Jumaat, April 13, 2012

MENAGIH SEKS LELAKI NIGERIA (18SX) SATU LAGI KISAH BENAR DICERITAKAN SECARA EKSKLUSIF

Saya berhubung dengan bekas kekasih lelaki Nigeria, 'Jun' melalui telefon awal hari ini. Dia kedengaran mesra dan saya percayai Jun meluahkan perasannya dari hati tulus ikhlas.

"Kita kongsikan kisah ini bersama masyarakat agar gadis tempatan di luar sana masih dibelenggu cengkaman lelaki Nigeria mampu tersedar akan kesilapan sedang mereka lakukan," ujar saya.

Jun bersetuju.

Saya berjanji dengan gadis dilahirkan dalam keluarga berada itu untuk tidak mendedahkan identitinya.

"Saya dan Charles berjumpa di laman sembang IMPU pada tahun 2010. Dari situ kami kemudian berhubung melalui Yahoo Messanger. Selepas itu, Charles beralih ke akaun Facebook. Saya lihat ketika itu dia  hanya mengguakan avatar kartun sahaja," ujar Jun.


Berikutan pujuk rayu dan godaan Charles, pada Oktober 2010, Jun membuat keputusan berkunjung ke apartment disewa oleh lelaki Nigeria terbabit di Puchong, Selangor.

"Waktu itu dia tinggal berseorangan, apartment disewa dengan harga RM1,250 sebulan. Charles memberitahu  saya, ayahnya sudah lama meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang berfungsi. Manakala ibunya seorang professor dan dia anak ke 3 dari 7 beradik. Saya pernah bertanya, mengapa dia datang ke Malaysia? Charles kemudian berkongsi kisah sedih ditempuhnya. Dia mendakwa keluarga ayahnya kaya namun selepas ayah meninggal dunia, dia dan adik beradik hanya dibesarkan oleh ibu mereka, diketepikan oleh keluarga ayah. Akibat hasad dengki, ahli keluarga ayah didakwa cuba menggunakan ilmu hitam, vodoo, terhadap dirinya. Berikutan itu Charles terpaksa melarikan diri. Katanya, dia datang ke Malaysia hanya berbekalkan wang tunai 200 US Dollar sahaja. Saya dilahirkan dalam keluarga senang dan memang sifat saya terlalu cepat berasa simpati apabila  mendengar kisah sedih diceritakan kepada saya," kata Jun.

Tambah Jun, dia pernah melihat gambar ibu Charles dan wanita itu juga pernah menghubungi anaknya beberapa kali ketika dia keluar bersama bekas kekasihnya itu.

"Kalau dia melarikan diri ke Malaysia, bagaimanakah Charles berpeluang menuntut di kolej di Puchong?," soal saya.

"Satu hari dia berjalan di Kota Raya, Kuala Lumpur dan mendakwa ada orang bertanya hendak belajar ke tidak? Dia kata ditipu semasa memasuki kolej itu. Dia terpaksa berjalan kaki dan menumpang di rumah kenalan. Cerita itu membuatkan saya berasa lebih simpati kerana mendengar kisah orang berada dalam kesusahan. I felt terrible for him. Charles memaklumkan saya, dia mengambil jurusan teknologi maklumat, IT. Pada awalnya, dia mendakwa berasal dari Bahamas tetapi di kad pelajar mencatatkan dia warga Nigeria," kata gadis itu lagi. 


Menurut Jun, Charles fasih berbahasa Inggeris tetapi jika bersama rakan, mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda, Ibbo.

"Antara ayat digunakan awak suka dengar?," tanya saya.

"Dia selalu menghantar pesanan ringkas di awal pagi, baby I will dream of you in my sleep tonight and hopefully that you will be safe out there, I love you always. Dia selalu cakap, no matter what, I am in this  with you forever. Dia juga berjanji untuk mengahwini saya," jelas gadis berusia 30 tahun itu.

"Berapakah lama selepas berjumpa, dia mula berjanji akan mengahwini awak?," soal saya lagi.

