Jumaat, Disember 28, 2012

PENDEDAHAN DATA SULIT PELANGGAN BANK KEPADA PIHAK KETIGA HARUS DIBERHENTIKAN



Selama ini, ramai antara kita dihubungi oleh individu bertugas sebagai telemarketer tidak dikenali melalui telefon.

Lazimnya pelbagai alasan kita kemukakan untuk menepis pujuk rayu mereka.

Satu daripada kaedah berkesan, katakan ...

"Oh! Saya sekarang ini di London, bermesyuarat"

Namun pada masa sama spontan tercetus persoalan di minda kita ...

Bagaimanakah telemarketer mengetahui nombor telefon bimbit saya?

Adakah kakitangan syarikat telekomunikasi bersekongkol membekalkan atau menjual data peribadi kita kepada sebilangan agensi telemarketing?"

Jawaban soalan itu telah dihuraikan oleh Elis di entri ini.

"Syarikat telekomunikasi hanya mempunyai data seperti nama penuh dan alamat kita sahaja. Justeru telemarketer sukar untuk mendapatkan nombor kad kredit atau debit berserta security code. Maklumat itu perlu untuk kami mengecaj bayaran ke akaun pemilik kad," ujar Elis.

"Adakah setiap senarai data peribadi perbankan dibeli lengkap dengan security code?," soal saya.

"Tidak. Terdapat juga data pelanggan bank kami terima tidak disertakan security code," balas Elis.

Lihat informasi berhubung security code di barisan menegak di bawah.


Lihat lebih banyak lagi senarai data pelanggan bank, di sini, Terbukti maklumat sulit pelanggan bank didedahkan sewenang-wenangnya kepada agensi telemarketing kini masih beroperasi.

Perhatikan baris ke 17, data sulit pemilik kad kredit, anggota POLIS juga didedahkan dengan harga maksimum RM1.50 sahaja.



Selain anggota polis, data perbankan peribadi guru, jururawat, pegawai, kerani, operator, peniaga, juruteknik, pemandu juga turut didedahkan.


"Sebelum ini awak memaklumkan saya, telemarketer menjual skim insuran menyalahgunakan nama institusi perbankan serta syarikat insuran, walhal itu satu penipuan, kan?," soal saya.

Elis mengangguk.

"Bagaimanakah jika selepas pemilik kad kredit bersetuju membayar premium dan kemudian membuat tuntutan," tanya saya lagi.

"Oh! Contohnya kalau tuntutan setakat RM5,000, memang agensi menjelaskan tanpa sebarang masalah.  Melalui pengalaman, bos tahu, bukan semua mangsa akan membuat tuntutan. Duit hasil penipuan agensi banyak, keuntungan mencecah ribuan ringgit sehari," jelasnya. 

Tambah Elis, sebilangan mangsa berasa curiga cuba berkunjung ke pejabat tempat dia bekerja sebelum ini.

"Ada mangsa berasa sangsi, memaklumkan untuk datang ke pejabat bertujuan menyelidik hal sebenar. Waktu itu pihak pengurusan pantas mengarahkan pejabat ditutup, semua pekerja bercuti di antara satu dan dua minggu. Sebenarnya saya berasa amat kasihan kerana setelah dipujuk oleh telemarketer, sebilangan mangsa, tanpa berfikir panjang terus membeli kononnya 'insuran' ditawarkan untuk semua ahli keluarga. Dia berkata, oh! murahnya skim insuran ini, tolong buatkan sekali coverage untuk isteri dan dua anak saya. Berikutan persetujuan itu, agensi akan mengenakan bayaran  RM399 kali empat melalui kad kredit mangsa. Jumlah keseluruhan, RM1,596. Telemarketer tersenyum lebar sampai ke telinga kerana mendapat empat sale sekaligus dan dia meraih RM400 sebagai insentif  manakala agensi buta buta meraih RM1,196," ujarnya.

