Ruang Iklan Zone A

Jumaat, April 06, 2012

SANGGUPKAH PENGARAH HOSPITAL TIDUR DI ATAS TILAM SEPERTI ...

Barangkali ramai antara kita pernah berkunjung ke hospital kerajaan sebelum ini samada untuk mendapatkan rawatan atau sekadar menziarahi rakan taulan mahupun saudara mara dimasukkan ke dalam wad.

Lazimnya kita hanya melihat  jururawat berpkaian kemas dan cadar putih membalut tilam di katil.

Maklumlah, warna putih begitu sinonim dengan kebersihan dan hospital.

Bagaimanapun gambar tilam di wad kanak-kanak berikut kelihatan amat menjijikkan.


Saya difahamkan, gambar terbabit direkodkan pagi tadi di sebuah hospital di Kuala Terengganu, Terengganu. Dengan meneliti perabot dan suasana di sekeliling barangkali sebilangan pembaca mampu meneka lokasi sebenar tilam itu.

Simpati saya membayangkan pesakit dibaringkan di atas tilam seperti itu tambahan pula jika pesakit, kanak-kanak.

Sanggupkah pengarah hospital berbaring di atas tilam sama barang 3 minit?

Pembaca tolong jawabkan.

Padanlah selama ini orang ramai dimomokkan dengan larangan merakamkan gambar di hospital. 

Itu baru cadar disingkap ...

HEBAHKAN

36 ulasan:

H Abadiey berkata...

SMTI...

Nu-are berkata...

ni tilam beli 2nd hand punya ke adoilahhhh geli den tgk

SERASI RITMA berkata...

Aduh! Sadis.

dina berkata...

smti...

farul_izraf berkata...

Darah, nanah, air kencing and what not. Semua ada atas tilam tu..

Bluerghhhhh

Terbelog berkata...

itulah harta kerajaan
bukan hospital saja
byk lagi kalau
dikupas satu2

azzpinky berkata...

SMTI ~ True, true , true!!

Zurina Hj.Zainal berkata...

Sungguh menjijikkan....kesian kepada pesakit terutamanya kanak2....yg sakit akan lebih sakit....mmg patut soalan itu diajukan kepada pengarah hospital berkenaan, jika tidak pun kepada doktor2 atau nurse2 yg bertugas dihospital berkenaan....sure mereka tak sanggup.....

maszmadi berkata...

erm, begitu ke realiti keadaan kemudahan di hospital?...
x ker banyak virus dan bakteria kat situ..
moga ada yang sedar dan dapat perbaiki kelemahan tersebut.

Navi berkata...

kes biasa la ni..
kat mana2 jabatan skali pun...

peruntukan broo...
peruntukan.. dah lari !!

LEE berkata...

Mcm mane la kanak2 malaysia nak sihat kalau tilam kat hospital pun dah mcam ni.

http://bacajela.blogspot.com/2012/04/google-x-reveals-project-glass.html

Tinggur berkata...

siapa yang bersalah dalam perkara ini? kakitangan kah? atau pihak kerajaan? kah? negara kita sanggup mengadai nyawa menghantar sumbangan ke luar negara, namun setakat tilam kat hospital pun tak mampu di ganti

Siti_btp berkata...

Baru nampak ke! Itulah nasib saya dan anak saya tinggal selama 3 tahun di hospital pediatrik HKL kira2 17thn lalu..

Tapi nak buat macam mana ibarat mentimun..Nasib org tak berduit begitulah..

Cuba buka sarung bantal pula !!

Angah berkata...

tilam kedai 2ndhand pun lagi elok....

SM berkata...

tak nak jawab sebab pengarah hospital sedang bersuti di luar negara. tapi nak tanya balik kepada yang berkenaan. sanggup tak menteri yang menjaga hal ehwal kesihatan atau kebajikan rakyat sentuh dengan hujung jari mereka tilam yang penuh kesan abstrak ni?

Sis Lin berkata...

Masyaallah....terkejutnyaaaa..
Itulah kan, bila kita ke hospital bayar, ada yg menyindir, katanya byk duit boleh lah, bkn kita nak jatuhkan hospital kerajaan, tp lihatlahhhhhhhh, itu bru disingkap tilamnya, belum lagi diselak 'tirai' nya...

