Iklan Zone A

Ahad, Februari 24, 2013

UDANG MENYOROK

Saya dan rakan minum petang di Teh Tarik Place, di The Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Ada makan mi goreng, ada sekadar minum teh ais sahaja dan ada memesan cucur udang. Satu set, di potong empat, berharga RM2.40. Memang saya membawa wang mencukupi untuk makan dan minum.

Malangnya, selera hilang sebaik melihat 'cucur udang' versi digoreng oleh pekerja warga asing.

Hangit tetapi masih dihidangkan kepada pelanggan. Apabila diajukan kepada pengurus bertugas, juga warga asing ...

"Sorry," katanya.

Pelik, nama juadah cucur udang tetapi udang mungkin menyorok.


10 ulasan:

Amin A. R berkata...

eh, apa jenis cucur udang macam tu?

Navi berkata...

cucur udang Lombok !!

StingRay berkata...

Kalau Chef Gordon Ramsey ada ni, mampos kena maki tukang masak tu.haha.

Sebuah Perjalanan berkata...

Kalau minta cucur badak tak taulah cam mano!!

JoeHamid berkata...

Nasib baik tak minta cucur badak....lagi haru...

JoeHamid berkata...

Nasib baik tak minta cucur badak, lagi haru biru...

zariffzarifah berkata...

kalau takde udang, tak cukuplah ramuan cucur udang tu... setakat sorry je tak cukup...

zariffzarifah berkata...

diorang takde stok udang le tu... patut name cucur kosong jer...

Ratu Hatiku berkata...

hihihi itu cucur udang versi seberang la tu :P

abdooss berkata...

Sabarlah,

Saya telah sekian lama nak tengok badak dalam cucur badak.. tak pernah dapat tengok ... :(