Sabtu, April 07, 2012

INGIN MEMBELI SOFA? TILAM? ALMARI? PERABOT BERKUALITI DENGAN HARGA 30% LEBIH MURAH? SILA BERJUMPA AH CHAI (PETA DISEDIAKAN)

"Ini sofa punya busines pun ada trend. Ada pelanggan suka membeli sofa kulit, ada suka kain. Kain, sebab mereka kata senang dibasuh tetapi kemudian bila sudah letih membuka pembalut dan membasuh, mereka membeli pula sofa kulit. Sofa kulit, kita tidak perlu basuh," ujar Ah Chai.


Saya membeli sofa pertama dari kilang Ah Chai, pada bulan Disember 2011. 


Di bawah, gambar sofa sama selepas kira-kira 4 bulan digunakan untuk duduk dan kekadang dianggap bak katil oleh anak sulung saya, seberat 100 kilogram.


Pagi tadi, saya berkunjung ke kilang Ah Chai.


"Pemilik tiga sofa ini, meminta saya menukar pembalut, kos RM1,700," jelas peniaga kini berusia 42 tahun itu. 


"Sebelum ini, warna sarung sofa merah tetapi material sudah pecah, nampak tidak cantik," tambah Ah Chai.

"Kalau pemilik menggunakan wang RM1,700 itu untuk membeli sofa baharu, boleh kan?," soal saya.

"Boleh juga sebab dengan wang sebanyak itu, tambah sikit lagi, boleh dapat sofa baru tetapi dia cakap dia sayang sofa lama kerana ada kayu. Mazidul pun tahu di sini pelanggan memang banyak pilihan. Kalau hendak menempah sofa mengikut citarasa dan kesesuaian pun boleh. Harga berbeza tetapi masih murah," balas pemilik kilang terbabit.

Ah Chai kemudian pantas mengambil sarung sofa lama, material sebelum dibaik pulih lalu menunjukkan bahan terbabit kepada saya.


Perhatikan penampilan sofa lama, kini kelihatan baru dan kemas.


Kira-kira jam 12 tengahari tadi, kilang Ah Chai dikunjungi pasangan suami isteri, Mohd Zahari Bongsu, 34 tahun dan isteri, Intan Rasim.


Saya difahamkan mereka telah menghantar sofa lama untuk dibaik pulih. Zahari dan Intan kemudian ditunjukkan beberapa pilihan material bersesuaian.


"Kami pembaca blog Mazidul," bisik Zahari.

Terima kasih kepada mereka berdua.

"Ah Chai, pembaca blog saya boleh membeli sofa di kedai perabot terkenal di tengah bandar atau bandaraya dengan harga lebih mahal. Itu hak pengguna tetapi kalau mereka mahu membeli sofa berkualiti sama atau lebih baik tetapi dengan harga lebih murah, sekurang-kurangnya 30%, mereka boleh datang ke sini, kan?," tanya saya.

Ayah kepada 3 anak itu bersetuju.


Baca entri terdahulu, saya nukilkan berhubung Ah Chai, isterinya, Angel dan kilang perabot mereka, klik di sini dan di sini.

"InsyaAllah, dalam tempoh 6 bulan lagi, kami akan berpintah dari Sungai Buloh ke Bukit Rimau, Shah Alam, hendak masuk ke rumah baru, teres setingkat," ujar Zahari.

Pasangan terbabit juga ditunjukkan tilam bersaiz King dijual di premis sama.

"Kalau tilam kualiti serupa ini, di luar (kedai ternama), dijual dengan harga di antara RM1,100 dan RM1,300. Di sini saya jual, di antara RM800 dan RM900 sahaja," jelas anak kelahiran Perak itu.


Jika diperhatikan keadaan di dalam premis terbabit tidak kelihatan seperti ruang pameran di kedai perabot ternama.

