Jumaat, Mei 04, 2012

AL-FATIHAH PERTAMA UNTUK BOB KUMAN (GAMBAR EKSKLUSIF)

Pemimpin seharusnya menyebarkan berita tepat dan sahih di laman sosial.


Malangnya berita disiarkan di laman Twitter Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu tidak benar. Sila rujuk di sini. Maaf Datuk kerana saya harus memperbetulkan maklumat salah itu.

Bob Lokman masih HIDUP.

Barangkali informasi disalurkan oleh sumber kepada beliau tidak tepat.

"Bang! Tolong pergi tengok abang Bob, isteri dia telefon mengis dan katanya abang Bob sudah tidak bernafas. Saya on the way," ujar Farid cemas sewaktu menghubungi saya di rumah petang tadi.
Pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau nama sebenarnya Hsni Mohd Rawi, 41 tahun, dilaporkan sakit buat pertama kali di blog ini.

Sila rujuk entri ini.

Berikutan laporan itu, banyak pihak menghulurkan bantuan kepada anak kelahiran Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan terbabit.

"Bang, terima kasih kerana menolong saya," ujar arwah berkali-kali. 

"Bob, saya hanya membantu sedaya mungkin"

Hanya kenyataan itu mampu saya ungkapkan.

Arwah ternyata amat terharu berikutan sumbangan dihulurkan orang ramai bersimpati terhadap keadaannya. Untuk rekod, dia antaranya disahkan mengidap sakit jantung, darah tinggi dan penyakit terlalu mudah tertidur.

Mewakili keluarga arwah, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua memberikan sokongan moral dan kewangan.


Melalui pengamatan saya, Bob tetap bersabar setiap kali akaun Maybank miliknya disekat sekaligus menggagalkan usaha orang ramai mendepositkan sumbangan mereka ke akaunnya.


Baca laporan di sini.

"Bang, macam mana saya hendak ke bank membuat justifikasi sedangkan hendak bangun dari katil pun saya tidak berdaya," katanya.

Saya melihat penderitaan dilalui oleh arwah. 

Kali pertama bertemu Bob pada 15 April lalu, sambil berbual dia kelihatan sukar bernafas namun sedaya upaya mencuba menerangkan situasi sebenar. Lihat aksi arwah 17 hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.


"Biar aku pegang mikrofon ini, lama tidak keluar TV," usiknya.  

Dalam derita, Bob masih mampu bergurau senda ketika dikunjungi oleh wakil media cetak dan elektronik di rumahnya.


"... lu fikirlah sendiri," ujarnya dalam nada bergurau.


Kenyataan itu ditujukan kepada David Teo berikutan ketidakpuasan terbuku di hatinya.

"... kita kesian dia laaa dari dahulu sebelum saya jumpa dia, dia sudah ada masalah kesihatan. Dia minta saya untuk bagi peluang bekerja. Saya kata, kamukan ada masalah kesihatan. Boleh ke kamu kerja? Dia kata boleh. Sebelum dia pergi saya punya lokasi, so hospital Tawakal saya bersama dia punya kru hantar sumbangan untuk tolong dia melunaskan baki daripada Tawakal, RM5, 000. Tak payah pinjam, saya bayar kamu sumbangan. Apabila di dalam sedih, production manager bawa dia pergi, bukan seperti yang ditunjukkan pada gambar sebab dia lelah bukan dia jatuh. Saya terkilan sebab kata saya abaikan. Kalau dia hendak minta gaji, itu sedekah, dia boleh terus kepada saya. Tak perlu melalui publisiti seperti saya menganiayai dia. Tak adil bagi saya lah ... Tuhan kata memaafkan orang, kita akan banyak rezeki. Saya sentiasa memaafkan banyak orang ... Dia bagi tahu kita, biar saya hantar pegawai, saya pun sentiasa di luar negara. Tak ada masalah, dia orang sakit. Sekiranya dia mahu MINTA SEDEKAH, beri tahulah tetapi jangan menganiaya orang lah"

Kenyatan di atas diungkapkan oleh David (sumber : tonton.com.my) sewaktu dihubungi oleh wartawan Melodi melalui telefon dan kenyataan terbabit disiarkan di rancangan hiburan secara langsung terbitan TV3 itu, dua minggu lalu.

Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat bersama David dan semua pembaca blog ini. Barangkali dakwaan jutawan terbabit bahawa beliau pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada arwah benar biarpun saya tidak melihat buktinya lagi tetapi ketahuilah masih ramai lagi rakyat Malaysia berhati mulia biarpun bukan berstatus jutawan. Mereka tanpa sebarang persoalan dan pertikaian membantu Bob melalui pelbagai kaedah tanpa nama disebut.

Sebilangan hadir ke rumah arwah contohnya memberikan ubat tradisional manakala sebilangan lagi menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai.

Ingin saya tegaskan di sini, arwah BUKAN PEMINTA SEDEKAH, dia penerima derma ikhlas disumbangkan oleh anggota masyarakat pelbagai bangsa berhati mulia.

Teringat saya kepada kenyataan rakan, Razali Harun sebelum ini.

"Dia (Bob) sebenarnya bukan mementingkan duit sangat bro tetapi jika boleh cuma ingin diziarahi oleh rakan dan kenalan dalam keadaan begini"

Ahli politik mewakili PAS dan Barisan Nasional, ahli SENIMAN, persatuan kebajikan, rakan artis dan ramai lagi sempat singgah menziarahi arwah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Benar kata David, barangkali kerana kesibukan tugas, dia sentiasa berada di luar negara, masakan mempunyai masa terluang menziarahi pelakon dan pelawak terlantar sakit.

Itu bukan tanggungjawab dia dan pegawainya jadi mereka tidak boleh dipersalahkan.

"Bang, saya bukan hendak meraih simpati. Bukan desperado. Kalau abang hendak menolong saya, elok kalau iklankan barangan cendera hati saya jual seperti topi dan baju di blog, " pintanya kepada saya sejak hari pertama saya menulis entri berhubung penderitaannya.

Untuk pengetahuan semua, Bob tidak pernah meminta saya memulis entri berhubung seksa ditempuhnya di blog ini. 

Saya menulis entri disebarkan ke seluruh negara itu dan sekaligus memancing perhatian media itu dengan kehendak hati sendiri.

"Bob, sihat dahulu dan kemudian kita bincangkan fasal iklan. Sebenarnya mereka menderma itu peminat awak dan menghargai awak sebagai anak seni. Barangkali, awak pernah membuatkan mereka tertawa sebelum ini. Justeru tidak salah jika mereka membantu sewaktu awak dilanda musibah," balas saya.

Kita harus ingat, kuasa dan kekayaan, milik Allah. Jika Allah ingin menarik kembali segala rezeki dianugerahkan kepada makhluk bergelar manusia, sekelip mata bakal hilang segalanya tanpa mengira status, bangsa dan agama manusia.

Sewaktu tiba di rumah arwah pada jam 4.33 petang tadi, saya melihat Bob terbaring di atas katil. Jururawat peribadinya, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya, Kamer Farhan Kamaludin, 23 tahun, sedang melakukan CPR dengan harapan Bob kembali bernafas. 

"Berapa lama sudah melakukan CPR?," soal saya kepada Farid.

"Lebih kurang dua puluh minit bang," balas graduan lulusan Kolej Segi juga kru Penyingkap Fakta 666 itu.

Kedua mereka kelihatan penat namun tetap bersilih ganti melakukan CPR.

Farid melihat tepat ke arah saya menggelengkan kepala. Bibir arwah kelihatan berwarna biru gelap dan tubuhnya  langsung tidak menunjukkan sebarang respon positif. 

Dia faham maksud gelengan itu. Mereka telah mencuba kaedah terbaik untuk menyelamatkan Bob namun gagal.


Dua kakitangan ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba di rumah kira-kira jam 4.37 petang tadi dan membuat pemeriksaan teliti ke atas tubuh Bob.


"Tiada denyutan nadi, tiada degupan jantung dan anak mata sudah membesar," jelas kakitangan hospital itu.

"Elok kalau encik memberitahu isteri abang Bob," celah Farid.

Farid ternyata bersedih.

"Macam abang saya. Saya mula menjaga abang Bob sejak 17 April lalu sampailah semalam," bisiknya kepada saya.

Isteri arwah, Norma Othman, 29 tahun, berasal dari Mukah, Sarawak, dinikahinya pada 8 April lalu mengalirkan airmata sebaik dimaklumkan berhubung pemergian suaminya.

Untuk pengetahuan semua, Norma dan arwah berkongsi tarikh lahir sama, 15 April. 


