Ruang Iklan Zone A

Ahad, April 15, 2012

SAYA HANYA ADA RM36 DALAM AKAUN SIMPANAN - BOB KUMAN (EKSKLUSIF)


Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.

Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.

"Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? " soal Bob Kuman.

"Ada apa Bob?," soal saya.

"Abang tolong datang sahaja," pintanya.

Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.

Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.


"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.

Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.

Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.


"Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna," celah Bob.


"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

"Kongsikan fakta, itu tidak salah," celah saya.


"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan," jelas Bob.


Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.


"Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu," kata Bob lagi.

Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya.

Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.


"Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit," jelas Zed.

Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3. 

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.

Jika akaun dilaporkan disekat, bersabar dan sila rujuk entri Akaun Maybank Bob Kuman disekat. Ketahuilah, sesungguhnya kekadang berbuat kebaikan itu mempunyai cabaran tersendiri.

'Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah'

HEBAHKAN


NOTA
Jika pembaca atau kenalan ingin saya membuat liputan blog dan mengiklankan premis perniagaan makanan secara PERCUMA, sila klik di sini.

45 ulasan:

shafiq berkata...

bang mazidul , saya copy je lar ea ,

Cikgu Mas berkata...

kesiannya kat dia... SMTI...

kulop ludin berkata...

Terima kasih kerana berkongsi.

Liza @ Adzriel AB berkata...

simpati, yg menanggung lebihlah perit lagi. no akaun maybank dah ada.. jom!

Pen Biru berkata...

sy syer di fb ye..

norinaomar berkata...

Innalillah..Mudahmudahan diluar sana ramai yang sudi menolong..AMIN

green apple berkata...

Mcm x lengkap je no akaun maybank tu. Bukan sepatutnya ada 12 digit?

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Nombor akaun telah diperbetulkan.

Terima kasih semua.

Adam Vai berkata...

Kasihan Bob. Patutlah dah lama tak nampak dia.

Memerlukan pertolongan perubatan dari saya?

one drop perfume berkata...

Kesian BOB...sesiapa pengedar jus MONAVIE yg berdekatan dngan BOB berilah BOB beberapa botol MONAVIE pada nya..mane la tau ada perubahan pada BOB ke..????..semoga jasa anda diberi pahala yg setimpal

jizanlyn berkata...

https://m.facebook.com/?refsrc=http%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2F&_rdr#!/photo.php?fbid=2361828458698&id=1639931875&set=a.2361818058438.134744.1639931875&__user=100003289073771

Habis yg ni tipulah?

jizanlyn berkata...

https://m.facebook.com/?refsrc=http%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2F&_rdr#!/photo.php?fbid=2361828458698&id=1639931875&set=a.2361818058438.134744.1639931875&__user=100003289073771

Habis yg ni tipulah?

Pn. Liza Mahmood berkata...

Hulurkan ihsan kpd yang memerlukan.

My Love berkata...

Salam..

Mohon izin share di blog

anyss berkata...

Assalamualaikum,
SMTI

Terima kasih dengan perkongsian.

Sama2lah kita doakan bob cepat sihat. Sama2 juga bantu dia. Kalau seorang seringgitpun dah banyak kurangkan beban dia.

Mana2 yang ada rezeki lebih, hulurkan lebih. Sekarang dia susah, masa kita susah tak tahu lagi bila...

faiz fakhirin berkata...

kesiannya...semoga bob tabah menghadapi ujian allah s.w.t

bplz berkata...

Sy share k bang.smoga abg cpat sembuh dan murah rezeki.

bplz berkata...

Sy share k bang.smoga cpat sembuh n murah rezeki.

Honeydy Love berkata...

sebelum saya komen... izinkan saya bertanya.... adakah ini kenyataan sah drp bob kuman sendiri???? Pemilik blog sila bagi jawapan.... kerana perkara sebegini tidak boleh main2...

Mohd Zuheir Mafarz berkata...

oke.aku copy paste kt blog aku.

kredit to bro

http://www.masterzuheir.com/sharing/mesti-baca-saya-hanya-ada-rm36-dalam-akaun-simpanan-bob-kuman-eksklusif.html

azaromi@amiro berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mr Fareez berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mr Fareez berkata...

akaun telah dolock oleh maybank mintak pihak yang berkenaan update my sebab bnyak sangat transaction....

cikgu yusri berkata...

