Selasa, Mei 14, 2013

MENGAPAKAH POLIS TIDAK MENYURAIKAN PERHIMPUNAN HARAM?

Anwar Ibrahim telah mengadakan perhimpunan di Kelana Jaya, Selangor, dua di Perak, di Pulau Pinang dan esok di Johor Bahru, Johor.

Setiap perhimpuan dianjurkan dibantah oirang awam melalui laporan polis. Selain muak dengan kesesakan lalu-lintas, mereka khuatir jika berlaku kejadian tidak diingini.


Namun pihak penganjur Perhimpunan Hitam ( akibat kegagalan Anwar menjadi Perdana Menteri )  secara terus-terusan  berdegil berhimpun biarpun tidak mematuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

Justeru, masyarakat tertanya-tanya mengapakah setakat ini tiada tindakan TEGAS diambil terhadap pihak penganjur?  Media hanya mencatatkan, tindakan AKAN diambil ...

Hemat saya, mudah.

Sebelum ini, pihak polis dilihat mengambil pendekatan menyuraikan setiap perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan. Polis Unit Simpanan Persekutuan terpaksa ditugaskan dan bertembung dengan pemdemo. Kejadian sebegitu berkebarangkalian mengakibatkan kecederaan kepada kedua belah pihak. Tiada faedah, kesakitan diundang.

Oleh itu kali ini,  polis dilihat  cuba mengelakkan pertembungan itu. 

Saya percaya, setelah maklumat dikumpul secara rapi, siasatan dijalankan dan pihak penganjur akan didakwa di mahkamah mengikut Akta Perhimpunan Aman. Mereka didakwa kelak  terpaksa turun naik  mahkamah,  begitu juga penyambung tugasan itu.

Pada masa sama, majoriti rakyat,  BUKAN  penyokong Anwar sudah mula berasa bosan  dengan perhimpunan  haram mengganggu keselesaan hidup mereka.


Sempena persaraan wajib Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 17  Mei 2013, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas jasa telah beliau curahkan untuk memastikan Malaysia berada dalam keadaan aman.

7 ulasan:

  1. Itu memang lah

    Brader
    Anwar
    Bin
    Ibrahim

    BalasPadam
  2. Is that ur only analysis?
    Come on lah...sejak Bersih 1 & 2 masih takde tindakan.
    Polis pun lembik mcm KDN asik beri amaran and announce perhimpunan ada lah haram.
    Kalau haram cepat2 lah ambik tindakan.
    Tak cukup jelas lagi ke? nak tunggu sampai rakyat bergaduh ke?
    Macam mana rakyat nak hormat polis kalau tak tegas.
    Ibarat bila dah kena bunuh atau rompak baru polis nak datang. Contohi lah pihak berkuasa Singapura...sebelum jadi besar terus tangkap and ambik tindakan.
    But as usual polis dan government takkan buat apa2...lembik.

    BalasPadam
  3. Kalau Polis ambil tindakan tegas dengan menangkap penganjur termasuk DSAI tuh confirm bertambah lagi laa demo yang tak sudah2 tu... yang hairannya, mamat nie tak mahu terima keputusan rakyat... Adakah pemimpin macam nie yang kita perlukan? nampak macam gila kuasa jer...

    BalasPadam
  4. Secara peribadi, saya juga muak dengan demo yang dianjurkan Anwar dan DAP ini. Saya tidak yakin ia mampu menumbangkan kerajaan, tetapi dalam masa yang sama, saya setuju dengan Bro Mazidul. Demo haram anjuran PR ini jika bertembung dengan pasukan pencegah rusuhan, akan mengakibatkan kesan yang buruk.
    Sebenarnya, inilah yang diinginkan oleh Anwar dan sekutunya. Apabila polis mengambil tindakan terhadap perusuh, media Cina dan antarabangsa akan memainkan isu perkauman dan sekaligus meletakkan kerajaan dalam keadaan yang sukar.
    Apabila ini berlaku, makin mudahlah Anwar memporakporandakan negara. Itulah yang Anwar inginkan, sebenarnya. Dengan kata lain, jika cara PRU secara total sudah gagal, Anwar boleh gunakan kaedah Malaysian Spring seperti yang dirancangkan awal-awal.
    Ini sahaja cara untuk Anwar jadi PM.

    BalasPadam
  5. Apa kata kita undang saja polis Singapura untuk menangani masaalah ini.......!
    Dimana kedaulatan undang-undang yang kita semua laungkan ?

    BalasPadam
  6. sejak BERSIH dulu kata akan ada tindakan, tp Peguam Negara mcm slow je.. Takkan nak tunggu geng diorg ni hancurkan negara baru nak ambil tindakan?

    BalasPadam
  7. Saya setuju dengan ulasan En.Brahim Nyior...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.