Lantas saya memyedekahkan Al-Fatihah pertama buat arwah sebelum jenazah ditutup menggunakan kain.


Sewaktu dua kakitangan hospital bergerak keluar dari bilik, saya terpandang dua topi keledar mainan diletakkan di atas almari berhampiran katil arwah.


Biarpun berat tubuhnya sewaktu hidup dilaporkan melebihi 200 kilogram, di hatinya tersemat sifat anak kecil, menggemari permainan sebegitu barangkali untuk menghiburkan sanubarinya ketika terluka berikutan sifat beberapa manusia sebelum ini menjadi kenalannya.

Untuk rekod, topi terbabit mempunyai pembesar suara di bahagian dalam. Jika pengguna bercakap sewaktu memakai topi itu, suaranya bertukar menjadi besar seperti suara robot.

Untuk rekod, jenazah Bob dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum dibawa ke rumah  keluarga arwah di 1763  Kampung Sega Tengah, 71200 Rantau Negeri Sembilan.

"Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sega Tengah ini, jam 10 pagi esok. Kami sampai tadi kira-kira jam 11.35 malam," lapor Azayusrin.

Kru 666, Razali Harun, Azayusrin, Adam dan Farid kini berada di rumah arwah.


Al-Fatihah!

HEBAHKAN

83 ulasan:

  1. Allahuakbar..

    Sedihnya membacanyaaa ;((
    Moga arwah tenang damai disana..

    Al-Fatihah..

    *izin saya share ye bang..

    BalasPadam
  2. Tumpang tanya sdr Mazidul, Allahyarham meninggal pukul berapa dan posting ucapan ta'ziah dari MB Kelantan lebih kurang pukul berapa?

    BalasPadam
  3. Al Fatihah
    dan takziah dari auc dot com
    semoga rohnya dikalangan orang2 yang beriman...
    AlHamdulillah Bob dah lepas....
    Kita pulak macamana nanti?

    BalasPadam
  4. salam abg mazidul,sy dah minta penjelasan admin yg jaga twitter dan fb datuk bentara setia nik aziz nik mat,memang pada awalnya tertulis takziah pd "Bob Lokman",namun sudah diperbetulakan dgn menulis "Bob Kuman",boleh lihat re-update di sini https://www.facebook.com/nikaziz,sekian harap maklum

    BalasPadam
  5. Pada pendapat saya, kenyataan dalam Twitter dan FB rasmi MB Kelantan tu adalah satu 'Typing error'. Tak perlu untuk diperbesar-besarkan dan tak perlu untuk sindir menyindir. Kalau dibaca pada kenyataan penuh MB yang ditulis pada FB rasmi MB, dpt difahami yang dimaksudkan oleh beliau adalah Bob Kuman bukannya Bob Lokman. Tak timbul persoalan ketidaktepatan informasi. Apapun sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham. Semoga Allah SWT memberikan keampunan kepada Allahyarham dan semoga semoga amalan Allahyarham semasa hidup diterima Allah SWT sebagai bekalan di akhirat.

    BalasPadam
  6. AlFatihah...mohon share di FB saya ye bang....thanks...

    BalasPadam
  7. AlFAtihah utk arwah...mohon share di FB saya ye bang..thanks...

    BalasPadam
  8. Al-fatihah utk arwah husni....untuk kebaikan bersama, isu mb kelantan tu xpyahlah disertakan sekali. hal tu awal2 lg sudah diperbetulkan oleh admin di page berkenaan. xpyahlah nak perbesarkan isu berkenaan melainkan saudara mazidul ade motif tertentu...

    BalasPadam
  9. Ariff, Nasron dan Maharaja Lawak Mega, setiap kenyataan oleh pemimpin di laman sosial, tidak kira dari parti mana sekalipun harus dihalusi terlebih dahulu sebelum disebarkan untuk bacaan umum.

    Itu mesej jelas ingin saya sampaikan.

    Adakah pandangan itu bercanggah dengan undang-undang?

    Jika ya, sila nyatakan.

    Kita harus faham, tidak semua pembaca berpeluang mengetahui berhubung pembetulan telah dilakukan.

    Itu fakta.

    Apa salahnya menerima pandangan orang lain waima seorang pemimpin sekalipun.

