Selasa, Mei 07, 2013

CAKAP DOT COM ( MONEY BACK GUARANTEE )

Sepanjang kempen PRU 13,  saya melihat ramai individu  berkempen. Sebilangan bercakap bak menjerit di pentas  pengucapan awam  dengan harapan mereka dipilih oleh pengundi. Namun akhirnya kecundang.

Ramai juga calon,  berpenampilan bergaya  tetapi  bercakap secara monotomous, senada  justeru  gagal menarik perhatian audien pelbagai bangsa dan peringkat usia. Audien bersembang sambil menyuap makanan ke mulut sedang calon bersungguh-sungguh cuba menyakinkan mereka mengenai pemilihan calon pemimpin terbaik.

Melalui pengamatan, ramai pemimpin negara ini tampil  bercakap di khalayak ramai namun TANPA dilatih oleh fasilitator atau mentor  berpengalaman dalam bidang komunikasi. Oleh itu , mereka hanya bercakap  berlandaskan pengalaman dikutip daripada kaedah komunikasi pemimpin terdahulu.

"Mengikut kelaziman, sebelum berucap,  ungkapkan salutation,  ucapan terima kasih kepada pengerusi majlis terlebih dahulu dan kemudian diikuti penghargaan kepada tetamu lain," ujar saya.

Lelaki duduk di hadapan saya,  pemimpin masyarakat, berusia 43 tahun  dan kerap dijemput  berucap di pentas awam.  

Dia langsung tidak mengetahui protokol itu.

Ilmu kemahiran komunikasi berkesan,  bukan sahaja penting untuk dipelajari oleh pemimpin politik tetapi semua. Tidak kira samada anda bertugas sebagai ketua pegawai eksekutif, pengarah urusan,  pengurus,  eksekutif,  kerani, penghantar cepat atau pun  suri rumah.

Kemahiran berkomunikasi secara efektif berupaya membantu kita mencapai sesuatu matlamat  dengan LEBIH cepat.  

Selaku pengasas CakapDotCom,  saya  membariskan dua lagi fasilitator ELIT hebat  untuk berkongsi  pengalaman  dalam  bidang  komunikasi bersama mereka berminat.


Klik di sini untuk meneliti profil tulang belakang CakapDotCom.


Pengalaman  fasilitator  ELIT  bertugas bersama saya,  Omar Abdullah dan Zakiah Anas dalam bidang komunikasi,  di antara 20 dan 30 tahun.  Selain pernah tampil sebagai pengacara  program televisyen,  menjadi pengacara majlis,  penceramah dan pengerusi forum, sebahagian daripada  tugas  sebati,  menjadi darah daging kami.

Klik di sini untuk melihat sesi bengkel pernah kami kendalikan sebelum ini. Blog CakapDotCom  juga turut  memaparkan informasi berguna sebagai rujukan, klik di sini.

Kami  berkongsi teknik unik  serta pengalaman  agar  secara spontan  peserta  berupaya   mengurangkan gemuruh sewaktu bercakap di hadapan audien. Mereka juga diberikan panduan  untuk berasa LEBIH  selesa dan kelihatan  LEBIH  bergaya tatkala berdiri di khalayak ramai.  Paling istimewa, peserta berpeluang tampil LEBIH memukau berbekalkan ilmu berhubung komunikasi berkesan kami kongsikan bersama mereka.

Jika tidak berpuas hati dengan ilmu kami  bekalkan,  wang pembayaran dikembalikan semula, money back guarantee.

Hubungi Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73 untuk menempuh pengalaman menarik sebagai peserta bengkel CakapDotCom. 

Kepada  individu atau syarikat  berminat  menganjurkan bengkel Mini CakapDotCom  ( bilangan peserta di antara 3 dan 5 )  atau   latihan peribadi ( maksima 2 peserta ),  personal coaching,  sila  hantarkan  mesej  ringkas menggunakan talian  Whatsap  019 244 5354

'KEMAHIRAN KOMUNIKASI  ASAS KEJAYAAN'


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.

Catat Ulasan