Khamis, Februari 23, 2012

FARIS SELAMAT DISEMADIKAN

Sewaktu Faris Nur Daniel dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, adik beradik lain sudah mula merasai kehilangannya.

Baca cebisan daripada ucapan dihantar oleh kakak dan abang arwah Faris ketika dia mula terlantar di hospital pada 1 Februari lalu.


Kini semua harapan itu ternyata hanya tinggal harapan, Allah lebih menyayangi adik bongsu mereka. 


Faris pengidap penyakit HLH, barah darah, mula dilaporkan nazak pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital 23 hari lalu.

Semalam Faris menjalani rawatan kimoterapi kali ke 4, selama kira-kira 2 jam bermula 12 tengahari. Arwah kemudian dilaporkan berada dalam keadaan terlalu lemah sehingga tidak berdaya membuka matanya. 

Baca perinciannya di entri ini.


Masih terngiang-ngiang di telinga, panggilan ibunya, Zuraine Mohamad, saat saya menziarahi Faris.

"Faris, Faris, tengok ini, uncle datang"


Ketika itu matanya terbuka bak mampu melihat saya berdiri di sisi katil, lokasi dia ditempatkan sejak 19 hari sebelum itu.

Setabah mana pun jiwa saya, airmata tetap mengalir melihatkan keadaan tubuh kerdil terlantar tidak bermaya itu. Dilaporkan, pada masa sama, paru paru dan hatinya sudah tidak berfungsi secara sempurna. Namun saya percaya, doa ibu dan ayah serta ribuan rakyat negara ini menjadi penyambung nyawa anak kecil itu.

Baca perincian situasi Faris di hari ke 19, klik di sini.


Sehari sebelum menziarahi arwah, saya berpeluang menulis entri pertama berhubung Faris, klik di sini.


Hasil sumbangan dihulurkan oleh pembaca blog ini dan rakan Facebook, bil rawatan arwah berjumlah hampir mencecah RM100,000 telah dilunaskan kepada pihak hospital.


Terima kasih kepada semua. 

Dengan jumlah bayaran sebegitu tinggi saya berharap pihak pengurusan pusat perubatan itu akan membina papan tanda 'North Tower' untuk memudahkan keluarga dan rakan mencari bilik rawatan pesakit secara lebih mudah.


Untuk rekod, kini hanya papan tanda 'South Tower' sahaja kelihatan terpampang di luar hospital swasta terbabit.


Perhatikan, tiada papan tanda 'North Tower' di sini, laluan untuk ke Neonatal Intensive Care Unit, lokasi Faris dirawat sebelum ini.


3 hari lalu, saya ditegur berulang kali oleh jururawat dan pengawal keselamatan di hospital sama kerana merakamkan 2 gambar arwah menggunakan kamera digital dari luar bilik berdinding kaca untuk dimuatkan di blog. 

Berikutan maklumat dikongsi bersama pembaca, keseluruhan kos rawatan arwah dilangsaikan, hasil sumbangan tidak putus putus dihulurkan oleh orang ramai dan insuran keluarga arwah.

Kini dengan menggunakan gambar direkodkan oleh kamera digital sama, saya sarankan kepada  pihak pengurusan Sime Darby Medical Center agar mengambil kira cadangan saya berhubung pembinaan papan tanda 'North Tower' untuk memudahkan keluarga dan kenalan pesakit datang melawat.

Ingin juga saya mencadangkan, jika pelawat tidak dibenarkan sama sekali merekodkan gambar pesakit, sila tampalkan notis berhubung peraturan didakwa wujud itu di lokasi jelas. 

Bukan sekadar notis berikut.


Saya amat yakin, tidak ramai pelawat berselera untuk makan di ruang menunggu berhampiran NICU itu sewaktu menziarahi pesakit berada dalam keadaan kritikal.


Apatah lagi untuk menghisap rokok.


"Pagi tadi, kira-kira jam 10, jumlah oksigen masuk ke dalam tubuh dia sudah terlalu rendah, di antara 8 dan 10 peratus sahaja. Akhirnya tiada langsung, kosong," terang ayah arwah.


Berikut antara gambar saya rakamkan kira-kria 1 jam sebelum jenazah Faris diusung keluar dari bilik rawatan.



Jenazah disembahyangkan di surau dan kemudian dibawa ke tanah perkuburan.


Faris, 6 tahun, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Meru, Klang, Selangor, kira-kira jam 6.30 petang tadi. 


Al-Fatihah.

