Ahad, Julai 01, 2012

PENONJOLAN TERLAMPAU (18SX)



Saya amat tertarik dengan berita dimuatkan oleh akhbar Harian Metro hari ini berhubung hasrat Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM,  untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya 'bebas pengemis'.

Klik di sini.

Sebelum ini dan kini, ibu kota dihuni oleh pengemis pelbagai bangsa.

Pengemis China, Myanmar, Rohingya dan tempatan.

Fakta, majoriti pengemis asing meraih belas simpati orang ramai di negara ini menggunakan pas lawataan sosial. Maksudnya, mereka berstatus pelancong, berkunjung ke Malaysia melalui jalan udara dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, samada mereka cacat tangan, kaki atau badan.

Fakta itu disedari oleh JKM, klik di sini.

Jabatan Imigresen Malaysia tidak pernah mengeluarkana permit kepada warga asing untuk mengemis di negara kita.

Lebih menarik, sebilangan mereka sebenarnya bukan kelompok kurang upaya. Bertongkat ke hulu ke hilir, memakai baju berkerak sambil membawa mangkuk di tangan dan berpura-pura bisu. Barangkali mereka akur, jika terlalu banyak bercakap kepada sesiapa bertanya berhubung identiti mereka, tersilap langkah tipu helah pasti terserlah.

Petang tadi saya ke Bukit Bintang bersama antara pembaca terawal blog ini, Iznur Muhd Amzah, 31 tahun.


"Nasi ayam di sini, terbaik," ujar anak kelahiran Kampung Baru itu.

Kami melepak di restoran Cheng Meng.

Saya makan 2 pinggan bersama rakan, Omar Khan Mijan. Omar makan sepinggan saya, dua.


Sewaktu makan, saya mengambil peluang merakamkan kesibukan pekerja pusat urut mempelawa pelanggan singgah.


"Please, don't pull me like that, my wife is here," rayu lelaki Timur Tengah.

Sebilangan daripada wanita berbaju kuning terbabit kelihatan berulang kali menarik tangan beberapa lelaki lalu-lalang di hadapan mereka.


Lelaki warga asing ingin mengecapi nikmat 'urutan kaki' kemudian dipersilakan naik ke bilik di tingkat atas.  Sepanjang masa duduk di restoran, saya mendengar percakapan wanita terbabit secara teliti dan percaya mereka berasal dari Indonesia, Filipina dan China.

Andai pekerja terbabit wanita tempatan, pastinya mereka tidak tergamak menawarkan perkhidmatan urut kepada saya.

Kurang 10 meter dari lokasi mereka berkumpul, kelihatan lelaki, dipercayai warga tempatan, tidur di atas simen tanpa berlapik. Dia kelihatan langsung tidak mempedulikan orang ramai dan kenderaan lalu-lalang di kawasan sekitar.


Barangkali dia antara ratusan gelandangan ibu kota. Makanan di sebelahnya mungkin dibekalkan oleh sukarelawan beberapa pertubuhan bukan kerajaan, NGO.

Sebaik selesai menjamu selera, saya, Iznur dan Omar meneruskan tinjauan, melangkah perlahan ke arah BB Plaza.


Di sepanjang jalan, saya tanpa berhenti memetik butang rakaman kamera digital Canon SX40HS. Kelibat wanita seksi, pastinya menarik perhatian ramai.

Berbaju ketat, pelbagai warna.


... penonjolan melampau. 


Mengapakah mereka perlu berpakaian sebegitu?


Kami sempat menegur wanita di bawah dan ternyata dia tidak memahami Bahasa Melayu.

"Massage! Massage!," pelawanya berulang kali.


Beberapa langkah di hadapan, kami terserempak pengemis bujang warga tempatan, Yap Yee Tiew, 62 tahun, anak kelahiran Kuala Lumpur.

Tanpa masalah dia membenarkan gambar pegunnya direkodkan sekaligus melayan setiap soalan diajukan. Barangklai selama ini, jarang dia didekati dek orang ramai apatah lagi mengambil tahu secebis daripada kisah kehidupannya.


"Saya datang sini jam 12 tengahari, balik 7 malam. Selalu bukan saya satu orang duduk sini, ramai lagi itu orang (pengemis). Kaki tidak ada, tangan tidak ada, semua China mari. Dia orang semua mana ada lesen untuk minta wang punya, saya ada, itu Hospital Setapak kasi. Kalau tidak ada lesen, Bandaraya tangkap, masuk lokap. Saya punya kawan ramai dia orang tangkap, belum keluar lokap lagi," ujarnya.

