Sabtu, Julai 06, 2013

MENGAPAKAH GADIS VIETNAM CENDERUNG MENJADI GRO DI MALAYSIA?

Malam tadi tatkala dalam perjalanan pulang dari Pasar Malam Ben Thanh, Ho Chi Minh, Vietnam, saya berbual bersama pemandu arah perjalanan kami.

Dia amat fasih berbahasa Melayu.

"Ramai gadis Vietnam diberkas kerana bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di Malaysia. Di sini tidak ada pusat hiburan menyediaka pekerjaan?," soal saya.

"Ada tetapi mereka hanya diberikan tips sahaja. Bayaran untuk bilik karaoke, minuman keras atau air berkabonat untuk tempoh 4 jam, kira-kira USD100 atau RM300. Di akhir sesi berhibur,  GRO mungkin hanya diberikan 100,000 Vietnam Dong, RM15, oleh pelanggan. Tips sebanyak itu  tidak mencukupi. Kalau di Malaysia, mereka mampu meraih lebih banyak wang berbanding kadar bayaran di sini," balasnya.

Di kebanyakkan pusat hiburan eksklusif di Malaysia,  GRO dibayar di antara RM40 dan RM60 sejam,  bilangan jam minima ditetapkan. Di karaoke berstatus sederhana,  tips GRO, minima RM50 untuk 4 jam, di antara jam 5 petang dan 9 malam. Jika dia melayan  pelanggan berbeza  di tempatkan di  3 bilik berbeza, GRO terbabit meraih sekurang-kurangnya RM150.

Banyak bezanya di antara RM15 dan RM150.

"Di Ho Chi Minh, pelacur lazimnya menaiki motosikal dan memakirkan kenderaan mereka di tepi jalan. Sebilangan gadis terbabit berpusing-pusing di sekitar jalan tertentu untuk memancing pelanggan. Jika pelanggan tidak memiliki kenderaan, mereka dibawa ke hotel murah menggunakan motosikal. Hotel di sini boleh disewa dengan kadar bayaran 50,000 Vietnam Dong  (RM7.50)  sejam. Apapun,  pelacur tidak dibenarkan memasuki hotel 4 bintang ke atas. Pengawal keselamatan akan menghalau mereka," jelas lelaki Islam, berusia awal 50 an itu.

Katanya, di sini  pelacur Vietnam menawarkan servis seks  8 jam dengan bayaran USD200 (RM600).

"Di Malaysia, harga bayaran pelacur Vietnam, paling mahal, RM350 semalaman," ujar saya.

Manusia berasal dari negara sama tetapi dipasarkan dengan kadar berbeza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.

Catat Ulasan