Sebab itu ruang itu dinamakan kilang dan disewa dengan kadar lebih rendah berbanding ruang pameran di tengah kotaraya. Secara logik, kadar sewa premis tentunya mempunyai pengaruh terhadap harga barangan ditawarkan peniaga kepada pelanggan.


Sewa murah, harga barangan lebih murah dan jika sewa mahal, barangan ditawarkan juga berharga mahal. Begitulah lazimnya kaedah perniagaan.

"Suatu ketika dahulu kita pernah sekelas," ujar Faizal Ahmad, 38 tahun.


Dia datang bersama isteri dan 2 anak mereka, Nurin Qaisara, 10 dan Danish Iman, 8 tahun.


"Danish pada mulanya tidak percaya kita kenal dan kami datang ke sini pun selepas membaca blog Bersama Mazidul," kata bekas pelajar jurusan Komputer Sains itu.

Mereka kini menetap di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.


Saya meninggalkan kilang terbabit sewaktu Rizal berbincang berhubung sofa baru bersama Ah Chai di dalam pejabat.

"Ini semua kain untuk pembalut sofa ke?," soal saya kepada Angel.


"Ya, pelanggan ada banyak pilihan. Selain pelbagai jenis perabot termasuk sofa, kita pun menjual tilam berkualiti. Pelbagai jenis almari pun ada," balasnya.


Jika pembaca berhajat membeli perabot, kilang Ah Chai, sila hubungi Ah Chai di talian 012 3966621.

Oh! Saya telah memesan sofa kulit 3-seater dari set seperti di bawah tetapi diubahsuai mengikut citarasa dan keperluan saya.


"Bila kita design sofa ini, kita ingat Mazidul. Awak boleh baring, jadikan katil dan dia memang tahan," usik Angel.

Huh! Bagaimanakah dia tahu, saya memang selalu berbaring di atas sofa? Kalau bertemu Angel, tolong tanyakan dia untuk saya.

Berikut antara perabot terbaharu di kilang terbabit.


Untuk layanan lebih istimewa, beritahu Ah Chai, anda pembaca blog saya.

Disediakan peta ke kilang Ah Chai untuk rujukan semua.

Sila klik imej untuk melihat peta lebih jelas.


Terkini, pelanggan juga boleh menggunakan kad kredit untuk membuat pembelian di kilang milik Ah Chai.

Alcano Design terletak di Lot 2770 M, AL 220, Kampung Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor dan  berikut  waktu operasi premis terbabit :

Isnin - Sabtu : 9 pagi - 6 petang.

Alcano Design DITUTUP pada setiap Ahad


Ah Chai :  012 396 6621


HEBAHKAN

26 ulasan:

  1. lepas pindah umah baru, iallah sure sy nk beli perabot kat kilang ah chai ni. abang mazidul, terima kasih banyak2 kerana hebahan dn promosi ini...Terima kasih sngt2...

    BalasPadam
  2. jauh sgt la bang..kalau area utara, dah lama sy terjah

    BalasPadam
  3. Whoah, I'm also (almost!) as heavy as your eldest kid... :D
    Mungkin kalau saya pergi beli sofa dengan Ah Chai, boleh custom-made & tahan lama sikit kot? :P

    BalasPadam
  4. berputar aku mencari lot 2770 akhirnya jumpa gak kedai Ah Chai ini. Orgnya peramah, spt bercakap mcm dah lama kenal..Malas aku nak belik2 sofa yg sedang diproses pembikinannya lantas terus masuk ke officenya membelik2 katalog set bilik..huhu terbang gak 2 ribu tapi puas hati sbb meterial yg digunakan serta harga yang jauh lebih murah dari luar tanpa melontar nama mazidul tapi still boleh tawar menawar...Tapi ade satu pekara yg membuat aku cuak..set tu rasa mcm nampak bilik aku crowded nanti hahahahaha...nasib la duk menyewa apartment lg ni..kekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro beli sofa mcmana hrga 2k? l shape ke?

