Selasa, Mei 22, 2012

MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK MEMANCING PERHATIAN? ATTENTION SEEKER?

12 Mei lalu, saya menulis berhubung remaja mendakwa ingin membunuh diri di laman Facebook miliknya. Ketika itu dia menggunakan nama Edward Martin Jesus.

Sila baca nukilan saya di sini.

Sehingga ke hari ini jangkaan saya ternyata tepat. Orang ingin membunuh diri lazimnya tidak menghebahkan hasrat mereka seantero dunia.

Berikutan maklumat disalurkan oleh pembaca blog ini, saya menjengah Facebook Edward Martin Jesus sekali lagi.

Berikut ikon digunakan oleh pemiliknya.


Jika rajin, bacalah sebilangan daripada ribuan komen dicatatkan oleh orang ramai berhubung sikap dan tindakan remaja terbabit, klik di sini.

Namanya juga telah ditukar, dari Edward Martin Jesus kepada Muhammad Syahir.

Barangkali dia hanya sekadar attention seeker.

Namun mempermainkan agama seolah-olah sama tahap dengan kisah cinta 'agungnya' bukan tindakan bijak.

Kemana pergi ayah dan ibu budak ini?

14 ulasan:

  1. samada kurang didikan agama atau kurang perhatian dari keluarga atau kedua duanya sekali.

    BalasPadam
  2. bdk remaja zmn skrg mmg byk kecelaruan minda, x berfikir panjang, even me myself sering kali byk brdpn dgn org yg bila kecewe baru lah igt agama, ble gembira jauh sekali.

    BalasPadam
  3. parents kena guide budak ni..atau parents nya dah malas nak peduli.."lantak ko lah nak..tak kuasa aku nak layan"mungkin ini kata mereka, kita tak tahu so mudahmudahan Muhamad Syahir cepat sedar dan menuju ke jalan yang diredhai Allah

    BalasPadam
  4. Dia cuma sekadar mencari tumpuan namun perbuatan dia menghina agama tu agak melampau betul..abg mazidul bagi tarbiyah sikit kat budak ni biar dia sedar

    BalasPadam
  5. nauzubillah ...takutnye ak..budak ni dh boleh dihukum bunuh... sebab dh nyata murtad...sesuka ati nk kua masuk agama..dia ingat ape?? jauhkanlah pangai mcm ni dripada keturunanku YaAllah.

    BalasPadam
  6. kita bagi tugas kepad mereka yang tiada kerja sgt menangani hal ini, kerana ikut pilihan dulu, tolong insan yg nak hidup pun belum habis lagi,,insan yg berusaha nak hidup, insan yang tak nak hidup biarkan dulu, selepas semua anak anak bapak yg ingin dan niat nak hidup terlebih dulu,

    BalasPadam
  7. entah2 ibubapa dia pun x tau anak dia perangai cam tu..budak2 skg mmg susah nak pantau

    BalasPadam
  8. bro mazidul, org yang menggunakan agama ni memang ramai, malah ada je yg pada zahirnya bertopengkan janggut dan serban tapi kat Facebook cuma memikat gadis2 dan ustazah2 sekolah hatta bini orang pun, contohnya md zan durany... baca kat sini kalau nak tahu lebih lanjut -
    http://buasirotak.blogspot.com/2012/05/agamawanwati-yang-wtf.html

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum;

    Saya rasa, kita pun sepatutnya berubah. Terutama didalam teknik Ceramah Motivasi & Nasihat.

    Contoh Masalah teknik ceramah di Malaysia ialah masalah Rumah Tangga kerana Majority golongan yang disasarkan & selalu diperkatakan di dalam ceramah ialah Lelaki menanggung Isteri sedangkan sekarang ini Majority ialah Isteri berpendapatan lebih tinggi dari Suami. Jadi "as per result", agenda gagal menemui matlamat.

    Samalah dgn remaja ini, teknik & point ceramah gagal menemui sasaran kerana dunia mereka tidak sama dengan apa yg di perkatakan dalam ceramah. Hasilnya, mereka boleh bersama2 mengarang ceramah yg di sertai.

    Contoh teknik paling berkesan sekarang bagi saya ialah daripada Ustaz Don Danial (TV Alhijrah). Tanpa berbaur Politik, berunsur menarik perhatian & point direct kepada masalah "on the ground" (majority berlaku).

    Insyallah, kita sesama sampaikan kepada penceramah2 lain tentang masalah "on the ground" ini. Dah lama kita lupa ^_^

    BalasPadam
  10. Mungkin budak kurang kasih sayang...

    BalasPadam
  11. Anak remaja yang sebenarnya belum matang, tidak memikirkan kesan daripada apa yang dilakukannya.. Samalah seperti remaja perusuh BERSIH yang merosakkan harta benda awam pada 28 April lalu..

    Moga mereka cepat sedar..

    BalasPadam
  12. Payah nak motivasikan remaja zaman sekarang. Bagi sesetengah remaja, CINTA adalah segala2nya dalam kehidupan ini. Tanpa CINTA dunia bagai dah nak kiamat. Apatah lagi kalau kehilangan CINTA. Huru hara kehidupan.

    Penting utk kita sedarkan mereka bahawa hidup ini bukanlah semata2 kerna CINTA. Ada satu cinta yang WAJIB mereka buru sebelum mereka bercinta sesama manusia iaitu CINTA dari ALLAH. Nak cinta Allah, kena kenal Allah. Nak kenal Allah, kenalah berusaha mencariNya.

    BalasPadam
  13. Bagaimana pula apabila mengiklankan seks melalui akhbar? Baca Iklan Seks di Harian Metro

    BalasPadam
  14. mohon semua yg membaca @ mengikuti perkembangan muhammad syahir doakan semoga dia dilindungi Allah dari terpesong akidahnya.. janganlah terus terusan menyalahkan ibu bapanya jika kita sendiri tak tahu.hujung pangkalnya.. perbuatan @ pengakuan murtadnya saya percaya berpunca dari terminum holy water.. maklumat sy dapat dari saudara terdekat mangsa sendiri.. mohon kita semua doakan agar anak2, adik beradik,rakan2, jiran2 kita dilindungi Allah dari perkara2 macam ini..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.