Khamis, Mei 31, 2012

RINTIHAN HATI WANITA DARI KUALA KRAI KELANTAN INI HARUS DIDENGARI

Pelbagai kisah kita baca berhubung kualiti air di Kelantan.

Berikut antara komen dihantar oleh rakan Facebook saya kini menetap di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

"Di Kuala Krai ini, setiap hari kami menghadapi masalah bekalan air berwarna kuning, sampai baju sekolah anak-anak kami pun berwarna kuning. Saya setiap tahun kena menukar penapis air, seminggu sekali harus dibersihkan jika tidak air tidak keluar akibat keladak'



Tersentuh hati saya membaca kedaifan dan kesukaran hidup dilalui rakan wanita dan keluarganya itu.

Apabila dibangkitkan soal ini, barangkali segelintir pembaca akan berkata ...

"Kenapa sibuk sangat tentang air di Kelantan?"

Bukan menyibuk tetapi menyatakan simpati dan kebenaran. 

Bolehkah kerajaan Barisan Nasional membantu membekalkan air bersih sekiranya rakyat Kelantan membuat keputusan menukar kerajaan pemerintah?

Siapa boleh jawab?

19 ulasan:

  1. Assalamu 'alaikum

    Ni masalah yang melibatkan politik. Saya malas nak tulis sini tapi kalau Mazidul nak tau jugak Mazidul boleh call saya direct.

    i think you have my number right?

    Dr. Kamal Shah
    Sutan Rajo Sati,
    Pasir Puteh,
    Kelantan.

    BalasPadam
  2. Saya pernah jalani PLKN di Kuala Krai. Tiap2 minggu pasti ada masalah air. Tak tahu kenapa. Susah jugak kami nk mandi air bersih nak berwuduk. Nasib baik ada kolah.

    BalasPadam
  3. kesian,,memang tak patut,,dibiarkan,

    BalasPadam
  4. suruh kerajaan pusat bantu la. tak perlu tukar kerajaan.
    saudara hanief dah buat video, dia call syarikat air kelantan tanya kenapa masalah air tak selesai. pegawai tu kata.. (tonton sendiri la..)
    rakyat kelantan selesa dengan MB yang zuhud, sederhana dan warak.

    kalau kerana air, sampai terpaksa tukar kerajaan yang konon moden, lebih 1 malaysia, lebih terbuka, baik tak payah la..

    kita hidup nak cari redha allah..

    BalasPadam
  5. Salam... Bang, mohon kebenaran untuk copy artikel ni untuk publish dalam blog saya... Terima kasih...

    BalasPadam
  6. adakah rakyat Kelantan perlu kali ini 'beri peluang' kpd Barisan Nasional utk cuba membantu mereka setelah puluhan tahun di bawah PAS, nasib mereka tentang isu air masih pi mai pi mai tang tu? :)

    BalasPadam
  7. Orang luar Kelantan komen lebih2 saja yea.. saya yg besar dan tinggal di Kelantan dah muak dengan isu ni. Orang Kelantan yang kaya, mampu ada pam air & penapis yang mahal memang la tak ada isu.. tp rakyat biasa di kampung?

    Mejar Anizam yang jaga isu ni pula sombong.. bila ditanya, dia kata 'sampai sekarang ni tak ada lagi mati di kelantan sampai kena tayammum'. Amboi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...sy pun org kelantan, tp alhamdulillah, keluarga sy ambil alternatif gali perigi.. Kalau nak di harapkan air meter, entahlah, menyakitan hati....

      Tapi, kesian bile melawat rumah saudara2... Air kadang2 masa-masa tertentu je ade... Bile masa kenduri, memang sangt menyeksakan...

      Entah sampi bile...

      Padam
  8. Kerajaan kelantan kena fikirkan mcam mana cara nak pam air kat sungai kelantan yang banyak tu untuk kegunaan rakyatnya. Jadi pemerintah kita bertanggungjawab kepada kebajikan rakyat. Tak boleh tidak.

    BalasPadam
  9. "Bolehkah kerajaan Barisan Nasional membantu membekalkan air bersih sekiranya rakyat Kelantan membuat keputusan menukar kerajaan pemerintah?

    Siapa boleh jawab?"

    Saya boleh jawab. Kalau agenda pembaikkan sistem pembekalan air bersih ada dalam manifesto BN peringkat negeri kelantan untuk pru13 nanti, insya Allah BN akan buat. Sama juga kalau agenda ini ada dalam manifesto PAS untuk pilihanraya nanti, insya Allah PAS juga boleh ubah dan buat. Semuanya adalah tertakluk kepada manifesto, janji2 pilihanraya...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. nak tanye, berapa jumlah empangan air yang terdapat dikelantan? dan berapa jumlah emapnagn yang terdapat di negeri2 lain? mazidul tulung jawab....

    BalasPadam
  11. untuk info, hanya 1 sahaja empangan yang terdapat dikelantan iaitu di jeli sebagaimana anda sedia maklum jeli dengan kota bharu lebih kurang 80km jaraknye. manakala perak mempunyai empangan sebanyak 5 empangan.

    BalasPadam
  12. Pada pendapat saya, kerajaan pusat harus bantu rakyat kelantan dalam hal ini walaupun negeri tersebut diperintah pembangkang. Itu adalah tugas sebuah kerajaan yang sepatutnya adil. Pada masa yang sama juga,rakyat Kuala Krai boleh menggali perigi kalau kualiti air bawah tanah tempat itu sesuai untuk di minum. Kerajaan Kelantan sendiri juga harus mencari lebih kawasan tadahan air. Rasanya memadai dari membina empangan yang menelan kos yang mahal.

    BalasPadam
  13. siapa lalu asyik guna air perisa tanah tiap hari. elok la pihak berwajib menggembleng tenaga selesaikan isu air yang berlanjutan ni. penswastaan kembali syarikat air di kelantan dapat dilihat sebagai jalan penyelesaiannya.

    BalasPadam
  14. ..aslmkm...
    kakak sulung saya telah menetap di Kuala Krai sejak dari tahun 1985 lagi..bkn tiap hari air kuning...masa saya ke rumah nya bbrp kali..air tak kuning pun..air paip yg di gunakan air kelantan la...

    kalu bagi kjaan pusat, alamat, kaya kroni...
    bkn setiap masa air kuning...mgkn paipnya berkarat kot..mana la tau...masa saya dok kat penang(masa tu bn yg perintah) air merah ada, putih ada...air masak kalu disimpan dalam botol 2 hari..alamat boleh tgk karat dan berlendir...
    jgn tertipu la...ckp aje la nak mntk tukar kjaan...
    abis cite...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.