Sabtu, Oktober 06, 2012

SOS! SOS! JOM MEMBANTU KAMAL AFFANDI HASHIM UNTUK TERUS BERCAKAP

"Kalau incase kepala saya meletup, halalkan semua saudara ku," ujarnya dalam gurau.

"Bro, boleh jangan cakap macam itu. Bro akan selamat, bro tahukan saya memang pakar dalam gerak hati. Jadi saya kata, InsyaAllah tidak akan berlaku kejadian buruk," balas saya.

Saya kemudian mengajukan soalan berikut ...

"AVM itu apa?"

"Arteriovenous malformation. Ringkasnya, ada urat ekstra dalam kepala saya dan urat  itu mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit kepala," jelasnya.

Klik di sini, jika ingin mengetahui maklumat terperinci berhubung AVM.

Sahabat saya itu, individu banyak berjasa kepada ramai.

Setakat ini dia masih pertah berkata-kata dan tidak lekang dengan lawak jenaka biarpun antara kesan AVM, jika tidak dirawat secepat bakal menganggu sistem komunikasinya. Untuk rekod, sebelum ini, dia sentiasa sibuk menjelajah negara, dijemput memberikan ceramah berhubung pencegahan jenayah kepada masyarakat tanpa mengira tempat, bangsa dan agama. 

Pagi tadi saya terbaca status di Facebook anak kepada anggota polis itu.

"Dear friends, I have AVM on my left brain. My treatment plan with CyberKnife which will cost RM41,820 were to start on Monday and the surgery on Wednesday but I would have to postpone it as my insurance is not a panel of Beacon Hospital. To make matter more upsetting, my insurance doesn't cover my ilness at all.

Hence, I would like to offer my service of conducting talks to pool additional fund for the surgery to be held as soon as possible"

Yes! My friend doesn't beg.

Dia cuma ingin menawarkan khidmat untuk terus bercakap dan berkongsi ilmu bersama masyarakat selagi dia termampu melakukannya.

Secara peribadi, tentunya saya ingin melihat sahabat saya itu terus sihat dan menyumbang jasa kepada kita semua. Esok, jam 9 pagi, Kamal Affandi Hashim akan bersama CakapDotCom dalam sesi pertama di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Kepada pembaca tidak mengenali Kamal, klik di sini.

Sesungguhnya cabaran hebat didepani oleh insan hebat. Allah hanya menurunkan cabaran kepada manusia mampu untuk mendepaninya kerana Allah itu adil.

Saya yakin kita semua mampu membantu penganalisis jenayah berpengalaman itu untuk terus berpeluang  bercakap sehingga ke akhir hayatnya. Jangan biarkan bakat, ilmu dan semangatnya terkubur hanya kerana AVM.

Kepada rakan, sahabat, kenalan dan pembaca blog berhasrat membantu mengumpulkan wang lebih RM40,000 itu, sila klik di sini atau di sini untuk nombor akaun Kamal. 

Sumbangan kita, banyak atau sedikit, InsyaAllah bakal meringankan beban ditanggungnya.

Tolong saya untuk menghebahkan entri ini di Facebook.

81 ulasan:

  1. SMTI.. Dah share...
    azmengs.blogspot.com

    BalasPadam
  2. kenapa insurance tak cover? kita beli insurance utk cover penyakit2 seperti ini kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab penyakit konginental (sejak lahir) mmg tidak di cover oleh mana2 insurance samada sedar atau tidak.

      Padam
    2. sebab penyakit ini penyakit konginental (sejak lahir) tidak dilindungi oleh mana2 insurance

      Padam
    3. sebab penyakit konginental (sejak lahir) mmg tidak di cover oleh mana2 insurance samada sedar atau tidak.

      Padam
    4. AVM penyakit congenital (sejak lahir) semua insurans (medical card) x cover...tak semua penyakit insurance cover. kalau ada beli medical insurance cuba belek bahagian GENERAL EXCLUSIONS kat blkg polisi ada lebih 20 conditions insurance tak cover.

      Padam
  3. Saya pernah bertembung dgn Saudara Kamal Affandi Hashim sewaktu beliau menolak pintu kaca hendak keluar dari sebuah bank di sekitar Shah Alam beberapa tahun yg lepas. Saya yg hendak melangkah masuk dihadiahinya dgn sekuntum senyuman.

