Selasa, Julai 19, 2011

Perempuan Putih Berbogel

"Minus tiga darjah Celcius!," kata Mohd Farid Hamzah.


Suhu di bawah tahap beku itu dirakamkan pada jam 8.02 malam tadi menggunakan Infrared, IR Thermometer.

Cahaya laser IR Thermometer itu bukan ditujukan ke dalam peti ais tetapi ke arah bahagian tengah pokok kemuning merah tumbuh liar di satu kawasan di Shah Alam, Selangor.


Petang tadi, saya dan dua kru 666 itu berpeluang meninjau pokok sama dari jarak dekat.


"Dulu ada Cina datang ke sini minta kebenaran nak mengangkung, dia pakai colok. Kejap sahaja dia pergi dekat pokok tu, masa tu malam, dia balik. Katanya, talak boleh tahan oooo macam-macam datang," ujar sumber.

Untuk rekod, mengikut maklumat pengkaji paranormal, penurunan atau kenaikan suhu secara mendadak berbanding suhu asas di kawasan sasaran, menunjukkan kehadiran entiti paranormal.

Hampir jam 8 malam, kami ke lokasi, wanita berbangsa India dilaporkan dibunuh dan mayatnya ditemui dibakar di dalam kereta turut hangus di Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Turun dari kenderaan bersama Adam, saya merakamkan gambar di kawasan sekitar.


Kurang 100 meter dari lokasi terbabit, saya rakamkan gambar lorong di sebelah kiri jalan. Lorong gelap dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda atau motosikal sahaja.


Jam 7.55 malam tadi, dalam tempoh seminit, 3 gambar di atas dirakamkan. Perhatikan perbezaan ketara gambar terbabit.

Jika entiti bulat itu wap air, dalam sekelip mata, semua lenyap dari pandangan mata.

Untuk rekod, lebih sekilometer dari lorong terbabit, lokasi Altantuya Sharibuu mati akibat diletupkan. Dalam jangka waktu terdekat, kru 666, InsyaAllah akan membuat tinjauan dan kajian di lokasi kejadian jenayah itu berlaku.

Jam 5.54 petang, kru 666 tiba di kawasan Zon Perlindungan Tadahan Air, Empangan Tasik Subang.


Kami disambut anggota polis bantuan, Rozali Mansor, 44 tahun di pintu pagar. Berikutan faktor keselamatan, kami tidak dibenarkan masuk.


Bagaimanapun, anak kelahiran Negeri Sembilan itu sudi berkongsi cerita bersama kami.

"Masa dalam pukul empat lima petang, masa saya tengah berehat dalam pos pengawal, datang perempuan cantik, bogel dan mengangkang di atas riba saya. Saya pegang pinggang dia dan memang terasa kulit dia licin sangat. Kulit dia putih betul bukan sawo matang, memang bukan Melayu. Bila saya pegang badan dia, dia nak peluk saya, tiba-tiba saya ternampak rambut dia mengerbang dan badan dia bergerak-gerak. Saya kemudian nampak jelas, muka dia berubah menjadi buruk. Apa lagi. terkejut, lepas tangan, saya bangun, tolak dia, dan saya mengucap panjang," ujar Rozali.

"Yakin awak bukan berkhayal masa itu?," soal saya spontan.

"Yakin, saya memang tak tidur, saya boleh rasa benda tu," balasnya.

Rozali bertugas di antara jam 8 pagi dan 8 malam.


"Memang biasa di sini, kalau orang baru kerja, biasanya ada 'salam perkenalan'," usik Rozali.

Dia bertugas mengawal kawasan terbabit sejak awal tahun ini.

"Kadang-kadang bila saya tutup gate, ada terdengar bunyi benda menjerit, tersepit agaknya," tambahnya.



Rozali, ayah 3 anak kelihatan tenang sewaktu berbicara dengan kru 666.

"Di sini, bunyi mengilai biasa dengar hendaknya petugas pada waktu malam," jelasnya.

Apapun, semua kenyataan Rozali hanya sekadar dakwaan kerana tiada bukti audio visual dirakamkan.

"Kalau kita kerja malam seorang, kita pun rasa resah macam diperhatikan. Kejap lagi kita nampak macam ada orang berjalan, melintas depan kita," ujarnya lagi.

Hemat saya, alah bisa tegal biasa, itu terjadi kepada Rozali.

Seperkara lagi, jika pengunjung ingin mengikuti perkembangan kegiatan Kru 666, sila klik dan like di sini. 

16 ulasan:

  1. Rozali, anak 3 ayah??? (ada kesilapan menaip kot! :)

    KMTI (kakcik membaca tampalan ini)

    BalasPadam
  2. smti.

    masa suhu jadi -3 tu, adakah badan terasa sejuk juga?

    BalasPadam
  3. Kalau jadi weekend ni ke tempat Altantuya diletupkan, saya sekeluarga dengan sukacitanya menjemput En. Mazidul dan Team 666 datang ke teratak saya - Udah memang lalu di kawasan rumah saya tu Yeop.. Jgn tak singgah, Teman udah khabo dgn Mr. Haseben air batu kena extra sebab suhu badan Team 666 tu lebih hangat daripada biasa...
    Sudi-sudikan...

    BalasPadam
  4. Pn Liza, InsyaAllah. Bayangkan, lepas berpeluh2 naik bukit, minum teh ais dan makan kurma sedap, mesti hilang penat.

    Lyana, itu hanya sekadar tanggapan.

    Kak Cik, corrected. Tahulah, apabila otak bergerak lebih laju berbanding jari menaip, begitulah jadinya.

    BalasPadam
  5. Silakan...
    Akan dihidangkan permintaan tetamu-tetamu yg berpeluh tu, InsyaAllah.

    BalasPadam
  6. PB x blh pkai uniform operasi la bang mazidul..

    BalasPadam
  7. Royadly, nak suruh saya minta dia tukar pakaian ke?

    BalasPadam
  8. tegur die bang.. tegur.. knn x pasal2 die kne tatatertib. hehehe

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.