Rabu, Jun 05, 2013

RAYUAN KE 2 KEPADA YAB MB KEDAH : PELAJAR DIPERHAMBAKAN TIDAK MAKAN NASI


"Kes perhambaan kanak-kanak  membabitkan pelajar  Pusat Tahfiz  Amal, PTA  telah  dimaklumkan kepada Menteri Besar. Datuk sedang  menghadiri  mesyuarat exco,"  ujar blogger, Medan Tempur Kedah.


Lalu  saya  dibantu  oleh sahabat  bergerak ke Wisma Darul Aman, Alor Setar dan  mendoakan agar Datuk Mukhriz Mahathir  tidak  akan  memandang remeh maklumat disalurkan kepada  beliau.


Sebelum itu,  saya  berpeluang  merakamkan  gambar PTA di Yan,  Kedah.


Biarpun  dianggarkan  jutaan  ringgit   telah  dikutip  oleh  pelajar melalui penjualan pelbagai barangan,   pagar PTA  masih  boleh  dimasuki dek  gajah.


Tingkap PTA  juga masih  tidak  berganti  dan  dibiarkan  ternganga. Klik di sini untuk melihat keadaan PTA direkodkan pada Februari lalu. 


Bagaimanapun  pada kira-kira jam  1.45 tengahari tadi, saya terlihat  kelibat ramai kanak-kanak di PTA.


Saya  bersama  sahabat  kemudian  bergerak menemui  beberapa  penduduk tinggal  kurang 100 meter dari  PTA.


"Memang  pelajar menjual  barang, banyak kali terjumpa. Penduduk di sini memang TIDAK   menghantar anak ke PTA.  Keluarga  tinggal jauh, di Perak, Kuala Lumpur, Johor,  tidak mengetahui   hal  terjadi,  menghantar  anak mereka  ke  PTA.  Pelajar  mengaji  pada waktu pagi  dan menjual  barang pada   waktu petang. Kalau  orang ramai,  mereka  dihantar  keluar ke bandar  untuk  menjual di  sekitar bank,"  ujar wanita ditemui.

Penduduk  mendakwa  rela  menghantar  anak  mereka ke  asrama  di sekolah  lebih  jauh   untuk belajar  berbanding ke  PTA.

"Pelajar memang tidak dibenarkan keluar.  Kami  tidak begitu kenal dengan tenaga pengajar PTA,"  tambah  wanita  dianggarkan  berusia  awal 40 an.

Kami kemudian  ke deretan  bank  di  Mergong,  Alor Setar.


Dua pelajar  perempuan PTA  berusia 11  tahun saya  temui berhampiran institusi kewangan menjadi tumpuan ramai  terbabit. 

Mereka menjual dua produk.


"Kami mula  menjual  produk ini bermula pada   darjah  empat  lagi.   Kami dihantar ke sini pada jam  9 pagi  dan balik jam 6 petang,"  ujar remaja terbabit.


Ingin mengetahui  produk siapakah  dijual oleh pelajar PTA di seluruh negara?

Klik di sini.

Untuk  pengetahuan pembaca,  produk ubat dipasarkan tidak mendapat kelulusan Kementerian  Kesihatan  Malaysia, klik di sini.

Wajah  remaja saya temui   kelihatan penat   dan  airmata  bergenang  di kelopak mata   tatkala  diajukan  beberapa  soalan.  Sebaik  menyedari  gambar dirakamkan,  mereka  berdua  beredar dan menghilangkan  diri.



Maklumat  kemudian  dikongsikan oleh  wanita berusia  51 tahun  saya  ditemui di kawasan sama. 

"Setiap hari,  pelajar PTA  datang  menjual barang di sini, bukan remaja sama. Lelaki jarang,  remaja  perempuan ramai.   Kasihan  sangat  tengok,   nasi   pun   mereka  tidak  makan.  Kalau  ada makanan  pun,  disedekah oleh  peniaga di sekitar bank ini.  Orang ramai  memahami  keadaan   mereka,  sebilangan  memberikan  mereka duit   tetapi  jumlahnya kurang  daripada  RM10.  Jadi wang itu  tidak boleh digunakan untuk  tujuan   pembelian barang,"  ujar wanita beranak satu itu.


Biarpun dalam tempoh waktu singkat,  wanita itu tetap ingin  meluahkan  kekecewaannya mengenai   kes perhambaan kanak-kanak dan remaja disaksikannya saban hari.  