"Selepas seminggu sahaja. Dia tahu saya suka memasak dan dia memuji saya kerana pandai memasak. Charles juga selalu memasakkan makanan untuk saya ketika berada di rumah dia. Keluarga saya memang tidak mengetahui  perhubungan kami. Tetapi kemudian kakak saya terjumpa gambar kami berdua dan my sister called me stupid sebab dia kata lelaki Nigeria tidak boleh dipercayai, tujuan mereka hanya untuk menagih wang, kegembiraan dan seks," terangnya.

"Your sister is right," celah saya.

Menurut Jun, dia telah menyerahkan ribuan ringgit wang pinjaman pelajarannya kepada Charles. 

"Kalau kami keluar membeli barangan dapur bersama, dia tidak pernah memberitahu saya samada duit dibawa mencukupi atau tidak tetapi apabila sampai di kaunter juruwang, tiba-tiba duit tidak tidak mencukupi, dia akan meminta saya menjelaskan bayaran lebihan. Sampai sekarang, dia masih berhutang dengan saya lagi," kata Jun.

Ternyata beberapa entri saya nukilkan berhubung lelaki Nigeria di blog ini memberikan kesan kepada tindakan dan fikirannya.

"Bila saya terbaca entri di mazidulakmal.com dan berita di akhbar, saya mula bercerita hal ini dengan teman baik saya, berkebetulan ayah dia pegawai polis di Bukit Aman dan dia menyakinkan, saya telah ditipu. Saya mula tersedar. Saya membaca blog bermula Jun 2011 dan setiap kali membaca, saya berada di dalam state of denial. Kekadang ada masanya, Charles menyuruh saya menghantar dia kekelas dan pernah dia meminta saya  membawa dia ke kolej di Nilai, Negeri Sembilan, kononnya ke sana untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pensyarah berhubung thesis dia. Bila saya bertanya dia mengambil degree, master atau Phd? Dia hanya berkata, IT," jelas Jun.

"Sepanjang perhubungan selama setahun dua bulan itu, pernah awak rasa dicurangi?"

Soalan itu saya kemukakan.

"Pernah saya menelefon dia, katanya tidak berada di rumah. Apabila saya berkunjung ke apartment dia sehari kemudian, saya terjumpa toilteries, baju perempuan, tuala tetapi bukan milik saya, rambut panjang sedangkan rambut saya pendek pada ketika itu. Bilik pula bersepah. Bila saya bertanya mengenai semua barangan ditemui, dia naik angin, meluru keluar bilik dan menumbuk barangan di dalam rumah. Tetapi dia tidak pernah memukul saya, selalunya hanya memberikan amaran supaya saya tidak mengambil tahu dengan siapa dia berkawan. Jangan sesekali mengusik barangan di rumah dia dan menyentuh telefon bimbit dia ," ujar Jun.

"Penah terjumpa kondom terpakai?," tanya saya.

"Banyak sangat, kondom tidak terpakai banyak dalam simpanan dia. Kondom terpakai di dalam bakul sampah," jelasnya.

Tambah Jun, apartment 3 bilik dihuni oleh Charles itu dilengkapi peti ais besar dan televisyen berskrin besar. 

"Menariknya, selepas lima bulan saya bertemu dia, masuk seorang rakan serumah dia, kononya pelajar tetapi berusia 39 tahun dan tidak pernah pergi ke kelas," kata Jun.

"Saya tidak mahu tahu tentang perincian kerana mungkin terlalu peribadi. Bilakah awak mula mengadakan hubungan seks dengan Charles?," tanya saya.

"Hujung November 2010. Kami berjumpa Oktober, mula bersembang di laman sosial pada pertengahan November dan kemudian perhubungan menjadi semakin serius," ujarnya.

"Adakah hubungan itu kerana duit atau seks? Seperkara lagi, adakah lelaki Nigeria ini memang pandai membelai wanita tempatan sebelum dan selepas seks?"

Berat rasanya untuk saya mengemukakan soalan itu.

"Dia tidak boleh mendapatkan duit banyak daripada saya. Fasal soalan kedua itu, yes! It is true. They really treat you like a queen. Sebelum mengadakan hubungan seks, Charles membelikan saya barangan, melayan dengan baik, membawa saya keluar makan dan kemudian memberikan urutan kaki. Bila dia membawa saya balik ke rumah, dia akan mengurut tubuh saya. Memandangkan saya tidak pernah dilayan sebegitu, seks menjadi satu ketagihan. Dia bijak menyentuh bahagian tubuh dan tahu titik kelemahan wanita sekaligus membuatkan saya berasa khayal. Kalau kita kata jangan, dia akan berhenti dan kemudian memujuk kembali sehingga dia berjaya. Untuk pertama kali, saya tahu, apa saya lakukan salah tetapi dia membuat saya berasa selasa. Baby, this is a way how to experiance life and normal for adults and you are a woman now," terang Jun tanpa ragu.

