Jumaat, Mac 30, 2012

ESOK DATANG AMBIL BOLA SEPAK PERCUMA (PROJEK FREE BALLS)

InsyaAllah seperti dirancang, sempena Projek Free Balls, kru 666 akan mengagihkan 50 bola sepak kepada kanak-kanak, hasil wang sumbangan orang ramai.


Tarikh : 31 Mac 2012
Lokasi : Padang Kota, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor (berhampiran Sunway Giza)
Masa : 2 petang


Jika berminat, sila datang ke lokasi dan bawa anak bersama. 

Siapa cepat, dia dapat dan 1 bola untuk 1 kenderaan sahaja.

Esok juga Sabil dan rakan dari MMP COMMUNICATIONS SDN BHD akan berada di Padang Merbok, Kuala Lumpur, di antara jam 9 dan 11 pagi untuk mengutip bola sumbangan orang ramai.

Baca butirannya di sini.

Jika berminat untuk membeli baju 666 berharga RM25 dan minyak Kasturi Syifa', RM35, sila hubungi Razali Harun di talian 016 231 5812.

Andai tiada aral melintang, saya juga akan berada di lokasi sama untuk bertemu pembaca sudi hadir.

Bersama kita menceriakan wajah anak kecil! Sebiji bola sepak, lambang kasih untuk mereka bergembira!

Terima kasih.

TOLONG HEBAHKAN 

4 ulasan:

  1. Tidak terlalu besar sumbangan saya..sebagai blogger saya share di blog saya http://linmdnoor.blogspot.com/2012/03/bola-percuma-esok-projek-free-balls.html ...

    Moga usaha yg dijalankan akan bertambah lg penderma/sumbangan bola....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.