Dia tunduk, mendiamkan diri buat seketika.

Pipinya kelihatan sedikit bergetar.

"Berapa lama anak meminta derma di sini? Di Kota Bharu, tinggal di mana?," soal saya perlahan.

Saya akur, bukan mudah untuk mencungkil fakta sebenar. Jiwa remaja rapuh dan mudah terusik. Pengalaman saya tempuhi ketika menemubual pelajar sekolah sama di pelbagai lokasi, saya jadikan asas melontarkan pertanyaan.  

Pernah saya ditengking oleh anak sepertinya sebelum ini. Namun gadis remaja berdiri di hadapan saya mempunyai penampilan dan sikap berbeza.

"Lebih sebulan saya membuat jualan amal di sini dan di banyak tempat lain. Di Kelantan ini, saya bersama  kumpulan 8 pelajar perempuan dan 6 lelaki lain dari Kedah, Selangor dan Johor tinggal di rumah disewa oleh dua cikgu, lelaki dan perempuan di Panji," balasnya.

Lazimnya pelajar menggunakan istilah 'ustaz' bukan cikgu.

Saya dekatkan alat perakam audio Sony ke arah gadis cilik itu. Manakala jurukamera meneruskan rakaman sambil cuba tidak merekodkan wajahnya.

Dia remaja di bawah umur, etika kewartawanan tidak membenarkan wajahnya didedahkan. Lagipun saya hanya cuma ingin membongkar kisah sebenar di sebalik tangan yang menadah.

Tidak lebih daripada itu.

"Sebelum ini di Bangsar, Kuala Lumpur, pak cik terserempak pelajar lelaki dari sekolah kamu mengutip derma selama 8 jam. Pak cik tengok wajah kamu,  pak cik tahu kamu terseksa dengan 'kerja' kamu ini. Kamu tidak berasa penat ke?"

Soalan itu saya lontarkan. 

Naluri ayah sukar untuk saya kesampingan sewaktu berkomunikasi bersama remaja itu.

"Tidak, mungkin muka saya sahaja nampak penat," katanya.


"Cuba keluarkan produk dijual," pinta jurukamera.

Remaja itu kemudian menyeluk beg galas disandang dan mengeluarkan botol minuman sebelum botol itu saya belek.

"Ini minuman apa?," tanya saya.

"Ini minuman untuk kecergasan minda. Wang hasil kutipan jualan diserahkan kepada cikgu," celahnya.

"Tidak ada pula dicatatkan di kulit botol ini minuman untuk kecergasan minda. Ini minuman fomula kecergasan untuk lelaki dan wanita anggun 'tonite'," saya membaca tulisan di botol. 

Dia mengutip derma menggunakan air membekalkan kesegaran berharga RM10 setiap satu, sama seperti produk di entri ini.

Saya kemudian memandang tepat ke sepasang mata anak itu sebelum Allah menggerakkan hatinya untuk berkongsi informasi peribadi diri. 

"Saya anak kedua daripada 7 beradik. Ayah saya berusia 52 tahun dan bekerja di pusat rawatan tahfiz di Pahang. Mula belajar di sekolah tahfiz sejak berusia 7 tahun dan mengutip derma sejak setahun lalu, ketika berusia 12 tahun. Saya disuruh meminta derma oleh cikgu, dihantar ke sini menggunakan van pada jam 1 tengahari dan dijemput balik oleh cikgu pada jam 9 atau 10 malam nanti," katanya.

Setiap hari di bulan Ramadan ini, dia mendakwa juadah berbuka puasa dihantar kepadanya oleh guru sebelum waktu Maghrib.

"Cikgu di mana?," soal saya.

"Dia menjual di tempat lain," balasnya.

"Berapakah jumlah kutipan kamu semalam?," soal saya.

"Seratus lima puluh ringgit. Bukan semua minuman kesihatan dijual ini laku, sejumlah kutipan itu didermakan oleh orang ramai," jelasnya dengan nada lembut.

"Pelajar sekolah tahfiz harus bercakap jujur tahu. Pak cik tengok muka kamu, pak cik dapat merasakan kamu terseksa sebab pak cik pun ada anak. Pak cik hendak bertanya, demi Allah kamu tidak berasa diperguna dan dieksploitasi?," tanya saya.

Dia tergamam, tidak mampu menjawab soalan saya itu mahupun menggelengkan kepala.


"Kalau tidak ada sesiapa menderma, cikgu marah tidak?," soal saya.

"Tidak, sudah rezeki," balasnya.