"Itu kali pertama awak mengadakan hubungan seks?," soal saya.

"Ya," balasnya ringkas.

Tambah Jun, bekas teman lelakinya itu peminum arak.


"Apabila saya katakan kepada dia, saya tidak minum (arak), untuk mengambil hati saya, dia mengeluarkan semua tin alkohol di dalam peti ais dan buang. Dia kemudian berkata, I don't drink anymore because of you baby," katanya.

"Awak memang berasa yakin Charles mempunyai teman wanita lain?," soal saya.

"Gadis Cina dan dia juga berjumpa dengan gadis lain di luar. Saya percayi gadis Cina itu sering datang ke rumah Charles terutama pada hujung minggu. Dia juga menjalinkan dengan gadis orang asli berasal dari Lembah Pongsun, Hulu Langat, Selangor. Umur dia 29 tahun dan saya yakin dia bekerja. Menurut Charles bil internet Maxis dia lebih murah kalau menggunakan nama rakyat tempatan, nama gadis orang asli itu. Dia pada awalnya mendakwa, gadis itu teman wanita rakan lelaki dia," jelasnya.

Charles mula memasuki negara ini pada tahun 2005 dan terkini memaklumkan Jun, dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk membiayai kos pulang semula ke negara asal. Selama kira-kira 7 tahun berada di Malaysia dia mendakwa menyara kehidupan dengan menjual barangan kenderaan.

"Dia pernah beberapa kali bertanya kepada saya, bagaimanakah cara untuk ke Pulau Pinang dan kemudian menaiki bas ke utara," celah Jun.

Tambah Jun, gadis Cina menjadi teman lelaki Nigeria lebih kerap ditemuinya.

"Kalau lelaki Nigeria keluar dengan wanita tempatan, tujuan mereka hanya menagih wang dan seks. Sewaktu bertemu dengan rakan Charles, gadis tempatan, majoriti mereka berusia di antara 25 dan 42 tahun, lewat berkahwin atau janda, ramai berbangsa Cina tetapi saya dilarang untuk bertemu  dengan mereka. Jika menghadirkan diri ke keraian seperti sambutan hari ulang tahun kelahiran rakan dia, saya tidak begitu bergaul," jelas Jun.

Jun dikatakn pernah dijemput oleh Charles untuk merayakan Krismas di Nigeria tetapi ditolaknya. Perbualan kami kemudian dirumuskan dengan kenyataan berikut.

"Lelaki Nigeria sebenarnya memburu gadis tempatan berkerjaya, mesti memiliki kenderaan dan tidak bergantung hidup kepada sesiapa. Menurut mereka, wanita berusia lebih dewasa dan tidak berperangai kebudak-budakkan. Jelasnya, lelaki Nigeria berupaya membuatkan kita berasa amat dihargai. Mereka tahu bila waktu tepat untuk menghubungi kita atau tidak. Sentiasa berada di sisi, apabila kita dilanda keresahan dan amat mengambil berat tentang diri kita, caring"

HEBAHKAN

32 ulasan:

  1. Nauzubillah... sangat mencabar dalam mendidik anak2 zaman sekarang ni.. :(

    BalasPadam
  2. Sata, rasanya cukuplah dengan informasi saya catatkan di entri ini.

    BalasPadam
  3. menarik.. dan tertarik..
    kisah2 begini !!

    apa kata bro...
    pasni.. cungkil & siarkan pulak la.. kisah2.. MENAGIH SEKS LELAKI TEMPATAN (18SX)..
    tentunya ada.. bukan..?
    atau langsung.. xde kes.. ^%$$#@#@&%^

    BalasPadam
  4. Salam,
    terima kasih kerana menyiarkan kisah2 begini. Info yg diberikan sungguh bermanfaat utk kita jadikan panduan.
    Kepada kaum wanita yg menerima pelawaan tak kira drp pak hitam ke pak putih ke silalah berhati2.. Cinta apa namanya kalau satu minggu dah luahkan cinta? Ayat2 cinta bagi golongan ini adalah mainan bibir, copy paste sebenarnya.. bacalah paparan sdra Mazidul dlm episod sebelum2nya.

