Selasa, Jun 11, 2013

BELAJAR MEMBUAT ROTI CANAI DI DALAM BILIK AIR

Di Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang,  saya bertemu peniaga roti canai selama 32 tahun,  Zakaria Ahmad.  


"Waktu  muda   saya  pernah  bekeja sebagai pelayan  di kedai  mamak   selama  6 bulan.  Bila  ada  masa dan peluang,  saya mengambil  tepung  sudah  diuli  dan  belajar menebar  roti canai  di dalam bilik  air sebab  mamak  tidak ajar   kita,"  kata ayah kepada 6 anak  itu.

Kini  Zakaria, 65 tahun,  dibantu  oleh 4 daripada 6   anaknya, menantu dan cucu untuk  mengendalikan gerai  mereka sendiri,  dibuka  seawal  jam  7 pagi.


"Tukang membuat roti canai, anak,  masakkan roti canai, menantu saya manakala  tukang bancuh  air, cucu.  Isteri saya cekap mengira, dia cashier, anak  perempuan  seorang  tolong menghantar roti canai dipesan dek pelanggan, seorang lagi,  membasuh pinggan. Semua ada tugas masing-masing tetapi  saya  pastikan setiap seorang hanya melakukan satu kerja sahaja,"  ujar Zakaria.


Kuah ikan  sardin  dan isi  dijadikan pencecah roti canai  garing dan enak , antara daya  tarikan  utama  gerai Roti Canai  Istimewa Aziz.


"Rakan  dan pelanggan  mengenali  saya dengan  nama  Aziz," kata datuk kepada 14 cucu itu.


"Kalau  pada hujung minggu,  berapakah  bilangan  purata  roti canai dijual?,"  soal saya.

"Lebih   seribu keping.  Saya masih menjual roti canai kosong dengan  harga  70 sen  sebab  roti saya buat sendiri dan   saya  tidak membayar sewa gerai,"  jawab Zakaria.

Saya kemudian bertanyakan soalan cepu emas.

"Roti canai berasal  dari mana?"

Zakaria  berfikir  seketika  sebelum menjawab.

"Itu  saya kurang pasti," balasnya.


Sejak April  lalu, saya  telah  melaksanakan  tugasan Majalah 3, mencungkil fakta  mengenai asal usul roti canai. Sebelum ini saya terbang ke Chennei, India dan membuat liputan mengenai roti canai di  satu  daripada  cawangan  Restoran Pelita Nasi Kandar di sana. Ramai  respondan  saya  temu bual sewaktu beada  di negeri Tamil Nadu itu.

In Sha Allah, liputan itu bakal dipaparkan kepada penonton pada penghujung bulan ini.

Pembaca boleh meneka jawaban kepada soalan saya ajukan kepada Zakaria, benarkah roti canai berasal dari Chennei?

Roti canai, Chennei, Chennei, roti canai.

Sekalung  penghargaan  kepada sahabat  saya, Amelia Shafer dan suami, Ezani Haron kerana  banyak  membantu  sewaktu rakaman.




17 ulasan:

  1. roti canai berasal dr Singapore, betul tak?

    BalasPadam
  2. Teman2 kat pejabat ramai datang dari India tapi tidak pasti dari daerah mana tetapi mereka tidak makan roti canai. Biasanya nasi bersama sayur, cappati atau idli. Roti canai tak ada pulak.

    BalasPadam
  3. Salam untuk semua terutama untuk Tuan Mazidul. Tahnniah untuk Tuan Mazidul yang telah banyak memaparkan entri-entri menarik dan bermakna. Dalam usaha tuan memaparkan pelbagai entri, tentunya terdapat rintangan dan halangan. Berkemungkinan ada di antara entri yang melibatkan ketidaksenangan kepada pihak yang kena lapor, tidak mustahil ada yang kehilangan punca pendapat (bukan rezeki). Sudah tentu apabila melibatkan perkara sebagini, pihak tadi tidak senang hati dan ada kemungkinan akan bertindakbalas. Tuan Mazidul haruslah berwaspada disamping tawakal.
    Tahniah sekali lagi untuk Tuan Mazidul atas 'nawaitul 'nya yang nyata walaupun ada sedikit kecenderungan lain bila di lihat dari proseptif lain.
    Terima kasih Tuan Mazidul, semoga Allah memberkati usaha tuan. Amin.

    BalasPadam
  4. SY ADA TGK SATU RANCANGAN JJCM VERSI CINA..ROTI ITU DIBAWA OLEH PEKERJA INDIA YG DATANG KE TANAH MELAYU DULU.JADI ROTI ITU DIPANGGIL 'ROTI CHENNAI' BILA LAMA2 SEBUT JD 'ROTI CANAI' HEHE

    ITU YG SAYA TAHU LA

    BalasPadam
  5. apek dlm crita senario apatah belajar tebar roti pun dlm toilet kan?hehehe..mungkin ambil ilham drpd cni.hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak la apek yg tebar.yg tebar dlm bilik air si wahid tuh

      Padam
    2. Banyak la apek yg tebar.yg tebar dlm bilik air si wahid tuh

      Padam
  6. Assalam,

    SMTI. Bro Mazidul, setau saya, org luar M'sia x panggil roti canai. Diorang panggil Paratha/Prata. Kt bumi UK ni, banyak Paratha yg frozen. Ada satu brand Shanaa kalau x silap, produk buatan Malaysia.

    BalasPadam
  7. oh haaa.....wahid.hhehehee...jgn mrh ha...

    BalasPadam
  8. setahu saya rori canai ni ada kt Malaysia n jiran2 ja..'canai' tu dari proses mencanai tepung nak buat roti canai..kat India sana diorang makan roti macam nan, idli, rava, dosa, capati..roti canai takda rasanya..maaf kalau salah..

    BalasPadam
  9. ye betul jugak, tak pernah terfikir roti canai ni asal dari mana ye. Rasanya kat Malaysia je kot terkenal...mknn kegemaran semua kaum sama mcm nasi lemak...

    BalasPadam
  10. Kalau tak silap, di india ada makanan yg seakan sama, tapi namanya malabar paratha

    BalasPadam
  11. SMTI..:) Roti Canai Aziz memang terbaik..:))) * pssttt... gegerl kt gambar bawah tu comey betoi la..:P*

    BalasPadam
  12. cuba tanya kenapa x bayar sewa grai

    BalasPadam
  13. roti canai asalnya dipopularkan oleh golongan india muslim,dipanggil malbari,dari daerah mallabar india ! dibawa ke tanah melayu abad ke 18,yakni zaman british lg !

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.