Ruang Iklan Zone A

Isnin, Julai 16, 2012

KEMALANGAN MAUT DI JOHOR BAHRU


Saya dan kru Majalah 3, bergerak dari hotel di Johor Bahru, Johor, pada jam 11 pagi tadi. Sewaktu menuju ke susur keluar ke Senai, kami terlihat kenderaan bergerak perlahan.

Pantas saya mengeluarkan kamera digital dari beg galas.

"Kemalangan maut," ujar pemandu spontan.

Jam tangan menunjukkan pukul 11.15 pagi.


Sebaik kenderaan di parkir di tempat selamat, pantas saya meluru keluar dan merakamkan gambar mangsa, meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Seperti biasa gambar, close up jenazah terpaksa dikaburkan.


Hujan turun rintik rintik tidak dipedulikan oleh pegawai dan anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Tugasan mereka laksanakan.

Pegawai Penyiasat, Inspektor Haizir Samsuddin kelihatan mencatkan maklumat berhubung kemalangan maut terbabit.


"Seorang lagi mangsa telah dibawa ke hospital, dia cedera parah," bisik anggota bertugas di lokasi sama.

"Dia pembonceng atau penunggang?," soal saya kembali.

"Belum pasti lagi tetapi topi keledar merah itu milik mangsa dihantar ke hospital," balasnya.


Saya perhatikan, kelopak mata mangsa terbuka. 

Ingin saya cuba menutupkannya tetapi bimbang mengganggu tugas pihak berkuasa. Diperhatikan dari jarak dekat, hanya bahagian dagu kiri kelihatan luka sedikit.

Polis turut menemui beg duit dan telefon bimbit mangsa tanpa kad pengenalan diri.


Motosikal jenis Yamaha LC 135 tercampak kira-kira 10 meter dari lokasi mayat terbujur kaku.


Sementara menunggu Inspektor Haizir selesai melaksanakan tugasnya, anggota trafik lain memastikan aliran trafik berjalan lancar. 

Mereka peramah dan tidak lokek senyuman. 


Dengan bantuan jurukamera, Rohaizat Roslan, video blog dirakamkan di lokasi kejadian dan kemudian dimuat naik di laman Facebook saya, klik di sini


Penunggang dipercayai terbabas lalu terlanggar penghadang jalan di sebelah kanan sebelum tercampak kira-kira 10 meter di hadapan.


"Saya kenal pemilik motosikal itu dan telah menghubungi dia di rumah," ujar lelaki di tengah. 


"Ertinya, motosikal ini milik orang lain?," tanya saya.

"Ya. Mungkin adik dia tunggang," balasnya. 

Saya kemudian memaklumkan anggota polis kelihatan cuba menghubungi kenalan mangsa menggunakan telefon bimbit berhubung maklumat diperolehi. 

"Lelaki berbaju merah di seberang jalan mengenali pemilik motosikal," ujar saya ringkas.

Diharapkan tindakan itu memudahkan polis memaklumkan keluarga mangsa berhubung kejadian tidak diduga itu.

Apapun, takziah kepada keluarga mangsa terkorban.

Al-Fatihah.

Mudahnya nyawa melayang justeru berhati-hati di jalanraya.

NOTA : Jangan lupa menyaksikan kisah Kru Penyingkap Fakta 666 di Misteri Nusantara, esok, Selasa, jam 9 malam.

10 ulasan:

amelia shafer berkata...

SMTI : Alfatihah utk mangsa.. Bagaimana mereka berada di jalanraya tanpa ada pengenalan diri? Pelik!

norinaomar berkata...

Innalillah, moga arwah tergolong dalam golongan orang beriman

Teringat adik yang selang 2 minggu ulang alik tunggang motor Muar-Chembong, risau juga kadang-kadang

ibuintan berkata...

Alfatihah utk mangsa. Takziah kepada keluarga arwah.

Betty Zurina berkata...

Takziah kepada keluarga mangsa dan Al fatihah kepada mangsa.. semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org2 yg beriman...

Sis Lin berkata...

Innalilah'jiun...
Takziah bt keluarga mangsa...

Dah dekat dah dgn rumah saya...

**Bang, bila balik? esok jom join saya makan cempedak & nasi Padang Jawa di Depan Bangunan Abu Kassim tu jam 3pm.. :)
Cempedaknya memang terbaeeeeekkk!

Murni Alfathunnisa berkata...

SMTI.

Al-fatihah buat mangsa.

Prince of Noob berkata...

Innalillah... moga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman... Al-Fatihah...

http://buasirotak.blogspot.com/

cik FIFFY berkata...

innalillah.. jalan ni saya selalu jalan balik kerja. :(
al-fatihah.

shidine didine rahman berkata...

al fatihah...mudah sungguh nyawa melayang secara tiba tiba sekarang ini... terkenang anak yang berulang alik dari putrajaya ke banting setiap pagi dan petang demi sesuap nasi...Ya Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang Yang Menakluki Alam Semesta dan Yang Berkuasa atas semua nyawa hambaNya...selamatkanlah perjalanan semua hambaMU yang menaiki kenderaan dalam mencari rezekiMu di muka bumi ini...Amin

susumanis berkata...

Al fatihah utk arwah, maut sentiasa mengejar kita semua dlm berbagai cara krn mati itu pasti pada semua, astagfirullahalazim