"Bila anak akan balik ke Kedah?" 

"Esok," balasnya.

Kakitangan institusi perbankan memerhatikan kami sejak dari awal kemudian datang menghampiri saya. 

"Dia tidak duduk, hanya berdiri berhampiran bank ini," kata beliau.

Jelas, remaja itu berdiri kira-kira 8 jam mendekati pelanggan bank keluar masuk dari ruang ATM sebelum dijemput pulang oleh cikgunya.


Jika sekolahnya ingin penuntut mempelajari secara praktikal berhubung konsep perniagaan sekalipun, membiarkan remaja mentah berdiri sebegitu lama di bulan Ramadan ini, saya anggap keputusan zalim.

'Jualan amal', berlaku di negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan PAS.

Di bulan Ramadan Al-Mubarak ini saya memanjatkan doa kepada Allah semoga mengerakkan hati mereka berkuasa agar dengan kadar segera memberhentikan eksploitasi terhadap kanak-kanak berlaku sekian lama.

Sebagai wartawan dan blogger saya sedaya upaya cuba mendedahkan fakta. Jika ingin membaca lebih banyak nukilan saya  berhubung kegiatan pelajar sekolah tahfiz itu, sila gunakan enjin carian Google di kotak sebelah  kanan entri ini, cuma taipkan 'sekolah tahfiz'.

Sebarkan kandungan entri ini, jika hanya itu usaha mampu kita bersama lakukan untuk membuka mata pihak berkuasa.

HEBAHKAN 

35 ulasan:

  1. bukankan ia sudah lama ...?? ayah saya seorang ustaz masih igt lagi singgah di melaka ada seorang pelajar tahfiz jual kitab, ayah tanya dtg dr mana ? dia takut nk jawab,pujuk punya pujuk dia bgthu dr yan kedah,ayah pula ramai kenalan guru tahfiz dr kedah dan ayah guru tahfiz pd tika itu malah ayah tidak kenal nama guru tahfiz yg diberithu oleh pelajar dan ayah mnganggap ia guru tahfiz yg baru, akhirnya bru thu pelajar tahfiz tu dieksploitasi atau dipergunakan ... kesian, benda ini bnyk berlaku di nagara ini bukan tkat di kelantan tp seluruh malaysia ~~

    BalasPadam
  2. SMTI: Anak2 itu tak sedar yang diri mereka telah dipergunakan..:((( Dikerah tenaga seawal usia 9 thn(saya pernah bertanya pd seorang anak kecil yg menjual mewakili pusat tahfiz yg sama disekitar kawasan Danau Kota hampir 8thn lalu) ..Kasihanilah mereka wahai 'cikgu'...Anak ini perlukan rehat.. ruang masa belajar.. ruang masa bermain dgn kawan2 sebaya utk meningkatkan daya pemikiran mereka.. Tidak ada rasa bersalahkah kamu gunakan mereka utk kepentingan kamu dan perniagaan kamu?Berfikirlah..

    BalasPadam
  3. en mazidul,ketika saya bersama yong liza di shah alam tempohari,kami didatangi seorang budak lelaki yg mengaku dia dari kedah belajar di sekolah tahfiz.saya rasa dia berumur linkungan 12 atau 13 tahun.

    semua soalan yg kami tanya dijawap dgn penuh yakin seolah sudah diajar berkata sedemikian.dia sangat tenang dan berkata dia sukarela mengutip derma.

    bila kami katakan padanya kami tidak mahu menderma,dia selamba aje berlalu pergi.saya rasa mereka ini sudah diajar cara mendekati org ramai tanpa rasa segan dan bersalah.

    kesian mereka dieksplotasi oleh org2 tertentu kan.dibulan ramadan yg hanya beberapa hari saja lagi ini,marilah kita berdoa semoga org2 dewasa yg mengerah tenaga anak2 ini diberi ALLAH SWT taufik dan hidayah.amin

    BalasPadam
  4. dah cakap dah glamer betul sekolah Tahfiz Amal di Yan Kedah ni mintak derma, satu malaysia operasi mereka. apa kata lepas ni bro mazidul cuba pergi ke yan kedah tengok sekolah tu betul2 wujud ke, atau macam mana operasi sekolah tu sebenarnya...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. maahad tahfiz amal tu bukan al-mansur holding punya ke? yg dimiliki oleh azhar mansur, produk keluaran al-arqam?