    BalasPadam
  10. Terima kasih kerana memberi respon saudara mazidul. rata2 1 malaysia sudah tau akan pemergian arwah bob kuman. jadi tiada lagi isu kematian bob lukman. "Maaf Datuk kerana saya harus memperbetulkan maklumat salah itu" Mereujuk ayat saudara ini jelas menunjukkan yang saudara mahu memperbetulkan keaadan .Dan jelas di twitter berkenaan awal2 lagi sudah diperbetulkan. Jadi apa lagi saudara nak buktikan di sini? isu apa yang cuba dibangkitkan? isu pemergian arwah bob atau isu mb kelantan ni?

    BalasPadam
  11. Maharaja Lawak, adakah semua orang mempunyai akaun Twitter?

    BalasPadam
  12. Saudara mazidul. twitter berkenaan akan di auto linkkan kepada facebook. dan typing error berkenaan berlaku di twitter @ facebook page berkenaan. jadi page itulah yang sepatutnya membetulkannya. dan jelas sudah awal2 lagi diperbetulkan. rujuk sini:- https://www.facebook.com/nikaziz/posts/10150719357972592

    BalasPadam
  13. dan ini tiwtter boleh rujuk sini http://twitter.com/#!/nikabdulaziz

    BalasPadam
  14. Maharaja Lawak, salahkah jika kenyataan pemimpin diperbetulkan?

    Jika salah, maafkan saya.

    BalasPadam
  15. ... atau salahkah jika saya sebagai golongan marhein mengingatkan pemimpin agar berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan di laman sosial?

    BalasPadam
  16. saya cm zali mewakili anggota chargeman club malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga bob kuman ..al fatihah.... moga beliau di tempatkan di tmpt org2 soleh dan beriman ...

    BalasPadam
  17. Saudara mazidul, tidak salah saya just beri pandangan saya. Sbb bg sayalah akan ada orang yang akan salah tafsir benda ni. saya tahu tujuan saudara mazidul baik untuk memperbetulkan keadaan. tapi dari sudut lain mungkin ada orang yang tidak sedap memandang akan hal berkenaan. merujuk pada link yang saudara berikan saja sudah jelas ramai yang caci maki carut marut kutuk mengutuk sesama sendiri disebabkan hal berkenaan. jadi pada pandangan sayalah lebih elok elakkan perkara yang boleh membawa kepada perbalahan sesama manusia. terima kasih keran sudi memberi respon kpd situasi ini. apa pun saya respek saudara mazidul kerana bnayak membantu arwah husni. semoga saudara mazidul dirahmati Allah hendaknya.....

    BalasPadam
  18. mohon share di fb abg mazidul
    sy kagum dengan laporan abg

    BalasPadam
  19. Takziah buat arwah..semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya..

    sangat terharu akan keprihatinan saudara mazidulakmal..semoga Allah membalas jasa tuan.

    Buat saudara MLM..
    cuba lah bersangka positif kepada orang lain..itu lebih murni bukan?

    BalasPadam
  20. al-fatihah..semoga roh arwah dicucuri rahmat..terkejut baru dpt tau berita menyedihkan ini..br smpy kg. bukak fb trus dpt berita nie..ya allah kau tempatkan lah arwah dikalangan org2 yg beriman..rahmatilah dia ya allah..

    BalasPadam
  21. Al-fatihah buat arwah husni.semoga rohnya di cucuri rahmat,

    pasal khilaf MB,semua org mlakukan kesilapan.beliau dah mintaa maaf,habis cerita..dan kita sesama kita bermaafan lah.

    lebih baik sedekah senaskah al-fatihah kpd arwah..saya yg baca komen pun..rasa tak seronok..

    BalasPadam
  22. Alfatihah..moga dia tenang disana..:( Hilang sudah insan yg sering menceriakan kita dgn lawak2nya..

    BalasPadam
  23. Al Fatihah untuk Bob Kuman....

    Sedih dimana2 mesti cerita Politik.... kekhilafan terjadi dimana2, TV3 yang memberi berita terkini pun tak ada menyiarkan mengenai kematian arwah....

    BalasPadam
  24. ... atau salahkah jika saya sebagai golongan marhein mengingatkan pemimpin agar berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan di laman sosial?

    tak pernah salah ... tapi pernahkah menegur pemimpin kerajaan ????

    BalasPadam
  25. Semoga ronya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa. Al Fatihah.

    BalasPadam
  26. alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat....

