Jumaat, Mei 17, 2013

5 PERKARA HARUS DIELAKKAN ... (JANGAN MELANGGAN PELACUR HANYA SATU DARIPADA PERKARA TERLARANG)



Biarpun  tidak  begitu  lama  berada di  Ho Chi Minh, Vietnam, ramai saya kenali termasuk warga  Malaysia  menetap di bandaraya ini.

"Apakah 5 perkara utama wajib dielakkan apabila pelamcong Malaysia datang ke sini?," soal saya  kepada Sani, bukan nama sebenar.

Sani anak kelahiran Negei Sembilan dan menetap di Ho Chi Minh sejak 7 bulan lalu.


"Pertama,  jangan  menggunakan perkhidmatan pencuci kasut. Pada mulanya dia menawarkan upah hanya USD1 tetapi nanti dia akan bubuh gam sikit, getah sikit, selepas itu dia akan minta dibayar 250,000 Dong atau lebih  RM30, bukan RM3.  Servis beca pun sama, pengayuh  kata USD1, selepas kita naik, dia hendak caj 250,000 Dong. Apabila kita tanya mengapakah mahal sangat? Kata USD1 sahaja? Dia akan menjawab, USD1 itu hanya untuk pelanggan  duduk di beca  sahaja," terang Sani.


Melalui pengamatan  saya,  penarik beca Vietnam  sentiasa  berlegar-legar di sekitar  kawasan pusat membeli-belah tanpa ragu   mendekati pengunjung datang dari luar negara.  Servis  membawa pelancong bersiar-siar, mereka tawarkan berulang kali sehingga kekadang teramat  mengganggu keselesaaan.

"Mereka tidak berputus asa  jika kita berkata  'no thank you'.  Kalau kita kata no sekali, mereka tetap akan datang kembali  untuk menawarkan perkhidmatan sama," kata saya.

"Kehidupan  mereka susah. Purata pendapatan harian,  RM10 sahaja sedangkan harga barang  mentah  makanan dan  sewa rumah mahal.  Gula sekilo, RM3.90," ujar Sani yakin.


Teringat  saya tatkala bertemu  jurutera muda berusia 21 tahun, Fuad Baba,  di restoran terletak di hadapan hotel tempat saya menginap.


"Rumah  tempat  saya tinggal  sejak lebih setahun lalu  disediakan oleh majikan.  Kadar sewa,  USD1,000  sebulan.  Harga  minyak petrol di sini  kekadang  melonjak  mencecah RM5 seliter. Tidak hairan kalau  jurutera tempatan  berpengalaman bekerja  lebih 7 tahun,  belum mampu untuk membeli rumah  atau  kenderaan sendiri,"  kata anak kelahiran Melaka Bandaraya Bersejarah itu.

Tambah  Sani,  menjadi  satu  kelaziman apabila  pemilik motosikal terpaksa  membayar RM15 untuk mengisi penuh  tangki  minyak  motosikal  kapcai  mereka.

"Apakah perkara ketiga tidak seharusnya dilakukan oleh pelancong Malaysia apabila berkunjung ke Vietnam?," tanya saya.


"Jangan sesekali melanggar pelacur di sini. Kerajaan  Vietnam  mengharamkan pelacuran tetapi segelintir gadis tempatan menawarkan perkhidmatan itu di rumah kedai. Bakal pelanggan dipujuk  rayu  untuk pergi mengikut mereka ke rumah dan  kemudian  akan disamun semua barangan berharga. Contohnya telefon bimbit,  wang tunai dan kalau tersilap langkah paspot pun mereka kebas. Sebaik masuk ke rumah,  sudah ada lelaki menunggu di situ untuk melakukan  jenayah  akhirnya  merugikan pelancong," jelas Sani.

Gambar di atas itu  digunakan untuk sekadar hiasan sahaja.


"Keempat,  jangan terlau bersimpati menghulurkan  wang tunai kepada pengemis atau penjual barangan tidak begitu diperlukan di jalanan.  Sebaik kita memberikan wang kepada seorang, sekelip mata sahaja,  lebih ramai lagi akan datang mengerumuni sekaligus merimaskan kita sebagai pelacong.  Akhir sekali,  pelancong wanita khususnya  tidak perlu  memakai barangan kemas secara keterlaluan  atau  menggunakan telefon bimbit di kawasan terbuka dengan cuai. Bimbang  jika barangan berharga milik mereka akan diragut.  Apapun kadar  jenayah di sini tidak begitu tinggi. Pihak berkuasa amat tegas.  Jika  penjenayah diberkas oleh polis,  mereka pasti 'masak'.  Kerajaan Vietnam melarang  sama sekali rakyat tempatan mengganggu pelancong  kerana negara ini sedang membangun. Malah sebahagian pendapatan rakyat bergantung kepada industri pelancongan," kata Sani.


Apapun, membeli-belah di Pasar Ben Thanh  amat menarik dan mengujakan ...


Klik di sini untuk melihat 'barangan' LEBH istimewa. 

4 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.