Isnin, Jun 03, 2013

MATI KATAK

Terang-benderang  dianggarkan selama 8 tahun,  akhirnya  Jumaat  malam Sabtu lalu  kolam memancing  ikan  di  Damansara  Perdana,  Pataling  Jaya, Selagor,  bergelap.


Gambar di atas  dirakamkan  pada jam 11 malam.  Dua cahaya di atas bumbung pancaran dari lampu  kawasan  perumahan  di bahagian belakang. 


Dua  pemancing  datang   barangkali   berasa  kecewa  kerana kolam  itu  ditutup. Mungkin mereka  tidak   mengetahui  nyawa  mereka  bisa  tergugat  setiap kali memancing di kolam itu seperti telah disahkan  oleh TNB,  klik  di sini.

Sewaktu  operasi   bersepadu   dijalankan  oleh  SYABAS,  TNB,   MBPJ  dan  polis pada   29 Mei lalu,  sebilangan  pemancing  berasa  hairan  melihat  ramai  penguatkuasa  berada di lokasi.  Mereka  pasti   tidak  mengetahui  kegiatan  pengusaha   mencuri elektrik  dan  bekalan air. Lebih daripada itu, kolam dan struktur binaan juga  didirikan  secara  haram.

Klik  di sini.

Jika  berlaku   kemalangan  meragut nyawa di kolam itu,  pemancing hanya mati katak.   

Wajar  benar  tajuk   dipilih   oleh Sinar Harian  semalam.


Saya jangkakan, operasi  kolam  terbabitg  akan berhenti sepenuhnya pada pertengahan minggu  ini  jika  struktur   binaan  di tapak   haram  dirobohkan. 

Seorang  lelaki  menghantar mesej berbaur  kemarahan di Facebook  apabila  kes ini  dibongkar.  Biarlah  tidak saya  dedahkan identitinya buat masa ini.  Tidak pasti samada dia seorang  daripada taukeh premis terbabit atau tidak. 

Dia harus ingat, saya dan wartawan Sinar Harian  BUKAN pihak berkuasa, kami hanya pelapor kepada  kejadian. 

Kalau masih  tidak berpuas hati,  sila ajukan  masalah ini kepada Elizabeth Wong, dia sekarang  menjaga  kesejahteraan  alam  sekitar di Selangor.  Boleh juga  menjemput  dia meninjau  alam sekitar  dicemari  oleh  individu  menangguk di  air  keruh itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.

Catat Ulasan