    Isunya, saya merasakan senyuman itu bukan hendak menggoda saya dan saya tidak sekelumit pun rasa tergoda dengannya (bukan sebab suami mengekori saya dengan matanya dari dalam kereta :) Bukan... bukan... bukan... Tetapi tempelan En. Mazidul di atas mengingatkan saya kepada sebuah 'sedekah' daripada Saudara Kamal Affandi Hashim.

    Terima kasih saudara! Semoga semuanya dipermudahkan-Nya, InsyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap dapat share nama insurance company tu.. so kita pakat boikot insurance company tu.. peoples power!!

      Padam
    2. Tolong share nama insurance company tu..so pengguna boleh beringat supaya jangan beli insurance dengan company tu.. kuasa membeli ditangan pengguna

      Padam
    3. Semua sykt insurans mmg x cover condition penyakit yg dihidap sejak lahir, saydara.

      Padam
    4. Rasanya x payah la share nama company sbb semua insurans sama je. Since penyakit sejak lahir adalah pre existing illness maka mmg x dicover.

      Kalau x org yg kena kencing manis pun nak amik insurans jugak kalau insurans cover pre existing illness.

      Saya doakan abg kamal dpt kumpulkan dana yg diperlukan. Sedikit sumbangan dr saya.

      Dan mungkin abg kamal boleh try appeal utk dptkan sedikit coverage dr insurans walaupun bukan semua kalau abg dah lama amik insurans.

      Padam
  4. semoga dipermudahkan segala urusan.
    i'll share!

    BalasPadam
  5. i admire this person.

    smti. dan saya dah share dlm fb.

    BalasPadam
  6. Shared.

    2004.. His talk @uitm segamat. Had few pics with him. Semoga segera sembuh sir kamal.

    BalasPadam
  7. Assalam

    Semoga segera sembuh dan dipermudahkan rawatan lanjut.

    BalasPadam
  8. Insuran ada banyak jenis. Dan ada sesetengah company insuran mmg susah nak approve claim. Kalau yakin tuntutan kita valid, tapi company insuran tak approve, saya sarankan aduan dipanjangkan ke financial mediatory board (www.fmb.org.my) dan BNM telelink

    BalasPadam
  9. ana sudah share juga... mohon kita semua bantu saudara kamal affandi hashim

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. sy slh seorg admire beliau...
    moga beliau cpt sembuh...amin...

    BalasPadam
  11. kalau masalah kesihatan congenital (sejak lahir dah ada) rasanya memang insurans tak cover walaupun dikesan bila dewasa. doa saya buat encik kamal. terima kasih mazidul.

    BalasPadam
  12. Inilah masalah sykt insurans bila buat defination pnykit tidak tertera pada terms n condition and...mrk tidak takrifkan avm sebagai penyakit sbb tersemula jadinya avm itu untk sesetengah orang spt kes yg prnh terjadi pada anak sedara yg saluran kumuhan buah pinggang ke pundi kencing tersumbat..1 dalam 100k orang..hmm moga kamal slmt...and i already transfer it for u

    BalasPadam
  13. Insurans tak cover sebab keadaan fizikal (urat terlebih) yang menimbulkan masalah kesihatan itu, sudah wujud sejak lahir. Ini dipanggil kes "congenital", keadaan yang sudah wujud sejak lahir.

    Semua jenis insurans dalam seluruh industri, tak cover. Namun, kita sebagai saudara sesama Islam, elok bantu apa yang termampu untuk ringankan bebannya. :)

    BalasPadam
  14. salam semua,

    sila bantu saya untuk bantu saudara kamal...saya dan rakan-rakan sudah membuat satu fb group : helping hand : the kamal affendi project. please extend your support.

    BalasPadam
  15. jika ada no acct bank beliau boleh terus di war-warkan, boleh ramai orang terus membantu

    BalasPadam
  16. jika da no. account bank beliau, mohon dikongsikan boleh ramai orang terus memberikan sumbangan. terima kasih

    BalasPadam
  17. Moga dipermudahkan segalanya....berusaha dan serahkan kepada allah.

    BalasPadam
  18. Allah sentiasa bersama...
    Mudah2an saudara Kamal Afandi cepat sembuh...

    STMI
    http://linmdnoor.blogspot.com/2012/10/apa-itu-arteriovenous-malformation.html

    BalasPadam
  19. Moga dipermudahkan segalanya....berusaha dan serahkan kepada allah.