Klik di sini untuk membaca kisah pengemis China di Negara Tembok Besar.


"Sakit apa?," tanya saya.

"Kulit gatal," ujarnya sambil tersenyum.


"Satu hari boleh dapat berapa ringgit duduk sini?," soal saya.

"Dua, tiga puluh ringgit, banyak susah cari makan ooooo ...," balasnya.


"Nanti malam balik mana?," soal saya lagi.

"Rumah, ada orang bayar (NGO), kalau sendiri mahu sewa rumah banyak mahal," keluh Yap.

Menurutnya, selama mengemis di lokasi sama, dia tidak pernah diselamatkan oleh JKM.

Melihatkan keadaan kulitnya terkelopak dan berdarah, mungkin akibat terlalu kerap digaru, hati saya tersentuh. Tambahan pula Yap mendakwa, dia hanya tinggal sebatang kara di dunia ini.

"Dulu saya kerja, kutip itu kertas surat khabar, kasi jual (kitar semula). Sekarang badan banyak sakit, mahu jalan pun susah. Duduk sini baru dua tahun, itu macam," celahnya.

Tengahari tadi pembaca blog ini dan rakan Facebook saya, Md Izwan menghantarkan gambar pengemis di bawah.


Seperti pekerja pusat urut, lelaki berkopiah meraih simpati di susur keluar MRR2 ke Greenwood, Gombak, Kuala Lumpur itu tidak fasih berbahasa tempatan.


'Selalunya dia meminta sedekah bersama seorang perempuan tua, mungkin isteri dia. Mereka sudah lama di situ'

Itu antara informasi disalurkan oleh Izwan.

Di Bukit Bintang, pengemis kedua saya rakamkan.


Sebaik menyedari gambarnya dirakamkan, pengemis mampu berdiri dan berjalan terbabit beredar.


Sebaik tidak melihat kelibat kami, dia kemudian kembali duduk di lokasi sama sebelum didekati oleh Omar.


"Dia bercakap dalam Bahasa Melayu tetapi kurang jelas," ujar Omar.

Dalam tempoh kira-kira 30 minit memerhatikannya, 2 orang menyumbangkan wang tunai kepada pengemis itu.


Bukit Bintang, lokasi tumpuan majoriti pelancong warga asing terutama dari negara Timur Tengah dan negara lain.


Mereka pastinya melihat semua warna-warni kehidupan itu.

Amat wajar jika JKM Kuala Lumpur melaksanakan operasi bersepadu bersama penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Jabatan Imigresen untuk membanteras pengemis dan menangani kebanjiran pekerja warga asing tanpa dokumen perjalanan sah.

Tindakan itu kemudian harus disusuli oleh JKM di setiap negeri. Biar Malaysia bebas pengemis, bukan sekadar ibu negara kita.

Selamatkan pengemis warga tempatan seperti Yap dan tangkap sekaligus hantarkan semua pengemis warga asing pulang ke negara asal mereka.

Mereka tidak berhak berada di sini.

Pada masa sama, sewaktu melangkah pulang, saya mendapati papan tanda 'Jalan Bukit Bintang' lesap. Adakah itu petanda awal, kawasan berada di segi tiga emas itu sudah tergadai kepada warga asing?


Berbicara mengenai pengemis, ke manakah perginya pengemis warga Kemboja di bawah?


Baca kisah lelaki tersenyum di atas, klik di sini.


30 ulasan:

  1. gambar yg dikirim oleh md izwan macam orang sama kt reko sentral,kajang je...juga dengan seorang wanita...

    BalasPadam
  2. Harapnya cepatlah tamat drama pengemis ni..muak dan bosan!

    BalasPadam
  3. dkt tepi starhill ke blakang pn da mula ada khidmat urut mcm brdekatan bb plaza.dulu memang takde tp klu ade ap2 operasi buat kt situ skali bang sbb kadang tu smpi ade yg pkai baju da mcm pkai coli je..yg sy tau bru ade 1 kedai.