"Kanak-kanak ini dipergunakan,  seawal   usia 10 tahun.  Pada  waktu malam,   mereka menjual barang di kedai makan.   Cuti  sekolah ini,   mereka tidak  balik ke kampung.   Saya perhatikan,  mereka  langsung  tidak duduk   selama  kira-kira 8 jam   menjual barang.  Mungkin  ada  'ustaz'  memantau  pergerakan mereka. Setiap petang   mereka dijemput   menggunakan kenderaan 'elok',"  ujar  wanita  tempatan  itu.


Biarlah,  jika perlu  saya merayu kepada Datuk Mukhriz 1,000 kali sekalipun, saya akan melakukannya.

Perhambaan  kanak-kanak dan remaja berpunca di Negeri Jelapang Padi  ini WAJIB diberhentikan  biarpun  cabaran  dihadapi barangkali  lebih tinggi berbanding  ketinggian Gunung Jerai.

Sila salurkan maklumat  mengenai  perhambaan manusia terus berlaku di Malaysia  di sini.

SILA  SHARE  SEBAGAI TANDA SOKONGAN



30 ulasan:

  1. Salam Sdr Mazidul.

    Ke sini sudah lama dibiarkan. Yang jahatnya MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH. Meraka yg ada kuasa untuk menghalang aktiviti ini tetapi mereka biarkan.

    MB Kedah terpaksa menghadapi pelbagai masalah di Kedah seperti KUIN, penyelewengan wang negeri, balak beribu hektar oleh PAS, Kes eksploitasi budak2 di Yan ini sepatutnya kerja Agensi2 Agama di Kedah..

    tp semacam yg kita tahu.. geng di majlis agama Kedah lebih sibuk dgn hal DUIT dan UNTUNG dunia sheingga Madrasah Salihiyah jd 'korban' atas restu Majlsi Agama, tetapi mereka xpeduli soal2 pencegahan maksiat atau pun salah laku seperti ini.

    Terllau banyak PARASIT PAS dlm hal ehwal agama di MAIK dan Jabatan Mufti Kedah. Harap semoga diberikan kekuatan oleh Allah utk MB Mukriz memulihkan masalah2 ini.

    BalasPadam
  2. jgn risau.. kjaan kedah dh betukar.. lepas ni mesti setel sume msalah kt kedah hehe

    BalasPadam
  3. sudah lama kes ini berlarutan.. amat sedih dan kecewa dengan sikap mereka yg sepatutnya berkuasa utk menghalang dari berlakunya semua ini masih membiarkan ianya berlaku.. kes ini dah byk kali saudara mazidul dan rakan2 lain suarakan.. hinggakan ke peringkat menteri yg bertanggungjawab pun kita sampaikan.. tp saya pelik kenapa ianya tidak boleh diambil tindakan.. berkuasa sgtkah pemilik tahfiz menipu ini????? apa2 pun sama2 lah kita terus berusaha semoga perkara ini dapat diselesaikan sebaiknya demi nasib anak2 yg tak bersalah.. tahniah bro mazidul kerana tidak pernah berputus asa.. kami bersama anda memberi sokongan dalam hal ini..

    BalasPadam
  4. MB MUKRIZ...TOLONG TUBUHKAN BADAN KHAS BAGI MEMBENDUNG MASALAH INI...BUKAN DI KEDAH JE DEPA DOK KUTIP SAMPAI SATU MALAYSIA DAH..PG TGK KAT STESEN MINYAK, BANK, WARUNG LIHAT KESUSAHAN MEREKA...CUBA BAYANGKAN JIKA KANAK-KANAK INI DI RAGUT / PERAS UGUT APA AKIBATNYA...MARILAH KITA SEMUA BERTINDAK....INI ANAK BANGSA KITA PEWARIS NEGARA....INGAT ORANG ISLAM+MELAYU MARI KITA BANTU SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA SEBEGINI INILAH BEKALAN AKHIRAT KITA...AKU DOAKAN ANAK-ANAK INI MENDAPAT HIDAYAH DAN LAPANG PINTU HATINYA UTK MENERIMA ILMU DUNIA + AKHIRAT...BRO MAZIDUL TQVM...

    BalasPadam
  5. Kenapalah tak ada kesedaran pada ibubapa yg hantar anak2 ke sini. Anak2 saya kat rumah nak minta tolong buat kerja rumah pun tak sampai hati inikan pulak nak suruh buat kerja jual2 mcm tu cari duit.

    Semoga Allah melindungi anak2 tersebut.