    BalasPadam
  27. Takziah kepada keluarga Bob kuman dan Al-fatehah buat arwah. Maharaja Lawak Mega, saya setuju dengan kamu.

    BalasPadam
  28. takziah kepada ahli keluarga arwah & Al-fatehah buat arwah...Maharaja Lawak Mega, saya setuju dgn kamu.

    BalasPadam
  29. Dari "DIA" kita datang dan kepada "DIA" kita akan di kembalikan...

    AL-Fatihah buat roh beliau dan SALAM TAKZIAH buat waris ...

    sudah sampai "JANJI" beliau kita pula tidak pasti bila...!

    BalasPadam
  30. Innalilah..Al Fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat & dtempatkan dgn golongan yg beriman...amin

    BalasPadam
  31. salam takziah buat arwah semoga tenang disana ..

    harap abang mazidul perbetulkan .. ada benarnya kata2 MAHARAJA LAWAK MEGA itu , jgn kerana kenyataan ini akan menimbulkan pelbagai persepsi org sedangkan , kekilafan itu terjadi dengan tidak disengajakan , even mak dan ayah saya juga konfius dgn arwah dan bob lokman .. typing error dan dah tertekan button send .. alhamdulillah sudah pun diperbetulkan ..

    x elok benar jika medan komen abang mazidul ini dijadikan tempat org mengucapkan takziah sambil berperasangka buruk terhadap seorang pemimpin yang ternyata manusia biasa , yang membuat kesilapan tidak disengajakan ..

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum

    Terasa hiba bila membaca situasi arwah, namun kita sebagai manusia merelakan pemergian arwah Husni @ Bob Kuman. Saya adalah peminat arwah, setiap lakunannya memang meghiburkan.

    Semoga arwah sentiasa tenang disana bersama orang2 yang bertakwa...Aminnn

    salam takziah buat keluarga arwah Husni Mohd Rawi. Al-Fatihah ..

    BalasPadam
  33. ... dan setuju sgt2 dengan kata2 akhir Joanna Yunus ..

    BalasPadam
  34. insaf bila ingat tentang kematian..semalam dua kematian , harini ibu kepada rakan pulak..Al Fatihah buat mereka

    BalasPadam
  35. al fatihah...

    bila teringat waktu dia beraksi, mengalir air mata...

    BalasPadam
  36. jangan macam-macam lah.sudah dikatakan itu adalah 'typo error'...dan sudah pun diperbetulkan. TV3 pun, pembaca beritanya pun ada juga yg tersasul sebut nama pemimpin....live lagi tu...so tak yah kecoh2. jgn asyik nak perbesarkan kesilapan orang aje.

    BalasPadam
  37. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orng beriman

    BalasPadam
  38. assalamualaikum...
    al-fatihah utk arwah abg bob..
    ank2 sy suka dgn lakonan arwah... dah berpuluh kali melihat lakonan arwah pun ank2 masih x bosan.... tp ALLAH lg menyayangi arwah...semoga arwah tenang disana...

    BalasPadam
  39. assalam...

    sedih bile dgr berita kematian arwah...
    salam takziah utk keluarga arwah... semoga roh nya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...

    sy dan keluarga adalah peminat setia arwah...setiap lakonanya mmg menghiburkan...ank2 sy cukup meminati arwah abg bob...

    AL FATIHAH UTK ARWAH...

    BalasPadam
  40. Salam takziah buat keluarga arwah...Semoga ditempatkan disisi hambaNya yg soleh

    BalasPadam
  41. alfatihah utk arwah Bob dan takziah utk keluarganya

    BalasPadam
  42. Semoga arwah Husni bin Mohd Rawi tenang disana.. Al-Fatihah..

    saya minta izin untuk share artikel ini ye.. terima kasih..

    BalasPadam
  43. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Al-Fatihah untuk arwah Bro. Bob@ Husni dan mereka yang mendahului kita. Salam dan doa dari kejauhan seberang laut. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan kedalam orang orang yang beriman. Amin.

    BalasPadam
  44. Al - fatihah utk arwah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman, amin.....

    BalasPadam
  45. Takziah utk keluarga bob.

    Maksum betul pemimpin korang, Mazidul letak elok-elok, bebaik abis kena maki.Takpe, syurga syurga :)))

    BalasPadam
  46. cube tgk tweeter @WanitaUMNOMsia

    setiap manusia bnyk melakukan kesilapan, jgnlah semut seberang laut nmpk, gajah depan mate buat2 derk je.

    ape pun, tkaziah kpd keluarga arwah Husnei Md Rawi..