    BalasPadam
  6. Bukan kalau ikut law di malaysia, setiap kanak tidak bole deny their right towards education... Mcm mana ada pulak sekolah tahfiz yg bole eksploit kanak2 mcm ni... kisah ni pun dh lama terjadi... takkan pihak2 berwajib tutup mata...

    Ibubapa pulak jgnla 'buta mata' kerana nk sgt anak2 kononnya belajar ugama jd soleh dan solehah sedangkn kebenarannya dipergunakan memenuhkn poket ustaz n ustazah... buat la pantauan sekali-sekala... atau mmg ada ibubapa yg tak kisah anak diperlakukn begitu... sangat2 menyedihkn bende2 mcm ni terjadi di Malaysia yg kononnya sudah maju dan sgt mementingkn pelajaran kanak2nya...

    BalasPadam
  7. Bila membaca entri ini saya amat terkilan memikirkan mengapa masih ada segelintir manusia yang sanggup mengunakan insan yang selemah ini demi kepentingan hawa nafsu mereka sendiri. Alangkah untungnya negara kita jika lahir usahawan segigih pelajar yang melakukan jualan amal semuda usia ini. Pihak yang berkenaan minta tolong adakan intipan dan tangkapan ke atas jerung-jerung yang memperalatkan anak-anak ini. Terasa malu melihat manusia yang mengunakan tenaga mentah ini untuk ke pentingan mereka. Kerajaan kena buat satu akta bagi melindung insan-insan seperti ini dan menghukum mereka yang bertanggung jawab.

    BalasPadam
  8. Siasat dan tgkp ketua ustaz n ustazah pengeksploit kanak2 ni semua... their place is in school not sidewalk selling ubat tenaga batin dan meminta sedekah.... Menyedihkn ini semua trjadi kpd kanak2 di Malaysia sebuah negara yg mementingkn hak kepentingan dan pelajaran kanak2 .... ibubapa jgn buta mata dan buta hati hanya kerana hendak kononnya anak2 belajar ugama tp sebnrnya dipergunakan dgn hina sekali demi memenuhkn poket 'ustaz dan ustazah'... Sampai ke hati tgk anak2 mcm tu... tp tak tau la pulak mmg ada ibubapa yg lps tgn...

    BalasPadam
  9. Sepanjang tugasan saya di sekitar Semenanjung, kerap juga saya temui gadis-gadis remaja sebaya ini melakukan perkara serupa.
    Pernah terjumpa yang lelaki juga lingkungan umur Anak Lelaki saya yang di tingkatan 2. Di RnR Tapah. Saya mengujinya dengan meminta dia membaca satu Surah dari Muqaddam. Pun dia tak dapat melafazkan walau sebaris ayat, sedangkan dia mendakwa dari pusat Tahfiz. Alasannya, dia belum habis belajar menghafaz. Logik?

    Pelbagai andaian berkisar di fikiran lalu saya bertanya beberapa soalan pula pada seorang dari mereka juga, seorang gadis sunti 16 tahun ketika dia menghampiri saya di Restoran Jejantas Sungai Buloh.

    Cara dia menjawab seolah sudah diprogramkan. Wajahnya terlalu selamba, tiada riak seperti dipukau.
    Namun kelesuan memang tampak nyata sekali di wajahnya.
    Saya mempelawa sebotol minuman ringan, tapi ditolak dengan sopan. Cuba pula untuk membelikan makanan, juga ditolak.
    Sedangkan ketika saya bertanya sebelumnya, katanya dia belum makan.
    Waktu ketika itu? 2130HRS. Dia belum makan malam!

    Manusia jenis apa yang mempergunakan anak-anak seusia ini untuk mendapatkan duit, sedangkan sepatutnya pada jam sebegitu dia sudah berada di tempat yang selesa seperti di rumah atau seumpamanya. Bukan di Hentian Lebuhraya yang penuh risiko. Tambahan pula dia seorang gadis remaja.

    Dan, seminggu kemudiannya, saya ketemu lagi gadis yang sama. Kali ini di Hentian Sebelah Tanjung Malim pula. Beralih angin barangkali... Juga sekitar jam 2100HRS.

    Bayangkan andai dia anak gadis kita?

    BalasPadam
  10. Allahu Akbar, datang Kelantan tak contact pun saya.

    Dr Kamal Shah
    Sutan Rajo Sati
    Pasir Puteh
    Kelantan
    0193773055

    BalasPadam
  11. dulu bangunan mereka dekat laguna Merbok..lepas tu berpindah ke Yan dan tukar nama sekolah. Dulu Al Mansor , produk macam2 diorang jual.