InsyAllah

cikgu yusri berkata...

InsyaAllah

abd. halim hadi berkata...

harap rakyat semalaysia membantu bob..

abd. halim hadi berkata...

harap rakyat Malaysia yang budiman membantu Bob... Amin permudahkan urusan hamba Allah ini..

kanda tengku azreen berkata...

Mohon share beb....

En Joe ^^ berkata...

acc maybank di lock utk 1 hari..sbb biasanya traksaksi spt deposit cash cuma blh dibuat beberapa kali sahaja dalam satu haru.. mungkin ramai insan yang bersimpati dengan saudara bob... semoga balasan yang besar pada mereka yang membantu.. insyallah...

BlackThyra berkata...

Status: Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]

BUNG MUZAFFAR berkata...

Atas sebab sebeginilah saya menjadi pengikut Tuan Mazidul. Khidmat masyarakat yang jarang diambil endah oleh orang popular lain. Saya akan membantu setakat yang termampu.

Sis Lin berkata...

As salam Bang Mazidul..

Saya baru bukak dan blog walking blog...dan saya baru membacanya..sedihnyaa rasa di hati..

Minta izin saya untuk dikongsi dan dihebahkan di blog dr awal entry ini hingga ke entry acc di sekat ye..

Mudah2an ada insan2 di luar sana 'dermawan' menhulur derma walau sedikit jnji ikhlas...

*simpati dgn kisah Bob Lokman..huhuhu

cik cah berkata...

salam.. saya try bank in duit.. tapi tk dpt... dh tutup akaun ke? dia tulis

Status: Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]

Latiff Namiconia berkata...

Semuga Bob cepat sembuh....ayuh rakyat 1Malaysia bantulah Bob.

mommynana berkata...

Semoga nasib beliau terpelihara.

RuNNeR berkata...

a'salam'kum..
simpati pada abg bob,semoga abg bob cepat sembuh dan d murahkan rezeki.jom ramai2 bantu abag bob..hari ni abg bob esok lusa maybe hari kita...

Telebih Sudah berkata...

Saya dah share artikel ini.
http://assassincyber.blogspot.com/2012/04/saya-hanya-ada-rm36-dalam-akaun.html

ZiLs berkata...

jizanlyn, yang kat FB tu bukan tipu..gambar tu betol..memang Bob sudah banyak perubahan dari segi berat badan dia..boleh tengok kat FB Bob sendiri >> https://www.facebook.com/pages/BOB-KU-2-KUMAN/201497971757

Bulan lepas dia masih berusaha untuk menurunkan berat badan dia dalam program 120days / 30kg . Ada video clip dia juga kat FB dia tu. Awak boleh tengok sendiri.

Tapi kalau kita dah nak sakit, sapa pun tak boleh nak elak. Skrg ni kita cuba bantu Bob untuk selesaikan masalah dia yang perlukan bantuan.

flyingcicaque berkata...

Salam bang Mazidul......saya just copy this entry in my blog at http://cicaque.blogspot.com/.......dengan izin.

MISS EIYRA berkata...

mohon share yer

MISS EIYRA berkata...

share
http://misseiyra.blogspot.com/2012/04/saya-hanya-ada-rm36-dalam-akaun.html

etuza berkata...

Simpati dgn pelawak ni, melihat ni pun kita sedang diuji. Moga dia tabah hadapi ujian..

Al-ikhlas berkata...

Assalam,semuga muslimin dan muslimat mendapat keberkattan Allah s.w.t termasuk hamba allah bob ,insyaAllah semuga bob bersabar setiap musibah yang datang,semuanya ujian ALLAH untuk menguji sejauh mana keimanan diri dan kesabaran .semuga dengan musibah yang berat ini akan mendekatkan diri bob lagi pada Allah.anggaplah Allah amat menyayangi diri bob melalui ujian yang di timpa pada diri bob.semuga perbanyakkanlah berdoa pada ALLAH untuk mendapat kesembuhan .ingatlah yang baik datangnya pada ALLAH dan buruk pada kita.di harap para muslimin dan muslimat mendoakan kesejahteraan bob .AMIN

Ana Farhana berkata...

izinkan sy share di blog ya..

Rizal berkata...

Semoga cepat sembuh...