Ruang Iklan Zone A

Rabu, Disember 12, 2012

MAJLIS PERNIKAHAN ZAKIAH ANAS (EKSKLUSIF) UPDATED


"Assalamualaikum! Di mana?," soal saya.

"Sedang bersarapan pagi di Sunway Damansara," balas sahabat saya, Zakiah Anas.

Sebelum itu, Zakiah menghantar pesanan ringkas, menjemput saya untuk menghadiri majlis akad nikahnya di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


"Siapakah antara tetamu bakal hadir?," tanya saya.

"Kaum keluarga dan rakan terdekat, lebih kurang lima puluh orang kesemuanya," balas anak bekas anggota polis itu.


Zakiah anak kelahiran Bagan Serai, Perak, anak bongus daripada enam adik-beradik dan graduan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara, UiTM Shah Alam.

Berpakaian serba putih, Zakiah dan pasangannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42 tahun, kemudian dinikahkan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi dengan mas kahwin (bukan hantaran) RM15,300 tunai. Dengan sekali lafaz, mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri pada jam 11.35 pagi, diwalikan oleh abang Zakiah, Mohd Adnan Anas.


Berikut wajah Zakiah saya rakamkan beberapa kurang seminit selepas berstatus isteri.


Turut berada di sisi Zakiah, ibunya, Enon Puteh Lan, 83 tahun dan adik-beradik.


Alhamdulillah, majlis berjalan secara lancar dan wajah pasangan selesai diijab kabulkan kelihatan berseri. Saya berpeluang mengucapkan tahniah terawal kepada mereka berdua.


Azmi juga berasal dari Perak dan pernah bertemu Zakiah menuntut di institusi pengajian tinggi sama dalam jurusan Pelancongan dan Pengurusan Hotel.


Beberapa personaliti turut hadir menyerikan majlis terbabit.


Dalam perbualan melalui telefon semalam, saya turut berpeluang mencungkil beberapa fakta secara eksklusif. 

"Cuba ceritakan sedikit detik pertemuan," kata saya.  

Zakiah tertawa seperti biasa.

"Kami berjumpa kira-kira dua puluh satu tahun lalu sewaktu belajar di UiTM. Keluar kali pertama dengan Azmi secara berkumpulan, menyaksikan konsert kumpulan dari Indonesia, Gigi di Live Center, Kuala Lumpur. Selepas itu terus tidak bertemu lagi sebab dia melanjutkan pelajaran ke Jepun," jelas Zakiah.

"Maksudnya, tidak sempat bercintalah?," soal saya.

"Tidak. Lagipun pada waktu itu tiada telefon bimbit lalu sukar untuk berhubung," balasnya ringkas.


Soalan seterusnya kemudian saya lontarkan.

"Jadi, bilakah dilamar dan di mana lokasinya?"

"Bulan Ramadhan lalu, masa berbuka puasa, di hadapan ibu Azmi di rumah mereka di Kepong," jelas  sahabat saya kenali sejak 17 tahun lalu itu.


"Awak berasa berdebar dan tersipu-sipu pada saat dilamar?," tanya saya lagi.

"Tentulah!," jawabnya dan diikuti hilai tawa gembira.

Sebagai seorang daripada fasilitator ELIT CakapDotCom, Zakiah bijak mengawal perasaannya.


"Bilakah majlis kenduri?," soal saya.

"InsyaAllah bulan Januari nanti, di Kuala Lumpur," jawabnya.

Azmi, peniaga dan pelabur utama dalam busines produk penjagaan kulit Anaz Skin Care boleh dibeli secara online, sila klik www.anazlifestyle.com.

Terima kasih kepada Zakiah dan Azmi kerana memberikan saya peluang sebagai blogger unutk berkongsi antara kisah bibit manis bakal termetri dalam lipatan sejarah hidup mereka berdua.


Selamat melayari bahtera rumah tangga dan semoga kekal sehingga ke akhir hayat. Kepada semua pembaca blog ini, marilah bersama mendoakan kebahagian mereka bersama keluarga.


31 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Semoga berbahagia dan berpanjangan jodoh mereka hingga ke syurga. :)

Adams Ayens berkata...

Tahniah kepada ZAKIAH ANAS..cantik zakiah..semoga diberkati dan jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Irfa berkata...

selamat pengantin baru buat pasangan
sama cantik dan sepadan.moga bahagia milik mereka berdua.amin

Izwan Wan berkata...

tahniah Zakiah....

Shahada Fauzi berkata...

cantiknya zakiah anas..^_^

tahniah buat kedua-dua nya..semoga berbahagia sehingga ke hujung nywa dan dirahmati Allah sentiasa..

MamaFaMi berkata...

Tahniah kepada kedua-dua mempelai. Semoga berbahagia bersama selamanya. Amin.

sis intan berkata...

cantik zakiah :))

ibuintan berkata...

tahniah ... cantiknya zakiah anas

moga kekal berbahagia dan dirahmati Allah s.w.t

لين Si Pipi Merah berkata...

tahniah buat zakiah dan suami. :)

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

tahniah buat kedua mempelai & selamat melayari alam rumah tangga...

Nieda ramly berkata...

tahniah semoga perkahwinan berpanjangan.

JunAina berkata...

Moga2 kali ini akan membawa bahagia ke akhir hayat buat mereka.

khairiah khaizu berkata...

semoga bahagia berpanjangan, anak dia x dtg ke x nmpk pun

Mat Gebu berkata...

Tahniah dan moga berkekalan hingga ke syurga...

baguznet berkata...

Syukur Alhamdulillah...
Tahniah kepada Zakiah Anas, juga tahniah kepada tuan kerana mendapat berita eksklusif

Semoga Zakiah Anas dan pasangan serta keluarga bahagia hingga ke akhir hayatnya...

CT berkata...

Alhamdulilah...moga ZA kekal hendakNya...

Cik Tie@Akak berkata...

sama cantik,sama padan,moga berbahagia hingga keanak cucu

anyss berkata...

Assalamualaikum,
Tahniah.
Semoga jodoh mereka kekal dunia akhirat.

dayang Citra berkata...

tahniah...cute sungguh pengantin..semoga kekal bahagia selamanya..

syazwan berkata...

tahniah pengantin.
barakallah..

fendi berkata...

Tahniah semoga berkekalan dan di rahmati Allah hendaknya. ..

fendi berkata...

Tahniah semoga berkekalan dan di rahmati Allah hendaknya. ..

erma rahimah berkata...

cantiknya puan zakiah anas...terpegun tengok...moga kekal hingga ke anak cucu...

hirule exarm berkata...

SMTI

~ Pinguienise ~ berkata...

tahniah !!

azam berkata...

selamat berbahagia untuk zakiah anas dan pasangan....semoga mendapat keredhaanNya selalu

sihatmacamyaya berkata...

Terima kasih kpd en.mazidul sudi berkongsi cerita dan saat-saat manis zakiah anas diijab kabulkan. Moga perkahwinan mereka diserikan dengan cahaya mata secepat mungkin dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat..amin

The Red Rambutan berkata...

SMTI - Tahniah dan Selamat Pengantin Baru (walaupun kedua-duanya tak baru sangat..he he)

panglima perangcyber berkata...

Pinjam gambar sekepin nak linkkan ke sini ye bang...tq

Roseman berkata...

Tahniah..smga kekal anak cucu..

Angah berkata...

caya lah zakiah, berseri-seri macam anak dara...tahniah