    BalasPadam
  6. Beberapa hari lepas saya makan di laman Grill Shah Alam dan didatangai pelajar yang lebih kurang umurnya 10 tahun meminta derma untuk Tahfiz berkenaan. Sebenarnya ini bukan kali pertama..saya bertanya... Katanya kalau saya dema RM 20 saya akan dapat kapsul herba suami isteri ni.. kalau Derma RM 10 sahaja dapat resit sahaja.. saya kemudian bertanya sambil memegang pil herba suami isteri ni.. saya katakan.. yang mereka masih budak macamana boleh jual pil suami isteri ni..? Jawapan yang saya terima sungguh tak masuk akal..
    Katanya ini sejenis gula2 gel sahaja dan kanak2 pun boleh makan..
    Semasa kejadian jam ditangan saya lebih kurang 9.30 malam. Saya kata lagi dah malam awak jual pil2 macam ni salah tau.. dia kemudiannya mengambil pil dari tangan saya.. dan kata makcik nak derma tak.. saya kasihan dengan pelajar tersebut.. nampak takut2 dan keletihan saya hulurkan RM 10 padanya..
    Ini kejadian kali kedua saya menyergah pelajar Tahfiz menjual pemakanan suami isteri. Kelmarin di RNR Seremban budak perempuan menjual minuman suami isteri.. soalan yang sama juga saya berikan.. awak masih belajar.. belum khawin macamana boleh jual air macam ni... Bila kita tanya soalan2 begitu nampak mereka tak selesa dan buat muka marah.. saya pernah kena.. katanya kalau tak nak derma tak apalah.. terus dia pergi dengan kasar...??

    sampai bila anak2 ini harus dijadikan alat bg memenuhi kehendak orang lain..

    saya harap perkara ini dapat dibongkar lebih dalam lagi..

    terima kasih Saudari Mazidul yang tak jemu2 menmbongkar kejadian ini

    BalasPadam
  7. memang susah dan sulit bila berhadapan dgn golongan yg ngaku tinggi ilmu agama..mereka bolih buat sesuka hati dgn menggunakan nama jabatan agama...benar..dlm. .MAIK ramai parasit pas berselindung di sebalik agama..percayalah..jika kerajaan kedah sekarang mengambil tindakan menutup pusat tahfiz tersebut...maka puak pas terutamanya mahfuz,mat sabu, ustaz nasir ex yb pdg terap dan yg sealiran dgn nya akan guna isu ini menuduh kerajaan BN kejam,zalim dan anti islam..

    BalasPadam
  8. Kesian budak2 ni, tak tahu nak cakap apa dah. harap tindakan sewajarnya diambil.

    Kepada ibu bapa yang nak hantar anak belajar di pusat tahfiz, selidiklah sedalam2nya sekolah tersebut. Bukan tak boleh hantar anak belajar agama tapi status sekolah juga penting untuk diketahui supaya apa yang berlaku di sekolah terbabit adalah dalam makluman kita sebagai ibu bapa. Kesian anak2 ni.

    Tahniah abg Mazidul yang berani membongkar PTA ni.

    BalasPadam
  9. Salam Sdr Mazidul

    bukan kat kedah sahaja,kat kuala terengganu pun ada benda mcm ni...smalam saya pergi ke maybank di bandar, ada seorang remaja perempuan menunggu di depan pintu,dah 3 kali saya pergi bank pada waktu malam saya tengok orang yang sama aje.. saya tengok barang yand dia jual pun sama seperti yang sdra tunjukkan dalam gambar, mungkin ini juga sindiket

    BalasPadam
  10. https://www.facebook.com/momok.tolang

    BalasPadam
  11. Salam Sdr Mazidul

    perkara ini juga berlaku di kuala terengganu dihadapan maybank utama,
    dah 3 kali saya terserempak dengan remaja perempuan yang menjual barangan yang sama seperti sdra tunjukkan. pada waktu malam beliau akan berada di hadapan pintu masuk maybank untuk menjual barangan

    mungkin kah ini juga satu sindiket

    BalasPadam
  12. SMTI- jom kita jumpa Datuk Mukhtiz Tun Mahathir. Beliau memang berjiwa rakyat. Boleh bincang panjang lebar berkenaan masalah ini, kalau bro MAS sudi lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro Mazidul - jemput terima pelawaan Red Rambutan ... Mungkin PA tak panjangka ke pengetahuan MB. Depa ( PA ) ingat ini benda kecil

      Padam
  13. bantulah kesemua anak-anak ini. tak tertahan sebak tatkala terserempak mereka di premis2 seperti yang dilaporkan. Ya Allah.....selamatkanlah mereka. Aminnnnnn

    BalasPadam
  14. Sekarang tarian lucah utk tontotan umum sudah dibenarkan semula di Kedah seperti yg dipersembahkan di City Point, Alor Setar 2 hari lepas. Terima kasih rakyat Kedah kerana memilih kerajaan baru yg lebih telus terhadap agenda kemaksiatan...

