Sabtu, Mei 04, 2013

5 SET BANTING BERUPAYA MENGAKIBATKAN CALON PKR DUN KOTA DAMANSARA DAN PARLIMEN SUBANG KECUT PERUT



Isu Kompleks Muhibbah atau Uptown D' Kota, Kota Damansara, Petaling Jaya, SELANGOR, dilelong dengan harga RM4.8 juta kepada syarikat halimunan sehingga detik ini tidak mampu dijelaskan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, PR.

Transaksi penjualan itu dilaporkan  berlaku kira-kira dua tahun lalu sewaktu PR memerintah Selangor.

Nilai hartanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS itu, RM30 juta. Untung syarikat pembeli, Ilmu Panduan Hidup kerana diberikan  diskaun lebih 80%.

Dua hari lagi sebelum Pilihan Raya Umum,  PRU ke 13,  5 set banting mempersoalkan status Uptown D' Kota  telah dipamerkan di  sekitar Kota Damansara.

Satu daripada set banting itu  digantung  berhampiran  Uptown D' Kota.

Jangan pula kelak dihebahkan kepada rakyat,  bekas Menteri Besar SELANGOR,  Tan Sri Khalid Ibrahim,  bekas Ahli Parlimen,   R. Sivarasa dan bekas ADUN,  Dr. Mohd Nasir Hashim kononnya  tidak mengetahui maklumat  mengenai transaksi itu. 

Hartanah terbabit  seluas lebih 3.25 ekar,  bukan sekecil kuman.

Sejak  isu ini mula saya dedahkan  pada awal Februari lalu,  tiada respon pemimpin PR diperolehi.  Pegawai atasan  PKNS dan Majlis Bandaraya Petaling  Jaya juga membisu.

Andai PR selama ini telus dan tulus, pastinya pemimpin mereka mendesak pemilik terkini Uptown untuk memasang papan tanda sekaligus menampilkan identiti pemilik hartanah itu agar diketahui oleh umum. 

Pemimpin PR dan KRONI  manakah bersekongkol? 

Isu ini penting untuk diketengahkan sebelum pengundi Kota Damansara memilih pemimpin mereka pada 5 Mei 2013 ini.

Kerakusan cuba mengaut keuntungan sambil  mengkaburi mata rakyat bertujuan sedang berlaku biarpun tidak disedari oleh semua.


"Kira-kira 6 bulan lalu, dalam satu pertemuan di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, tiga kali saya mengajukan soalan sama kepada bekas Menteri Besar, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim dan bekas Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman,  adakah Uptown D' Kota telah dijual? MB meminta Roslan menjawab, Roslan pula menunggu MB untuk menjawab," ujar peniaga Uptown D' Kota juga penyokong kuat PKR.

"Maksudnya, mereka gagal menjawab?," tanya saya.

"Ya. Cuma Roslan ada berkata, peniaga boleh terus beroperasi, cuma premis itu diselenggarakan oleh syarikat swasta, Ilmu Panduan Hidup. Sebelum ini, kami ingatkan setelah peniaga beroperasi di Blok A mendapat pampasan, bangunan akan dirobohkan kerana pembinaan laluan MRT. Sekarang timbul cerita lain pula. Pengurus syarikat penyelenggara bakal menempatkan 159 peniaga di banguanan sama kerana hanya separuh akan dirobohkan. Setiap tapak ditawarkan dengan harga RM300," jawab lelaki sama.

Awal pagi tadi, 2 lelaki didapati gigih menggantung banting berhampiran Uptown D' Kota.


Banting apa? Mari bersama kita tengok 5 set banting digantung di sekitar Kota Damansara, semoga mampu membuka mata masyarakat  terutama pengundi.






Khalid,  R. Sivarasa dan Dr. Mohd Nasir Hashim,  sila jawab sebelum esok.







2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. MASANYA TELAH TIBA!!!

    "INI KALI LAH!" atau "LAIN KALI LAH!", mana satu yang anda pilih???

    Buat pilihan cepat di sini.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.