Selasa, Januari 29, 2013

KISAH GURAMI

Tengah malam semalam sebelum melelapkan mata, saya terpaku seketika mengkagumi fenomena alam.

Anak ikan Gurami di dalam akuarium kelihatan amat lemah.


Semakin lama, ikan itu kelihatan tidak berupaya mengapungkan diri, barangkali akibat kesakitan dialami.


Spontan, terfikir ...

Apakah mampu saya lakukan sebagai manusia untuk membantu ikan itu? Saya perhatikan ikan lain di dalam akuarium sama,  sihat berenang cergas.



Saya terus memerhati ...

Anak ikan Gurami terbabit menjadi semakin tidak bermaya namun tetap berusaha mengapungkan dirinya.


Pada waktu sama, ikan Sebarau dan Patin kelihatan gembira berenang ke hulu ke hilir dan cuba menghampiri anak ikan Gurami. Sebelum ini, saya pernah terlihat dua spesis ikan sungai itu menelan anak ikan kecil. 

Hanya ekor mangsa kelihatan terjulur keluar dari rahang pemangsa.


Apakah anak ikan Gurami sedang tercungap-cungap bakal menjadi mangsa seterusnya? Perhatikan mata ikan di bawah, bak menagih simpati agar diselamatkan.


Bak di ambang kematian, tiba-tiba kejadian aneh berlaku. Tiga ekor ikan Gurami dewasa kelihatan berkumpul.


Tatkala  patin cuba menghampiri anak Gurami, ketiga-tiga Gurami dewasa bertindak pantas bak berlumba, berenang menghampiri Gurami kecil dan mengelilinginya.


Bersilih-ganti, anak Gurami disentuh menggunakan muncung sekalgus dikawal dek dua daripada tiga Gurami dewasa.


Tanpa disedari, lebih sejam saya berdiri sambil merakamkan gambar gelagat empat ikan tebabit. Sebelum bergerak ke Bagai Serai, Perak semalam, saya dapati anak ikan Gurami itu kembali sihat dan berenag seperti biasa.

Alhamdulillah.


Klik di sini

11 ulasan:

  1. ikan pun ada semangat saling membantu, sayangkan yg lemah... istimewa nyer

    BalasPadam
  2. macam buku cerita bergambar kanak2..

    BalasPadam
  3. Ikan pun saling membantu sesama sejenis, yang kuat bantu yang lemah..tapi di kalangan manusia..sesama kaum pun nak makan..dunia oh dunia..mendalam entri kali ini..

    BalasPadam
  4. SubhanAllah...observation yg bagus sekali...Kalau haruan agaknya bagaimana ya?

    BalasPadam
  5. Setuju dgn pendapat Norasiah Nasir tu... :D

    BalasPadam
  6. Bak kata Ibu SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR, aura orang sihat akan menyerap ke orang sakit sekiranya kita tunjukkan tanda2 keceriaan.. :')

    INFO:LUKISAN LUCAH YANG TERMAHAL DI DUNIA!
    SERIUS:MOTOSIKAL YANG MAT REMPIT SERAM NAK BAWA!
    SADIS:FESYEN KETERLALUAN LELAKI YANG LAWAK MEMALUKAN DIRI!

    BalasPadam
  7. SMTI...Ikan pun kenal erti kasih sayang :)

    BalasPadam
  8. spesis ikan pemangsa dan spesis ikan herbivorous memang tak sepatutnya dicampurkan sekali walaupun akuarium tu cukup besar, lebih2 lagi bila ada perbezaan saiz yg ketara.. tak compatible... nnt ikan sepat kecik tu akan stress lagi bila ikan patin dan sebarau tu dah jemu dgn makanan pallet yg diberi...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.