Ahad, Februari 03, 2013

BERSOLAT SUBUH DI TEPI JALAN SEDANGKAN SURAU TERLETAK KURANG 50 METER



Sebelum ini peniaga Pasar Tani berniaga di Kompleks Muhibbah Petaling Jaya,  Selangor di Kota Damansara. Namun lebih setahun lalu, mereka tidak lagi dibenarkan beroperasi di lokasi terbabit.

"Mengapa?," soal saya kepada Azman.

Azman Abdul Rashid, kakitangan urus setia FAMA.


"Entahlah, kami pun tidak tahu. Dengarnya kompleks itu telah dijual tetapi tidak tahu kepada siapa. Mungkin Mazidul tahu?," soalnya.

Saya menggelengkan kepala sambil merenung wajahnya.

"Ramai peniaga Pasar Tani tiba di sini sebelum waktu subuh tetapi sejak Disember 2012, mereka tidak dibenar menggunakan surau dan tandas di kompleks. Saya pernah berjumpa dengan pengawal keselamatan bertugas tua. Katanya, saya kalau orang hendak sembahyang, saya bagi masuk . Namun pengawal muda itu sesekali melarang masuk," terang Azman.


"Kalau pengawal Nepal bertugas, memang dia tidak benarkan peniaga masuk langsung. Dia takut untuk membuka pintu pagar," sampuk peniaga berdiri di sebelahnya.

"Jadi bergantung kepada budi bicara pengawal menjaga pintu masuk?," tanya saya.

Mereka bersetuju.

"Jom! Saya bawa berjumpa Haji Saiful," pelawa Azman.

Haji Saiful Bahari Samuji, 48 tahun, peniaga menjual sayur di Pasar Tani.


"Sebelum ini semasa berniaga di kompleks itu, jika kami datang awal, tiada masalah untuk sembahyang subuh dan membuang air kerana kemudahan itu ada di dalam," ujar Haji Saiful.


"Sekarang?," celah saya.

"Saya membawa sejadah dan air bersih di dalam botol dari rumah di Banting untuk mengambil wuduk," balasnya.

"Sembahyang di mana?," soal saya.

"Di situ," balasnya.


Tidak salah bersolat di tempat bersih tetapi agak ganjil kerana surau terdekat terletak kurang 50 meter.

"Tandas?," tanya saya lagi.

"Di sana itu ada tandas curah berdinding papan untuk membuang air kecil, peninggalan pekerja kongsi Indonesia," jawabnya.


"Terdapat 54 peniaga berbangsa Melayu mencari rezeki di Pasar Tani. Hanya seorang Cina, penjual telur ayam," kata Azman.


"Pengawal keselamatan mendakwa beberapa barang didapati hilang selepas membenarkan peniaga Pasar Tani bersolat dan menggunakan tandas. Kami masuk hanya untuk sembahyang. Sebelum ini, sewaktu kami berada di dalam kawasan kompleks pada waktu subuh,  masih terdapat peniaga lain di situ. Jika benar berlaku kes kecurian barang, kami pun tidak tahu," jelas Haji Saiful.


Haji Saiful, ayah kepada 5 anak berusia di antara 3 dan 20 tahun, mula berniaga di pasar malam sejak 30 tahun lalu di pelbagai lokasi.

"Kalau di Banting,  peniaga solat di rumah terletak berhampiran tapak pasar malam. Tiada masalah," kata Haji Saiful.

"Apapun semua peniaga terpaksa akur, kompleks itu bukan lagi milik PKNS. Justeru keputusan untuk membenarkan peniaga bersolat subuh di surau atau tidak, hak mereka. Cuma agak menghairankan, adakah sesiapa nampak papan tanda syarikat swasta terbabit di sekitar, menunjukkan kompleks itu sudah menjadi 'private property'? Mungkin saya terlepas pandang," kata saya.

"Tiada," kata mereka serentak.




"Peniaga Pasar Tani diarahkan keluar dari kompleks itu kira-kira lebih setahun lalu. Semua tidak tahu PKNS menjual premis itu kepada siapa sebenarnya," celah Azman.


"Saya terdengar desas-desus, kompleks itu dijual dengan harga RM4.8 juta tetapi angka itu tidak dapat disahkan lagi," kata Haji Saiful.

Ramai cuba meneka dalam kesamaran. 

Apapun, membeli premis terbabit bukan satu kesalahan.  

Cuma sebilangan anggota masyarakat barangkali ingin mengetahui mengapakah PKNS menjual kompleks itu? Dijual kepada siapa? Berapakah harga sebenar transaksi? Mengapakah tiada papan tanda syarikat setelah lebih 12 bulan mengambil alih premsi itu?

Sila klik di sini.




