Isnin, Jun 18, 2012

KEANGKUHAN TIDAK BERNOKTAH

Petang tadi saya ke Cova Square, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. 

Sebelum ini seorang daripada pengutip bayaran parkir, warga India, mengaku tidak memiliki permit kerja sah.

Klik di sini untuk membaca entri terdahulu.

Pada ketika itu, majikan pekerja itu juga tidak mempunyai lesen membenarkan kutipan bayaran parkir. Hasil aduan saya kemukakan kepada penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, operasi dilakukan.

Klik di sini.

Hampir jam 6 petang tadi saya bertemu lelaki sama ditemankan rakannya, berdiri di sebelah kiri.


"You orang mana?," soal saya kepada lelaki berbaju putih itu. 

Berikut jawabannya.

 

Setelah didesak, dia akhirnya mengaku warga India, bukan berasal dari Pulau Pinang atau Kedah.

Manakala rakannya mendakwa, kini dia memiliki permit kerja sah, diuruskan oleh majikan. Untuk rekod, syarikat milik majikannya juga telah diberikan lesen sah untuk mengutip bayaran parkir, RM3 sekali masuk di kawasan itu oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

"Naik motosikal pergi sana, pergi sini, awak ada lesen ke?," tanya saya.

"Tidak adalah," balasnya.

Keangkuhannya terhadap Jabatan Imigresen juga masih tidak bernoktah.



Kekadang warga asing menetap di Malaysia dan mencari rezeki di sini, bak manusia tidak sedar diri.

HEBAHKAN

Jika ingin melihat juruteknik Majalah 3, menggayakan pakaian tradisional suku kaum di Sabah, sila klik di sini.

3 ulasan:

  1. Jangan cari pasal sama Rakyat Malaysia, Jika tidak kamu akan dapat susah. Bukan kami mengugut tetapi kamu yang mendesak...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.