Jumaat, Julai 20, 2012

PISTOL ATAU BUKAN PISTOL? THAT'S THE QUESTION

Jika mengikut catatan di rakaman televisyen litar tertutup, CCTV,  di bawah, visual direkodkan pada 17 Julai 2012.

Sila baca nukilan terdahulu, klik di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mhd. Hassan, kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya.



Suspek, 32 tahun,  pegawai polis berpangkat Inspektor didakwa mencederakan pekerja hotel di Seremban 2 ditahan Selasa lalu, direman dua hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Dia kemudian didakwa pagi tadi.

Berikut antara petikan kenyataan akhbar Datuk Abdul Manan.


Laporan penuh, klik di sini.

Polis mendakwa tidak mempunyai maklumat bahawa senjata digunakan untuk memukul dua pekerja hotel terbabit adalah PISTOL.

Saya percaya, rakaman CCTV di atas telah diprebiu berulang kali oleh pihak berkuasa dan rakaman sama masih dipaparkan di Youtube untuk tontonan ramai.


Melalui imej pegun, 'objek' dipegang oleh penyerang tidak kelihatan jelas.


Saya bukan hakim dan tidak memohon pembaca blog ini menghakimi kejadian terbabit kerana kita semua percaya mahkamah akan menentukan samada tertuduh bersalah atau sebaliknya.

Cuma saya berasa sedikit terkilan kerana 2 lelaki diserang tidak melawan dan kelihatan sama sekali tidak mendatangkan ancaman kepada penyerang.

Semua anggota dan pegawai polis tahu, mereka hanya dibenar menggunakan senjata di saat nyawa diancam dan bertujuan mempertahankan diri.

Jika kes hanya membabitkan pertelingkahan berhubung harga ais krim?


Wartawan Malaysiakini, Lee Way Loon menulis artikel berhubung kejadian sama dengan tajuk 'Caught on video :  Cop pistol whips hotel staff'. Klik di sini.

Melihat tajuk, Malayskini bak mengesahkan 'objek' digunakan oleh pegawai polis itu pistol.


Menarikkan? Jika pistol, jenis apa?

19 ulasan:

  1. Nak beli aiskrim pun bawak pistol???

    BalasPadam
  2. RoffebD, barangkali awak tidak membaca akhbar berhubung kes ini.

    BalasPadam
  3. wah dah mula buat siasatan dah bro... bagus... saya ingin mengetahui lagi perkembangan kes yang melibatkan anggota polis ini...

    BalasPadam
  4. pandangan saya sebagai org awam..sebagai anggota polis yg dah dilatih dgn penuh disiplin dan berkhidmat 10 tahun..tambah lg berpangkat inspektor..dia x sepatutnye bertindak mcm tu.walaupun ada tekanan kerja atau masalah peribadi atau apa2 sekali pun..tu bukan alasan untuk bertindak di luar batas..dan pekerja hotel tu pulak..saya rasa..mugkinlah dia mggunakan bahasa yg agak kasar kot..tu yang buat polis tu hilang sabar..mustahil polis tu tetiba naik angin kalau pekerja hotel tu ckp elok2 kan?..kalau dia ckp atau terangkan baik2..perkara mcm nie boleh di elakkan..

    BalasPadam
  5. yesss !!!..
    amat setuju dgn Prince of Noob...
    dan yg lain2...
    "ingin mengetahui lagi perkembangan kes yang melibatkan anggota polis ini..."

    sy pun cuak jugak.. pistol ke tu..
    atau cuma sbatang aiskrim..
    atau mungkin jugak..
    hanya tangan kosong/karate-chop je..
    ala2 gurau/usik mengusik.. dgn tujuan nak mengeletik gitu !!!

    BalasPadam
  6. Sebab Nila setitik, Itik Nila dapat Nama... :)

    BalasPadam
  7. semua tertekan sekarang ni,
    lambat sangat umum tarikh PRU 13.

    BalasPadam
  8. khakhakha !!

    setuju dgn abdooss ...

    Sebab Nila setitik, Itik Nila dapat Nama... :)


    tergelak guling2 aku !!!

    BalasPadam
  9. ini org atas bahu banyak paku maa..lu org sebut nama sapa tarak kenai..kasik lepas saja la..ape mau cerita lagi..buat sakit kepala lu org aja pikir manyak..sap sap soi laa....puiiiiiii~

    BalasPadam
  10. Maybe jenis org panas baran kut, buat dulu, baru pikir apa akibat kendiannya....

    BalasPadam
  11. Salam,
    Kalau dilihat pada video tersebut memang pistol.
    Atas alasan Lihat klip pada 0.17 hingga 0.25..
    Kenapa kawan die backoff dan angkat tangan pada masa suspek acukan pistol pada rakan dia?
    Dah terang lagi bersuluh pistol..nak cover apa lg..
    Cukplah segala penipuan ni..

    BalasPadam
  12. mmg la tak melawan bile dah kene serang dgn pegawai polis ... siapa berani nak melawan ... mereka adalah undang-undang ... sekelip mata n mudah je diorang nak twist cerita ...

    BalasPadam
  13. TAHNIAH PDRM KERANA USAHA DAN KEMPEN UNTUK MENAIKKAN REPUTASI, NAMA BAIK DAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA PDRM TELAH BERJAYA. SYABAS !

    BalasPadam
  14. Setuju dgn RedHawk..logik akal sgt..

    Polis diraja Malaysia atau Polis Raja di Malaysia?
    Bukan semua tapi segelintir..yg Gengster mcm dalam video ni..sakit hati tgk..puiiiiiiiih!!!

    BalasPadam
  15. cam tengok cite hindustan je...... Betullah tu sebab nila...... Itik nila yg dapat nama..... Lu pikir sendiri....rakaman cctv pun sudah ada...apa mau cover cover lagi.....mahkamah kena cepat memutuskan kes....orang awam ingin tahu keputusannya

    BalasPadam
  16. Yang dia "aim" kat kawan dia tu..ape ke benda..(masa kawan dia cuba halang)..dah la, jangan nak cover...

    BalasPadam
  17. Mungkin sebab frust sbb x dpt eskrem Ajemin Ali tu pasal Polis tu mengamuk... Untuk pengetahuan anggota Polis tu, eskrem Ajemin Ali hanya boleh didapati dalam jamban...

    BalasPadam
  18. polis memang suke salah gune kan kuase...haritu ade banyak bas sekolah park tepi jalan sebab ade aktiviti n diorang x de tempat nak parking...polis datang saman...n driver tanye sebab...polis tu jerit2 n cakap "tak puas hati pegi balaila!!!"...bukan tu carenye...kan lagi elok diterang dengan sopan...kalau pegi balai takot kne blasah ramai2 pulak driver tu...hmmmmm

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.