Apapun Elis berkata, bukan semua telemarketer berpeluang mendapat durian runtuh seperti itu 

"Untuk lebih menyakinkan mangsa, selepas itu telemarketer akan berkata, dalam tempoh seminggu kakitangan syarikat insuran akan menghubungi encik untuk tujuan pengesahan. Walhal, sebenarnya kakitangan agensi menyamar sebagai kakitangan syarikat insuran. Dia kemudian akan menghubungi mangsa. Selain daripada skim insuran palsu, bekas syarikat saya bekerja juga kononnya menawarkan pakej percutian bernilai RM599. Antara ayat digunakan, sebagai pemilik kad kredit, encik telah terpilih untuk menyertai pakej pecrcutian dan untuk itu kami akan memberikan encik kad diskaun istimewa untuk bayaran hotel di pelbagai lokasi. 

"Adakah kad diskaun itu memang boleh digunakan?," tanya saya seterusnya.

"Memang tidak boleh dipakai. Kad itu dikeluarkan oleh kakitangan agensi sama. Mangsa terpedaya dan pergi bercuti bersama keluarga kemudian akan menghubungi agensi, tidak berpuas hati. Telemarketer dilatih memberikan alasan. Contohnya begini, oh! Untuk menggunakan kad itu encik mesti membuat tempahan sebulan lebih awal. Kalau tidak, memang kad terbabit tidak boleh digunakan. Apapun, bukan semua telemarketer mengetahui fakta sebenar bahawa tawaran kad diskaun untuk sewaan hotel itu hanya satu kegiatan penipuan licik," tambah Elis lagi. 

Tambah Elis lagi, semua telemarketer terbabit dilapor diwajibkan memakai pakaian pejabat sewaktu bertugas untuk mengaburi pandangan masyarakat.

Selama ini, majoriti kita barangkali hanya sekadar mendengar dakwaan berhubung kegiatan pendedahan maklumat sulit pelanggan bank kepada pihak ketiga. 

Kini dakwaan itu terbukti.

Pihak Bank Negara Malaysia dan semua institusi perbankan terbabit harus menjalankan siasatan terperinci sekaligus memberhentikan kegiatan terbabit ...

... agar kredibiliti bank di Malaysia tidak terus tercalar.

SILA KONGSIKAN ENTRI INI DI MEDIA SOSIAL

21 ulasan:

  1. SAYA JUGA PERNAH DI HUBUNGI OLEH PELBAGAI PIHAK,SAMADA INSURAN DARI CIMB,MAYBANK,BANK RAKYAT DAN BEBERAPA BANK YANG SAYA DAH LUPA DAN ADA JUGA DARI PIHAK PENYEDIA INSURAN SEPERTI AIA,AXA,TAKAFUL DAN BEBERAPA LAGI YANG SAYA JUGA DAH LUPA.

    DALAM BANYAK2 PANGGILAN TU,ADA YANG SAYA LAYAN (SEBAB TENGAH RELEK2) DAN ADA YANG SAYA BERI ALASAN,

    TIGA BULAN LEPAS, SAYA DIHUBUNGI OLEH SEORANG TELEMARKETER DARI MAYBANK UNTUK PROMOSI PRODUK INSURAN KEMALANGAN DENGAN BAYARAN PREMIUM YANG AMAT MURAH IAITU RM37.40 SAHAJA DAN JUMLAH PAMPASAN SEBANYAK RM700 000.

    OLEH KERANA TERTARIK,SAYA TELAH MEMINTA NAMA PENUH, ALAMAT PEJABAT DAN NOMBOR PEKERJA SIPEMANGGIL BERTUJUAN UNTUK PENGESAHAN, DAN BELIAU HANYA MEMBERI NAMA PENUH DAN ALAMAT PEJABAT SAHAJA TANPA MEMBERI NOMBOR PEKERJA ATAS ALASAN KESELAMATAN, KEMUDIAN SAYA TERUS MENGHUBUNGI IBU PEJABAT MAYBANK DI TALIAN 1300 88 6688 DAN PIHAK MAYBANK MENGESAHKAN BAHAWA SIPEMANGGIL DAN PROMOSI YANG DIJALANKAN ADALAH SAH.KEMUDIAN SAYA BERSETUJU UNTUK MELANGGANINYA, KINI SAYA BERCADANG INGIN MENAMATKAN LANGGANAN KERANA BARU MENGETAHUI BAHAWA PRODUK TERSEBUT ADALAH INSURAN KONVENSIONAL.