    Lelaki yg baik tak akan tergamak menggunakan wanita dan tak akan menyentuh wanita sebelum kahwin. Satu lagi, ada antara mereka yg menggunakan ilmu hitam dan kita akan terpedaya sebaik mereka mengucapkan 'hello' meskipun di gagang telefon..,

    Janganlah terdesak sangat nak kan cinta. Carilah kebahagiaan dgn agama/Allah, itulah kebahagiaan hakiki. sekian, wassalam.

    BalasPadam
  5. dunia nak akhir zaman
    kalau mcm ni..

    BalasPadam
  6. good job!
    satu demi satu tampil kehadapan dan tersedar..
    mudahmudahan lebih ramai yang tersedar dan hadapkan diorang kat pihak yang sepatutnya

    BalasPadam
  7. Di kampung saya pun dah ada seorang wanita yang berkahwin dengan warga nigeria. Dah ada anak pun. Tapi kebelakangan ni, saya dengar-dengar dari saudara wanita tu, mereka komplen yang wanita tu selalu didera. Sekarang ni wanita tersebut di KL, tanpa sebarang khabar berita.

    BalasPadam
  8. sakit nyer hati aku ngan mamamt hitam nie. Kaum wanita nie pun satu hal...nak sangat lrt u turn....org jantan malaysia pun mampu buat u turn gak.....jgn sahaja suatu hari nanti, wujud tambahan bangsa malaysia iaitu nigerasia

    BalasPadam
  9. aduk naka kediatu berkata...

    niger+asia = pan asia.. kihkihkhi !!

    BalasPadam
  10. SMTI ~ Moga ramai lg gadis yg membaca nukilan bro ini akan gn segala tipu helah & muslihat mamat hitam kepala dongga ni!

    BalasPadam
  11. Ambik kau kaw kaw.. pompuan nih susah nak bagi nasihat .

    BalasPadam
  12. Bravo Jun. Ignore all the condemns for you. Biasalah, one mistake you made people will remember it for the whole life. It's very brave of you to come out of the relationship despite having deep love for him. Otherwise, your confession at another blog (belongs to abg. Mazidul here) won't say so. Allah still loves you, Jun. Be it you've gone too far, but as long as you have the courage to seek a better life, insyaAllah you'll find it. Past is past. Everybody made mistakes. Let this be a learning curve. I won't know how you feel as I'm not in your shoe and I don't go through your life. But, believe this. There's always a silver lining even in the darkest sky. I hope you'll find yours as just like how you found your way out. There's a better man out there..one that is for you. Keep your heart strong, and keep your faith in God. I wish you all the best in life, although I don't know you I hope you'll found that happiness one day.

    BalasPadam
  13. Dengan usaha abang Mazidul, ada juga yang sedar. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  14. jikalau peratusan warga nigeria yg membawa masalah tinggi..tak bolehkah kerajaan ambil tindakan ketatkan kemasukan mereka..ini bkn diskriminasi hanya pandangan..mesti ada cara nak selesaikanya

    BalasPadam
  15. thanks for sharing..moga2 ramai yg mendapat iktibar...
    personally saya sgt tidak selesa melihat those 'nigerians' kat mana2...

    BalasPadam
  16. Mr. J, jangan padankan muka orang.
    Ur gonna have a daughter someday, instead of laughing at this woman u should pity and give positive remarks for her to move on and forget this thing.

    Sata Saalimun @1974, why does it matter to u her race & religion? it's not important because that's not the moral of the story. most important point is pangkah awang hitam, jangan beri mereka peluang untuk mengkotak-katikkan wanita Malaysia.

    BalasPadam
  17. Mr. J, jangan padankan muka orang.
    Ur gonna have a daughter someday, instead of laughing at this woman u should pity and give positive remarks for her to move on and forget this thing.

    Sata Saalimun @1974, why does it matter to u her race & religion? it's not important because that's not the moral of the story. most important point is pangkah awang hitam, jangan beri mereka peluang untuk mengkotak-katikkan wanita Malaysia.