    Mengenai mempergunakan kanak-kanak untuk memungut derma, ia sangat menyedihkan. Usia semuda itu sepatutnya masa mereka dihabiskan di sekolah bukan mengemis di tepi jalan.
    Tapi apakah pilihan sekolah bila menghadapi masalah ketidak cukupan dana utk pembangunan pendidikan pelajar? Kerajaan yg dipimpin oleh orang Islam di peringkat Pusat (BN) dan Kerajaan Negeri (termasuk kerajaan Pas dahulu) hanya galak memberi bantuan kpd sekolah2 sekular termasuk sekolah Cina, bukan kpd sekolah2 berteraskan agama. Jadi satu-satunya pilihan cepat dan pintas ialah dengan memaksa pelajar memungut derma.

    BalasPadam
  15. semutapi.. fakta anda salah..mengikut rekod sekolah PTA ini menolak segala bantuan dari kerajaan baik pusat malah negeri.. majlis agama Islam pernah menyarankan agar sekolah ini berdaftar dengan kerajaan agar dapat disalurkan bantuan..namun pihak sekolah menolak dan lagi satu sekolah ini tidak memenuhi syarat syarat sekolah agama..jika bantuan diberikan bermakna sekolah perlu mwnghentikan perhambaan pelajar.. majlis agama ingin beri bantuan agar sekolah ini penuhi kreteria namun sampai sekarang pihak sekolah menolak.. yang peliknya kenapa jual produk orang yang di istiharkan sesat oleh majlis agama?

    BalasPadam
  16. Semut api, saya menganggap awak menulis komen di atas TANPA membuat penyelidikan mengenai isu dibangkitkan.

    Membaca dan memahami FAKTA adalah satu kemestian, jika tidak komen awak bakal kelihatan tidak cerdik.

    BalasPadam
  17. berapa ramai pelajar tahfiz ini yg direkrut..berdasarkan komen dan pengalaman org, nampak mcm di seluruh malaysia pelajar2 ini berkeliaran..

    sy juga baru shj didatangi oleh pelajar ini di ALAMANDA Putrajaya hari Sabtu lps...

    BalasPadam
  18. en mazidul,mereka telah kembangkan sayap ke sarawak pula.rasanya awal thn ni saya dah nampak mereka di medan niaga satok.minggu lepas confirm dr rumah amal tu.resit sebijik.menyesal juga tak derma untuk dapat resit sb sakit ati tgok dia org digunakan.Ahad tu sy tgok 3 org,remaja,2 lelaki dan 1 pompuan.ramai juga yg derma.hari biasa tah ke mana dia org..

    BalasPadam
  19. Salammm,saya salute usaha seperti mazidul ini - saya harap akan dapat reaksi sewajarnya dari pihak berwajib... walau bagaimanapun, saya ingin mencadangkan supaya kita buat satu "flashmob" utk usaha mazidul ini, dalam erti kata lain, apa kata, walau dimana saja kita berada, jika terserempak dengan anak2 ini, kita ikut saja mereka, sambil mengambil gambar/video perjalanan mereka ini. bagi diri saya, saya sanggup ambil cuti sehari dua supaya dapat ikut mereka ini, dengan harapan, kita dapat "compile" satu report yang menyeluruh dari seluruh negara... mungkin dengan ini, usaha mazidul akan lebih efektif, insya allah...