    Al-Fatihah..

    BalasPadam
  47. Hiba hati saya membaca kisahan ini.... semoga Allah menempatkan arwah dalam kalangan orang2 yang beriman....

    BalasPadam
  48. Innalillah dan Al-fatihah kpd arwah Husni...

    Saya rasa lebih terkesan dgn komen david teo yg nampak angkuh dan merendah2kan org lain dgn ayat minta sedekah itu. Org yg angkuh sebegini tak harus disokong filem2 mereka.

    BalasPadam
  49. Al-fatihah buat Allahyarham Husni. Meninggal pada petang Jumaat yang diharap-harapkan umat Muhammad. Moga rohnya dicucuri rahmat.

    BalasPadam
  50. Sudah lah..takyah nk besarkan isu ni lagi...sedekahkan Al Fatihah sudah.. Ni pasal politik pula campur kat sini.. Apa yg Saudara Mazidul tulis tu sekadar peringatan... tak kire la pemimpin pembangkang ke kerajaan.. Bila meninggalnya anak adam, kita sedekah doa n Fatihah untuk kesejahteraan dia dekat sana... Al-Fatihah

    BalasPadam
  51. uisssshhh..tak boleh sentuh sikit nama tok guru depa noo...yerlahh...tok guru hangpa typing eror...okla..dimaafkan..takde hal la..seme manusia wat silap..tok guru hangpa pon manusia jgk..mazidul pon manusia jgk..jadinya sedekah kan lah al fatihah kat arwah bob kuman..alfatihah

    BalasPadam
  52. TAKZIAH....penderitaan hingga ke akhir..statement minta sedekah mmg sy rs agak melampau...david T. harus menyatakan makna minta sedekah itu supaya tidak timbul prasangka

    BalasPadam
  53. Al-fatihah,
    Kita yang hidup sama2 bersedia kerana kita juga akan mengiringi arwah...

    BalasPadam
  54. Mcm sy jgk..sy pn trsebut bob lokman..tp bob kuman sbnrnye yg meninggal..sy bayangkn bob kuman tp sy trsalah sebut bob lokman tanpa sy sedari..setiap manusia ada kelemahan atau error..manusia xsesempurna Allah SWT..jd xperlulh berbalah..n smpi sanggup caci maki sesama sendiri..lbh teruk lg mencaci dan menghina ulama..nauzubillah..

    apa2 pn salam takziah bt sy kepada keluarga arwah..

    Al-Fatihah...

    BalasPadam
  55. salam,

    al-fatihah utk arwah bob kuman.

    maaf saya tapi saya betul2 tak selesa bila abg letak gambar arwah waktu saat2 terakhir tu,
    saya rasa tak payahlah letak gambar-gambar arwah masa dia dah xde tu. dari segi etika kewartawanan pun dah tak betul tu bang. biarlah benda2 tu cuma dia dan keluarga serta org terdekat je yg tengok. kesian arwah.

    BalasPadam
  56. Salam...

    Sudah2 la.. adalah lebih baik kita sama2 memperbanyakkan sedekah al-Fatihah dan doa buat arwah Bob.. tak perlu diperbesarkan perkara yang tak sepatutnya..

    Kalau dulu ramai yang memberi sumbangan pada arwah Bob tanpa banyak songel, marilah kita sama2 terus menyumbang sesuatu yang baik spt al-Fatihah dan doa buat arwah.. itu lebih diperlukan oleh beliau berbanding berbalah di topik ini.

    Wallahua'lam

    BalasPadam
  57. Setiap perbuatan yg baik biarlah ikhlas kerana Allah semata2.......semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman, Insya'allah. AL FATIHAH.

    BalasPadam
  58. Terimakasih Mazidul kerana telah menyiarkan secara detail mengenai penderitaan Bob Kuman hinggalah ke akhir hayat almarhum. Membaca Twitter profile beliau mengalirkan airmata... Dia bercita2 untuk menjadi seorang Motivator dan berhasrat untuk mendekatkan diri dengan Allah... Malah akhir2 ini beliau sering tweet... "Aku hanya ada ALLAH"... Saya akan terus mendoakan beliau dan Muslimin Muslimat yang lain... agar mereka semua dirahmati ALLAH SWT. Semuga dosa kita semua diampunkan ALLAH.

