Selasa, Julai 16, 2013

HARAMKAN PENJUALAN ROKOK KONVENSIONAL SEBELUM MENGHARAMKAN E-CIG (VAPORISER)

Persatuan Pengguna Pulau Pinang, CAP,  melalui presidennya, S M Mohamed Idris mendesak kerajaan mengharamkan penggunaan rokok elektronik, e-cig.



Klik di sini.

Kenyataan terbaharu  World Health  Organisation, dikeluarkan pada 9 Julai 2013  mengatakan badan dunia itu masih BELUM  mengenal pasti sejauh mana rokok elektronik memudaratkan kesihatan pengguna.

Saya difahamkan, ramai perokok tegar di Malaysia telah berhenti menghisap rokok konvensional  dan menjadikan rokok elektronik sebagai alternatif. Tiada bau busuk, tiada habuk dan tiada asap disedut oleh mereka berada di sekeliling.

S M Mohamed  Idris khuatir  jika penghisap rokok elektronik  ketagih  kandungan nikotin di dalam cecair digunakan.

Terima kasih di atas kebimbangan itu.

Apapun CAP seharusnya LEBIH bimbang terhadap PENJUALAN rokok konvensional bukan sahaja mengandungi nikotin malah kira-kira 4,000  bahan kimia beracun lain. 


Antaranya, formaldehid,  cecair sangat beracun digunakan untuk mengawet mayat, klik di sini.

Selain mendesak kerajaan mengharamkan rokok elektronik, CAP terlebih dahulu WAJIB mendesak supaya penjualan rokok konvensional  DIBERHENTIKAN SECARA TOTAL di Malaysia.

CAP,  sila tumbangkan GAJAH (syarikat pengeluar rokok) sudah lama memijak pokok pisang di hadapan mata, right under your nose!

20 ulasan:

  1. SMTI: Setuju.. GAJAH taknak plak ditumbangkan.. SEMUT seberang laut pulak yg dia nampak..:) CAP ini cabaran utk kalian..!!!

    BalasPadam
  2. haramkan benda yg memang dah sah2 haram dulu sebelum haramkan benda yg belum tentu haramnya...

    BalasPadam
  3. Kesan buruk vapo adalah menggangu sistem pemikiran kita...
    jika dulu orang boleh berhenti merokok 'on the spot' sekarang nak ke guna vapo dulu 'slow slow' kurangkan nikotinlah kononya sedar atau tidak vapo telah 'memondankan' fikiran kita

    aku nak merokok aku isap aku nak berhenti aku berenti takde istilah berasur ansur. Baru jantan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berhenti merokok mengejut bahaya.. sistem imunisasi manusia berbeza2.. ni fakta.. bukan kira jantan k jantan.. Penn Silverado pun mcm kurang jantan.. letak nama, samaran xde muka.. jgn pandai cakap orng jantan k jantan...

      Padam
    2. HARAM tetap HARAM, Jika anda Islam, fahami ilmu Islam. Cakap guna akal jangan pakai nafsu diri.

      Padam
  4. Mazidul ni sebab dia berkepentingan. Dia pengguna rokok ni. Sebab tu dia sokong rokok elektronik ni. Kau kan penyokong tegar kerjaan. Ikut je la. Ini semua salah Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. benggap jugak ko ni hafez, tak semestinya sokong kerajaan nk ikut buta tuli saja, ada benda yg boleh kita terima dan ada yg kita tak leh terima, kerajaan juga ada buat salah dan silap..tapi tidak sesekali akan pangkah pakatan tambah2 lagi, dapig dan PKR..never say to pakatan..because pakatan is parti Haram..

      Padam
  5. say no to both... rokok or e-rokok...

    BalasPadam
  6. t.kasih bro mazidul....dekat 20 tahun aku jadi perokok (tembakau) tegar..ujung2 malam batuk...tgh tido terbangun sesak nafas...terkdg bangun pagi batuk kahak + darah...org umah dok bising...suruh berenti..selain bahayakan kesihatan..bau asap rokok pong jadi masalah.. tu x termasuk abuk dier lagi...kalu tgh bnyk keja dok dpn komputer abis cawan pon bole jadi 'ashtray'...nk cuba berenti...fuhhhhh dah 7 - 8 kali cuba...gagalllllllll..paling lama 2 bulan...Alhamdulillah..skg dh setengah tahun jadi pem'vapor'..tiada lagi sesak nafas...batuk darah..deria bau pong dh ok...yg paling aku suka..org umah x marah2 lagi...dulu start nikotin full 1.8% skg dh 0.6%..lepas makan pong dh x kurang ketagih nk 'vapor' apa lagi nk cuba rokok (tembakau)..Alhamdulillah..InshaaAllah target...berenti terus..aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya perokok je yang tau.. yang tak penah isap rokok macam2 boleh kata.

      Padam
  7. Mamak yang takutkan bisnes rokoknya dikedai2 mamak terjejas ni...ermmm.

    BalasPadam
  8. alhamdulillah skrg saya dah berjaya berhenti rokok dengan bantuan rokok elektrik setelah menjadi perokok selama 10 tahun.. sebelum ni hampir setiap tahun berazam nk berenti. sume sekerat jalan.. dan skrg ni sy dah kurang vaping... masa awal2 mmg nk sedut je.. skrg ni sehari 10 - 20 titik je...

    BalasPadam
  9. isap rokok ketagih sgt2..mcm mana pn org tetap beli walaupn kt kotak ade gambar2 ngeri.. sy pn penghisap rokok.. semenjak ade vapor..alhamdulillah rokok dh kurang.. deria bau pn ok..

    BalasPadam
  10. sy penghisap rokok sblm ni.rokok mmg ketagih.. semenjak ade vapor..sy btukar kepada ecig ni.. alhamdulillah skrg deria bau pn ok..xde sesak2 nafas.. sy pernah sesak nafas sbb merokok terlalu byk.. sehingga kan sy ke hospital.. dan dinasihatkan berhenti merokok..

    BalasPadam
  11. Aku prokok tegar dr lps blajar...aku dah mrokok dkt 19 tahun..aku dah takder jln utk bhenti..last aku cuba e cig...alhamdulillah...dr 20mg nikotin skunk aku dah free nikotin...dan utk pgetahuan korang juga...dah 7 bulan aku bhenti mrokok..keinginan merokok trus takder..pernah skali isap...sakali sedut trus buang...malah skunk aku e cig pun dah slow....hanya peghisap tegar shj yg tahu seksa mcmana..kalo stakat merokok stahun dua baik takyah sembang la brader....

    BalasPadam
  12. sekadar berkongsi.. saya sudah merokok selama lebih kurang 14 tahun.. purata sekotak sehari.. awal Jun lepas saya mula vape.. dari hari pertama vape saya sudah tak hisap rokok.. sehari sebelum ramadhan saya kemas barang vape dan letak dalam almari.. hari ni hari ke-11 tanpa vape/nikotin..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.