Selasa, Mac 05, 2013

AKHBAR ONLINE FILIPINA MENYIARKAN BERITA TIDAK TEPAT

Dalam sidang media oleh Ketua Polis Negara, dinyatakan tiada pegawai atau anggota pihak berkuasa Malaysia tercedera.


Sejak semalam, saya memantau berita disiarkan oleh akhbar online Filipina, PhilStar.com. Dicatatkan, wartawan akhbar terbabit berhubung dengan ketua penjenayah Suluk di Lahad Datu.

Jurucakap penjenayah di Filipina mendakwa dihubungi oleh ketua penceroboh di Lahad Datu, dua kali, pada jam 7.30 dan 9.30 pagi tadi. Mereka mendakwa serangan dilakukan di bekas tapak mereka berkumpul sebelum ini.

"He told us that the Malaysian and the police commandos, about seven batallion, attacked the place suspected of being Agbimuddin's camp," kata jurucakap terbabit.

Hemat saya, informasi disogokkan kepada akhbar Filipina itu tidak tepat. Hanya 5 batalion ATM berada di Lahad Datu. Dua lagi, di Kunak dan Semporna.

Ketua kumpulan penceroboh mendakwa semua ahlinya selamat.

Baca laporan disiarkan di sini.

Terkini, GMA News melaporkan kumpulan militan berpiket, bergerak menuju ke bangunan Kedutaan Malaysia di Makati City, mendesak serangan pihak berkuasa Malaysia di Lahad Datu dihentikan.

Namun, pihak berkuasa Filipina memberhentikan tindakan mereka, klik di sini.

Sepatutnya rakyat Malaysia wajar berpiket di Kedutaan Filipina di Changkat Kia Peng, Kuala Lumpur untuk memprotes dan mendesak kumpulan penjenayah menghuru-harakan Lahad Datu berundur, bukan sebaliknya.

Barangkali mereka berpiket di Filipina tidak menyedari ramai rakyat negara sama mencari rezeki di tanahair kita pada ketika ini.





Gambar di atas jelas menunjukkan mereka berdoa, kumpulan penceroboh di Sabah berada dalam keadaan selamat.

Berikut petikan akhbar terbabit.

'Sulu Sultan Jamalul Kiram III, center whose brother Raja Muda Kiram, along with more than 200 of their 'Royal Army, followers have occupied a Malaysia village since February 9 th, joins a protest outside the Blue Mosque at the suburban Taguig City of Manila'

Pelikkan?

Saksikan video ini dan doakan pasukan keselamatan kita selamat melaksanakan misi mereka memelihara kedaulatan negara kita cintai.


15 ulasan:

  1. Memang pelik! Habis cerdik dah la tu..

    BalasPadam
  2. siapa yang ceroboh siapa sebenarnya nih... alahai... dah terang2 si sulu tu ceroboh malaysia.. abis tak kan malaysia nak pandang jer? mestilah kita akan mempertahankan negara kita yang tercinta nih..

    BalasPadam
  3. Sengal Filipino ni... Datang Sabah tunjuk samseng pehtu nak paksa kita terima kehendaknya..
    Teruk betul kebodohannya.

    BalasPadam
  4. tali barut penghianat negara tetap mempertahankan hujahnya,,tahniah kepada pasukan keselamatan kita, hancur leburkan pencoroboh negara kita hatta secebis tulang...sampai tidak terkesan...

    BalasPadam
  5. Orang Cina di lahad Datu semya dah lari je Singapura, Sarawak dan Semenanjung.

    BalasPadam
  6. Oh Malaysia Ku ...You're so generous , so rich with kindness , every country that surrounds you envies your richness. There was soccer war with Indonesia, and they drag the issues during the 60s the ganyang Malaysia and now this Sulu island...think this way Island people with lowly educated Sultan going to take over Sabah and twist the story for his own benefit. The mentality of Philipines people is well known as crab climbing other crab ...it's never ending circle! ..Even the Filipino government is no good with this situation, and the media, as always, is even worse! Hopefully a peaceful end and no more bloodshed!

    BalasPadam
  7. Ya Allah..dengarlah rintihan hambaMu..Ya Allah..

    BalasPadam
  8. Mentaliti sama dgn org Indonesia depa ni sikit2 demo

    BalasPadam
  9. Itulah tak boleh caya sangat dgn paper Filipina ni. Malangnya ada politician kita (termasuk Menteri) yg percaya sangat dgn laporan paper Filipina...

    BalasPadam
  10. pelik,sapa serang sapa ni..tak malu betul...

    BalasPadam
  11. Media mereka pun sama dengan media malaysia yg dikawal oleh pemerintah, tidak betul tidak tepat tidak telus berat sebelah, war-war kan dia media kepada rakyat malaysia buat protes di kedutaan mereka dia sini, datang beramai2 , ada berani? Pihak media buat?

    BalasPadam
  12. Mengapa Kau Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah Hilang" lalalalalala....awat anuwat nyanyi lagu ni...macam dia tau sumting je...

    http://www.youtube.com/watch?v=TNkgB_ck990"Tanya Sama Najib,

    BalasPadam
  13. Blog saudara sangat menarik. Terima kasih .

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.