Pagi tadi sewaktu berada di pejabat, saya terserempak dengan Sasha Bashir, 32 tahun. Sasha pernah mengendalikan program Dansa di TV3 sebelum ini.
"Dalam kejadian pada tahun 1993 itu, kami sekeluarga kehilangan semua harta benda. Mujur ibu (Annette Bashir) dan adik saya, Sabrina sempat keluar dari bangunan apartmen blok satu sebelum struktur terbabit menyembah bumi. Ketika kejadian, ayah berkebetulan pergi bermain golf," kata wanita berketurunan Melayu-Australia itu.
Sasha pula berada di Petaling Jaya, Selangor, mengikuti kelas tarian.
Saya menjelaskan kepada ibu seorang anak itu, kru Penyingkap Fakta berkunjung ke lokasi tragedi itu pada 17 Disember 2012, klik di sini.
Saya menjelaskan kepada ibu seorang anak itu, kru Penyingkap Fakta berkunjung ke lokasi tragedi itu pada 17 Disember 2012, klik di sini.
"Struktur runtuh itu blok satu, di tengah, blok dua manakala satu lagi, blok tiga," tambah Sasha.
Sebelum kejadian hitam berlaku pada Sabtu, 1.35 tengahari, hujan lebat turun tanpa henti. Sasha muncul bersama ibunya, Annette Bashir dalam dokumentari dipaparkan oleh History Channel.
Saya kemudian menunjukkan kepada Sasha gambar saya rakamkan berhampiran bekas gelanggang tenis sewaktu melakukan tinjauan.
"Oh! Ini tangga spiral, kalau kita naik, boleh pergi ke kolam renang. Rasanya tangga besi itu telah dicuri," ujarnya.
Klik di sini untuk melihat keadaan terkini di sekitar Highland Towers.
"Sebenarnya setiap blok ada dua tangga. Satu tangga terletak berhampiran lif manakala satu lagi di bahagian belakang. Kami sekeluarga tinggal di tingkat tiga. Waktu kecil dahulu, setiap kali berdiri berhampiran tangga di belakang, saya berasa seram. Pernah bertanya kepada ibu, mengapakah ada dua tangga? Ibu menjawab, untuk memudahkan orang ramai turun. Dari kawasan tangga belakang blok satu, saya boleh melihat secara jelas ke blok tiga. Selepas kejadian itu, baru saya teringat kembali, pernah saya terlihat, dinding bangunan di sebelah belakang kelihatan lembab tetapi pada waktu itu saya tidak menyangka tragedi buruk bakal berlaku," kongsinya lagi.
Berikut gambar blok tiga dimaksudkannya.
Saksikan video tinjauan kru Penyingkap Fakta bersama kru Pengembaraan Alam Ghaib.
Klik di sini untuk membaca tinjauan awal saya sertai ke lokasi didakwa berpuaka terbabit.
"Siapakah empunya rumah banglo berhampiran Highland Towers itu?," soal saya.
"Saya baru sahaja bertemu dengan dia, doktor. Menurut beliau, rumah itu telah dijual dengan harga amat murah. Lagipun, siapakah sanggup tinggal di rumah itu sekarang?," balas Sasha.
Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar saya rakamkan di rumah terbabit dan sekaligus klik link di entri sama untuk meneliti gambar didakwa batu nesan terapung dirakamkan di rumah terbabit.
"Sasha kenal mangsa terkorban dalam kejadian itu?," tanya saya.
"Ya, mereka jiran saya. Beberapa hari selepas bencana itu, saya menghadiri banyak upacara pengkebumian. Saya bertanya kepada ibu pada waktu pagi, whose funeral is it today?," katanya.
Sasha berharap pihak bertanggungjawab merobohkan dua blok masih berdiri itu.
"Give it back to the nature," ujarnya.
Sasha juga blogger, klik di sini.







3 ulasan:
SMTI
semoga kita semua terpelihara..
ASYIK:NENEK TUA ASYIK GOYANG GERUDI!
RAHSIA:KISAH SEBENAR DI SEBALIK ‘HARIMAU MALAYA’
SERAM:PEMBEDAHAN TUKAR JANTINA DARI PEREMPUAN KEPADA LELAKI!
Saya tak dapat menontot video2 tersebut - Private. Boleh tak en. mazidul un-private kan?
terima kasih.
Catat Ulasan