Isnin, April 16, 2012

AKAUN MAYBANK BOB KUMAN DISEKAT

Mewakili Bob Kuman, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog ini dan rakan Facebook kerana sudi membantu insan dilanda musibah.

Baca kisah lengkap penderitaan artis itu, klik di sini.


Melalui pengalaman lalu, saya percaya, berikutan banyak transaksi berlaku, Maybank telah menyekat akaun Bob buat sementara waktu untuk tujuan keselamatan.

Saya telah menelefon Bob sebelum jam 12 tengah malam tadi dan dia akan menghubungi institusi kewangan terbabit awal pagi ini untuk memohon akaun terbabit diaktifkan kembali. Sebaik akaun itu aktif semula, saya akan memaklumkan kepada semua pembaca melalui blog ini.

Rakan saya, Razali bertindak menjawab pelbagai panggilan dan menjawab banyak soalan orang ramai berkata.

"Bro, orang tadi telefon dan bertanya, awak dari cawangan PAS mana?," ujarnya. 

"Katakan kepada dia, kita bukan membantu orang berasaskan kepartian. Bob, kawan," balas saya.

Kami berdua kemudian tersenyum.

HEBAHKAN

41 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Fuhhhh nak mendermapun kena ikut parti ke?

    Niatlah kerana Allah!

    BalasPadam
  2. nawaitu tu kena betul le.. tkkan nk kena ikut parti kot..

    BalasPadam
  3. Moga2 Bob diberikankan bantuan dgn segera dan pulih dr sakit yg dideritanya..Aamiinn..

    Sebagai blogger saya sumbangkan entry untuk dihebahkan pd pembaca..

    "Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,".. http://linmdnoor.blogspot.com/2012/04/saya-perlukan-bantuan-bob-kuman.html ...

    BalasPadam
  4. Itu pun nk libat parti? Oh my! Truk...

    BalasPadam
  5. okay. jom kita derma sama2. 10ringgit sorang at least. sama2 kita bantu saudara kita yang memerlukan.

    BalasPadam
  6. Ade info terbaru pasal account BOB..dh activate ke blom...

    BalasPadam
  7. artikel pasal bob kuman oleh bro mazidul juga dihebahkan di facebook bob lokman..no phone saudara razali juga ada disitu..bok lokman pula kan penceramah pas sekarang..so org ingat bro razali juga suku sakat bob lokman..tu yg ada yg tanya dari pas cawangan mana tu..:)

    BalasPadam
  8. baru try nak transfer tru maybank2u... masih tak boleh transfer. It says.. Account un authorized

    BalasPadam
  9. smoge akaun beliau diaktifkn kembali.. :(

    BalasPadam
  10. masih block lagi akaunnya. kalau dah block, camner nak amik duit. makin susah orang yg memerlukannya. moga cepat2 unblock.

    BalasPadam
  11. ishh macam mana maybank leh block .. kena slow2 lah buat transasi .. kalau macam nie berterusan susah org nak membantu .. risau makan waktu , sementara saudara bob sgt2 memerlukan bantuan ..

    semoga saudara bob kuat hadapi ujian allh ..

    BalasPadam
  12. walau pun nampak kepartian tetap nk membantu.. itu lebih baik sbnrnye.. sgka baik la mgkin nk tau cwgn mana utk tujuan memudahkn urusan bantuan.. doalah yg terbaik utk abg bob kuman

    BalasPadam
  13. SMTI - Bila akaun dah ok, minta tolong di war-warkan ye. Patutlah transaksi ditolak.

    BalasPadam
  14. kalau berterusan macam ni (akaun di block) pihak berkenaan perlu buat satu tabung bagi kutip derma untuk BOB..ramai yang ingin membantu, sayang jika akaun berterusan di block..

    BalasPadam
  15. salam.saya turut bersimpati atas apa yang berlaku.mana perginya persatuan artis konon akan membantu para artis yg dlm kesusahan.sekarang seorg artis kita amt memerlukan bantuan takkan tak ada persatuan yang sanggup tolong.

    BalasPadam
  16. soalan perihal parti mana itu buat kita terfikir...
    itu fitrah manusia nak tahu sebab sebelum ni beliau aktif berpolitik..
    mungkin sekadar nak dptkan maklumat lanjut..
    terlanjur ckp soal kepartian, pihak parti ada bantu?
    selak akhbar parti itu tgk belum keluar cerita ini

    BalasPadam
  17. As Salam...ingin sangat membantu abg Bob. Tak banyak tapi saya yakin insyaAllah dengan sumbangan ramai yang prihatin...dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh abang Bob. Tapi bila nak buat transfer...account tu masih di block. Jadi macam mana ye saya boleh buat?

    BalasPadam
  18. Malaysia2 ... Hidup Mati orang pun masih nak tanya dari Parti Mana? dasar Politik Puak.

    BalasPadam
  19. anyss berkata...

    Assalamualaikum,
    Fuhhhh nak mendermapun kena ikut parti ke?