      Padam
    2. boleh design sendiri or yg sedia ade terpulanglah. Kalau nak puas hati baik mintak pendapat Ah Chai..

      Padam
    3. boleh design sendiri or pilih dlm catalog..

      Padam
  5. wah...menarik ni....boleh singgah kat kedai Ah Chai ni...

    BalasPadam
  6. Ni sajer nak kongsi pengalaman... aku pernah beli sofa 3+2 seater kat sri kembangan...Masa test duduk mmg empok, mcm berbaloi la dengan harga 1000 lbih tu...Tapi lepas 8 bulan pakai, kunsyen dah terasa spring, bila aku igt2 balik , masa aku nak beli dulu dia ckp bukan spring, rupa2nya sudah kena main dahhh...yang aku test dengan yg sampai kat rumah tak sama...rupa luar jer sama...dalam smua tukar benda murah...tu style diorg buat duit la... bila aku pegi lagi tmpt tu nak komplen, tgok2 dah jadi kedai lain daahhh...so hati2 dgn kdai2 perabot haaa...harap-harap Ah chai tak mcm tu la...Jujur aaa Ah Chai...

    BalasPadam
  7. Thanks for info...nk gi tgk jugak lah..kot2 menarik..

    BalasPadam
  8. org johor, boleh tau tak nama kedai tu?..

    BalasPadam
  9. org johor, boleh bagitau tak nama kedai tu..thanx

    BalasPadam
  10. dah xde keje la tu nk tgk qarin bagaii..haha
    pape pun cik mazidul mmg terbaik..kalau nak buatkitchen cabinet boleh x ek?

    BalasPadam
  11. Boleh cuba pergi ni. Harap-harap ada la set bilik tidur bawah rm2k untuk orang berpendapatan rendah seperti saya ni.

    BalasPadam
  12. Salam Abg Mazidul. tolonglah promote kan kedai kami jugak. kami pun tak kurang bagusnya dalam membuat dan membaikpulih sofa. Kami juga menjual sofa-sofa terpakai dari luar negara. Kami berbesar hati untuk menerima kunjungan abg mazidul kekedai kami di sek 19 Shah Alam dan kemuning Utama.

    boleh lawati www.perabotterpakai.com utk info.

    BalasPadam
  13. Baru sahaja pulang dr kdai ah chai..lokasi dia agak crowded dgn lori..been greeted with a very warm welcome by ah chai n wife..proceed to catalog room, then selected the bed n mattress..after a brief discussion and suggestions by the wife (forgotten her name), I come out with a decision..not to take the set..but take the 'a la carte'style..then mix and match session..I added a 5' width wardrobe to complete the set..

    Servis diorang memang terbaik..saya pergi dgn mak saya and we feel all the journey to find alcano design being paid off..lps confirm order, paid deposit, then diorang trus start buat..bukan display unit tau..freshly built from zero..even the CNY is very near they still taking the order..it will take around 2 days for my things to be sent to my house.. i will update later when the furnitures arrived

    BalasPadam
  14. Kalau di Kuantan...ada tak yg BERANI nyatakan perabutnya dan servisnya sebaik Ah Chai?

    BalasPadam
  15. saya nk bertanya. kilang Ah cai ni ada jual toto tak kalau saya nak memborong dalam jumlah yang banyak?dan kalau ada apakah harga untuk satu toto?

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah perabot kami sudah smpai !!
    kami ingin mengucapkan bnyak2 time kasih kpd angel n suaminy diatas layanan yg begitu mesre dan harge yg boley dirunding..
    kami amt berpuas hati dgn perabot2ny..nak2 katil bilik sy warne putih ala2 princess...cewaahh..hehe.

    BalasPadam
  17. Saya ada sofa 2+1... span msih elok... sofa bkualiti... cuma kulit dh tkupik2 n slalu bterabur.. saya xnk dh sofa tu.... saya nk jual je. Lagipun keadaan rmah yg sempit.... kedai ah chai bminat x beli sofa saya...?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.