    MUNGKIN PIHAK MAYBANK DAPAT NOMBOR TELEFON SAYA DARI REKOD MEREKA KERANA SAYA MEMPUNYAI AKAUN SIMPANAN DI MAYBANK.

    SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN

    BalasPadam
  2. Saya pernah bekerja di sykt telemarketing gini, memang data pelanggan dijual, untuk data recycle antara 0.50 - RM1.50 tapi kalau yang fresh boleh up tinggal RM5/detail, kerana pengguna card crdt yg baru ni boleh senang bersetuju untuk plan deduct dr crdt card agaknya. Menurut senior2 telemarketer, mereka memperolehi dari pekerja-pekerja bank. Kalau 1 nama 0.50sen * 45 baris nama dalam 1 paper, bayangkan betapa untungnya mereka kalau print 10 paper!

    BalasPadam
  3. selalu dapat call macam ni.tapi tak pernah layan.haha! padan muka dorang ;p

    p/s:time bonus mcm ni lah menderu-deru call masuk..huh!

    BalasPadam
  4. terima kasih abang, Saya sudah share di FB.

    SMTI

    sekian

    BalasPadam
  5. assalam ...

    sepanjang minggu ini .. memang ada terima pelbagai panggilan pasal benda nih ....huhuhu ... layan jeee ... tak amik pun sbb all family dah cover dengan insuran dahh ....

    cuma agak terkilan .....,
    kalau laaa benda ini dah lama berlaku ... sepatutnya dah ada tindakan proaktif nak mencegahnya ...., tetapi agensi mana bertanggungjawab ???

    pengalaman saya .... sekadar ingin berkongsi info ..

    beli rumah subsale ... semua OK, dah ada lawyer dsb ...

    problem timbul bila "peguam" bank sangat lambat buat keje ... telefon ibupejabat bank + cawangan = dpt jawapan "bodoh" dan "diperbodohkan" ..., telefon lawyer bank, dpt jawapan sama = jawapan "bodoh" dan "diperbodohkan" ... siap boleh kata .. dokumen encik tidak lengkap ... sdgkan .. pada awalnya katanya semua dah ada !!, dan perlu membayar penalti ...huhuhuhu ...

    at the end .. dpt reply dr bnm dan juga email ceo sykt bank terbabit ....

    berurusan dengan ceo .. dan ceo tersebut ...akan tengok perkara ini ...

    dpt call dr bank regional manager... boss regional manager update ... dan tgk dan follow up semua progress ....

    lastly ... terima surat dr laywer penjual .. dan charge pada saya rm 1K> atas kelewatan semua sbb ...... sy email semula pada regional manager .. dan inform .. ini bkn kesalahan saya ...

    at the end .. saya tak perlu bayar ... huhuhu, dan dah dpt kunci rumah ...

    TAMAT.... :)

    * saya tanya beberapa sykt peguam ... memang depa kata .. kita kena bayar penaltie ... sdgkan bukan salah penguna pun ...

    * saya tanya malaysian bar ... sekadar nak dpt info .. depa kata pun .. memang kena bayar .... walaupun bukan salah pengguna ... huhuhu

    * bank pun kata ... bank tersebut akan bayar fee penaltie ... tetapi bila dpt surat dr peguam penjual suruh bayar penaltie ... why kepada pembeli ?