    Isnin, 16 April 2012 1:18:00 PG GMT+08:00

    **mungkin niatnya hanya main2/bergurau sj..
    tp itu la..
    kata org tu..
    tidak kena pd tpt/masanya..
    moga menjadi ingatan/iktibar pd penulis ulasan/komen tersebut !!

    BalasPadam
  20. Navi, maaf. Saya tidak mengeluarkan kenyataan berlandaskan 'kemungkinan' dan tanggapan.

    Individu menghubungi kami jelasnya bertanya, "Awak dari PAS Cawangan mana?"

    Jawaban kami "PAS apa?"

    Kenyataan dikemukakan bukan dalam nada gurauan dan dia kemudian berkata ...

    "Oh! Saya cuma hendak tahu sahaja"

    Navi, apa saya catatkan di sini, hak saya sebagai penulis dan berlandaskan kepada KENYATAAN, tidak ditokok tambah.

    Salah ke tindakan itu? Cukuplah mengeluarkan komen berbentuk kemungkinan, gua letih la beb!

    BalasPadam
  21. sbb apa nak kena masukkan skrip berunsurkan politik plak? mmg kene eh?

    BalasPadam
  22. Wancop, itu kejadian berbentuk fakta.

    Kalau awak sudi membaca semua bahan berbentuk fakta di blog ini, mengapa tidak boleh?

    Wujud larangan?

    BalasPadam
  23. Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]
    112371007047
    Account Holder Name: HUSNI BIN MOHD RAWI

    Masih x ok

    BalasPadam
  24. Orang nak buat baik pun masih ada yang dengki. Bukankah, usaha saudara Mazidul ini satu usaha murni yang dituntut dalam Islam. Membantu mereka yang memerlukan. Saya pengikut blog ini saya tahu sudah banyak artikel dalam blog ini yang bertujuan untuk membantu insan yang lebih memerlukan. Teruskan usaha anda saudara Mazidul.

    Kerana fahaman politik yang menebal itulah, penyebab kerapuhan akidah sekarang ini.

    BalasPadam
  25. kenape maybank block pulak? atas sebab keselamatan? keselamatan apanya, org ramai nak tlg tp disekat pulak, bukan duit haram. adakah ini diskriminasi sbb atas kepartian. tak logik acc kena block atas faktor keselamatan. melainkan tuan punya badan sendiri buat report bagitau kad bank kena hilang, curi dsb.
    kamu boleh terangkan..
    *acc bank lain takdeke?

    BalasPadam
  26. rasanya kita sangka baik sudah lah, yang bertanya sekadar bertanya.. mungkin tiada langsung unsur taksub kepartian berkebetulan abang Bob Kuman seakan dekat dengan PAS sejak kebelakangan ni..

    boleh jadi mereka mahu terus menghubungi cawangan tersebut dan memastikan segalanya lancar dan selamat hendaknya..

    kemungkinan beginilah yang akan melapangkan dada kita dan mengelakkan salah tanggapan orang lain. bersangka baik lah saudara kerana fakta yang saudara berikan pun boleh disalah tafsir andai sentuhannya bersifat negatif!

    p/s: maaf, saya bukan pembaca tegar blog ini..

    BalasPadam
  27. Semoga Bob cepat sembuh,
    jgn kita pertikaikan tentang hal2 parti2 ni,. biarkanlah mereka,. kita tk tahu niat sebenarnya, yg benar2 ikhlas,. lakukanlah amal jariah kerana Allah ta'ala. Insyaallah dgn sumbangan yg sedikit,.akan dibalas dgn berlipat kali ganda dariNya tnpa kita tahu bila & dimana nnti,.

    BalasPadam
  28. Knapa lah maybank ni, kita nak tolong sesama insan pun susah. Takde ke Alain lain @ sewaktu dengan Nye.. tak pun admin, buat satu akaun untuk bantuan bob. Org luar kita bleh Bantu, ini dlm Negara sendiri pulak yang susah. Rakyat kita memang prihatin. Terima kasih Malaysia... I love u all... Semoga bantuan kewangan dpat disegerakan...

    BalasPadam
  29. x bleh derma laaa keluar status ni ---> Status: Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076] .... x aktif lagi ek akaun bob

    BalasPadam
  30. x boleh derma lagi la ---> Status: Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]

    BalasPadam
  31. Asalamualaikum, Bang Marzidul.. Boleh tak dapatkan saya nama penuh Bro Kuman.. dan alamat untuk saya poskan Wang Pos terus ke alamat dia, tolong email pada saya.. 9w2wry@gmail.com..
    Terima Kasih,

    BalasPadam
  32. assalamualaikum...
    akaun bob dah semula...
    dah boleh derma..
    terima kasih...

    BalasPadam
  33. saya rasa akaun bro bob masih kena block.. as per today morning transaction masih failed.

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum... as per today morning... akaun bro bob nampaknya masih di'block'... Status: Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]

    BalasPadam
  35. Untuk makluman, Kementerian penerangan telah pun menyumbang RM 10,000.00 Kepada bag bob.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.