45 ulasan:

  1. Al-fatihah.. Allah lebih menyayangi adik Faris.. semoga arwah tenang di sana.. takziah buat keluarga arwah..

    BalasPadam
  2. tenanglah dirimu di sana.. Faris Nur Daniel.. Al-Fatihah..

    BalasPadam
  3. Al-fatihah.
    mari sama2 hadiahkan pahala bacaan Yasin mlm ni (mlm jumaat) kpd arwah.
    InsyaAllah

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah....
    Tenanglah dirimu di sana.. Faris Nur Daniel..
    Allah lebih menyanyangimu....
    Takziah buat keluarga arwah....

    BalasPadam
  5. kepada ibu dn ayah dan ahli keluarga Faris nur daniel lain usah bersedih..faris meninggalkan dunia tanpa dosa..insyaallah warga syurga..alfatehah

    BalasPadam
  6. Sebak.

    Selamat bersemadi dengan aman, duhai FARIS.

    Seluruh ahli keluarga beliau, bersabar dan tabahlah...

    BalasPadam
  7. Allah lebih menyayangimu Faris..

    Pasti kamu akan bahagia di Sana...

    BalasPadam
  8. Al-Fatihah...

    Dari Dia kita datang.. Kepada Dia kita kembali...

    Allah lebih menyayangi arwah.. Semoga keluarga arwah sabar dan tabah...

    BalasPadam
  9. Al-fatihah buat allahyarham adik faris.. Sebak baca... Allah lebih menyayangi nya..

    BalasPadam
  10. tidak manis wajah arwah dirakamkan, bagi menghormati keluarga arwah...elok kot disimpan sahaja sebagai kenangan keluarga sendiri bkn utk dipertonton...itu pendapat saya shaja...

    BalasPadam
  11. Al-Faatihah, daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kan kembali. Salam takziah buat Abah sekeluarga. AnNamir.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah..selesai sudah upacara pengkebumian adik Faris yg saya kira telah memhidupkan satu 'gelombang' yg sgt besar ..semua rakyat malaysia bersatu memberi yg termampu.. Faris menyatukan kita tanpa mengira pangkat dan darjat..

    Tenang lah kau di'sana' anak..Damailah..Alfatihah buat Faris Daniel..:(((

    Buat abg sham & isteri.. moga ketabahan sentiasa mengiringi kalian.. dan tak lupa.. jutaan terima kasih buat sdr Mazidul yg tanpa putus dan jemu menngemaskini apa saja status terkini sepanjang 'penderitaan Faris.. terima kasih.

    BalasPadam
  13. Ya Allah, Kau tempatkan anak kecil ini di dalam SyurgaMu...

    BalasPadam
  14. Tuhan tahu apa yg terbaik utk adik Faris...salam takziah & al-fatihah...kita semua akan mati cuma masanya berbeza...air mata tak henti2 laju mengalir sambil saya membaca entry yg mazidul tulis...:(

    BalasPadam
  15. Ya Allah, tempatkanlah anak kecil ini di dalam SyurgaMu...

    BalasPadam
  16. Ya Allah, Kau tempatkan anak kecil ini di dalam SyurgaMu...

    BalasPadam
  17. Al-Fatihah buat arwah adik Faris. tak tahan air mata bace cite pasal dia. Buat ibu dan ayah Faris, hope u guys stay strong. sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia.

    BalasPadam
  18. Takziah buat keluarga Faris. Sesungguhnya Tuhan lebih menyanyanginya dan juga tidak sanggup melihatnya terseksa. Damailah adik Faris disisiNya, tiada lagi kesakitan dan duka yang engkau rasa di dunia yang kejam ini. Hanya keseronokan, kesejahteraan dan kebahagiaan yang tidak terhingga yang akan engkau rasa hidup bersamaNya di syurga..

    BalasPadam
  19. Al-fatihah buat anakanda Faris. sehingga saat ini saya berasa seperti kehilangan sangat... sedih dan mudah saja airmata ini mengalir...

    Syurga, itu la janji Allah....

    BalasPadam
  20. Al-fatihah....semoga rohnya ditempatkan di kalangan golongan org yg beriman....

    BalasPadam
  21. sebak bila tengok gambar faris yang mengalirkan airmata tu...
    alfatihah untuk dia...

    BalasPadam
  22. Belum pun sampai 8 jam adik Faris dikebumikan sudah ada di facebook gambar beliau digunakan untuk membuat sales insuran hayat..Astaghfirullah Hal Azim... mana dasar perikemanusiaan manusia zaman sekarang..?

