Sabtu, Mei 12, 2012

EDWARD MARTIN JESUS MENDAKWA INGIN MEMBUNUH DIRI HARI INI AKIBAT KECEWA BERCINTA

Seorang daripada rakan Facebook menghantar maklumat kepada saya berhubung kes lelaki dipercayai murtad dan kini beragama kristian.

"Nama Islamnya Syahir,  kini Edward Martin Jesus, dia hendak membunuh diri hari ini (12 Mei 2012) akibat kecewa bercinta," dicatatkan rakan sama.


Melalui pengalaman lalu, mereka ingin membunuh diri lazimnya tidak akan menghebahkan tujuan mereka kepada umum. Jika berhasrat terjun dari bangunan tinggi, mereka menaiki lif, memanjat tembok dan kemudan terjun tanpa berfikir panjang. 

Otak mereka bertaburan dan tubuh mereka patah riuk. 

Manakala kelompok ingin dipujuk, takut dan sayangkan nyawa, selalunya akan berdiri di tempat tinggi dan menunggu orang ramai berkumpul di bawah. Gambarnya akan dirakamkan menggunakan kamera digital, telefon bimbit atau kamera video. Selepas dihubungi, Polis dan Pasukan Bomba dan Penyelamat kemudian tiba di lokasi, memanjat bangunan,  menjalankan usaha memujuk dan menyelamat.

Martin mengambil tindakan berbeza, dia mengumumkan niat untuk membunuh diri dan akan memulangkan semua barangan pemberian teman wanitanya, didakwa bernama Atiqah Aziz dan tinggal di Ampang, Selangor. Melalui alamat tercatat di laman Facebook, Edward mendakwa menetap dan menuntut di Shah Alam, Selangor. 


Fakta, pemegang akaun ini tidak memiliki gambar profil sekaligus identitinya tidak dikenali. Motif dia ingin menamatkan riwayatnya, akibat kecewa dalam percintaan.

Dia minta untuk dipujuk dan diselamatkan.


Jadi mengikut kelaziman, InsyaAllah, dia tidak akan membunuh diri kerana takutkan mati.

Klik di sini untuk meninjau laman Facebook Edward. 

18 ulasan:

  1. salam abg mazidul, ini mgkin blog dn myspace milik syahir.. mungkin..
    syahir005.blogspot.com
    www.myspace.com/syahir005

    BalasPadam
  2. betul tu bang, orang kalau nak bunuh diri, dia tak wawarkan pada orang lain pun...
    tahu tahu dah mati minum racun ke, jatuh bangunan ke, tak pun gantung diri.

    BalasPadam
  3. saja nak perhatian le tu...eleh elehhh

    BalasPadam
  4. Sebenarnya dia takut dgn bayang2nya sendiri..
    Baru frust bercinta dah nak bunuh diri..
    Dia tak tahu pelbagai ujian harus ditempuhi selagi kita hidup..
    Ingatlah hari ibu,pengorbanan ibu..
    Kesian mak ayahnya..mempunyai anak sebegini..Mak ayahnya melahirkannya normal tapi anaknya tak berfikir secara normal..
    Inilah salah satu hikmah Allah bagi kat akak ketiga-tiga anak istimewa..Tak perlu tanggung dosa anak2 dan makan hati dgn sikap anak2 normal hari ini..

    BalasPadam
  5. Semoga dia kembali ke jalan yang benar. Kembali kepada islam dan mati dalam islam.

    BalasPadam
  6. Salam. Nak komen sedikit. Maybe budak ni dah hilang waras dan fikiran budak ni dah lari sebab putus cinta. Maybe kita nampak cam dia buat benda ni semua utk tagih simpati dan nak org bagi attention. But ade jugak possibility dia akan membunuh diri. Bukan?? Kita patut menolong beliau utk balik ke pangkal jalan yang benar. Bukan mock dia dan bagi komen2 yang berunsurkan negativity dan lucah. Siap ada yang tanya dah mati ker belum utk prove budak ni. NI ker cara kita Muslim menangani benda2 yang agak serious??
    W Salam
    Mika

    BalasPadam
  7. gua dah follow kisah mamat ni dari dulu lagi... kalau nak tgk kisah awal2 dia leh tgk kat sini http://buasirotak.blogspot.com/2012/03/jadi-bangang-kerana-cinta.html

    BalasPadam
  8. amacam dia dah bunuh diri ke? btul2 x bersyukur, dah la murtad , nak bunuh diri lak.dapat ke tuhan br dia tolong dia...

    BalasPadam
  9. tertanya2 jugak, takde sesapa ker yg try nak selongkar cerita nih dari si atiqah aziz tu or famili dia?

    BalasPadam
  10. SMTI

    saya rasa ni orangnya..dari maklumat sekolahnya sama..tapi yang ini ada profile picture

    http://www.facebook.com/profile.php?id=100003837935493

    BalasPadam
  11. usah cepat melatah.. jgn cepat komen yang bukan2 @ mencaci dia... kita tak tahu punca masalah...

    cuma saya harap sangat2 pembaca blog ini sama2 doa agak dia kembali ke pangkal jalan.. mudah-mudahan anak2 muda yg lain juga dilindungi Allah dari manusia2 yg cuba utk memesongkan akidah umat Nabi Muhammad saw

    BalasPadam
  12. kan baik kalau pegi ambil air wuduk .. solat kah..biar tenang hati tu...ni pegi mgarut kat facebook...

    Ni mybbkan org ramai marah diri..Free2 mgundang kemurkaan...

    BalasPadam
  13. aku tetap akan mengejar cinta nur atiqah nor aziz! EMJ masih hidup

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.