    BalasPadam
  4. kenapa la makin ramai warga asing tanpa segan silu menawarkan khidmat urut kat tengah2 bandaraya? dan kenapa la makin ramai pengemis2 yg mengemis di jalanan. mana pihak berkuasa tak pantau ke semua tu. tapi saya respect bro mazidul mmg betul2 berani turun ke padang ambil gambar, berbual dengan golongan2 ini. harap pendedahan2 seperti ini disusuli dengan tindakan daripada pihak bertanggungjawab...

    jom join contest watak kegemaran kat sini leh dapat pen drive

    BalasPadam
  5. - restoran Cheng Meng ini chinesee muslim ?
    Ya memamg ramai orang melayu makan di kedai makan China. Orang Islam yg iman dia tinggi sikit tak makan hidangan dari kedai yg menyembah selain Allah.

    - Lambakan pendatang asing buat kerja haram berpunca dari kerajaan pusat sudah tak lagi berminat menjaga keselamatan rakyat dan negara. Berlambak pengemis, pelacur, pendatang tanpa izin jadi pengawal keselamatan, berniaga dengan bebas, nigeria menyusahkan rakyat tempatan. Unit penguatkuasa tidak bertindak sebab tiada arahan dari orang atas. Kalau rakyat tempatan pakai baju bersih bukan main pantas...

    Kerajaan pusat patut ditukar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat kelantan dan selangor pun banyak Pelacuran tak nak tukar kerajaan negeri keeer . Ulamak pun tak mampu nak bendung. ha ha.

      Padam
  6. 'Tolong jangan ganggu mereka. Ini gagasan 1 Malaysia.... Semua bangsa didunia ini boleh duduk sini cari makan sini... Org israel pun boleh masuk sini. Kalau tk boleh u kasi la wang, kita mesti boleh kawtim punya...' Percayakah anda??

    BalasPadam
  7. Diod, restoran Cheng Mee mendapat pengesahan sijil halal JAKIM.

    Saya makan di situ.

    Seperkara lagi, isu dipaparkan bukan berkisar politik, lebih kepada perihal sosial.

    Pulau Pinang dan Selangor juga banyak pusat urut, tidak lekang daripada kegiatan pelacuran dan perjudian.

    Jadi kerajaan NEGERI juga perlu diubah?

    BalasPadam
  8. Sijil halal JAKIM hanyalah sekeping kertas. Pemilik restoran tetap non muslim yg mengaut banyak keuntungan setiap bulan.

    Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor (serta kelantan dan Kedah) tak ada kuasa total. Kerajaan pusat memerintah Pulau Pinang dan Selangor melalui JPP. Kerajaan negeri bertukar, pegawai kerajaan tetap orang yg sama.

    BalasPadam
  9. diod, best jadi kau ni, menyalak tanpa identiti.

    Orang cerita fasal pengemis, kau cerita fasal politik.

    BalasPadam
  10. diod, best jadi kau ni, menyalak tanpa identiti.

    Orang cerita fasal pengemis, kau cerita fasal politik.

    BalasPadam
  11. Haha.. Bro MAS dh hangin ni... Sape yg lari topik u kick saja la...
    Pengemis luar yg ada kt Malaysia ni tkkan wujud berleluasa kalau takde si pemberinya. Pandangan saya kalau rasa nk buat amal jariah dgn bersedekah hantarlah ke surau/masjid. Mereka ini satu sindiket. Menyamar pun ada betul pun ada.. Gunakan kewarasan akal. Kesian mmg wujud dlm hati bila lihat keadaan mereka, tp kalau kita support mereka lg bnyk pengemis dtg dr luar masuk sini... Nk2 plak bulan Ramadhan yg mulia ini just around the corner, mmg berduyun2 pengemis tiba nnt.. Yg kita plak konon nk beramal lebih sket... Makanua dihulurkan seringgit dua, Mmg la dpt pahala menderma bila ikhlas. Jdnya smp bila pun tk abis. Mereka ttp akan ada di negara kita smp bila2..

    BalasPadam
  12. http://saifulislam.com/?p=7247
    Blog ustaz ni hilang pula.

    Sorry bro. Tanpa identiti bukan lesen untuk menyalak sesuka hati. Orang tak kenal saya tapi Allah sentiasa tahu. ke mana saya mahu lari ? Kepada Allah jua saya kembali.

    BalasPadam
  13. bro mazidul, saya lihat masalah berkaitan pengemis & juga masalah2 lain berkaitan rakyat asing yg tidak sah di negara ini, adalah berpunca daripada kekangan kos & kakitangan agensi terlibat.

    Saya rasa mereka (agensi berkaitan) pasti sentiasa peka dgn masalah ini, tetapi mereka tidak cukup kekuatan anggota utk laksana penguatkuasaan 100% serta kurang berkuasa utk memastikan PBT dapat bagi kerjasama sepatutnya.