    Saya pernah juga bersembang dengan remaja macam ni.. bila diminta membaca surah yang dihafaz, sebab mereka kan dari Tahfiz .. hanya surah lazim yang anak saya belajar kat tadika je mereka mampu baca.

    Tapi bila kita menegur, sukar mereka dapat terima kerana kebanyakan ibu bapa mereka juga buat perkara yang sama

    BalasPadam
  12. adakah semua anak2 dr pusat tahfiz tu anak yatim piatu? kalu mereka ada ibu bapa, adakah ibu bapa mereka merelakan anak mereka meminta derma? sedangkan mereka sepattnya sedang belajar... cmane lah masa depan anak2 itu...pihak jabatan kebajikan @jabatan agam islam kene bekerjasama ngn pihak polis utk menyiasat hal ini

    BalasPadam
  13. SMTI!
    Moga pihak berwajib dpt usaikan persoalan ini yg sudah lama wujud namun tiada noktahnya...

    BalasPadam
  14. As Salam

    dekat sabah pun sudah ada kumpulan remaja dari Yan, Kedah ne. Jauhnya dorang boleh terbang ke Sabah.

    BalasPadam
  15. Adik saya pelajar tahfiz juga di Pusat Assolihin... tapi, setakat y sy tahu, xpernah mereka diarahkan untuk mengutip derma mcm ni.. biasanya, mudir dia yang akan cari sponsor dan buat program amal.. dan membuka peluang kepada sesiapa yang nak menderma terus bank in ke akaun pusat Assolihin tersebut.. tugas pelajar tahfiz ialah belajar=)..

    BalasPadam
  16. suadara mazidul cubalah war2kan kat tv3 moga2 pihak berkuasa akan buka mata...
    saya selalu terjumpa kanak2 'sek tahfiz' menjul/minta derma kat sri gombak, kat shell melawati dan byk2 tempat lg..memang modus operandi yg sama...and sgt kasihan tgk anak2 kecil (ingkukang 9-13 thn) 'mengemis' utk menjual air tonik, ubat kuat ect...

    BalasPadam
  17. Mama Zharfan, barangkali puan tidak mengikuti perkembangan tulisan saya.

    Saya berada di banyak lokasi, sedang mengusahakan rakaman untuk Majalah 3.

    BalasPadam
  18. Salam Bro Mazidul,

    Saya pautkan di blog dan tempelkan di sana, saya juga tempelkan di wall saya, agar ramai komuniti kita menyedari isu ini.. Hal ini lama berlaku tapi entah di mana silapnya, ia masih berterusan.

    BalasPadam
  19. samalah di depan maybank greentown ipoh pun ada budak-budak tahfiz ne kutip derma.. kesian mereka dieksploitasi.

    BalasPadam
  20. Rangkaian ini rasanya ada di seluruh Negara, di sabah juga terdapat pelajar2 ini , tapi mereka menjual buku sambil meminta derma, budak-budak lelaki berpakaian jubah dan berkopiah putih dalam lingkungan belasan tahun, saya pernah bertanya anak-anak itu daripada mana, mereka kata sekolah tahfiz Yan Kedah.. owh barulah diketahui rupanya mereka ini di peralatkan.. Sangat memalukan agama Islam itu dilihat penganutnya suka meminta-minta, patut pihak berwajib siasat kegiatan mereka ini..berselindung dibalik Tahfiz

    BalasPadam
  21. harap abang mazidul dapat membawa isu ini dengan lebih mendalam..kerana pihak tak bertanggung jawab ini memang tidak ada perikemanusiaan...kalau di Ipoh..Maybank Silibin..dapat lihat anak-anak yang menjadi mangsa mereka yang berhati binatang..mereka berdiri dgn mengucapkan perkataan yang sama...cuba bayangkan ada sahabat saya tengok seorang budak meminta derma sampai bersandar ke dinding bank..akibat keletihan..lebih-lebih lagi pada bln Ramadhan ini..

    BalasPadam
  22. Bro cuba selidik pasal Remaja bawah umur merompak Cybercafe di Malaysia..Ada di dalam youtube..

    BalasPadam
  23. cuba siasat sapa ustaznya...kalau rajin tunggu sampai ustaznya datangla...
    then cuba gi siasat pusat tahfiz yg dikatakan oleh mereka tu

    BalasPadam
  24. di putrajaya pun ada kat merata2 tempat..dr kedah jugak katanya..kesian kat budak2 tu kalau betul mereka dieksploitasi..

    BalasPadam
  25. Bergetar hati saya tak dapat hendak di bayangkan yang meminta2 itu adalah anak gadis saya.