"Saya pernah berbincang bersama penyelia kompleks itu. Mohon hanya peniaga  memakai baju Pasar Tani diizin mengerjakan sembahyang. Surat juga telah dihantar pada 17 Januari lalu kepada pihak pengurusan premis itu," kata Azman.


"Wakil pihak pengurusan kompleks menghubungi saya dan membenarkan secara lisan namun tiada dokumen balas bercetak. Pengawal keselamatan tertentu masih tidak membenarkan peniaga masuk untuk bersolat dengan alasan tidak dimaklumkan oleh pihak pengurusan," tambah Azman.

"Minta tolong itu atas dasar sesama Islam, kuasa tetap di tangan pihak pengurusan, kan?," soal saya.

"Betul, kuasa di tangan mereka," celah Haji Saiful.

YB Dr Nasir, sila pergi membantu peniaga terbabit, namapun wakil rakyat.


11 ulasan:

  1. hermmm.. benda simple mcm tu pn sampai nk melibatkan pengurusan..padahal sesama islam boleh jer toleransi..tetapi betul ker kompleks tu dijual. mohon pencerahan PKR la mcm ni.

    BalasPadam
  2. Fuhhh, baru kuasai negeri Selangor, hak untuk Muslim mengerjakan solat dah disekat.

    Untuk mengelakkan dakwaan ini sebagai fitnah, PKNS atau Kerajaan Negeri Selangor harus beri pengesahan, adakah tanah tersebut sudah dipindah milik kepada pihak ketiga.

    BalasPadam
  3. Mungkin YB kurang peka atau saja buat2 PEKAK sebab isu ni kurang glamour. Kalau dah panggil wartawan mai sekali masa tu YB akan sebok nak bergambaq. Masa tu jugak la berjanji itu ini. YB akan bertindak atas kepentingan poket sendiri dulu...itulah hakikat YB di Malaysia. yang depa pandai Berdemonstarasi...pooodah

    BalasPadam
  4. Hmmmm bagaikan ada agenda tersembunyi...

    BalasPadam
  5. Salam. Saya dah email ke opis YB Dr Nasir. Kita tunggu tindakan n jawapan mereka...

    BalasPadam
  6. Apa dah jadi dgn anak syarikat negeri Selangor? Ditibai habis puak PR ni. Nampak sangat tak tau mentadbir.

    BN tak perfect. Tp rakyat masih dapat manfaat. Bila PR memerintah, rakyat dapat hampas. Yg untung cuma kroni pemimpin PR. Selamatkan Selangor, UNDI BN!

    BalasPadam
  7. ishkk .. haru ler macam ni.Negara MALAYSIA .. negara kita .. Agama Islam agama resmi .. tapi nak solat pun kena minta ' permisi ' .. aduhhh ... apa nak jadi ni ?? Kalau pergi negara bukan Islam pun, rasanya tak seperit ini ..

    BalasPadam
  8. Satu cara yang sungguh sistematik untuk menghalau, menjatuhkan dan meminggirkan orang Melayu dari Selangor. Cara yang paling berkesan ialah 'menaikkan harga sewa' dengan sewenang-wenangnya.

    Contohnya di KLCC dan Alamanda, beratus-ratus ruang niaga yang dibina, Orang Melayu cuma ada 6 kedai sahaja.

    Sejak Selangor dikuasai oleh Parti DAP, terlalu banyak harta PKNS yang dimajukan demi untuk Kemjuan ekonomi Orang Melayu Muslim dijual dan dilupuskan denga cara yang sangat sistematik dan sah dari segi undang-undang.

    Orang Melayu harus buat pilhan bijak dalam PRU kali ini, jangan menang sorak 'Negara' gan jadi Melayu Singapura, Melayu Pulau Pinang dan Melayu Kuala Lumpur dan Melayu Selangor. Jadilah Melayu Islam yang sebenar macam Melayu Kota Damansara atau Melayu Pulau Langkawi.

    Rasullullah sendiri telah menegaskan bahawa Agama, Ekonomi adalah penting diikuti oleh Kuasa Pemerintahan.

    Apapun, terpulang kepada penduduk Kota Damansara dan Selangor untuk ketentuan masa depan anda, buat pilihan yang tepat, fikir panjang-panjang dan sebijak-bijaknya. Jangan merempat di tanah sendiri.

    BalasPadam
  9. ehhh...nak sembahyang pun tak boleh? Apa yang disorok dalam kompleks PKNS yang kosong tersebut...ketul-ketul emas?

    Ini seakan-akan taktik lembut yahudi Israel menghalau umat palestin, mula-mula dibelinya tanah. Sekarang ia berlaku di Malaysia melibatkan tanah dan harta orang Melayu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.