    * bila tanya lawyer penjual ...dia pun kata ... mana ada bank cover penalti ... pengguna kena bayar .... (maaf jika silapp ) ... huhuhu
    dalam klause aggreement memang ada ada 3bulan proses + 1 bulan percuma ... tetapi .. sampai juga bill penaltie ... huhuhu

    ** bil telefon naik wooo ... siap leh kata ... encik perlu selalu hubungi lawyer dan bank ... push depa laa .. remind depa laa ....itu laa... ini laa ... sdgkan caj perkhidmatan dibayar kdp mereka ...

    * paling best ... bila komplen melalui email .. depa kata ...sy tak faham, sdgkan yg buat email itu adalah wife (dia lebih arif dr saya), yg berurusan itu adalah depa dengan isteri saya ...cuma guna email address saya jee .... maknanya nak condemkan sayalaaa tuh ... huhuhuhu ...., sebelum itu ... memang ada "berperang mulut" dengan depa ... (bank + peguam) :)

    * ... ini adalah rumah ke2 saya beli, masa beli rumah pertama dulu ... tada laaa rumit begini ... huhuhu

    * tanya member/baca forum .. memang depa kata .. pengguna kena bayar .... betul ker ?? syok laaa para peguam .... buat lambat .. pengguna kena bayar ... (maaf jika silapp ....)

    BalasPadam
  6. Derok, macam mana awak tamatkan langganan insurans maybank tu? Saya pun ada masalah sama.. Dahla tak hantar polisi, nak claim pun tak tau..

    BalasPadam
  7. Hi, saya adalah pelanggan di bank yang tiada dalam senarai. Nasib sungguh baik. Telemarkerter atau pedagang melalui telefon telefon ini selalu mengubungi saya berkenaan insurance, saya telah buat laporan kepada pihak bank tersebut dan mereka menafikan yang mereka melantik "pedagang atas talian" ini. Kad Debit saya telah di tukar baharu dan akaun lama telah ditutup. Jawatan yang saya tulis didalam 'Kad Maklumat Pelanggan' juga telah saya ubah. Kami tidak mempercayai bank dengan sepenuhnya. Terima kasih kepada Encik Mazidul kerana meluangkan masa memaparkan berita ini. Tahniah dan teruskan usahajaya andah.

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas perkongsian maklumat ini. Saya juga sedikit sebanyak ada alami kes seumpama ini. Melalui pengalaman itu memang terbukti sebenarnya maklumat kita telah dikutip untuk dijual

    Dalam kes saya, saya dapat kesan kerana nombor yang saya berikan, itulah kali pertama dan terakhir diberikan untuk tujuan selain kerja (kpd pihak luar pejabat).

    Bila saya dihubungi melalui nombor tersebut, memang terbuktilah berlaku penjualan maklumat peribadi saya.

    Saya juga pernah bertanya kepada telemarketer, dari mana mereka dapat. Mereka memang akan menjawab dapat daripada pihak pengurusan.

    BalasPadam
  9. saya selalu juga dapat call,biasa dalam pukul 10 pagi.Dia orang agak2 rehat agaknya.Alasan saya selalunya sebelum mereka cakap lebih panjang ialah saya tak minat dengan mana2 insurans dan kalau kad melancong saya kata saya takde duit nak melancong. Pernah 1 kali kawan saya buka speaker dan kita orang cakap ramai2 dan tanya macam2 dan last sekali kata tak minat...padan muka dia orang...hahahaha...rasanya data saya dari bank CIMB dan AM bank sb dia org kata kerjasama dengan bank tersebut..






    BalasPadam
  10. argghh demm... selama ni kita dah tertipu dengan pihak bank. dengan sesuka hati je dedah data sulit kita... tak amanah langsung! mohon en mazidul buat pendedahan dalam majalah 3.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. Terus-terang saya katakn bukan hy pihak bank jual maklumat clients tp juga celcom dan juga JPN.... Sbb saya dh terkene.... isu ini pnh diketengahkn secara mendlm oleh paper Malay mail sikit masa dulu ... p&c data yg dah tak p&c lagi... What right do they hv to sell our info sudah la jd pelanggan mereka info p&c pula senang2 dijual...

