Khamis, Jun 28, 2012

POLIS INGIN MENGHUBUNGI LELAKI INI

Kereta Toyota Harrier di bawah telah dilarikan oleh jockey di Jalan Doraisamy, kira-kira jam 2 pagi 21 Jun lalu. Laporan polis telah dibuat oleh mangsa, 37 tahun di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.


Nombor pendaftaran kenderaan di atas WJR 5060.

Perincian kes saya nukilkan di sini seperti dimaklumkan oleh mangsa.

Mangsa telah mendapatkan kebenaran Pegawai Penyiasat dari Balai Polis Tun H.S Lee untuk wajah lelaki terbabit dimuatkan di blog ini.

Berikutan itu, pihak polis sedang cuba untuk menghubungi, Sulaiman Kassim beralamat di Melaka. Dua hari lalu dia dilaporkan dilihat berada di Tesco Kuala Selangor, Selangor.


Jika terserempak dengan dia, sila hubungi Min di talian 017 599 6331 atau balai polis berhampiran.

3 ulasan:

  1. Sekarang ni jenayah semakin menjadi2..penjenayah pula tidak langsung takut dgn undang2..lepas keluar penjara langsung tidak serik dan masih lakukan jenayah lagi..malah ada segelintir bekas banduan yg selepas keluar penjara menjadi semakin agresif dan nama semakin bertambah Masyur kerana berkumpulnya persatuan2 penjenayah seMalaysia semasa didalam penjara.saya tidak kata semua tetapi tdk dinafikan ada segelintir sahaja.
    Dalam kes bekas banduan bernama Sulaiman ni boleh pula dia bwk keluarga jalan2 makan angin balik umah mertua dgn kereta curi.tak takut langsung dgn undang2 malah mcm tiada perasaan apa2..hebat!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.