    Saya rasa bro pun boleh nampak perkara ni. Jika kerajaan boleh tambah kekuatan jab. imegresen sehebat atau hampir sehebat polis, tambah dana utk kos operasi & pastikan agensi berkaitan ini betul2 berkuasa utk masalah ni, pasti agensi2 ni akan gembira.

    BalasPadam
  14. terkejtu juga sya dgn berita ni. hrmm, byknya pengemis. tpi kecian juga tgk mereka, ada sbab jadi mcm ni.

    BalasPadam
  15. Sdr Mazidul,

    Saya juga adalah masyarakat yg perihatin. Banyak kali menghubungi polis dengan mendail 999 agar mengambil tindakan terhadap pengemis yang mengunakan kanak2 atau terhadap anak-anak dari pusat tahfiz yang merayau dikawasan awam menjual barangan. Setakat ini, belum pernah melihat pihak polis datang kawasan yang dilapurkan. Mungkin kerana ini bukan aktiviti jenayah agaknya. Bila anak2 itu dicolek, diperkosa atau dibunuh barulah menjadi kes agaknya.

    Sedih.

    Cucu Tulang Padang

    BalasPadam
  16. Eh..pengemis di susur keluar MRR2 ke Greenwood, Gombak tu pernah mengemis di area Jalan Reko,Bdr Baru Bangi..a'ah kdg2 ade seorang perempuan mngemis di tempat yg sama iaitu di traffic light Jalan Reko..jauhnya pengemis tu berjalan mencari rezeki

    BalasPadam
  17. salam..
    pengemis kemboja..(sy yakin sgt org yg sama) kerap terjumap di pasar malam pauh jaya dan desa permai bukit mertajam....

    BalasPadam
  18. pengemis warga kemboja (sy amat yakin org yg sama) sekarang nie kerap berada di pasar malam taman pauh jaya dan kota permai di bukit mertajam...

    BalasPadam
  19. Bro mazidul kawan kepada pengemis warga kemboja tu selalu ada di pasar Bukit Sentosa, Rawang. . saya kalau jumpa selalu cakap bang menipuje ada kaki palsukan. . dia sengeh sengeh je. tanpa rasa malu. entah entah x faham bahasa melayu kot.

    BalasPadam
  20. Ape dah jadi di msia ni. Syurga pengemis tipuan. Ade gak yg buat duit dan anggap sbg kerja.

    BalasPadam
  21. salam abg mazidul,

    pengemis kemboja tu skarang ni selalu saya nampak di pasar malam bandar baru sungai buloh setiap isnin..

    BalasPadam
  22. pengemis di persimpangan gombak - greenwood tu bukan meminta dgn tangan kosong sahaja...
    kadangkala dia bawa poster saiz A4 - mengatakan perlu wang kerana anak sakit di hospital...
    kadangkala dia bawa pen, tisu utk dijual...
    tapi dia mmg tak bercakap langsung... dan mmg dia berdua dgn seorg lagi perempuan tua...
    mereka sangat berani... berjalan di celah-celah kereta yg berhenti di traffic light...
    saya selalu perhatikan... sbb persimpangan itu mmg laluan harian saya...

    BalasPadam
  23. salam,
    pengemis kemboja tsenyum tu saya nampak semalam di pasar malam taman desa murni sungai dua butterworth..saya yakin memang dia, org yg sama, tp kalau nak comform lagi kena tunggu mggu depan sama ada dia masih datang lagi atau tidak..

    BalasPadam
  24. Pengemis berkopiah di MRR2 nampaknya agak terkenal.

    Saya pun pernah ternampak di Jalan Reko.

    Jauh tu tiba2 di GreenWood.

    BalasPadam
  25. Pengemis berkopiah di MRR2 nampaknya agak terkenal.

    Saya pun pernah ternampak di Jalan Reko.

    Jauh tu tiba2 di GreenWood.

    BalasPadam
  26. Masalahnya rakyat kita yang terlau baik hati. Pengemis di Greenwood tu saya perhatikan setiap kali lampu merah, confirm sekurang-kurangnya 7-8 orang pemandu kereta yang akan menghulurkan duit kepada mereka.patut la mereka lagi galak duduk mengemis.....

    BalasPadam
  27. Semua pihak perlu bekerjasama untuk banteras kegiatan sebegini sebelum melarat dan mencemar imej negara kita sebagai negara Islam.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.