    BalasPadam
  20. Saudara
    Mazidul Akmal Sidik
    boleh dapatkan no akaun bank
    Kamal Affandi Hashim
    klau ada no akaun ramai orang y akan terus bank in @ trasfer duit terus. lg seng. Walaupun RM10 tp klau beratus org y bt lg cpt kita dt kumpul dt utk bantu dia...
    tq

    BalasPadam
  21. Saudara
    Mazidul Akmal Sidik
    boleh dapatkan no akaun bank
    Kamal Affandi Hashim
    klau ada no akaun ramai orang y akan terus bank in @ trasfer duit terus. lg seng. Walaupun RM10 tp klau beratus org y bt lg cpt kita dt kumpul dt utk bantu dia...
    tq

    BalasPadam
  22. Asslmkum.
    Semoga dipermudahkan Allah semua urusan.

    BalasPadam
  23. Saya simpati dgn apa yang terjadi, saya mendoakan beliau segera sembuh. Hanya Allah tahu segala kejadian..

    Saya dah sharekan di FB saya...

    BalasPadam
  24. InsyaAllah niat yg baik drpd kita semua akan jadi penawar.

    BalasPadam
  25. Salam.. Bro, saya antara bekas pesakit AVM tu.

    Menjalani pembedahan pada tahun 1998 dan Alhamdullilah selepas itu saya puih.

    Cuma kesan sampingan yang dihadapi hingga sekarang ialah saya pelupa dan ada masa sakit di bahagian pembedahan..

    BalasPadam
  26. Ya Allah ye ke? Sedihnya...harap Tuhan permudahkan yang baik2 untuk En Kamal Affendi..Dia baik dan saya minat setiap talk dia...I will share this story in my blog.

    BalasPadam
  27. moga tangan yang menghulur insyaAllah mampu meringankan beban abang kamal. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan segalanya. Sesungguhnya dugaan yang hebat untuk orang yang sangat hebat. That is abang Kamal. Moga beliau sihat. Allahumma Aminnnn.

    BalasPadam
  28. Cubalah perubatan alternatif sementara menunggu surgery.insyaAllah berkesan...http://www.terapidiri.com/

    BalasPadam
  29. Salam.. Saya juga pengidap AVM sehingga kini. Saya doakan saudara Kamal tabah melalui ujian ini. Banyakkan berdoa dan kuat semangat. InsyaAllah...

    BalasPadam
  30. tak cube dirujuk ke government hospital ke? atau yg semi private seperti hospital universiti? hospital kerajaan pn ade kepakaran dalam pembedahan otak, penyakit ini tidak asing bagi mereka

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum, just wanted to share with Kamal.Last year my husband was diagnosed with brain tumor and the experience was life changing. Alhamdulillah, as Allah swt is Great, my husband is an employee of Tan Sri Mustapha Kamal, so the kind hearted man paid for my husband's Cyberknife Surgery in Beacon International Medical Centre which cost more than 60K. My husband also seek the aid of alternative medicine from Datuk Dr Nasuha Jamidin which specialize in brain tumor syifa' treatment. Alhamdulillah he is a lot more healthier this year. We haven't stop praying and Khatam Al Quran. Insyaallah, Allah swt will help ease your pain and sickness. God Bless you.

    BalasPadam
  32. Salam...
    Kite lupekn hal insurans, itu ciptaan manusia, xbleh b'gntung sepenuhnye pd ciptaan manusia...mmg limited...byk2 b'gntung pd Allah...sekecil2 bntuan kite adalah du'a...mari same2 m'bntu...

    BalasPadam
  33. Insyallah....pasti ramai yg akan mmbantu....
    tp mgkin sekadar usulan...
    xbleh ke minta bantuan/support dr pihak k'jaan memandangkan beliau scr x lgsg byk mmbantu myebarkan informasi pcegahan jenayah...
    sekaligus trt mmbantu mgurgkan kadar jenayah Di negara....
    besar sbnrnya sumbangan beliau ....klau tu k'jaan x nmpk...xtau la....
    bila lg nk balas budi insan2 spt beliau nih...

    BalasPadam
  34. Ni mmg congenital disease. Ada tertera dlm policy. Mesti ada. mana2 insuran tak cover sbb dlm sakit mmg sejak lahir. Ramai tidak paham jd salahkn insuran.
    Apepun sy doakan semuanya berjalan lancar. Sama2 kita hulurkn bantuan. Kalo ada akaun lbh baik.

