Iklan Zone A

Rabu, Januari 09, 2013

TOLONG SELESAIKAN MASALAH RAKYAT SEBELUM KE HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT, BOLEH YB?

Saya perhatikan, lebih dua minggu lampu isyarat di persimpangan Persiaran Surian ke Giant Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, tidak berfungsi.

Tiada nyalaan lampu berwarna hijau, kuning dan merah.


Lihat, sebilangan pemandu kenderaan mengambil risiko, menyabung nyawa  ketika cuba membelok ke simpang kanan.


Barangkali tidak berasa selamat, ramai pemandu terpaksa menggunakan simpang empat, kira-kira 100 meter di hadapan, berhampiran Sunway Giza kerana lampu isyarat terbabit berfungsi. Melalui pengamatan saya, pada waktu petang, jalanraya menjadi sesak. 


Sebelum ini, lampu isyarat di Seksyen 11, Kota Damansara dilanggar kenderaan dan hampir tumbang, klik di sini.

Beberapa hari kemudian, lampu terbabit diperbaiki, klik di sini.  Terima kasih kepada kakitangan syarikat Sharp Target Engineering. 


Jam 5.35 petang tadi saya menghubungi wakil syarikat sama.

"Tahukah mengenai lampu isyarat Persiaran Surian ke Giant Kota Damansara? Lebih empat belas hari tidak beroperasi," ujar saya.

"Tahu tetapi itu bukan di bawah kendalian syarikat saya sebab itu tiada papan tanda memaparkan nombor telefon mudah alih saya. Lampu isyarat dan persimpangan itu belum lagi diserahkan oleh pemaju kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ. Khuatir kalau saya perbaiki nanti orang ramai ingat saya menceroboh pula," balasnya.

"Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah itu?," soal saya lagi.

"Hubungi MBPJ dan pihak terbabit akan membuat susulan dengan pemaju kawasan terbabit," balasnya.

InsyaAllah, esok saya akan menghubungi MBPJ dan bertanyakan mengenai perkembangan usaha untuk memperbaiki lampu isyarat itu.

Setakat ini, simpang terbabit layak digelar 'simpang menanti maut'.

Kepada Yang Berhormat, YB wakil rakyat Kota Damansara, sebelum menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini, ada baiknya terlebih dahulu membantu untuk menyelesaikan masalah rakyat di Kota Damansara.

Nama gelaran pun wakil rakyat.

Saya bukan YB, hanya sekadar menghulurkan bantuan sedaya mungkin kepada pengguna jalanraya. 

7 ulasan:

Carlos Santiago berkata...

itulah yg berlaku harini..setakat buat demostrasi pong pang..tapi byk benda xsettle...saman no.1...BANkami

salfhi berkata...

chai cai

tiga minit berkata...

lalu malam lagi bahaya..dengan gelap situ keta, lori laju2

Halizan Asmat berkata...

Nama wakil rakyat...tapi...buat kerja bukan untuk rakyat...politik peribadi...

pinkytigress berkata...

haha..kan? masalah dlm kain x setel...sibuk sgt nak setel masalah yg carik sendiri....cehh..

mazeer mohamad berkata...

boleh jadi port penjenayah..

ASYIK:NENEK TUA ASYIK GOYANG GERUDI!
RAHSIA:KISAH SEBENAR DI SEBALIK ‘HARIMAU MALAYA’
SERAM:PEMBEDAHAN TUKAR JANTINA DARI PEREMPUAN KEPADA LELAKI!

Nana Farhanna berkata...

slalu lalu jalan ni utk pergi the curve. slalu jam even wkdays. mmg disaster la kalau tfic light rosak...