Rabu, September 28, 2011

Sofea Simpanan Datuk (18SX)

"Masa saya sampai di Puduraya, lebih kurang 13 tahun lalu, terjumpa Mat Motor dengan girlfriend dia," ujar Sofea.

Untuk rekod, kisah Sofea pernah dipaparkan di sini.

"Awak ikut dia orang?," soal saya spontan.

"Waktu itu saya tidak ada tempat tinggal dan tiada kawan di Kuala Lumpur. Saya ikut dan tinggal dengan couple itu di Selayang," ujarnya selamba.

Teman wanita Mat Motor itu berusia 19 tahun dan bekerja sebagai pelayan pelanggan, GRO, di Kepong, Selangor.

"Saya pun ikut dia kerja. Mula mula belajar minum arak, beer. Minum segelas saya sudah pening. Saya tidak suka tetapi kena minum untuk melayan customers. Sebelum itu masa saya menjadi perempuan simpanan datuk, saya hanya minum red wine sahaja," terangnya.

"Kejap! Kejap! Berapa umur awak waktu menjadi perempuan simpanan datuk?," celah saya.

Jika dakwaan Sofea itu benar, biarlah saya rahsiakan identiti datuk itu. Saya amat yakin, andai didedahkan nama beliau, pasti ramai bakal terkejut, sesak nafas lalu pengsan.

"Enam belas tahun. Masa di kampung saya pernah kena rogol. Berkebetulan, selepas itu ada kawan bertanya, Engkau hendak menjadi perempuan simpanan datuk? Saya berhenti sekolah masa di tingkatan tiga, perlukan duit untuk belanja harian. Kira-kira setahun juga saya menjadi perempuan simpanan dia. Dia suka saya sebab saya putih berbanding gadis lain," ujarnya.

"Wow! Berapa ramai perempuan simpanan datuk itu?," tanya saya.

"Dia ada empat perempuan simpanan termasuk saya dan kami pergi jumpa dia di rumah lain, bukan di rumah keluarga dia. Datuk itu nampak macam pendiam tetapi kuat seks. Lepas setahun, masa umur 17 tahun, saya bercadang hendak menyambung pelajaran di Kuala Lumpur. Datuk cakap, dia boleh tanggung kos study sebab itu saya turun ke Kuala Lumpur," katanya.

"Awak bercadang hendak ambil kursus apa masa itu?," soal saya.

"Make up orang," ujar Sofea.

Biar pun tidak semua fakta mampu diingat secara jelas, Sofea sedaya-upaya cuba berkongsi kisah perit jerih ditempuhnya sewaktu remaja.

"Masa tinggal dengan couple di Selayang dan bekerja sebagai GRO di karaoke, saya terjumpa dengan lelaki berasal dari Kedah, bujang, umur dia dalam lingkungan 30 an. Dia kata hendak mengambil saya menjadi girlfriend. Dia terjumpa kertas tertulis nombor telefon datuk itu, dia koyakkan. Lepas itu, saya pun tidak menghubungi datuk lagi," jelasnya.

"Masa awak dengan datuk itu, dia bayar macam mana?," tanya saya.

"Dia bagi duit sikit-sikit, bila perlu. Ayah saya tahu, hubungan saya dengan datuk tetapi dia tidak marah sebab saya dapat duit," sambungnya.

"Wow!"

Hanya itu perkataan terpancul dari mulut saya.

"Masa bekerja di Kepong, saya dirogol oleh tiga budak lelaki serumah di Selayang. Dia orang semua masuk ke dalam bilik, terus rogol saya," katanya.

"Awak ceritakan kepada saya kes awak dirogol tetapi di muka langsung tidak tergambar kegusaran. Awak buat report polis?," celah saya.

"Bang, sudah banyak kejadian malang saya tempuh, macam-macam benda lelaki buat kepada saya. Boyfriend saya masa itu, jealous gila babi tetapi dia ada girlfriend Indonesia. Indon itu dia pukul, saya pun dia belasah teruk. Putus dengan dia, saya dan kawan perempuan serumah pindah bekerja di karaoke di Seri Petaling," kongsinya.

"Awak pandai menyanyi ke?," soal saya.

"Kerja karaoke kena pandai menyanyi ke? Menyanyi pakai karaoke lain, boleh! Hahahahahhahahahahahah!," Sofea tertawa.

Saya terdiam, otak ligat berputar untuk mengajukan soalan berikutnya.

"Saya akan kongsikan kisah hidup awak di blog saya so awak kena ceritakan fakta masih boleh diingat," kata saya.

"Oh! Lupa! Masa kerja di Seri Petaling, polis IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kuala Lumpur serbu karaoke, saya kena tangkap sebab masih di bawah umur. Duduk lokap sekejap dan kemudian dihantar ke pusat perlindungan di Cheras," terang Sofea petah.

"Ok," balas saya ringkas.

"Saya duduk di pusat itu seminggu sahaja, saya cabut. Bosan sangat, kegiatan sama sahaja. Setiap hari kerja membersihkan tempat tinggal, basuh pinggan. Selepas makan tengah hari, kelas mengaji. Ish! Saya lupa lah, apa lagi saya buat masa itu. Ha! Ada kelas mengaji Al-Quran, ustaz datang dari luar mengajar kami," katanya.

"Eloklah! Kenapa awak lari?," tanya saya.

"Tidak larat bang. Ramai perempuan lesbian di situ. Dari seniors sampailah ke perempuan kami panggil 'emak', sama sahaja. Di pusat itu, ada remaja tengah mengandung dan sebilangan lari dari rumah. Setiap kali remaja perempuan dimasukkan ke pusat, dia orang mula berebut, itu aku punya! Itu aku punya! Masa waktu rehat, lebih kurang seminggu saya duduk di situ, orang lain masuk kelas menjahit, saya keluar ikut lubang di atas tingkap, panjat panggar dan lari," terangnya lagi.

"Lepas itu?," soal saya.

Bersambung ...

9 ulasan:

  1. apakah adab dan akhlak tidak diajar ibu bapanya.

    erm ya ayah dia restu dia tinggal dengan datuk tu

    BalasPadam
  2. rasa kesian dengan nasib dia.. tapi ndai dia berpikir panjng mungkin nasib dia boleh jadi lebih baik

    BalasPadam
  3. Tempat pemulihan pun lagi dasyat..ada lesbian bagai...hmmmm

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. macam2 hal la kan..memang susah nak kembali ke pangkal jalan..

    BalasPadam
  6. kita bleh la ckp apa sj..
    sebab tidak berada di tempat dia..

    jika di terbalikan situasi...
    dia pulak yg akan tulis mcm tu..
    dan kita pulak yg akan jadi spt mana yg telah dia lalui...

    mcm tu la jugak dlm soal kerjaya...
    jangan lupa.. masih ramai lagi para penggangur yg masih berpuluh2 kali memohon, tapi.. xjugak dapat2...

    jika kita lah tidak bernasib baik dpt keja masing2 ni.. ntah2.. kita pun sama jugak jadi peragut penyangak !!

    ni la yg dikatakan realiti kehidupan..

    Wallahualam...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.