Iklan Zone A

Isnin, Disember 24, 2012

BAHANA PENDEDAHAN

Kebelakangan ini saya mendapat banyak aduan mengenai kes individu tidak dikenali menghubungi pemilik kad ATM dan kad kredit secara rawak.

Pemanggil kononnya mendakwa mewakili institusi perbankan dan sedaya upaya cuba untuk mendapatkan tarikh luput kad dan beberapa nombor tercatat di belakang kad.

Usah sesekali  mendedahkan sebarang maklumat berhubung kad dimiliki kepada pemanggil kerana tujuan mereka untuk membuat pengeluaran wang sekaligus mengaut keuntungan tanpa kita sedari.

Timbul persoalan, daripada manakah ahli sindiket terbabit memperolehi nombor telefon bimbit pelanggan bank?


9 ulasan:

Bicara Hani berkata...

Sekadar perkongsian, saya pernah mendapat emel daripada cimb bank , dalam emel tersebut meminta no paswod atm saya menyatakan untuk tujuan memperbaharuinya, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, lalu saya menghubungi cawangan bank cimb berdekatan bertanyakan perihal emel yang saya terima, pihak bank memberitahu saya bahawa abaikan emel tersebut kerana pihak bank tidak pernah meminta pelanggannya berbuat demikian, oleh itu berhati-hatilah dalam perkara ini, jauhi dari mudah tertipu.

ahmad faezi berkata...

mungkin syarikat telco menjual senarai nombor telefon. kadang-kadang pemanggil tahu nama penuh pemilik nombor

abu berkata...

Apa lagi..bank negara kena gunakan akta bafia utk mgelakkan lebih byk kbocoran mklumat pengguna..
Jgn kes NFC je sbuk nk dakwa di mahkamah atas alasan kbocoran maklumat pelanggbn. Tapi bila kebocoran maklumat bank milik rakyat marhain, langsung tiada tindakan

saifuddin ali berkata...

en mazidul.. saya percaya kes majalah 3 mengenai kamera AES yang dihoskan oleh tuan mendapat liputan ramai teruatamanya para bikers.saya juga percaya ini merupakan satu chapter yang mencabar kepada en. mazidul sebagai wartawan di TV3. apa kata kongsikan pengalaman yang getir sebagai salah satu perkongsian hitam putih kehidupan.mungkin ramai yang akan menghentam, tetapi encik mazidul boleh tapis bagi mereka yang rasional menulis,. Apa pun..hidup yang mebih berwarni -warni memang meriah .. bukan sekadar hitam putih saja..

terima kasih.

nasa berkata...

kepada ahmad faezi,
jika anda ada menandatangani borang mohon kad sebenarnya anda terlupa membaca sata klausa yang membenarkan pihak bank menggunakan butir-butir maklumat kita.

boni kacak berkata...

tu la..pelik juga.. mana dorang dapat nombor telefon pelanggan bank kan?? takkan maklumat daripada bank senang2 je bocor?

Prince of Noob berkata...

betul tu, saya ni pun banyak sangat ntah sapa ntah call tanya nak jual macam2 pastu mintak nombor kad kredit padahal tak pernah pun bagitau kat sapa2, teruk betul.

http://buasirotak.blogspot.com/

una berkata...

tu la pelik.. semua data cmplte pulak tu.. 2last week org dri kad bonuslink call sya. nk offer insuran katanya.. kena bayar la kan..katanya sekali dgn saving.. even sya kata sya sbuk. x putus asa tu.call lgi belah petang.. esoknya call lgi.. sya x angkt pun.. mana dpt no phone saya..? dri data members bonuslink.?

mazeer mohamad berkata...

saya sokong Saif Abg Mazidul. Mana la tahu suatu hari nanti kami akan berhadapan situasi yang sama.. man tahu kan.. tapi, syabas untuk Abg Mazidul sebab mengambil langkah professional menangani mereka.

berkenaan no. telefon, saya bukan nak menuduh, saya juga bukannya pakar. TERDAPAT SINDIKET (ORANG DALAM) YANG MENJUAL NO TELEFON PELANGGAN BANK.

HARAP ABG MAZIDUL KUPAS ISU INI. BIAR TERKANTOI DIORANG TU.

AMARAN:BERHATI-HATI KETIKA MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM!
LAWAK:RITUAL MANDI BUNGA DI AFRIKA!
GEMPAR:GOLLUM MENGGUNAKAN PRODUK COLGATE WHITE!