    BalasPadam
  18. di tempat keja saya begitu ramai warga ini, pernah beberapa kali lelaki2 ini meminta no telepon saya, namun semua saya tak peduli, sebab ape, takut mcm cerita kat atas..jngn mudah trpdya dgn pujuk rayu lelaki warga asing ini.

    BalasPadam
  19. perkara mcm ni trpulang kpd akal fikiran dn kewarasan seseorg itu, mustahil bg seseorg yg sudh bkrja dn bkrjaya xmmpu mmikirkn baik buruk akibat drp prbuatan itu. segala mklumat dn informasi mngenai padah berpasangan dgn warga asing sentiasa di salurkn apatah lagi mngsa adlh tingal di bandar, dgn mudahnya segala pndedahan di perolehi..ini smua krna nafsu, klau di ikutkn sy pun sllu juga warga asing ni kacau, minta no telepon smpai snggup tggu wktu sy abis brkrja, tapi smua sy xlyan..sy takut ini semua akn memakan diri di pengakhiran cerita. dgn hnya mmbca di srt kbr, internet dn mcm2 lagi saluran baik cetak atau elektronik buatkn sy takut, seram..pngajran yg penuh brmkna buat sy..

    BalasPadam
  20. irrelevant argument, linda. Bekerja & bekerjaya tidak melambangkan seseorang itu mampu untuk membezakan baik & buruk. kalau macam tu, how about housemaker? Are they incapable of differentiating consequences? Why can't we just support this poor lady who is doing her best to move on and forget her past? instead of condemning her, can't we at least extend a bit of sympathy/or empathy and motivate her and help to fight the surplus of entrance from these Africans?

    BalasPadam
  21. salam...saya pengikut setia cuma jarang memberi komen disini. apa yg irrelevant arguements itu 'charlie belle'? saudari tue cume mengutarakan pendapatnya. kenapa beremosi? adakah jun itu saudari sebenarnya??
    saya cuma pelik,banyak dipaparkan di media tentang permasalahan ini. terlalu banyak. saya cuma kurang bersetuju bila sendiri yang melakukan kesilapan itu dan mencari orang lain untuk dipersalahkan. seks hanya berlaku kalu 'jun' sendiri yang membenarkannya terjadi. betul ke atas dasar pujuk rayu atau atas kerelaan sendiri. menuding jari memanglah senang. kenapa tak lihat diri sendiri?, mengakui kesilapan dan beringat dan cuba membaikinya? benarkah hakikatnya adalah seperti yang dipaparkan? atau adakah kerana kegagalan perhubungan atau perhubungan itu terputus di tengah kerena faktor yang saudari 'Jun' yang tahu dan tidak dinyatakan??? benarkah hakikatnya seperti yg disini?
    wassalam
    p/s Hanya Dia yang tahu

    BalasPadam
  22. Semoga kisah ini menjadi teladan.
    Just nak inform,kat area bukit serdang sy lihat ramai pak itam bekerja di kwsn kilang percetakan.harap en mazidul blh siasat apakah status mereka di negara kita.bukan itu shj,malah ada juga kilang percetakan ygdimiliki org Bangladesh.heran bagaimana mereka blh brrmaharajalela di sini sedangkan mereka diambil sbg buruh

    BalasPadam
  23. perempuan memang mudah dipujuk rayu dan tertipu...cerita tentang mat hitam ni,lelaki2 penipu dan sebagainya selalu diperkatakan dalam blog,suratkhabar dan media masa tapi masih juga ramai yang terjebak...

    BalasPadam
  24. takutnye, bila baca perenggan akhir tu lagi takut.. thanks for sharing..

    BalasPadam
  25. Orang melayu kalau nak buat lebeh hebat dari
    Mamat hitam tu ,kalau tak disebabkan ada nya
    dosa dan pahala.memang Lah caring abis kalau
    tak macam mana nak bawa masuk bilik.kalau x
    pernah sembahyang ingat tuhan ini Lah jadi nya.

    BalasPadam
  26. Ini Lah jadi nya kalau iman tu lemah.orang melayu kalau bab pujuk rayu lebih hebat dari mamat hitam ni,kalau tak di sebabkan ada nya dosa dan pahala.pujuk rayu ni semua permainan syaitan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.