Isnin, Mei 21, 2012

KFC DAN BAHASA KEBANGSAAN

Di penghujung era 80 an, majoriti pelanggan restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken, KFC memakan hidangan menggunakan sudu dan garpu. 

Kelihatan janggal benar, jika pelanggan menyuapkan ketulan ayam ke mulut menggunakan tangan. Saya percayai ramai pembaca berusia 35 tahun ke atas pernah melihat atau melalui pengalaman sebegitu. 


Teringat saya kepada peristiwa sewaktu makan ayam KFC di Klang, Selangor pada tahun 1987. Ketika itu hidangan KFC dianggap eksklusif dan hanya mampu dimakan oleh golongan berduit. Majoriti orang kampung tidak pernah mendengar mengenai KFC kerana mereka hanya mengejar ayam kampung dan kemudian digoreng tanpa menggunakan resepi rahsia Colonel Harland Sanders. Jauh sekali mereka memahami terma 'Snack Plate' dan 'Dinner Plate'. 

Kini ayam KFC dimakan dengan menggunakan tangan oleh majoriti pelanggan, tidak lagi terkial-kial memegang sudu dan garpu.

Sebab itu, tag line KFC diubah kepada 'Sedap sehingga menjilat jari' atau 'Finger licking good'.

Maksudnya, KFC sedia berubah demi kebaikan dan kesenangan pelanggan mereka biarpun makanan dihidangkan berasal dari Amerika Syarikat.

Untuk rekod, saya difahamkan, rasa ayam KFC juga berbeza dan diadun mengikut kesesuaian citarasa penduduk di negara makanan terbabit dipasarkan.


Saya catatkan di Facebook, mengenai teguran berhubung penggunaan bahasa di KFC SS2 Petaling Jaya, Selangor. 

Umum tahu, kebanyakkan pekerja restoran KFC lazimnya menggunakan bahasa Inggeris sewatu menyambut pelanggan dan mengambil pesanan mereka.

Timbul persoalan, mengapakah mereka tidak dilatih berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan? Bahasa Melayu. 

Polisi syarikat?

Malah jika pelanggan memilih menggunakan bahasa Melayu, sebilangan pekerja masih lagi bercakap dalam bahasa Inggeris.

"Apa salahnya, jika terlihat pelanggan, pak cik macam saya, berikan salam dan gunakan bahasa Melayu kerana saya berasa amat selesa berinteraksi menggunakan bahasa ibunda"

Itu antara catatan saya di ruang komen laman  Facebook.

Pada masa sama, saya tidak bertujuan melarang pelanggan lain berbahasa Inggeris sewaktu berkomunikasi dengan kakitangan KFC.

Jika KFC tidak teragak-agak mengubah tag line dan citarasa ayam dihidangkan kepada pelanggan, mengapakah pihak pengurusan restoran ternama itu tidak menggalakkan kakitangan bertugas untuk lebih bijak berinteraksi mengikut kesesuaian bahasa pelanggan?

Jangan pula sewaktu ghairah memperkasakan bahasa Inggeris, kita terlupa bahasa melambangkan bangsa.

9 ulasan:

  1. SMTI: Bahasa menunjukkan BANGSA! sibuk nak agungkan bahasa luar... sehingga bahasa sendiri dipinggirkan... kalau di Indonesia..jangankan bangsa Cina..hatta Mat Saleh pun pandai berbahasa Indonesia..*bab ini saya terpaksa puji Indonesia :))

    BalasPadam
  2. memertabatkn Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris....dasar pendidikan terkini MBMMBI menggantikan PPSMI....

    BalasPadam
  3. Di Jepun pun warga asing belajar bahasa Jepun agar mudah berkomunikasi dgn orang Jepun.

    BalasPadam
  4. Mungkin dengan berbahasa Inggeris membuatkan mereka berasa begitu hebat. Sikap sebegini perlu dijauhi kerana Bahasa Melayu juga mampu membuatkan kita berasa hebat. Tak percaya bolehlah tanya peserta pidato Antarabangsa BM tempohari. Bukankah mereka tampak hebat dengan Bahasa Melayu...?

    Terima kasih Tuan Mazidul di atas keprihatinan terhadap Bahasa Melayu. Saya menyokong 100% tulisan ini.

    BalasPadam
  5. betul tu... martabatkanlah bahasa kita... gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramai ramai...

    http://buasirotak.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Bro, sebenarnya kan... yg peliknya masa gaduh dengan customer depa boleh cakap Bahasa Malaysia. Ni kira macam pondan bila ternampak Mazidul dalam kereta saya dulu, terus keluar suara garau. Hahahahah

    BalasPadam
  7. sebenarnya mrk yg bekerja di restoran makanan segera ni mungkin rasa hebat kot apabila menggunakan Bahasa Inggeris itu sebab mereka cuba melupakan Bahasa Malaysia dalam penggunaan seharian..Marilah kita martabatkan Bahasa Malaysia dan juga peradaban Melayu kerana budaya kita lebih agung dan hebat malahan peradaban kita juga hebat jika tidak masakan suatu masa dahulu ramai pedagang dari seluruh pelusok dunia datang berdagang ke Melaka..

    BalasPadam
  8. Kita tidak menafikan kepentingan BI. Sememangnya BI ialah bahasa komunikasi dunia.
    Saya yakin orang Jepun, Korea, Perancis dan Jerman pun berpendapat sama.
    Tetapi, sekurang-kurangnya, gunakanlah bahasa kebangsaan di tanahair sendiri apabila bercakap dengan warga negara sendiri.

    BalasPadam
  9. Ehhh pelik..mungkin tak semua tempat pekerja KFC menggunakan BI sebab di Tawau Sabah pekerja KFC rata-rata menggunakan bahasa Malaysia...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.