Rabu, Mei 02, 2012

BERBASIKAL DI TIANJIN

21 April lalu, saya berada di Beijing Auto China 2012 bersama kru Majalah 3 dan kakitangan Green Oranges Sales and Services Sdn, Bhd.

Turut berada di lokasi, gadis di bawah.


Tanpa kehadiran gadis China terbabit, barangkali pameran kenderaan ketiga terbesar di dunia itu kurang serinya. Selain dia, ramai lagi gadis manis kelihatan berdiri berhampiran kereta dipamerkan.


Untuk rekod, kereta konsep di atas, Haval E, keluaran Great Wall Motors Company Limited atau lebih dikenali sebagai GWM.

Jurukamera bersama Majalah 3, Rohaizat Roslan, 44 tahun, berpeluang merakamkan gambar bersama seorang daripada model terbabit dalam pameran kenderaan kali ke 11 diadakan di Beijing itu.


Saya, Rohaizat dan juruteknik, Mohd Azhar Che Umar juga berpeluang menemubual Duta Besar Malaysia di China dan Monggolia, Datuk Iskandar Sarudin berhubung hubungan diplomatik terjalin di antara Malaysia dan China sejak tahun 1974.


Terima kasih kepada kakitangan Green Oranges, Zuraimi Imran Zulkifli (dua dari kanan) kerana sudi mengiringi dan membantu kru Majalah 3 sepanjang membuat rakaman di China selama 10 hari.


Pada 25 Mei lalu, saya rakamkan gambar semua wakil media turut serta sewaktu liputan di Baoding, China. Klik imej untuk memperjelaskan gambar di bawah.


Keesokkan hari, kami bergerak dan tiba di Tianjin, kira-kira 150 kilometer dari Baoding. 


Di bandar itu, saya sempat berbasikal ketika suhu mencecah 10 darjah Celcius.


Zuraimi juga mencuba kemahiran sebagai penunggang basikal elektrik, e-bicycle, kini digunakan majoriti rakyat China. Statistik terkini, jumlah keseluruhan rakyat negara terbabit, 1.3 bilion.


Setelah saya periksa secara teliti, mujur tayar basikal terbabit masih sempurna sewaktu dikembalikan kepada pemilik asal.


Saya kemudian kembali ke Baoding dan menginap di hotel dikuasakan sepenuhnya menggunakan tenaga solar.

Hotel solar pertama di China, Power Valley International Hotel.


Di bandar itu, saya terlihat dan merakamkan gambar kereta di bawah. Perhatikan wanita berbasikal di sebelah kiri juga kelihatan teruja menatap kenderaan sama.


Tetapi wanita terbabit barangkali tidak langsung terkejut melihat kenderaan Hummer seperti di bawah kerana banyak digunakan di negaranya.


Saya merakamkan lebih 1,500 gambar sewaktu di China, InsyaAllah bakal saya kongsikan lagi bersama semua pembaca blog ini.

6 ulasan:

  1. Salam abg mazidul,

    Pembetulan,25 april 2012 bukan 25 mei..

    "Pada 25 Mei lalu, saya rakamkan gambar semua wakil media turut serta sewaktu liputan di Baoding, China"

    BalasPadam
  2. SMTI...sampai ternganga bro kita tu tengok model...kih3x

    BalasPadam
  3. Kereta lebih cantik dan elegan dengan kehadiran para wanita tu ye..hehe. =)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.