    Mempergunakan dan dipergunakan, apalah yang mampu dilakukan oleh anak2 semuda itu.

    Ibubapa dan waris hati-hatilah bila menghantar anak2 belajar sekolah tahfiz. Takut2 kita pula menaggung dosa kerana melepaskan tanggungjawab. Bagi cikgu2 yang mempergunakan anak2 ini tunggulah balasannya diakhirat kelak.

    BalasPadam
  26. Rasanya susah kot Sekolah-sekolah tahfiz hendak beroperasi tanpa mengutip derma. Mungkin tuan boleh meninjau sendiri sekolah-sekolah tahfiz dan dapatkan gambaran keperluan operasi sekolah-sekolah tahfiz ini.

    Pemikiran is150

    BalasPadam
  27. salam...

    muskil la saya..kata pelajar tahfiz..berdiri 8 jam...solatnya di mana? sempat bersolat kah dia...ibubapa redha ker anaknya di perlakukan sedemikian?

    BalasPadam
  28. Salam

    Di sekitar Kuantan pun ada. Sy pernah didatangi oleh pelajar2 berkenaan tapi yg lebih mengharukan hati ini apabila melihat anak2 gadis yg bertudung menyanyi di kaki lima pasaraya sambil ditemani oleh seorang ustazah! Seolah2 pelajar lelaki mengutip derma dan pelajar perempuan menjadi penyanyi jalanan. Penyanyi jalanan tidak salah tapi ini bukanlah caranya bagi mengutip derma bagi sekolah tahfiz. Ia sedikit sebanyak mencalarkan nama sekolah2 Tahfiz yg lain. Bayangkan mereka adalah anak2 kita. Keselamatan mereka selalu sy persoalkan terutama bagi pelajar2 perempuan. Sy pernah berbual dengan pengusaha kedai makan yg berdekatan disitu. Dia mengatakan bahawa budak2 tahfiz nie hanya membeli air sirap buat mengalas perut dan air sirap yg dibeli itu dikongsi bersama rakan2 yg lain. Pada pendapat saya adalah eloknya Jabatan Kebajikan Masyarakat turut sama dlm misi pembersihan ini. JKM patut menahan semua pelajar2 yang terlibat dlm pengutipan derma ini. Kita lihat siapa yg akan tuntut mereka dari JKM. Adakah ustaz2 mereka atau ibu bapa mereka. Jika tiada tuntutan, masukkan mereka ke Asrama Kebajikan Anak Yatim, sekurang2nya mereka mendapat tempat perlindungan, keselamatan dan peluang belajar dan juga peluang menjadi kanak2 yang sebenarnya. Saranan ini bukanlah utk menyusahkan mana2 pihak tapi sebagai usaha untuk menyelamatkan anak2 ini. Wasalam.

    BalasPadam
  29. say pun pelik,di mana2 saja, ada je budak tahfiz kononnya buat jualan amal.kalu ke selangor, budak kedah yang jual..kat sapa perlu kita adukan hal ini??tangkap cikgu depa tu..buat naya budak2..

    BalasPadam
  30. saya kadang2 derma bukan sb produk yg dorg jual, tp atas rasa ikhlas + kesian.

    BalasPadam
  31. Salam bro Mazidul,

    Tak adakah tindakan utk membendung masalah ini? mungkin pihak berkuasa spt PBT,Polis,JAKIM, boleh bekerjasama serta membawa mereka yg mempergunakan institusi agama dan kanak-kanak ini ke muka pengadilan. Paling penting kanak-kanak ini perlu dibawa terus oleh JKM. Saya amat sedih melihat mereka mengutip derma di jalanan. Dengan kelebihan serta kepakaran yg ada pada tuan boleh membantu mengusulkan perkara ini kepada pihat terbabit.

    BalasPadam
  32. kerajaan UMUMkan 150Juta untuk sekolah Mubaligh rasanya kalau mengalir barang 10/20 juta untuk sekoloh Tahfiz kan bagusss..

    BalasPadam
  33. mnggu lepas sy pun jumpa budak mcm ni..kat bukit tinggi,klang...duduk kat Shell....tngah isi minyak dia dtg....dah mlm waktu tu...kesian dekat dia...bnyak juga soalan yg sy tanya...tp dia jawap dgn selamber je...mmg btol la telah diajar...sampai hati dia mpergunakan budak2 yg x tau pape....sy rasa perkara ni perlu diambil seriua oleh pihak berkuasa...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.