    TERIMA KASIH MAZIDUL
    I LOVE YOU

    Dr. Kamal Shah
    Pasir Puteh,
    Kelantan

    BalasPadam
  59. al-fatihah..takziah diucapkan kepada keluarga arwah.. semoga arwah dicucuri rahmatNya..

    BalasPadam
  60. al-fatihah untuk arwah , semoga arwah tenang disana .

    Usah perbesarkan Isu tu , seeloknya admin buang isu berkaitan MB Kelantan tu dari entry ni .

    BalasPadam
  61. Al-fatihah.

    Kepada saudara Mazidul, sebelum memperbetulkan kesalahan tuan guru nik aziz tentang tersilap type tu, lebih baik rasanya ditegur terlebih dahulu pemimpin yang tidak suruh isterinya pakai tudung, pemimpin yang tak laksanakan hudud, pemimpin yang biarkan kelab2, disko, casino, kilang arak berleluasa.

    saya sempat berjumpa dengan abang bob kuman di rumahnya di kota damansara bersama sahabat2 saya, sebab kami dan abang bob sama-sama bergerak seiringan bersama ustaz azhar idrus. dan arwah juga sempat bersoal jawab bersama ustaz azhar idrus di Lumut perak beberapa bulan lepas.

    BalasPadam
  62. Al fatihah... Sudah2la tu, jgn jadikan ini medan perang politik. Kita sama2 manusia beragama islam. Mazidul dah pun minta maaf jika tersilap malah To Guru Nik Aziz pun telah perbetulkan kenyataannya. Jangan di perbesarkan. Harusnya berdamai. Itu lebih aman. Saya percaya arwah juga tidak suka n tidak tenang di sana jika kita disini sibuk menunding jari sesama sendiri ketika ketidak beradaannya di dunia ini lagi. Fikir2 kan lah.

    BalasPadam
  63. AlFatihah buat arwah...semoga rohnya ditmptkan dlm klgn org yg beriman..amin

    BalasPadam
  64. Kan elok klau kita semua mendoakan kesejahteraan arwah di sana, kenapa disebabkan sedikit kekeliruan nak dikaitkan dengan politik, kenapa kamu semua, POLITIK tidak akan habis, disebabkan politik kita semua orang Melayu berpecah belah, tolongla jangan menyimbah minyak lagi pada api yang kecil, Saudara Mazidul, saya amat menyanjungi tuan dan tuan banyak membantu arwah tentang keperitan arwah selama beliau sakit sehingga dijemput Ilahi, semoga tuan sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki olehNya, harap ramai lagi manusia di luar sana yang cakna tentang kesengsaraan orang lain, jangan hanya tahu bergembira, INGATLAH MATI ITU PASTI, Al-Fatihah untuk Allahyarham Husni Mohd Rawi..

    BalasPadam
  65. kan elok kalau saudara mazidul, terus perbetulkan pada tuan guru, tak perlu sebarkan salahnya, mungkin ini kesilapan, kesilapan tak perlu disebarkan, terima kasih

    BalasPadam
  66. takziah kepada keluarga saudara husni mohd rawi. semoga allah menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman

    tahniah juga kepada TGNA kerana di dalam keuzuran dan kesibukan beliau, terselit niat suci dan marhaen beliau mengambil berat tentang keadaan semasa arwah

    takziah kepada pemimpin-pemimpin peringkat nasional lain kerana tak sentuh langsung pasal arwah semasa hayat atau selepas matinya

    akhir kata... bagi pemilik blog ini...JANGAN JADI BATU API. JANGAN JADI HIPOKRIT. TAK SUSAH MEMBACA NIAT ANDA!

    BalasPadam
  67. Assalamualaikum...sdr mazidul..cepat betul nmpk kesilapan TGNA..knp tdk war2kan pula betapa byk kesilapan fakta oleh pemimpin2 negara yg ada kini?..talam dua muka!!

    BalasPadam
  68. xsgka tgna aziz pn bt salah jgk..
    jgn asyik tunjukn kesalahn org len..
    kan dh terselak kain sndiri..
    pa2 pn, terima kasih abg akmal..

