Ruang Iklan Zone A

Jumaat, Januari 11, 2013

JIKA KOMPUTER BERMAIN JUDI, MENGAPAKAH ORANG DITAHAN?




Berulang kali saya membaca paragraf di atas sambil membeliakkan kedua biji mata tetapi masih lagi berasa keliru dengan erti kenyataan dipaparkan.

Perhatikan ayat berikut ...

'... merampas 16 set komputer kerana disyaki menjalankan kegiatan perjudian.'

Maksudnya?

16 set komputer dirampas terbabit dalam kegiatan perjudian? Komputer itu disyaki bermain judi? Oh! Tidak mungkin!

Klik di sini untuk membaca laporan penuh akhbar Sinar Harian.

Berjudi itu manusia, bukan komputer.

Komputer dirampas itu digunakan oleh pelanggan (manusia) untuk berjudi, barangkali itu maksud sebenar penulis.

Andai komputer bermain judi, tidak perlu pihak polis memberkas 11 individu seperti dilaporkan di paragraf pertama. 

Saya juga bukan terlalu hebat dalam bidang penulisan dan mungkin terkeliru, mohon pembaca blog ini membantu saya untuk lebih memahami maksud ayat wartawan terbabit.

Tolong ...

4 ulasan:

amelia shafer berkata...

SMTI: Adesss... sangat mengelirukan *biarpun saya faham maksud sebenar penulis*.. Mohon penulis lebih berhati-hati dalam penulisan & penggunaan ayat selepas ini..:))) Boleh disalah tafsir ni..:))

Setepek Setepek berkata...

maaf mungkin menyimpang daripada topik tapi nak tanya ada tak sesiapa yang tahu macam mana nak mohon komputer-komputer yang dirampas ini untuk kegunaan sekolah...sayang la komputer-komputer ni kalau dimusnahkan begitu sahaja

Navi berkata...

judi kuda pulak camna ekk..?
penah dgr polis tahan joki & kuda..?
xpaham aku !!

mazeer mohamad berkata...

dah terang2 orang yang berjudi..

hihihi!

SERAM:HANTU KEPALA PUTUS DITEMUI!
LAWAK:GADIS CANTIK INI MENGAMBIL GAMBAR DENGAN BUAH DURIAN!