Jumaat, Januari 18, 2013

SOALAN CEPU EMAS

Mereka berseragam lengkap dan lazimnya jarang mengukirkan senyuman. Mereka juga kedengaran janggal berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu.

Begitulah gambaran tersebar berhubung penampilan pengawal keselamatan warga asing sering kali kita lihat bertugas di pelbagai lokasi di negara ini. Mereka berkhidmat di pintu masuk utama kawasan perumahan berpagar, di pusat membeli-belah mahupun di tapak pembinaan.

Majoriti kita, warganegara Malaysia mengikut arahan mereka tanpa sebarang bantahan kerana mereka dianggap berkuasa. 

Sila teliti semua gambar saya rakamkan, di bawah.


Mereka semua kelihatan seperti pengawal keselamatan TETAPI sebenanya warga asing bekerja secara HARAM atau tidak sah. Warga India, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan menyalahgunakan permit kerja sekaligus TIDAK layak bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara berdaulat ini.

Baca nukilan ini untuk mengetahui fakta lebih terperinci.

Jika berasa syak, dimarahi atau diherdik oleh pengawal keselamatan warga asing, tanyakan soalan cepu emas berikut kepada mereka ...

"Awak berasal dari NEGARA mana?"

JIKA mereka bukan rakyat Nepal atau warganegara Malaysia, dial '999' dan mohon pihak polis datang untuk memberkas mereka.

Saya telah membuktikan tindakan itu amat berkesan, pembaca juga mampu bertindak sama.


Contohnya, di sini dan klik di sini.

Benar! Mereka sebenarnya tidak kebal daripada tindakan undang-undang.

Sampai bilakah kita harus membenarkan mereka menjaga keselamatan harta benda kita? Sedangkan pengawal keselamatan terbabit bertugas secara haram?

Sila baca pengalaman saya menemu bual pengawal keselamatan pada awalnya mendakwa berasal dari Pahang, sedangkan ...

Klik di sini.

Adakah kelompok seperti itu harus kita percayai untuk bertindak sekiranya anak-anak bermain di padang diculik?  Apakah mampu mereka lakukan? Adakah pengawal keselamatan berkhidmat secara tangkap muat itu, kita jadikan sandaran untuk memberkas penjenayah cuba memecah masuk ke kediaman kita?

Tentunya tidak.

Mereka pasti memboloskan diri sebaik anggota polis tiba di lokasi kejadian akibat khuatir diberkas sebelum penjenayah dikesan.

... dan ingat, perkhidmatan mereka dibayar, bukan percuma seperti sampel minuman dan makanan diedarkan di pusat membeli-belah.


Pada masa sama, saya juga berasa simpati terhadap nasib sebilangan pengawal keselamatan sah bertugas di negara sendiri. Lazimnya, imbuhan diberikan kepada mereka tidak berkadaran dengan waktu tugasan. Mereka kekadang terpaksa bertugas lebih 24 jam dan tidak dilayan secara baik oleh majikan sekadar berhasrat untuk mengaut keuntungan, klik di sini.

Apapun, sikap sebilangan pengawal keselamatan tempatan juga kekadang boleh dipertikaikan, baca di sini.

Ingin saya peringatkan kepada semua pembaca, jangan sesekali menyerahkan kad pengenalan diri atau lesen memandu kepada SEMUA pengawal keselamatan samada warga tempatan atau asing. Mereka tidak berhak menyimpan dokumen itu tetapi dibolehkan mencatat maklumat diri kita sebagai rujukan sebelum kita memasuki kompaun jagaan mereka.

Sementara itu, penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri secara berterusan wajib melaksanakan tindakan tegas terhadap semua syarikat membekalkan pengawal keselamatan haram, klik di sini.

Bermula hari ini, setiap kali ditahan oleh pengawal keselamatan disyaki warga asing, sila tanyakan identiti mereka sebelum mereka mengkaburi pemikiran kita dengan penampilan pakaian seragam mereka.

Rujuk kes di entri ini.

Oh! Ya!

Petang semalam, saya berpeluang meninjau lokasi terbabit buat kali ke tiga. Kelihatan arahan TNB telah dipatuhi.


Kepada pengurus projek terbabit, tidak perlu terus berang, saya hanya mencuba untuk menyelamatkan nyawa orang awam tanpa balasan imbuhan.

Andai masalah terbabit tidak dipaparkan di blog ini, barangkali dia hanya sekadar menutup mata, sama seperti tindakan semua pengawal keselamatan haram cuba mengkaburi panca indera kita.

Ingat, tanyakan soalan pembunuh atau the killer question...

"Awak berasal dari NEGARA mana?"

...dan bertindak sewajarnya.

Boleh?


15 ulasan:

  1. Boleh abg mazidul...info yg berguna utk rakyat malaysia..mlm nih,saya tinggal bini saya tau abg mazidul..

    BalasPadam
  2. pengawal keselamatan di kondo saya tak boleh berkomunikasi dlm bahasa malaysia dan bahasa inggeris... camna dia boleh jadi "jaga"? hanya angguk, angkat bahu, gerak tangan dan ckp "yes, bos"

    BalasPadam
  3. berkenaan pengawal keselamatan bangsa asing ni, saya dah pernah alami.

    beberapa tahun lepas saya menyewa di sebuah apartment... seriuosly, pengawal dia terlalu la kurang ajar. tak padan dengan dia tu warga asing.

    1st day sy menyewa, mlm tu dia clamp kereta sbb takda stickr. pdhal dah bgtau awal2, sticker tu ada kat tuan rmh. dh dpt sy tampal la.

    tak pasal2 masuk kerja lambat sbb tggu dia buka clamp.

    balik kerja pulak, dia taknak buka palang kat sy. yg ni sbb kes access card pulak. tn rumah x bg lg access card sbb hilang. so tggu yg bru... tp dh bgtau dia juga la mcm tu.

    bila sy smpai dpn palang dia xnk bukakn.. bila sy dh mrh2, dia suruh sy parking kt tmpat pelawat yg dpn pondok dia tu. sy ckp xnk.... boleh dia jerit kt sy dia ckp nk clamp lg kereta sy mlm tu...

    giler la... mmg tak sedar2 diri... lastly sy pergi kat dia cakap dpn2... u clamp kereta i, i report polis kata u kerja tanpa permit... terus senyap....

    BalasPadam
  4. syarikat kawalan yang untung ambil pekerja asing nie...

    BalasPadam
  5. saya setuju bro.. tak usah salahkan orang kita taknak kerja jaga.. cuba tengok pengawal keselamatan jusco.. semua orang tempatan.. boleh je..

    BalasPadam
  6. mana tak kebal bro...depa ni bekerja dengan kompeni yang dimiliki oleh dato/datuk, bekas polis, bekas askar dan segala jenis bekas lagi la..Sesungguhnya yang bekas-bekas ni lah lagi berkuasa dari yang masih berkhidmat..itu yang menyebabkan depa rasa secure...harini kena tangkap, esok boleh keluar maaaaaa...depa bole marah kita cam anjing je

    BalasPadam
  7. Minta budi baik ada sesiapa yang sudi menerangkan apakah maksud "SMTI" yang sering saya nampak di sini. Puas saya memikirkan apakah maknanya.

    BalasPadam
  8. SMTI....salam bro..meh la jenguk kat Desa Tun Razak Apartment...ade 3 restoran warga Bangladesh...2 kedai runcit warga sama..1 kedai gunting rambut warga yang sama juga...dan 1 kedai game online..yang pelik ya polis selalu buat rondaan kat sini..tapi macam xde pape tindakan je...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.