Khamis, Februari 07, 2013

TAKRIFAN MANIFESTO


Gambar di bawah dipetik daripada Keadilan Daily Online.


Gambar terbabit saya anggap penting bukan kerana memuatkan wajah Saifuddin Nasution tetapi kerana ayat dipaparkan.

'Pakatan lancar manifesto PRU 13 pada konvensyen ke-4 ...'

Saya tidak pernah bergiat aktif di dalam parti politik dan sebagai blogger saya mempunyai persoalan barangkali boleh dijawab oleh semua samada ahli UMNO, PAS dan Parti Keadilan.

'Jawab' bermaksud mencatatkan buah fikiran atau pandangan peribadi secara rasional TANPA perlu mengecam,  mencaci atau menghina UNLESS perbuatan itu sudah sebati dalam diri dan parti diwakili.

Hujahnya begini.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, dalam ucapan beliau menyatakan secara jelas, manifesto bukan janji. Khalid, wakil pemerintah tertinggi Pakatan Rakyat, PR di Selangor.

Jadi apakah takrifan sebenar perkataan 'manifesto' kepada PR?

Menurut Kamus Pelajar Edisi 2, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, manifesto bererti 'pengumuman tentang dasar dan tujuan sesuatu parti politik'.

Jelasnya, manifesto bukan janji.

Oleh itu, secara literal,  bolehkah kita simpulkan,  kandungan manifesto tidak perlu dipercayai 100%? 

Contohnya, sejak  2008, sebagai penduduk di negeri Selangor, saya masih tidak pernah mendapatkan bekalan 20 meter padu air percuma seperti dimuatkan dalam manifesto PR sebelum Pilihan Raya Umum 12.

Itu fakta.

Kepada mereka telah menikmati kemudahan seperti dijanjikan, bagus. Namun hakikatnya BUKAN semua rakyat Selangor dibekalkan air percuma itu.

Mengapa?

... kerana manifesto BUKAN janji.

10 ulasan:

  1. pd pendapat saya, soalan yg sepatotnya dtanya : knpa x dpt air free?

    anda sendiri pasti blh menjawabnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. jawapannye tau komen tak tau buat politi yg berasaskan benci dengki dan fitnah selalunya memakan diri.

      Padam
    2. jawapannye cakap tak serupa bikin hukumnye kena tanya mahagaru nik ajis

      Padam
    3. yg x dpt air free adalah penghuni bgnan berstrata(flat/apartment/condo) yg mana sistem pembekalan air d urustadbir oleh pihak pengurusan bgnan.. sekian t.kaseh

      Padam
  2. janji depa pembangkang ni nak kencing rakyat lagi. tu yang pasti. PRU 13 kita tolak penipuan pembangkang.

    BalasPadam
  3. Manifesto PR@BN semuanya sama mksdnya..Jika saudara cuba mempertikaikan 20L air percuma sy telah lama mempertikaikan lebuh raya Kelantan..BN penah mskan projek lebuh raya Kelantan dlm RMK5,penah jg berkata "Jika BN berjaya@tidak menwan Kelantan lebuh raya akan tetap dibuat..tp hkkatnya smpai skrg lebuh raya itu xdibuat..malah sudah pn dibuang dlm RMK...cdngan sy utk saudara jdlah wartawan utk UMNO/BN sepenuh ms krn anda sudah xlayak jd wartawan utk rkyat...

    BalasPadam
  4. Manifesto adalah perancangan kerajaan.

    BalasPadam
  5. Biarlah bagaimana kamus nak takrifkan maksud 'manifasto'. Tapi bagi rakyat kebanyakkan, manifesto pilihanraya itu adalah JANJI para politikus untuk meraih undi rakyat. Ia umpama iklan sesebuah syarikat untuk meningkatkan jualan. Syarikat itu jangan sewenang-wenangnya mengiklan apa yg mereka tak boleh sediakan. Setelah transaksi jualan terlaksana hasil daripada iklan itu, maka syarikat perlu mengotakan apa yg telah mereka iklankan. Kalau tidak - heret mereka ke tribunal pengguna.

    BalasPadam
  6. Wakaka...kompem la kan xbuat hiway g kelantan sebab kerajaan negeri nak kerajaan pusat guna kontraktor tempatan..atas alasan apa...sama-sama la kita senyum...komisyen...komisyen...tu sebab aku cakap tak payah nak fanatik dengan parti ni...baik dacing,bulan,roket buruk,mata lebam...ni semua taik je...kalau depa menang, jadi YB...yang kaya anak beranak depa je.

    so ingat la yer manifesto bukan janji...HANCINGGGGGGGG

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.