    BalasPadam
  35. didoakan yg terbaik untuknya dan Allah permudahkan semua urusannya...

    BalasPadam
  36. anak lelaki saya berumur 12 tahun pernah didiagnos mempunyai AVM di sebelah otak kiri dan salur darah itu telah pecah semasa dia berusia 9 tahun. Kami membuat rawatan di PPUM dan Alhamdulillah beliau sekarang sudah sihat seperti biasa. Peristiwa pahit itu tidak mungkin dapat saya dan suami padamkan dr ingatan, terasa seperti diberi peluang kedua.

    BalasPadam
  37. Kamal Affendy yang terlalu banyak jasa dan pengorbanannya pada masyarakat dan negara. Bila bercakap dengannya tak lekang dengan gurau senda, lucu dan suka mengolok. Ceramah nya sangat berguna dan membuka minda. Orang yang banyak membantu orang memang besar dugaan hidupnya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kesihatannya dan sembuhkan beliau dengan segera. Untuk keluarga Kamal banyakkan bersabar dan berdoa. Buat Mazidul, terima kasih atas keperihatinan semoga Allah memudahkan juga segala urusan tuan.

    BalasPadam
  38. akak dah share..mudah2an sedikit sebanyak dapat membantu beliau..insyaallah

    BalasPadam
  39. Ya Allah,perkenankan doa2 kami..moga kamal kmbali beraksi...

    BalasPadam
  40. Semoga dipermudahkan segalanya untuk Tuan... InsyaAllah...

    BalasPadam
  41. Semoga dipermudahkan segalanya buat Tuan.. InsyaAllah

    BalasPadam
  42. kawan-kawan semua boleh klik link yang En. Mazidul bagi kat atas.
    Ada tertera nombor akaun En. Kamal.

    Saya share di sini;

    Public Bank 4007 85 2927.

    harap pihak bank tak block a/c En. Kamal.

    BalasPadam
  43. Kerajaan harus sediakan peruntukan utk rakyat yg brpenyakit sejak lahir spt ini. Saudara mazidul,sila ketengahkan isu ini pd pihak kerajaan sbb saudara brada d aliran media. Klu trjadi pd sy yg xgleme ni, mana nk cekau duit. Insuran pun x cover. Gaji pun sikit.

    BalasPadam
  44. En Kamal pernah membantu ayah saya ketika sesat di seksyen 14 Shah Alam. Sanggup membantu orang di mana sahaja, kami sekeluarga mendoakan kesembuhan segera dari Rabbul Izzati untuk En Kamal. InsyaAllah sedikit sumbangan untuk meringankan juga bil hospital yg tinggi itu.

    BalasPadam
  45. Semuga Sdr Kamal sabar dan tabah dalam mengharungi dugaan dari Allah s.w.t. Ayuh kawan kawan mari kita sama sama menghulur bantuan, walaupun tak banyak, amat besar ertinya bagi yang menerimanya.

    BalasPadam
  46. Dah share di FB. Harap2 ada la pihak media atau production yg boleh taja operation dia tu. PDRM ?

    BalasPadam

  47. semoga beliau akan sembuh dan terus myumbang jasa bakti ..

    ayuh marilah kita sama-sama membantu..kita ada berjuta-juta rakyat..kalau 40 ribu.. sorang sumbang seringgit pun dah cukup..

    BalasPadam
  48. saya amat mengkagumi dan meminati encik kamal affandi dalam menyampaikan mesej2 perihal jenayah...semoga Allah mempermudahkan segala urusan...semoga Encik Kamal Affandi terus tabah dan kuat dalam mengharungi dugaan ini...

    BalasPadam
  49. Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita ini..beliau sangat baik khususnya perkongsian mengenai keselamatan dan sebagainya..Allah memilih beliau untuk ujian ini..jom kita bantu sekadar termampu

    BalasPadam
  50. selalu tengok dalam..MHI..tak sangka pulak..

    BalasPadam
  51. Nak no acc bole x boleh jugak kita donate sket2..semoga cepat sembuh

    BalasPadam
  52. Semoga dipermudah segala urusan saudara kamal. Setiap ujian hari ini insyaAllah ada bahagiannya di kemudian hari.

    BalasPadam
  53. maaf kalau terlebih sibuk..bagaimana nak hubungi secara terus ye?