    BalasPadam
  23. assalam...

    sebak pulak tgk gmbr2nya.. semoga arwah tenang di Sana..

    al-fatihah...

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah, saya dah sedekahkan bacaan Yassin untuk arwah adik Faris semalam. semoga rohnya tenang dan syurga tempatmu wahai sayang..

    BalasPadam
  25. You'll be always remembered although I never known you in person, Faris. All those notes from fellow siblings made me cry endlessly. I'm sure you'll be missed forever...:(

    BalasPadam
  26. pagi ni lagi sekali saya manangisi pemergian arwah, terlalu dekat diri arwah dgn saya rasanya walaupon kami tidak pernah kenal..semoga saya setabah ibu bapa nya.
    Al-Fatihah

    BalasPadam
  27. Terima kasih jugalah kepada En. Mazidul sebab dengan entry2 beliau...sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan keluarga berkenaan. Semoga lebih banyak input sebegini diwar2kan di saluran media..
    Semoga Allah sahaja yang mampu membalas jasa-jasa baik kalian...

    Kepada keluarga Adik Faris, tiada kata yang mampu menenangkan anda tika ini..Hanya zikrullah yang mampu membina semula keyakinan emosi anda walaupun perasaan kehilangan itu bagai digamit sekali sekala..Bersabarlah, sesungguhnya kalian antara insan yang terpilih untuk menghadapi ujian ini & moga Allah memberikan 1001 kebahagian didunia dan di akhirat kepada kalian sebagai ibu bapa Faris...

    Salam takziah...

    BalasPadam
  28. runtun hati ini pabila menatap segenap gambar yang dipaparkan... anak kecil yang x pernahku kenal mampu membuat airmata ini mengalir... terbayang2 putera ku Amir farhan dirumah dan juga kandungan ku yang berusia 2 bln.. hanya Allah SWT yang tahu betapa tabah yer hati kedua ibu bapa ini... Al-fatihah buat sang anak penghuni Syurga...

    BalasPadam
  29. Al-Fatihah buat adik Faris..
    Sgt-sgt sedih dgn penderitaan yang ditanggung oleh adik Faris...Tempatmu di syurga sayang...

    BalasPadam
  30. Thank you to Abg Mazidul for sharing this.
    To Faris' family, I know it's difficult time and I hope everyone will respect your mourning. Do be strong and patience with the test. Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu nak terima...

    Al-Fatihah to Faris.

    BalasPadam
  31. al-fatihah dan takziah saya ucapkan..sedey sangat..

    BalasPadam
  32. al-fatihah buat faris... sebaknyer bila dengan jenazah dia...

    kepada ibu faris, kuatkan semangat yer...

    BalasPadam
  33. Alfatihah buat adik faris tersyg... meruntun jiwa ini melihat jenazah adik faris.. smoga adik faris ditempatkan dikalangan org2 beriman dan dilindungi Allah... buat ibu, abah, kak long dan abg ngah... kuatkan semangat dan redhakan pemergian faris... sesungguhnya Allah lebih menyayanginya....

    BalasPadam
  34. Alfatihah buat adik faris.. sgt sedih dgn pemergian adik faris.. tapi Allah dah tentukan itu yg terbaik buatmu ... semoga adik faris ditmptkan dikalangan org2 beriman dan dilindungi allah.. buat family faris.. kuatkan semangat dan redhakan pemergiannya...sesungguhnya allah lebih menyayangi adik faris...

    BalasPadam
  35. kenapa berita psl arwah xde dlm buletin utama?@sy yg terlepas berita psl arwah?

    BalasPadam
  36. Al-fatihah buat adik Faris..semoga arwah tenang berada disana...Tak tau kenapa airmata ini mudah sangat mengalir bila baca cerita mengenai adik Faris..lebih sedih bila tengok gambar adik faris mengalirkan airmata...

    BalasPadam
  37. Al-Fatihah...Sy mntak izin share di FB..

    BalasPadam
  38. salam abg mazidul..thanx utk semua info2 di sni..sy ade share di blog sy dan amek beberapa pic di sini..dun worry...sy dah kreditkan to ur blog..al-fatihah tuk adik faris..

    BalasPadam
  39. Tahniah untuk Encik Mazidul....
    sebab saya memang terlepas pandang tentang adik Faris ini sehinggalah saya terbaca tentangnya dari blog kawan...

    Semoga umat Islam terus bersatu bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan...

    BalasPadam
  40. sedihnya bacaaa. takziah kepada keluarga arwah. Allah lebih sayang Faris.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.