Isnin, November 05, 2012

MANUSIA MENJADI BATU

Ramai antara kita berasa gemuruh ketika berhadapan dengan orang ramai. Jantung berdegup kencang, tubuh menjadi kejang sekaligus berdiri dan cuba bercakap di hadapan mereka, satu penyeksaan.

Mengapakah kejadian itu berlaku? Sedangkan hakikatnya kita berhadapan sesama manusia, bukan berdiri mendepani haiwan liar seperti singa.

Singa buas, menerkam, merobek daging dan berupaya membaham manusia sedangkan manusia, tidak.

Manusia hanya berupaya memandang kita dengan mata apabila kita berdiri di hadapan mereka. Paling teruk, mereka akan berbisik ...

"Sebab apa dia nampak gambrah? Gaya hebat, tadi sewaktu di luar, dia kedengaran petah bercakap. Dialah paling bising bersembang dengan orang lain. Sebaik sahaja berdiri di hadapan kita, dia terus menjadi batu"

Adakah kita akan mati dengan umpatan sebegitu? InsyaAllah, tidak. Kepala kita tidak akan tercabut dan kedua belah tangan tidak akan terjatuh ke lantai.

Adakah kita akan berasa malu atau terkedu? Mungkin. Wajah bertukar merah padam dan maruah diri bakal tergadai buat seketika.

Kisah manusia menjadi batu dan tidak mampu bercakap di hadapan khalayak ramai, akan menjadi bualan, jika tidak lama, sekejap.

Adakah pembaca ingin melalui saat sebegitu?

Tentunya tidak.

Rela atau tidak, kita semua sentiasa berhadapan dengan kejadian tidak diduga. Ada waktunya kita diminta menyampaikan maklumat kepada orang ramai samada dalam kumpulan kecil atau besar, di pejabat atau di luar.

Bagaimanakah kaedah paling berkesan untuk mengelakkan diri menjadi gugup? Apakah perlu dilakukan untuk kelihatan dan kedengaran yakin sewaktu bercakap di hadapan khalayak ramai? Bagaimanakah cara untuk menarik perhatian audien untuk mereka menumpukan perhatian terhadap maklumat disampaikan?

Semua itu bukan lagi rahsia.

Fasilitator ELIT, Omar Abdullah, Zakiah Anas dan saya bakal berkongsi petua untuk sesiapa sahaja berasa selesa ketika bercakap di hadapan orang ramai. InsyaAllah, kami juga berupaya melatih mereka berminat dan bersemangat untuk menjadi pengacara program televisyen.

Kami telah mengendalikan pelbagai program rakaman dan secara langsung sekian lama justeru berkongsi pengalaman dan pengetahuan diraih di bidang pengacaraan bukan tugas sukar.

Pada 18 November 2012, kami akan bersama peserta CakapDotCom dan menyediakan mereka semua untuk menghadiri sesi ujibakat di masa akan datang dalam tempuh 3 setengah jam.

Kami tidak mahu mereka menjadi manusia batu jika berpeluang bercakap sebelum mempersembahkan bakat di hadapan panel membuat keputusan di stesyen televisyen di Malaysia.

Hubungi Haji Azmil Abdul Aziz untuk menimba ilmu bersama kami di talian 013 6366673 dengan kadar segera.

Klik di sini untuk membaca maklumat lebih terperinci.

Tempat, terhad.
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.