    BalasPadam
  69. rasa isu mb tu tak perlu diperbesarkan dan hak abang mazidul untuk menegur. ini kan blog dia dan fikir positif please.

    lagi satu, saya kurang berpuas hati dengan penjelasan david teo tu. sesuka hati nak cakap minta sedekah! dah kaya sangatkah sampai nak cakap macam tu?

    BalasPadam
  70. :') mngangis2 sy baca... ksian dgn arwah, byk benda susah yg dia harungi, tpi dlm masa tu dia xnk org bsimpati dgn dia dan ttp tabah .. ttp bleh brlawak.. RIP bob kuman.. u have brought happiness into our life <3

    BalasPadam
  71. Korang semua nie...haizz..bukan main cepat korang melatah kalau pasal Nik Aziz, pastu bukak cite pasal isteri politician lain tak bertudung bagai, haa, orang2 yang dok cakap camtue, ader ke korang TEGUR orang2 lain tak bertudung tue??jgn cakap jer lebih like KEYBOARD HERO tapi akai tarak..relak2 sudah la...jangan jadi BEBAL kay..ape2 pun hak korang la nak comment camtue..

    Ape2 pun, semalam aku telah adakan tahlil untuk ahli keluarga aku yang dah meninggal, sambil tue juga aku sedekahkan bacaan yassin aku untuk Arwah Bob dan semua kaum muslimin dan muslimat termasuk keluarga2 KORANG semua yang telah pergi..Aminn

    Kepada Mazidul, usaha anda sangat saya kagumi, biarlah orang cakap ape sekalipun, menghina or mencaci anda, kite doa jer yang baik2 utk mereka tue..

    Regards,
    Saiful

    BalasPadam
  72. Pelik benar org2 PAS ni, kat sini pun nak berpolitik?

    Al-Fatihah utk arwah Bob. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yang beriman...

    BalasPadam
  73. umno totoq mentaliti... benda kecik pun nak besar2kan.. pemimpin2 humno yg hangpa bangga2kan tu sah terang2 nampak haramnya, tak pulak nak isukan? benda kecik sekelumit taik idung la brooo... buat yg bangang duk kondem TGNA adakah hangpa suma ni cukup terbaik? klo amal ibadat hangpa setaraf TGNA sila la kondem beliau.. ni ilmu pun taraf dada itik je.. ntah2 langsung takde tau nk kondem je.. jahil betul manusia akhir zaman ni.. ulamak dihina, luka bin luka disangjung.. bodo..

    BalasPadam
  74. Al-fatihah buat arwah, semoga dimasukkan dalam golongan2 org yang beriman.

    Yang lain tu janganlah nak gaduh2 sampai nak bodohkan orang lain... kalau kita beriman kita tak kata orang lain BODOH...

    BalasPadam
  75. He was a good friend. . .
    Al-fatihah buat arwah bob kuman..moga rohnya ditempatkan dikalangan org2 beriman...

    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ.
    أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ

    BalasPadam
  76. Moga Allah mencucuri rahmatnya....

    Hal ulasan mazidul tentang teguran pemimipin yg kurang cermat tapi nak komen..memang tepat... ini bukan hal politik.. ini hal sesaorang insan menegur insan lain... dan mudah difaham olih setiap insan .
    Kalau non insan yg terguris atau terkedu..itu hal biasa dan lumrah...sebab hanya insan yg dapat menyelami hal hal akhlak insan...
    So Tuan Mazidul ... Umum tau maksud murni tuan yg memperjuangkan akhlak Insan dari tercemar... Komen yg berlebihan yg akan datang..hanya kasihan kita... terhadap mereka yg tak dapat menikmati hidup Insan apalagi memahaminya... kesian..

    BalasPadam
  77. Assalamualaikum,

    Bagi saya Mazidul tiada niat lain melainakan untuk menegur kesilapan Tuan Guru Nik Aziz. Tak kira lah kesilapan spt typo ke apa. Rasanya tak salah Mazidul menegur sebab besar impaknya. Takkan yg salah kita harus diamkan. Dan ini juga tiada kaitan dengan politik ke apa.. Tolonglah berfikiran terbuka.

    BalasPadam
  78. Al-Fatihah untuk arwah dan sama-samalah kita berdoa agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

    Lagi satu, tak salah kalau saudara Mazidul memperbetulkan apa yang salah..ianya bukanlah atas faktor politik dan 'anda' yg tetiba naik HANTU tu kenapa? fikirlah semula!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.