Hairankan, hari2 bekerja, dan membersihkan katil, tidakkah mereka rasa geli dan berfikir??? atauuuu mereka tak boleh nak berkata2..??? hanya sekadar menjalankan tugas? siapa yg nak disalahkan..?

ermmm *bang nanti saya update dan saya copy dan share di blog aya ye..thankx..

Navi berkata...

mak aiii.. !!

Siti_btp berkata...
tinggal selama 3 tahun di hospital ..

itu dah setaraf rumah welfare dah tu...
makan/tido/baring.. di tanggung..
so xperlu komplain la.. kan..?

Charlie's Belle berkata...

oohhh..itu biasa dilihat masa mak saya di hospital..tapi kami adik-beradik selalu bising, mintak tukar tilam. kena staff nurse yang cengil sikit tu dibalasnya "kalau tak nak, kenapa tak bawak tilam sendiri?" best tak?.

memang betul lah kita dtang hospital nak berubat. tapi no wonder lah balik dari hospital pun masih tak sihat sepenuhnya. n

Shiela Latif berkata...

sampainya hati.

encik Cool berkata...

gelimat..

bjay69 berkata...

apakata bro mazidul buat kempen free tilam pulak. lepas tu jemput pengarah hospital berkenaan sekali. biar dia malu...

Adam Vai berkata...

SMTI

joijoi80 berkata...

Sepanjang saya duduk di hospital besar ipoh ( HRPB)xder plak nampak tilam mcmni..semuanya elok dngn cover plastik .semua org dpt tgk masa cik nurse tukar sarung tilam ngan bantal setiap pg.. jadi rasanya x semua hospital kerajaan teruk..

azam berkata...

setahu saya dah byk ditukar kepada tilam bersalaut plastik di bahagian luar dah....

GELI

Raja Azrul berkata...

SMTI

Dunia Baru berkata...

SMTI

Cik Tie@Akak berkata...

aduss..sepital kat Tgganu tu...tempat saya..sedih

shazrina berkata...

Hospital Raja Perempuan Bainun Ipoh menggunakan tilam yang dibalut dengan plastik (tujuan utk kalis kotoran). Kemudian baru cover dengan cadar. Bile baring x panas pon. Hospital lain kene contohi servis tpt tidur di HRPB, Ipoh.

chomots berkata...

Itu untung da bg tilam..rakyat malaysia berntung..kerajaan tanggung biaya ubat..da bg mrah nk ckp byk..mmg la buruk,tp xpyh sonok sgtlah kutuk hospital yg awok bertapa selama 3 tahun..berpijak dbumi yg nyata..nk perfect,hospital swasta la jawabnyer..mampukah anda?

Pen Biru berkata...

sy setuju dgn chomots. bukan semua hosp kerajaan cmtu. inilah yg dikatakan kerana nila setitik..
perkara ini yang harus dipersalahkn adalah pengarah hospital tu dan juga staf yg menjaga aset di situ.

openminded berkata...

hehe,.. tanggungjawab staff ke kena beli tilam baru? atau tanggungjawab pengarah bg duit dia beli tilam baru?? atau tanggungjawab kerajaan ni??

Noraswida berkata...

mane pergi royalti yg diberi.. buat stadium, bumbung runtuh.. fasiliti hospital sepatutnya ditukar/pantau sekerap yg mungkin krn digunakan oleh org ramai..
*lebih baik buat monsoon cup dr beli tilam ni utk rakyat..

PaK_LaN berkata...

boleh share di mana lokasi hospital ini?

Qyla Fadhila berkata...

bIasa ngk keadaan tIlam sepertI ini di hospital. Tapi ape bole buat...

Ami Scott berkata...

Bajet kurang encik Mazidul...peralatan perubatan hatta tilam pun agak mahal...namun sikit-sikit dah ada penambahbaikkan..maybe tilam tu nak di lupus mana kita tahu...tapi kalau bukan maybe dia nak guna selagi ada seperti kitorang orang kesihatan selalu buat...pesakit makin ramai kos makin tinggi pesakit semakin demand tetapi belanjawan semakin mengecil....ni lah realiti

Hesni berkata...

bajet monsoon cup utk hiburan org kaya, boleh cari. bajet tukar tilam utk rakyat marhaen, takkan tak boleh cari kut?
1 Malaysia, Rakyat kena dulu..