Sabtu, Januari 12, 2013

A B C D ATAU E?

Himpunan Kebangkitan Rakyat, kombinasi perkataan cukup menarik untuk dibaca dan diterjemahkan.

Apapun, perhimpunan itu BUKAN membabitkan dan disokong semua rakyat Malaysia.

Itu fakta.

... dan fakta tidak boleh disanggah.

Mari kita bersama menjangkakan  apakah antara kejadian bakal berlaku ...

A. Perhimpunan akan berlangsung secara aman.
B. Perhimpunan tidak akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas di Kuala Lumpur.
C. Tiada perkataan kesat akan dilontarkan oleh semua peserta.
D. Semua peserta berdisiplin dan mengikut syarat telah ditetapkan.
E. Semua peserta bakal melemparkan senyuman kepada pegawai dan anggota polis bertugas.

Sila pilih ...

15 ulasan:

  1. nasib baik ialah A tu pon sgt pyh sbb ade mobs mentallity , yg B,C,D,E lagi la jauh panggang dari api~

    BalasPadam
  2. mohon link blog Jawa Bernam bro...

    http://jawaber6.blogspot.com/

    ulasan #KL112 menarik di blog Jawa Bernam...

    tq

    BalasPadam
  3. SMTI...Jangkaan saya,

    F. Tiada satupun jawapan diatas

    * minta maaf karena jawapan saya tidak mengikut pilihan yang Encik Mazidul nyatakan...

    BalasPadam
  4. A, jika tiada provokasi dari pihak luar, dengar cerita(dari blog2) akan terdapat sb2 yang akan menyusup kedalam org ramai MUNGKIN ada provokasi, ingin bertanya MAS mengenai SOP pihak polis, sebab bertanya adalah MAS rapat dgn pihak polis, adakah pihak polis tidak memakai tanda nama dan nombor polis dibaju itu salah satu SOP polis? Semasa mengawal keadaan, baik perhimpunan awam atau kawalan lalulintas

    BalasPadam
  5. sama2 kita doakan agar tiada kejadian tak diingini berlaku..amin..

    BalasPadam
  6. Bukan majoriti rakyat menyokong BN.
    Itu fakta.
    Malaysia juga dibebani pelbagai masalah.
    Jurang yang terlalu besar antara yang kaya dan miskin.
    Harga kereta yang 2 kali ganda mahal daripada negara lain.
    Harga rumah yang sangat menggila di pasaran.
    Kata Datuk Salleh Majid: tahun 60-70 an, kita setara dengan Korea dan Jepun. Tapi kini kita statik tidak bergerak. Gaji graduan di tahap yang sama. Tapi harga barangan naik berkali ganda.
    Kes2 jenayah apatah lagi. Baru buka berita 5 minit, macam2 yang keluar.
    Penaat. Sangat penaat.
    Tapi. Kita cuba berubah.
    Antara tawakkal kita, memilih orang2 yg baik jadi pemimpin.
    Tapi, ia tak dapat dilaksana.
    Kita dibelenggu.
    Pilihanraya tidak adil dan kerap menipu.
    Media terus menerus bodohkan rakyat.
    Hak berkempen di media massa hanya untuk satu pihak sahaja.
    Dan pihak itu apabila berkuasa hanya pikir bagaimana mengisi tembolok.
    Manakan tidak, nak berceramah pun kena keluar duit. Bayar setiap pendengar & siap bernasi bungkus & bas.
    Jadi kenalah korek lubang sini sana cari wang untuk sokongan.
    Itu yang di terengganu, stadium, universiti, stesen bas semua runtuh.
    Akhlak pun runtuh.
    Cukup-cukuplah
    Rakyat tak perlu berarak berdemo kalau Umno BN anak jantan.
    Tapi UBN serba serbi penakut.
    Entahlah. Melihatkan sambutan tahun baru di selangor, ramai anak muda turun. Turun mendengar ceramah agama, nasihat ulama, memulakan tahun dengan doa & munajat pada Allah.
    Di pihak yang lain menyambut dengan terkinja kinja. Berhibur lagha semata. Dirasmikan pak menteri pula.
    Cukuplah. Kembali lah kita. Insaflah kita.

    BalasPadam
  7. Penyatarahman, bukan semua orang faham bila saya tuliskan di sini.

    Mana satu pilihan awak?

    Kalau PR memerintah, adakah semuanya akan sempurna?

    Uh! Ya? TIDAKKKKKKKKKKK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah sudah diberi peluang untuk memerintah? Setahu saya tidak lagi,

      Adakah kerajaan sekarang ini sempurna?

      TIDAAAKKKK...

      Padam
    2. Pastilah tidak sempurna.
      Yang sempurna hanya Allah sahaja.
      Masalahnya kita sebagai hamba Allah diwajibkan membuat pilihan yang baik.
      Pilih makanan pun yang halal2 sahaja.
      Belajar ilmu pun yang baik2 sahaja.
      Apatah lagi memilih pemimpin.
      Jangan pilih yang terang2 menipu, membohong, mencuri, membongak baik dari PR atau BN.
      Di Selangor terasa sedikit perubahannya. Walaupun sikit, tetapi majlis ilmu subur. Anak muda pun mula mencintai agama. Dulu sukar kita lihat pemandangan begini.
      Tak letih ke cik mazidul menyiasat kes2 jenayah?
      Hapuskan dahulu kepala penyamun, baik underworlds mahupun di parlimen atau di rumah pasung.

      Padam
    3. 50 tahun dah.. tukar je.. Kita lihat ada tak anasir seperti En Khir yg korup tersungkur

      Padam
  8. Sorry bro...
    TIADA SATU PUN DIATAS...

    BalasPadam
  9. Penyatarahman-cuba fahamkan soalan tu betul betul.

    BalasPadam
  10. peluang memerintah telah diberikan tapi apa yang berlaku dikelantan? jenayah paling tinggi! air tak terurus, negeri tidak bersih, oh mungkin kelantan negeri miskin... bagaimana dengan selangor, lebih banyak pusat hiburan berbanding dahulu, sebelum lupa bila 'omega' nak buat laporan polis...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.