    Nasihat saya pd sesiapa yg dihubungi oleh mereka2 ini... JUST TELL THEM OFF...

    BalasPadam
  12. Sy ada komen kt topik sebelum nie. Ni diorg dok call lg. Paling terbaru call dpt drpd no tel +60322039888 pada pukul 03:48PM 28/12/12 tp sy biarkan jer. Sy jangka hari nie pd waktu yg sama mayb diorg akan call lg.

    Sy ckp berminat dgn komen En. Shahrul berkenaan isu peguam/bank semasa membeli rumah. Perkara tersebut takder la terjadi pd sy tp baru2 ini kwn sy telah mengalami perkara yg sm semasa berurusan utk membeli rumah under pemaju PDC Properties. Hal yg sama berlaku spt En. Shahrul di mana lawyer iaitu drpd firma guaman Sharifah, C P Yeap & CO di mana disbbkan peguam buat kejer lmbt utk minta duit pada bank then pemaju cas lewat byr pd kwn sy nie. Nilai yg dicaskan itu pula bukan sedikit. Kes ini masih lg berlanjutan sehingga skrg.

    So satu persoalan di sini adakah sememangnya pembeli yg kena byr padahal yg buat lewat byr nie sama ada drpd pihak lawyer/bank kpd pemaju? Hrp topik ini dpt dibuat liputan dan disiarkan di majalah 3.

    BalasPadam
  13. ME MOI

    AWAK BOLEH HUBUNGI MAYBANK DI TALIAN 1300 88 6688, DAN IKUT ARAHAN YANG DIBERI OLEH OPERATOR, PASTIKAN ANDA DENGAR BAIK2 DAN NOMBOR YANG HARUS DITEKAN SETERUSNYA,

    JIKA TERSILAP, ANDA AKAN HANYA BUANG MASA SAHAJA,

    CARANYA MUDAH, DALAM KES ANDA,ANDA MASIH TIDAK MENERIMA POLISI INSURAN DAN MUNGKIN JUGA ANDA TIDAK TAHU NOMBOR POLISI ANDA, (POLISI AKAN DIHANTAR DALAM TEMPOH 14 HARI BEKERJA) OLEH ITU,SEMAK DAHULU AKAUN INSURAN ANDA BERSAMA MEREKA DENGAN MEMBERIKAN DATA YANG DIPERLUKAN SEPERTI NAMA PENUH DAN NOMBOR PENGENALAN DIRI, KEMUDIAN NYATAKAN TUJUAN ANDA (INGIN TAMATKAN PERKHIDMATAN LANGGANAN INSURAN), PREMIUM TERDAHULU AKAN DIKEMBALIKAN MENGIKUT TERMA DAN SYARAT.

    PS: SAYA MENAFI SEKERAS-KERASNYA BAHAWA SAYA CUBA MENGHASUT SESIAPA SUPAYA MENAMATKAN PERKHIDMATAN DENGAN PIHAK MAYBANK BHD, SAYA HANYA MEMBERITAHU PERKARA YANG SAYA LAKUKAN SAHAJA DAN IANYA TIDAK BERCANGGAH DENGAN AKTA KEHARMONIAN NASIONAL MAHUPUN AKTA HASUTAN 1948 YANG TELAH DIMANSUHKAN BARU2 INI.

    BalasPadam
  14. SMTI - pernah dapat call dan dapat awek yang call tu sekali...chun giler bro! he he

    BalasPadam
  15. SMTI- Saya pernah subscribe dulu selama 2 tahun. Lepas tu saya cancel. Selang setahun diorang call lagi tapi kali ni saya decline. Sebulan lepas tu datang bill credit card potong insurance yg sama (mungkin sebeb diorang dah ada detail saya). Saya buat e-mel "bangsat" la pada credit card provider... saya dah decline pesal potong lagi? Diorang cakap nak check rakaman perbualan telefon. Saya buat surat- tolong check secepat mungkin. Nasib baik diorang credit balik dengan apology letter lagi...