    BalasPadam
  20. Saya semalam terserempak dengan budak2 PTA di Tunas Manja Bandar Bera, Pahang. Terdiri daripada 2org remaja lelaki berkopiah hitam. Setiap orang yang keluar daripada Pasaraya tersebut, pasti di sapa, termasuklah saya. Bila saya lihat resit dan barangan yang dijual terus mengingatkan saya tentang blog.En. Mazidul. Terus saya tak tanya mereka apa-apa dan masuk kereta dan jalan. :-)

    BalasPadam
  21. tak tahu nak komen apa dah//sakit ati sgt sbb kanak2 dipergunakan

    BalasPadam
  22. operasi mereka berkembang biak walau pun pendedahan demi pendedahan dibuat.. siapakah yang berkuasa menghentikan perhambaan kanak2 ini demi kekayaan individu dan berselindung di sebalik nama kebajikan dan Islam? Soalan "siapa yang berkuasa menghentikan" ini bagaikan sudah ada jawapan iaitu "tiada siapa" dan jawapan inilah yang menyebabkan mereka semakin berani.. Mungkin Raja-Raja kita boleh bertindak atas kapasiti ketua agama apabila agensi yang dipertanggungjawabkan saling menuding jari..

    Saya pernah sugul seharian kerana bertikai dgn pelajar yang memungut derma berkenaan dan kebetulan dia menjawab dalam situasi yang agak kurang ajar.. saya sedih kerna pernah membaca hadis "janganlah kamu mengherdik anak yatim.." dan khuatir sebenarnya itu anak yatim dan saya telah menzaliminya dengan lidah..

    Pihak bertanggungjawab (yang ada kuasa) TOLONGLAH..

    BalasPadam
  23. Pihak berwajib tak kira la dari mana (Majlis Agama Islam, JKM, pejabat Menteri Besar) perlu ambil tindakan. Ini seolah2 masing2 cuba lepas tangan dan harap ada pihak lain yg tangani isu ni. Jalankanlah tugas (amanah) yg telah diberikan dgn penuh rasa tanggungjawab.

    BalasPadam
  24. Perkara ini mesti dihentikan walau apa jua cara sekalipun. Saya tidak kisah BN atau PAS yang perintah.

    Harap jika perlu tangkap sahaja yang menggunakan pelajar dan ambil alih sekolah ini demi halang pelajar diperalatkan.

    Siapa sanggup tengok anak perempuan di stesen minyak jam 11.30 malam muka keletihan ?

    Saya ada anak perempuan dan saya tahu betapa risau hati jika anak kita di tempat awam tengah malam!

    Terima kasih entri ini abang mazidul kerana ia masih lagi berjalan tanpa sebarang tindakan.

    Mohon jasa baik dapat paut blog saya di sini, jika tidak menjadi keberatan kepada tuan empunya blog.

    Blog saya penembak-tepat.com

    BalasPadam
  25. Aku dah baca dari atas sampai ke bawah. Semua kata simpati, kesian, derma sikit, mungkin untuk makan minum anak-anak tu. Dah merata tempat depa jumpa dalam Malaysia, dari pagi hingga ke malam. Budak-budak ni pergi balik dengan apa? Tak ada sesiapa nak buat follow-up? Nak tau nombor dan jenis kereta. nak tau tinggal di mana, berapa orang ada dalam satu grup dsb. Kita simpati dari jauh saja kah?

    Kalaulah aku ada tenaga, ada kemudahan...

    BalasPadam
  26. Saya ada satu cadangan, apa kata sekiranya kita terjumpa dengan kanak2 ini, kita belilah saja barangan yang dijualnya dan ambil resitnya sekali, kalau dapat, ambillah gambar mereka.

    Kemudian, pergilah ke balai polis yang berdekatan dan buat laporan polis dan serahkan bukti-buktinya. Mungkin ini adalah sindikit jenayah yang bertopengkan agama.

    BalasPadam
  27. Setiap kali keluar dari bank semasa sy bekerja di seremban pasti sy terseremlak dengan kanak2 ari madrasah tersebut.. tak sanggup tengok mereka ni dipergunakan.. pernah sy tanya datang dari mana, tak sekolah ke? Diorang cakap dari kedah.. datang dengan ustaz warden.. pasal sekolah tu diorang x jawab pulak.. sangkanya kat seremban je ade.. balik ke penang pun ada jugak.. resit yang sama.. sekolah yang sama.. tapi semenjak dua menjak ni dah tak ada dah tunggu depan bank.. kemana dan apakah nasib kanak2 ni semua? Ibu bapa tolonglah pantau anak2 anda serta aktiviti yang mereka jalani di sekolah2 yang anda hantar..

    BalasPadam
  28. BUKAN FENOMENA PELAJAR TAHFIZ SAJA.. SUDAH JADI TREND MINTA DERMA TUNGGU DEPAN PINTU BANK BUKA SAJA PINTU BANK DAH ADA ORANG DOK TUNGGU..NAK MARAH TAK BAIK...KADANG KADANG RASA MACAM NAK MARAH...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.