    BalasPadam
  54. Assalamualaikum w.b.t....Tuan Mazidul,kakak saya m'hadapi penyakit yg sama seperti Abg Affendi...Hari ini,cukup setahun kakak saya berjuang utk dirinya sendiri...Kakak saya mendapat khidmat doktor pakar bhgn neurologist di HUKM...insh'allah,kakak saya akan m'jalani pembedahan selepas anaknya habis exam PMR

    BalasPadam
  55. Izinkan saya bersangka buruk dan membuat tuduhan berdasarkan persepsi peribadi saya (yang bersandarkan pada senario semasa)

    'Congenital Illness' adalah term yang digunapakai oleh industri insurans untuk menidakkan hak pencarum. Adam kemungkinan penyakit2 ini sebenarnya bukan semulajadi sejak lahir, tetapi demi wang dan laba, pihak insurans dan doktor bersekongkol untuk mentakrifkan sakit itu sbg 'conginetal illness'. Pihak insurans hanya memerlukan tandatangan seorang doktor pakar sahaja untuk mengesahkan akan perihal sakit (yang tidak di'cover' itu), manakala doktor pula hanya memerlukan sekeping cek yang gemuk sahaja dari pihak insurans untuk menandatangani pegnesahan tersebut.

    Mangsa = kita, pencarum insurans
    Untung baik = pihak hospital (bayar, maka beri khidmat)
    Untung Jahat = doktor, pihak insurans.

    Sekian.

    BalasPadam
  56. Kpah baru saja terbaca berita ini dari blog rakan, doa kpah di sini semuga dipermudahkan oleh Allah segala urusannya... semuga cepat sembuh.

    BalasPadam
  57. Ya ALLAH,, ana kagum dgn bakat saudara kamal. semoga urusannya dipermudahkan

    BalasPadam
  58. assalam....kita ada lebih 2 juta penduduk...kalau tidak dapat bantu derma banyak...kenapa tidak kita hulur RM1 atau lbih sikit dari tu...42 ribu org Malaysia derma RM1 bole jadi RM42ribu...sudah cukup kan saudara empunya blog?jadi, saya cadangkan, apa kata kita cuba usahakan satu tabung bantuan RM1 sahaja utk Kamal Affandi Hashim...apa pendapat saudara?

    BalasPadam
  59. Assalamualaikum saudara Mazidul

    Saya ada satu cadangan, dan kalau ianya (cadangan saya ini) boleh diterima dan saudara Kamal Affendi terima juga, sebab niat saya hanya ingin membantu beliau.

    Saudara Mazidul pasti mengenali Pak Engku Ansaruddin Agus (sekarang Dato') yang pernah saudara interview mengenai bulatan putih yang menyerupai hantu, bagaimana seandainya saudara Kamal cuba berubat dengan Pak Engku dahulu sebelum operation? Memang ini adalah sakit secara medical, namun tidak salah seandainya kita mencuba dalam komplimentari.

    Demikian cadangan saya, sebagai saudara sesama Islam dan saya juga pernah bersua dan berborak serta bersenda gurau awal tahun 2011 lepas di Johor, saya amat sedih namun selain doa, mungkin ini juga cara saya untuk menolong saudara Kamal. insyaAllah amin.

    Wassalamualaikum saudara Mazidul

    BalasPadam
  60. moga beliau mendapat pertolongan.. beliau byk membantu insan dgn beri ceramah dsbnya tanpa mengenakan bayaran pun.... errrr, bukan beliau ni anak dato' ke???

    BalasPadam
  61. selalu tengok en kamal afandi dlm MHI tv3...dalam serius ada lucunya...kini tak sangka dia mengidap penyakit bahaya yang jarang kita dengar...semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga en kamal selamat dlm pembedahan...amin..

    BalasPadam
  62. duit sy kena reject la..via maybank2u..patah balik ke akaun.

    BalasPadam
  63. As salam. sblm tu saya ingin memberitahu yg saya sndri mengidap penyakit AVM ini dh hampir 5bln. saya telah menjlni proses embolisation dihospital sg buloh. so far alhamdulillah dgn berkat doa pd Allah n support family. selama beberapa kali saya msuk hospital n buat segala proses, kos bru dlm RM300. Pd pndpt saya lbh baik en Kamal pegi sg buloh, dgn pakar neurologi yg tbaek. percayalh...insyaAllah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.