    BalasPadam
  16. rujuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

    BalasPadam
  17. setuju 100%..tak larat nak jwab talipon hari2 dari mcm2 org yg talipon

    BalasPadam
  18. pergh..last2 ejen insuran cam aku ni yang jadi mangsa..padahal mostly dapat dari referrals kawan2 dia jugak..haha..

    BalasPadam
  19. Sy pun pernah menerima panggilan sebegini. Lg satu yg sy ingin kongsi bersama bkn sahaja bank yg perlu kita berhati2 tetapi juga apa saja jenis tranksaksi memerlukan kita memberi maklumat peribadi kita. Sebagai contohnya kita mendaftar utk booking membeli rumah di mana kita perlu memberi no telefon dah juga email. Booking tiket penerbangan, pelancongan, sykt telekomunikasi (contohnya cel, digi, maxis etc.). Ini kerana maklumat ini mungkin tdk disalah gunakan oleh sykt itu sendiri tetapi kakitgn nya yg beroleh duit tambahan selepas menjual kepada pihak ketiga. Contoh lg satu yg blh sy share bersama mengenai AMBank. Operator yg menjawab panggilan sy bertanya kpd sy adakah sy pernah telefon ke cawangan tersebut sblom ini? Satu soalan yg sy kira janggal dlm kes ini. Apa kepentingan bank tanya kpd pelanggan soalan sebegitu. Sy menjawap pernah telefon cawangan tersebut. Operator bank tersebut menjawab knp no. encik tiada dlm record? Oleh kerana no sy tiada dlm database bank, adakah selepas perbualan sy operator itu akan menyimpan maklumat no sy ke dlm data basenya? Krn sehari dua selepas sy membuat panggilan itu iklan sms dr ah long pun sy terima. Yg menyakit kan hati bknnya sy telefon utk buat loan tetapi ingat bertanya kemana hilang duit bulanan loan kereta yg sy byr utk 3bln in advance? Bkn missed 3 bln tak byr. Operator tu ckp dia call nanti..sampai ke subuh tak telepon2. Hati2 lah. Sekian. T. Kasih.

    BalasPadam
  20. haha,...hari ini 16.4.14..jam pukul 3pm...baru ja dpt call dari seorang perempuan yg mengaku dya dari cimb bank dan menawarkan PROMOSI PRODUK INSURAN KEMALANGAN DENGAN BAYARAN PREMIUM YANG AMAT MURAH IAITU RM37.40 SAHAJA DAN JUMLAH PAMPASAN SEBANYAK RM700 000.

    Sama kes macam DEROK..yg first komen kat ats tu,..tp disebabkan kad atm aku cimb bnk..dya ckp dya dari cimb bnk la...derok pnya dari mybank...

    first2 tu aku layan la sja na tgk akai dya..bg dya HABIS AIQ LIUQ...terang panjang berjela2..haha..padam muka..aku jawap..ya..hmm..oke2..haha..

    then bila dya na daftar kn aku..aku taw dya na maklumat aku...nama alamat ic...n last skli yg pasti dya na mnx..no 4 digit terakhir kat kad tu...!!!<<<>>>>
    BANGANG PUNYA PEMPUAN..

    so dekat dya duk pujuk aku na daftar kan aku...aku ckap aku xberminat..maaf..dya tnya psai xberminat..aku ckp dya aku dh ada insuren prudential..dya mula la ckp prudential xcover untuk kmlangan la apa.la..
    pala hotak dya..aku duk bayar bulan2...150 kot..dya mai na suruh bayar 48ringgit ja...na bg claim smpai 700000
    dia ingat aku bongok kot...

    last aku kata sory xberminat...cari orang len bye./!! hahah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.